Wednesday, August 24, 2011

Pemuda Umno Berjaya Daftar 121,000 Ahlinya Sebagai Pengundi


Hasil kerja keras jentera Pemuda seluruh negara, pergerakan itu berjaya mendaftarkan 121,000 daripada 180,000 anggotanyaa yang sebelum ini tidak layak mengundi setakat ini.

Pengerusi Biro Pemilih dan Keahlian Pemuda UMNO, Hisamuddin Yahya memberitahu hasil kerja keras jentera Pemuda seluruh negara, pergerakan itu berjaya mendaftarkan 121,000 daripada 180,000 anggotanya yang sebelum ini tidak layak mengundi.

“Ini bermakna hanya tinggal kira-kira 59,000 orang sahaja lagi yang belum mendaftar dan kita sekarang sedang giat mengesan mereka.

“Pergerakan Pemuda yakin mereka dapat didaftarkan menjelang September ini,” katanya di sini.

Pada masa yang sama beliau turut menyatakan Pemuda UMNO mungkin menghantar pasukan khas ke Sabah bagi membantu jentera Pemuda di sana mendaftarkan anggotanya sebagai pemilih.

Jelas beliau langkah itu bagi memastikan kira-kira 21 peratus lagi anggotanya dapat didaftarkan selewat-lewatnya pada September ini bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum nanti.

“Kita mungkin menghantar anggota ke sana Sabah bagi membantu jentera Pemuda mengesan dan mendaftarkan ahli. Ini penting memandangkan di sana ahli kita berselerak di kawasan pedalaman termasuk di pulau-pulau

“Ggerakan pendaftaran itu perlu dijalankan segera supaya mereka layak untuk mengundi sekali gus membantu kemenangan semua calon Barisan Nasional”, ujarnya.

Katanya Sabah merupakan negeri yang anggotanya paling ramai masih belum mendaftar sebagai pemilih iaitu sebanyak 21 peratus, manakala Perak dan Selangor masing-masing di bawah sembilan peratus.

JOM Ramadhan: Khairy - Jangan Ambil Mudah Pada Golongan Yang Memerlukan


Pemuda UMNO mesti mengambil langkah yang lebih efisyen dan efektif dalam menganjurkan program-program yang memberi khidmat kepada masyarakat.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin berkata, program kemasyarakatan adalah salah satu inisiatif dalam mengaplikasi salah satu perjuangan sayap parti yang mesti diamalkan secara berterusan.


Beliau berkata demikian dalam ucapannya bersempena Program JOM Ramadhan 2011 yang turut dianjurkan oleh Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Taman Maluri.


Program Jelajah One Malaysia (JOM) Ramadhan 2011 Telah Dirasmikan Oleh YB Khairy Jamaluddin Anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Dengan Kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Dan Titiwangsa Program JOM Ini Juga Memberi Sumbangan Kepada Anak-Anak Yatim.

Sumber: KLpos

Khalid Ibrahim Muka Tak Malu, Ubah Nama Majlis Syura Kepada Jawatankuasa Pendengaran


Sudah kantoi menipu di bulan Ramadan, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan lewat malam Selasa berkata kerajaan Selangor memutuskan untuk menukar nama Majlis Syura, kepada Jawatankuasa Pendengaran dipercayai berikutan kemurkaan Sultan Selangor semalam.

Justeru, kerajaan negeri membuat keputusan untuk mengubah nama jawatankuasa Majlis Syura itu kepada Jawatankuasa Pendengaran bagi mengelakkan sebarang pertindihan dengan Majlis Syura negeri Selangor yang diterajui Majlis Agama Islam Selangor, menurut satu kenyataan Kerajaan Negeri Selangor hari ini.

"Kerajaan Negeri berharap perubahan nama ini akan dapat merungkai sebarang kekeliruan yang wujud dan meneruskan segala usaha mencari penyelesaian berhubung isu DUMC (Damansara Utama Methodist Church) dan JAIS bagi kesejahteraan rakyat jelata,” menurut kenyataan itu.


Sedih bila melihat rakyat Selangor mempunyai seorang MB yang bodoh! dah kantoi pun Khalid Gagap masih nak Cover Up lagi tu....


Khalid Ibrahim Stupid...

Anwar Ibrahim Liwat II: Dr David Wells Setuju Berlaku Penetrasi !


