Satu inisiatif Pemuda Barisan Nasional (BN) serta parti-parti. Komponenya, Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin hari ini menyatakan bahawa BL1M bermatlamatkan membantu warga Malaysia bukan sahaja memiliki lesen motosikal yang sah, tetapi juga memberi kesedaran mengenai undang-undang jalan raya dan membina etika pemanduan berhemat.
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)
Disidang media hari ini, Khairy menjelaskan: "Setiap tahun, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan lebih daripada 200,000 penunggang motosikal yang tidak memiliki lesen".
"Selain membahayakan diri mereka, perlu. Kita sedarakan jumlah kemalangan jalan raya yang melibatkan penunggang motosikal tidak berlesen, serta kesan negatif kepada keluarga dan masyarakat dari segi sosial dan ekonomi. Ini boleh diatasi melalui pendidikan tentang keselamatan di. Jalan raya."
"Inisiatif BL1M yang dikemukakan oleh Pemuda. BN ini bertujuan memberi peluang kepada semua penunggang motosikal meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya, dengan meringgankan beban mereka dalam permohonan lesen dan proses pendidikan."
"Pendek kata, anda berhak menikmati kebebasan memiliki kaedah pengangkutan sendiri, dengan syarat anda juga menyedari tanggungjawab anda kepada komuniti."
"Manfaat program BL1M amat luas; ia akan membantu meningkatkan keselamatan jalan raya di taman perumahan, bahkan juga jalan awam."
"Mesej dari Pemuda BN sememangnya jelas: Kami mengutamakan keselamatan anda, dan akan berusaha ke arah pencapaiannya. Inisiatif BL1M ini merupakan salah satu daripada 10 usul yang digariskan di Perhimpunan Agung UMNO; kami sedia memenuhi janji membela rakyat."
Di bawah program BL1M, pemohon lesen kelas B2 tunggal (250cc ke bawah) berwarga Malaysia dan berusia 17 hingga 40 tahun hanya dikenankan bayaran yuran sebanyak RM199 meliputi pemohonan lesen serta tangkapan gambar, kelas latihan amali, ujian teori undang berkomputer dan ujian praktikal di institut memandu (IM) yang diluluskan oleh JPJ. Pada masa ini, kos purata untuk memohon lesen B2 dan menjalani kelas latihan serta ujian-ujian yang ditetapkan sebanyak RM380.
Sementara menanti pelancaran rasmi... Sila layari laman web khusus BL1M www.bl1m.my
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment