Tuesday, January 15, 2013
Azizan Jilat Ludah DAP! Tarik Balik Larangan Wanita Lakukan Persembahan Pentas
Tarik balik kenyataan.... ternyata PAS takut dengan DAP dan PKR. Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak hari ini menarik balik larangan wanita lakukan persembahan pentas. Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan PAS telah mempertahankan garis panduan untuk hiburan luar tetapi menarik balik larangan ke atas wanita melakukan pertunjukan pentas.
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)
DAP Ludah Slogan ‘PAS for All’
Kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS dikecam oleh DAP kerana garis panduan dari kerajaan negeri menghalang wanita dari melakukan persembahan sempena menyambut Tahun Baru Cina.
Menurut Penolong Setiausaha Publisiti DAP Teo Nie Ching, peraturan melarang wanita dari persembahan di pentas sempena Tahun Baru Cina dianggap sebagai mengarut dan tidak boleh diterima.
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)
Jiwa Anwar Kacau.. "Kebangkitan Rakyat" Jadi Kemenangan BN!
Beberapa kesimpulan dapat dirumus daripada 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' anjuran parti-parti pembangkang Sabtu lepas.
Pertama, sekalung tahniah kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengotakan janji untuk mempastikan perhimpunan tersebut dijamin aman dan tidak berlaku sebarang rusuhan atau kekacauan seperti pengalaman lalu.
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)
Run Anwar Run....
Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) ataupun dikenali juga Himpunan Menyokong Gadaikan Kalimah Allah Kepada Kristian sudah pun selesai. Namun ibarat rumah sudah siap pahat masih berbunyi, para penyokong pakatan pembangkang pula masih sosek-sosek sesama sendiri.
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)
Imam 'Selipar' Layan Bini Dengan Rakus Diatas Pentas
Kalau saya tegur lagi sudah tentu ada yang melenting kata saya suka kenakan puak pembangkang mainstream. Tapi kamu semua saksikanlah sendiri mutu atau jenis penceramah yang dijemput untuk mengambil bahagian. Setakat yang telah dipaparkan, seorang yang mengaku penghasut dan seorang lagi memang celaka.
Video klip yang seterusnya ini pula memaparkan Imam yang telah dipenjarakan atas kesalahan membaling selipar kearah hakim. Lihat saja keperibadian apa yang cuba ditunjuk oleh imam tersebut. Begitu rakus diperlakukan sehingga kelihatan panik isteri beliau dihadapan ribuan penonton..
- Minaq_Jinggo
pisssttt: orang macam ni pun PR nak kutip
Video URL http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=v-uFUky3K4k
Kalimah Allah: PKR Pegang Konsensus 2010
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei enggan mengulas mengenai keputusan Majlis Syura PAS berhubung larangan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dalam kitab Bible.
Beliau yang juga ADUN Seri Muda menegaskan PKR tetap berpegang kepada keputusan yang dipersetujui Pakatan Rakyat pada 2010 bersabit isu itu.
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)
Monday, January 14, 2013
Wow RM289,000 Dikutip Semasa #KL112... Agak-Agak Sape Masyuk?
Wow! Kaya... kaya... Sebanyak RM289,000 berjaya dikutip hasil derma orang ramai semasa Himpunan Shamsidar di Stadium Merdeka Sabtu lepas. Itu baru kutipan peserta yang masuk dalam stadium, yang kat luar ada dekat setengah juta peserta lagi. Kalau kutip sorang seringgit, mahu tambah lagi RM1 juta.
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)
Himpunan #KL112 Lancar Bukti Transformasi PM Berjaya: Khairy
Kelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) yang dianjurkan pembangkang pada Sabtu lalu menjadi bukti bahawa Dasar Transformasi Nasional yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya diterjemahkan dan diterima oleh rakyat.
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)
Hasan Ali Cabar Anwar Buat Kenyataan Rasmi Terima Keputusan Majlis Syura PAS
Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali mencabar ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP supaya membuat kenyataan rasmi menerima keputusan Majlis Syura Ulama PAS berkenaan larangan penggunaan kalimah Allah untuk orang bukan Islam. Dalam kenyataannya hari ini, Hasan berkata kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang itu boleh menghilangkan sebarang keraguan mengenai penerimaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP terhadap PAS dalam meneruskan perjuangannya.
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)
Kalimah Allah: Anwar Akan Senyap Dalam Beberapa Minggu Ini - KJ
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menjangkakan yang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan senyap daripada memperkatakan tentang isu penggunaan kalimah Allah di dalam Bible.
"Saya percaya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan senyap dalam beberapa minggu mengenai perkara ini," katanya.
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)
Adun DAP Penang Buang Logo DAP Dan Umum Keluar Parti!
GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Tikus, Koay Teng Hai menggambarkan dirinya sebagai 'bebas' selepas jawatankuasa tatatertib DAP menggantungnya selama enam bulan kerana gagal menghadirkan diri pada mesyuarat penting persidangan Dewan Undangan Negeri tahun lalu.
Koay yang merayu terhadap keputusan itu bertindak menurunkan logo DAP daripada pusat khidmat beliau di sini selaras dengan peraturan parti.
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)
500,000 Pemohon Baru Lesen Motosikal Bakal Mendapat Manfaat Daripada Insentif BL1M
Satu inisiatif Pemuda Barisan Nasional (BN) serta parti-parti. Komponenya, Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin hari ini menyatakan bahawa BL1M bermatlamatkan membantu warga Malaysia bukan sahaja memiliki lesen motosikal yang sah, tetapi juga memberi kesedaran mengenai undang-undang jalan raya dan membina etika pemanduan berhemat.
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)
Model Remaja Dikecam Penyokong Pembangkang #KL112, Selepas Menghantar Tweet Menyokong Kerajaan
Shasha Mendoza
Seorang bintang Twitter dilahirkan selepas penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) anjuran pembangkang berlangsung pada Sabtu lalu.
Model sambilan, Shasha Mendoza secara tiba-tiba menjadi sensasi di alam siber selepas menghantar tweet menyokong kerajaan.
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)
Khalimah Allah : PAS-PIS-PUS Kejap Boleh Kejap Tak Boleh!
Majlis Syura Pas memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah ALLAH, namun ia tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia.
Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah ALLAH.
"Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan ALLAH tidak dibolehkan kerana ia salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)
Subscribe to:
Posts (Atom)