Pakar forensik yang dilantik oleh pihak pembelaan perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim, Dr. David Wells, bersetuju dengan tindakan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008.

Para doktor berkenaan hanya menyatakan mengenai penemuan air mani pada calitan-calitan sampel tertentu dalam laporan perubatan dan hanya membuat tafsiran mengenai wujudnya kemasukan zakal dalam anal di mahkamah.

Kata Dr David Wells lagi sampel-sampel DNA yang diperoleh dari dubur Saiful terlalu bermakna perlukan penjagaan rapi mengikut prosedur perubatan.

Kemungkinan selepas satu tempoh 2 hari, sampel ini kemungkinan tidak berada dalam keadaan baik,” kata beliau di mahkamah hari ini.

“Integriti spesimen adalah sangat penting,” katanya lagi.

Perbicaraan akan disambung selepas ini dengan pemeriksaan balas ke atas Dr Wells oleh pendakwa raya lagi...

Khalid Ibrahim Stupid...


Kalau di zaman Hang Tuah aku rasa dah lama Sultan jatuhkan hukuman bunuh kepada penderhakan yang bernama Khalid Ibrahim ini... Nasib kau lah MB stupid zaman dah berubah!

Memang pelik tapi benar MB Stupid, boleh selambe bodoh je jual nama Sultan, ikut suka hati dia je... Apa dia ingat Sultan tu apa? Hello... hello... Khalid jangan dok sibuk berpolitik sampai titah Sultan pun nak di politikkan...

Rakyat pun dah menyampah dan benci dengan MB stupid yang dah banyak kali buat onar di Negeri Selangor.

Bukan kali pertama MB stupid menipu menggunakan nama Sultan, semasa isu perlantikan Datuk Khusrin sebagai SUK Selangor juga MB stupid menipu jual nama Sultan.

Pengkhianat kepada Sultan ini tidak layak menerajui Negeri Selangor dan rakyat Selangor harus bangkit untuk menentang pengkhianat ini!

Desakan perlu dibuat untuk Khalid Ibrahim meletakan jawatan yang disandangnya dengan segera!

Terdahulu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak pernah menitahkan atau memperkenankan cadangan Menteri Besar, Khalid Ibrahim bagi menubuhkan majlis penasihat syura untuk menyelesaikan isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu. Baca di sini...

Kalau Chegu Bard Anak Jantan Pergi La... Buat Laporan Polis Berhubung Isu Cincin Rosmah

Kalau setakat menyalak siang dan malam tapi tak berani buat laporan polis pasal isu cincin Rosmah tu... baik kerat dan bagi anjing makan je barang Chegu Bard tu....

Bukan sekali dua,  malah dah berkali-kali Chegu Bard ini dicabar untuk membuat laporan polis... Kalau berada di pihak yang benar kenapa sampai sekarang Chegu Bard tidak berani menyahut cabaran-cabaran tersebut?

Jelas Chegu Bard adalah seorang pembohong... Sampai sekarang pun dia tidak membuat laporan polis ke atas Rosmah?


Badrul Hisham Shaharin sekali lagi dicabar supaya membuat laporan polis ke atas Datin Seri Rosmah Mansor berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin bernilai AS$24 juta (RM72 juta).

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, kegagalan Badrul Hisham berbuat demikian meskipun cabaran itu sudah lebih sebulan dilontarkan telah membuktikan tuduhan itu hanyalah fitnah semata-mata.

Ini kerana jelas Anuar, Badrul Hisham atau lebih dikenali 'Chegu Bard' tahu bahawa cincin itu langsung tidak mempunyai kaitan dengan Rosmah sebaliknya, ia dipesan masuk dari New York, Amerika Syarikat oleh Maira Nazarbayev.

"Jika benar tuduhan itu mengapa sehingga sekarang Chegu Bard tidak berani menyahut tiga cabaran yang saya buat pada 17 Julai lalu? Mengapa sampai sekarang dia tidak membuat laporan polis ke atas Rosmah?

"Mengapa dia tidak membuat laporan penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mengapa tidak menamakan secara jelas yang cincin itu milik Rosmah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Maira yang berasal dari Kazakhstan merupakan bakal besan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pada itu, Anuar turut mempersoalkan apakah motif sebenar Chegu Bard melontarkan fitnah tersebut kepada isteri Perdana Menteri dan siapakah yang mengharap keuntungan politik daripada fitnah berkenaan.

