Showing posts with label Khir Toyo. Show all posts
Showing posts with label Khir Toyo. Show all posts

Monday, September 26, 2011

Khir Toyo Beli Rumah Ikut Nilai Pasaran


Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau membeli dua lot tanah termasuk sebuah rumah di Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini daripada Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni dengan harga pasaran.

Mohamad Khir, yang memilih memberi keterangan dari kandang saksi berkata, harga belian itu (RM3.5 juta) dipersetujui oleh Shamsuddin sendiri sebelum ataupun semasa kedua-dua mereka menandatangani perjanjian jual beli bagi urusan pembelian rumah itu pada Mei 2007.

Ketika ditanya peguam M. Athimulan yang mewakili Mohamad Khir bahawa sebelum ataupun semasa tandatangani perjanjian jual beli, adakah Shamsuddin memberitahu Mohamad Khir harga belian tidak cukup, beliau menjawab: “Tidak pernah”. Beliau turut memberitahu pihaknya tidak mendesak ataupun mempengaruhi pemikiran Shamsuddin bagi membolehkan Shamsuddin bersetuju dengan harga belian RM3.5 juta.

Mohamad Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas melalui pengarahnya, Shamsuddin.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki sedang berjalan. - Bernama

Wednesday, August 24, 2011

3 M Mahu Bunuh Karier Politik Khir Toyo


Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.

Siapakah 3 jemaah Menteri itu?

Dalam blognya hari ini, Dr Khir yang menulis mengenai 'memohon ampun dan maaf' sempena semangat Ramadan, berkata beliau tidak akan mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan kerana tidak mendapat bukti yang sahih.

Dibawah luahan Dr Khir menerusi laman blognya:

Kisah Tiga Menteri

Ketika saya memohon maaf kepada semua orang, saya juga mengambil kesempatan semangat ramadhan tahun ini untuk memaafkan sesiapa sahaja merasakan mereka perlu memohon maaf kepada saya kerana apa sahaja sebab.

Namun sebagai manusia biasa saya juga ada kelemahan kerana tidak mungkin dapat saya maafkan seseorang yang membuat fitnah terhadap saya sehingga terjadinya siatuasi sekarang. Percayalah walau berapa kali beliau mengerjakan umrah belum tentu Allah mengampunkan dosa beliau dengan manusia yang lain.

Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi Menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya. Saya tidak mendedahkan nama menteri-menteri ini kerana tidak mendapat bukti yang sahih sungguhpun beberapa sumber saya sangat boleh dipercayai.

Seorang Menteri dilaporkan berkata kepada dua orang Menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang Menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.

Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini. Namun jika pun ada usaha-usaha untuk mempengaruhi kehakiman, saya masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman. Selebihnya, saya percaya saudara/saudari terutamanya para peguam boleh membuat penelitian terhadap fakta-fakta kes saya di mahkamah dan membuat penilaian sendiri.

Cuma saya hendak mengingatkan ketiga-tiga Menteri ini agar menumpukan kerja mereka membantu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan terutama membabitkan potfolio mereka sendiri. Turunlah ke padang dengar pandangan rakyat di bawah terhadap kerajaan bukannya sekadar membaca blog dan media yang telah memilih untuk berpihak di mana.

Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor. Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah.

Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau? Apakah beliau fikir rakyat mahukan pemimpin UMNO dihukum atau mereka mahu melihat keadilan ditegakkan?

Pada hemat saya majoriti rakyat terutamanya di Selangor mahu melihat keadilan undang-undang ditegakkan tidak kira ia di pihak UMNO mahu pun di pihak parti-parti lain.

Monday, August 8, 2011

Kes Rumah Banglo: Khir Toyo Diarah Bela Diri


Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo pada Isnin, diarahkan untuk membela diri atas tuduhan menyalah guna kuasa untuk mendapatkan sebuah rumah banglo dan sebidang tanah di Seksyen 7 di sini, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap tuduhan yang perlu dijawab oleh Mohamad Khir.

Beliau kemudian menetapkan perbicaraan pada 26 hingga 30 September ini.
Dr Mohamad Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di Shah Alam daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di Shah Alam itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta.

Ini semua kerja jahat puak pembangkang yang mahu mencalarkan imej Dr Khir Toyo! Kita perlu ucapkan syabas kepada Khir Toyo kerana tidak seperti Anwar Ibrahim yang sentiasa mahu menangguh-nangguhkan kesnya dimakamah.