Katanya, semua persoalan tersebut perlu dijawab dengan segera kerana telah menjadi rahsia terbuka bahawa bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat, Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mempunyai hubungan persaudaraan dengan Anwar.

Apatah lagi jelas beliau, dakwaan berhubung pembelian cincin oleh Rosmah itu hanya timbul selepas Chegu Bard mengadakan pertemuan sulit dengan Anwar di Indonesia, pada April lalu.

Liwat II: Anwar Didakwa Hina Mahkamah! Serang Hakim Secara Terbuka


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim disifatkan telah menghina mahkamah dalam kenyataan pembelaan kes liwatnya semalam apabila 'menyerang' Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah secara terang-terangan.

Peguam terkemuka, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berkata, selain memburukkan imej Mohamad Zabidin, Anwar juga dilihat cuba menjatuhkan reputasi institusi mahkamah di negara ini apabila mendakwa beliau ditindas daripada mendapat perbicaraan yang adil.

"Dalam kenyataan pembelaan Anwar setebal 32 muka surat semalam, beliau secara terang-terangan telah memburukkan institusi mahkamah serta para pegawai seperti hakim di hadapan para pemerhati dan orang awam.

"Kenyataan (pembelaan) Anwar semalam bukan bersifat membela diri tetapi lebih daripada kenyataan politik yang memburukkan mahkamah serta mengutarakan perkara-perkara tidak relevan," katanya.

Semalam, Anwar dalam keterangan selama kira-kira satu jam 45 minit menegaskan bahawa Mohamad Zabidin menindas hak beliau untuk mendapat perbicaraan adil sungguhpun hakim berkenaan telah berpuluh kali membenarkan penangguhan demi menghormati Ahli Permatang Pauh itu sebagai tertuduh.

Anwar yang memilih untuk memberi pernyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh dilihat cuba 'menyelamatkan' dirinya daripada disoal balas oleh pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abidin.

Mengulas perkara itu, kata Muhammad Shafee, setiap tertuduh mempunyai hak untuk berbuat demikian tetapi ia agak jarang digunakan kecuali atas sebab-sebab tertentu seperti tertuduh itu mempunyai tahap keupayaan minda yang rendah berbanding manusia normal lain.

"Ia biasanya digunakan dalam kes-kes tertuduh yang amat naif, antara waras atau tidak, ataupun tertuduh itu mempunyai sesuatu yang ingin disorokkan dan tidak berupaya menghadapi pemeriksaan balas pendakwa raya.

"Kenyataan tanpa bersumpah sebenarnya tidak memerlukan seseorang tertuduh itu untuk bercakap benar di mahkamah kerana pihak pendakwa tidak boleh ataupun tidak perlu menyoal balas tertuduh," katanya.

3 M Mahu Bunuh Karier Politik Khir Toyo


Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.

Siapakah 3 jemaah Menteri itu?

Dalam blognya hari ini, Dr Khir yang menulis mengenai 'memohon ampun dan maaf' sempena semangat Ramadan, berkata beliau tidak akan mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan kerana tidak mendapat bukti yang sahih.

Dibawah luahan Dr Khir menerusi laman blognya:

Kisah Tiga Menteri

Ketika saya memohon maaf kepada semua orang, saya juga mengambil kesempatan semangat ramadhan tahun ini untuk memaafkan sesiapa sahaja merasakan mereka perlu memohon maaf kepada saya kerana apa sahaja sebab.

Namun sebagai manusia biasa saya juga ada kelemahan kerana tidak mungkin dapat saya maafkan seseorang yang membuat fitnah terhadap saya sehingga terjadinya siatuasi sekarang. Percayalah walau berapa kali beliau mengerjakan umrah belum tentu Allah mengampunkan dosa beliau dengan manusia yang lain.

Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi Menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya. Saya tidak mendedahkan nama menteri-menteri ini kerana tidak mendapat bukti yang sahih sungguhpun beberapa sumber saya sangat boleh dipercayai.

Seorang Menteri dilaporkan berkata kepada dua orang Menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang Menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.

Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini. Namun jika pun ada usaha-usaha untuk mempengaruhi kehakiman, saya masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman. Selebihnya, saya percaya saudara/saudari terutamanya para peguam boleh membuat penelitian terhadap fakta-fakta kes saya di mahkamah dan membuat penilaian sendiri.

Cuma saya hendak mengingatkan ketiga-tiga Menteri ini agar menumpukan kerja mereka membantu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan terutama membabitkan potfolio mereka sendiri. Turunlah ke padang dengar pandangan rakyat di bawah terhadap kerajaan bukannya sekadar membaca blog dan media yang telah memilih untuk berpihak di mana.

Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor. Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah.

Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau? Apakah beliau fikir rakyat mahukan pemimpin UMNO dihukum atau mereka mahu melihat keadilan ditegakkan?

Pada hemat saya majoriti rakyat terutamanya di Selangor mahu melihat keadilan undang-undang ditegakkan tidak kira ia di pihak UMNO mahu pun di pihak parti-parti lain.

Tuesday, August 23, 2011

Usaha Memurtadkan Melayu, Video Terakhir Pemeriksaan JAIS 3 Ogos DUMC


Dalam rakaman video terakhir ini kelihatan pihak JAIS sedang menyoal siasat seorang lelaki berpakaian Melayu dan meminta kad pengenalannya untuk mengenali nama dan identiti agamanya.

“I need to pray.. I need religion..kita pakai (pakaian ini) untuk private function sahaja, kita tidak pergi luar, pakai untuk public“, kata lelaki berpakaian Melayu itu.

“Kita datang sini untuk tahu ada Muslim atau tidak dalam dewan ini. Itu sahaja”, kata pegawai JAIS.

Rakaman seterusnya, memperlihatkan pegawai-pegawai JAIS memeriksa bahan-bahan yang digunakan semasa program dalam dewan tersebut.

Turut ditemui cebisan-cebisan kertas yang telah dikoyakkan dan dimasukkan ke dalam tong sampah.

Beberapa bahan bukti lain termasuk soalan kuiz menguji kefahaman Islam bertajuk “Let’s Test Your Knowledge” turut dijumpai dikeroyok dan dibuang dalam tong sampah tersebut.

Seterusnya saksikan Video ini.....

Sultan S'gor Nafi Titah Bentuk Majlis Penasihat Syura Sebagaimana Yang Diumum MB

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Selasa melahirkan rasa terkejut dengan laporan berita yang menyatakan penubuhan Majlis Penasihat Syura oleh kerajaan negeri dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lepas adalah atas titah perintah baginda.

Menyatakan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit baginda,Datuk Mohamad Munir Bani, pada Selasa, Sultan Sharafuddin menafikan bahawa baginda ada mengeluarkan titah perintah tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, apa yang sebenarnya berlaku ialah, Menteri Besar telah memohon pertemuan dengan Sultan Idris untuk memaklumkan kepada tuanku hasrat kerajaan negeri memanggil satu pertemuan dengan pengurusan DUMC berhubung insiden yang berlaku pada 3 Ogos sewaktu Jais membuat pemeriksaan mengejut.

Dalam pertemuan tersebut, kata Munir, Khalid turut membawa bersama Datuk Seri Utama Diraja Mufti Selangor dan Sultan membenarkannya.

Bagaimanapun menurut Munir, Sultan juga turut menasihati Khalid agar turut membawa timbalan mufti Selangor supaya mereka dapat dinasihati berhubung hal ehwal Syariah.

Isu perbincangan mereka, menurut Munir tidak langsung menyentuh isu Jais dan DUMC.

Oleh yang demikian, jelas Munir, arahan yang mengatakan bahawa Sultan Selangor bertitah atau menasihati supaya kerajaan negeri membentuk sebuah Majlis Penasihat Syura berkaitan isu Jais dan DUMC adalah tidak berbangkit sama sekali.

Beliau menambah, pendirian Sultan Sharafuddin berhubung pembentukan sebuah lagi Majlis Penasihat Syura adalah tidak diperkenankan memandangkan Selangor sudahpun memiliki Majlis Agama Islam (MAIS), JAIS dan Jabatan Mufti.

Pada Isnin, media massa melaporkan, bahawa Sultan Selangor telah menitahkan kerajaan negeri supaya menubuhkan majlis penasihat syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lepas.

Semua media memetik Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai berkata bahawa baginda menitahkan demikian ketika beliau bersama Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid dan timbalannya, Datuk Abd Majid Omar menghadap baginda baru-baru ini.

"Penubuhan Majlis Penasihat Syura ini dicadangkan oleh baginda minggu lalu dan saya menjunjung titah serta nasihat baginda agar mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ini secara berhemah dan memuaskan.

"Pada masa sama, saya juga telah berjumpa dengan Mufti Selangor dan kami telah merumuskan formula untuk dirujuk oleh Majlis Syura," kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Isnin.

Majlis itu yang dianggotai Abdul Khalid, Tamyes dan Abdul Majid akan mengkaji isu-isu yang membimbangkan masyarakat Islam dan komuniti bukan Islam di Selangor untuk mewujudkan garis panduan demi memastikan sikap hormati menghormati dan harmoni pelbagai kaum dan agama terus terpelihara.

Abdul Khalid turut berkata, majlis itu akan mendapatkan maklumat daripada JAIS dan penganjur majlis makan malam di gereja itu dan sekiranya perlu akan memanggil 12 orang Islam yang menghadiri majlis berkenaan ketika pemeriksaan itu dilakukan.

Katanya, majlis itu juga akan turut mendengar dan meneliti sedalam-dalamnya laporan penuh oleh JAIS termasuk memeriksa maklumat, bukti dan pita rakaman mengenai pemeriksaan itu.

"Keutamaan kerajaan Selangor ialah memastikan setiap aspek pentadbiran mematuhi prinsip keadilan, telus, amalan pentadbiran yang baik dan berintegriti," katanya.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri Selangor mengulangi kesediaan untuk berbincang dan berdialog untuk menjaga keharmonian dan keamanan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini.-Mstar
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rayo Sakan : Program ‘Mengacau Dodol’ - Kehadiran Syawal Kian Dirasai

AG kacau dodol pun sonyum... 
macam nak bagi duit rayo lobeh yo....

Kemeriahan kian terasa dengan pelbagai persiapan dilakukan oleh umat Islam samada yang membeli belah pakaian baru, membuat kuih muih bagi menyambut Syawal yang bakal tiba tidak berapa lama lagi.

Kelab Sukan Komuniti DUN Rantau dan UMNO DUN Rantau juga tidak ketinggalan membuat program ‘ mengacau dodol bersama Menteri Besar’ bagi merasai kemeriahan sambutan hari raya tahun ini seterusnya mengeratkan hubungan silaturahim.


Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan dan isteri Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin telah meluangkan masa bersama-sama mengacau dodol sambil beramah mesra serta bertanya khabar bagaikan sebuah keluarga.


Program santai yang bermula seawal jam tiga petang Ahad ini diadakan di Dewan Orang Ramai Rantau ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Malaysia merangkap Ahli Parlimen Rembau dan Dato’ Abdul Ghani Hj. Hasan,Timbalan Pengerusi Jentera Pilihanraya DUN Rantau merangkap Pengerusi Kelab Sukan Komuniti DUN Rantau.

Sebelum itu, bertempat di Masjid Solok, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin telah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan juga fakir miskin di sekitar kariah tersebut.

Kemeriahan jelas terlihat dengan semua yang hadir bekerja sama serta saling membantu bergilir-gilir mengacau dodol yang mana sebanyak tujuh kawah telah berjaya disiapkan pada kira-kira jam 12 tengah malam seterusnya diagihkan kepada semua yang hadir.

Sesungguhnya program sebegini wajar dibuat serta di perluaskan kepada semua komuniti tidak kira di kampung atau juga di taman sebagai satu cara menghidupkan kembali suasana gotong royong, semangat kerjasama serta jalinan persaudaraan di antara kejiranan dan penduduk setempat amnya.-N9kini

KDN Akan Saman Zuraida...

Kementerian Dalam Negeri hari ini menafikan pendaftaran Program Penyelesaian menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) sebagai muslihat kerajaan untuk menyeludup pengundi, sekali gus "cubaan untuk menjual kedaulatan negara".

Sehubungan itu, menurut timbalan menterinya, Datuk Lee Chee Leong, mereka yang berbuat demikian cuba memfitnah kerajaan.

"Ini satu lagi (dakwaan) fitnah," kata Lee pada sidang medianya di Putrajaya hari ini. Menurutnya, laporan polis juga telah dibuat ke atas ahli parlimen PKR bagi kerusi Ampang Zuraida Kamaruddin kerana membuat dakwaan palsu itu.

Katanya, laporan dibuat di balai polis Seksyen 11, Shah Alam oleh Jabatan Imigresen Selangor dan akan disusuli dengan saman fitnah tidak lama lagi. "Kita sedang menyiapkan saman itu... ia akan serentak (dengan laporan polis)," katanya.

Menurut Lee, kerajaan telah memberikan Zuraida tempoh masa yang mencukupi bagi membekalkan bukti tetapi beliau gagal berbuat demikian.

Namun, katannya, pihak kementerian belum. menyiasat dakwaan ahli parlimen itu berhubung wujudnya "skrip bersumpah" yang perlu dibaca pendatang asing tanpa izin ketika berdaftar dengan Program 6P."Kita tidak boleh menyiasat tanpa bukti (berhubung dakwaan itu)," katanya.

Zuraida pada 16 Ogos lalu dilaporkan mendakwa mendapati wujudnya 'skrip bersumpah' yang jelas daripada anggota PKR yang menyelinap masuk ke lokasi tertentu.

Kerajaan Tak Boleh Saman Zuraida Sebab Dia Hantu Mak Lampir...

Ketua Wanita PKR Zuraida a.ka.a Mak Lampir dilihat cuba berdolak dalih dengan menyalahkan kerajaan, katanya kerajaan tidak boleh menyaman individu yang mengkritik, khususnya berhubung dakwaannya pendatang tanpa izin (PATI) diberikan 'skrip bersumpah' menyokong BN.

Zuraida Kamaruddin berkata, beliau tidak gentar berdepan kemungkinan dikenakan tindakan itu walaupun menganggapnya "terkeluar" daripada peruntukkan undang-undang.

"Kalau terjadi (saman), kita dapat bukti (PATI) mengangkat sumpah, ada dolak dalih dalam kerajaan. "Apa-apa tindakan kita buat sesuatu, kita tidak buat tanpa asas. Kita bertanggungjawab," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Eh.... apa yang dia meroyan ni? Kenapa tak buat laporan polis kalau ada bukti?

Tau pula Mak Lampir takut bila kerajaan nak saman dia... mula la menyalak siang malam... hahaha...

Silap-silap bukti kukuh (PATI) pun tak ada lagi... Berani buat tak berani tanggung pula tu....

Lain kali bila buka mulut tu cover sikit, jangan suka buat fitnah sana sinun...

Tiada Usaha Musnahkan Karier Politik Khairy


Pemuda Umno menolak ura-ura bahawa terdapat usaha dalaman memusnahkan karier politik Khairy Jamaluddin.

“Tidak ada usaha sedemikian,” kata exco Pemuda Umno, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin.

Khairy memenangi jawatan ketua Pemuda Umno dalam pemilihan 2009 setelah mengenepikan Datuk Seri Mohd Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir.

Bagaimanapun, selepas bapa mertuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi menjdai perdana menteri cakap-cakap semakin kencang kedengaran mengenai karier politiknya.


Khairy juga merupakan ahli Parlimen Rembau sejak pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, Tengku Azman menegaskan Pemuda Umno akan akur keputusan pucuk pimpinan pusat dalam penentuan calon pilihan raya umum ke-13.

“Pucuk pimpinan tahu dan akan tentukan siapa calon boleh menang dari pergerakan ini,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khairy Jamaluddin yang sanggup untuk tidak dicalonkan sekiranya kepimpinan mendapati beliau bukan calon yang boleh menang.

Khairy mengumumkan kesediaannya kepada pemberita setelah perasmian Program Jom Ramadhan dan Majlis Berbuka Puasa Pemuda Umno di Kota Bharu, Kelantan, lapor Utusan Malaysia semalam.

Tengku Azman turut menolak cadangan sama ada ahli Pemuda sanggup tidak dicalonkan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kami di dalam pergerakan Pemuda akan akur dengan keputusan pucuk pimpinan. Tiada soalan sama ada sanggup atau tidak sanggup sama sekali,” kata Tengku Azman yang juga merupakan ketua Pemuda Umno bahagian Bukit Bintang.

Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir menafikan bahawa kedudukan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno akan tercabar sekiranya Khairy tidak dicalonkan.

“Soal calon pilihan raya adalah bidang kuasa Perdana Menteri (Datuk Sri Najib Tun Razak).

“Jawatan di dalam parti pula ditentukan ahli,” kata Khir lagi.

Beliau memberi contoh Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang pernah menjadi naib presiden tetapi tidak menjadi calon pilihan raya. -FMT