Tuesday, February 19, 2013
Banjir Di Pusat Bandar Puchong Rakyat Kesal Dengan Pentadbiran PR Selangor
Banjir IOI Puchong bukti kelemahan pentadbiran Khalid Ibrahim. Banjir yang melanda IOI Puchong pada petang semalam adalah sudah dijangkakan. Banjir yang sama pernah menyerang Klang beberapa kali dalam tahun lalu. Banjir yang sama juga pernah melanda Kajang tahun lalu.
Semua orang tahu, punca banjir-banjir kilat adalah kerana saliran longkang, parit dan sungai tidak diselenggara dengan baik oleh pentadbiran DAP, PKR dan Pas.
Hamidzun Khairuddin Presiden GAPS berkata, "walaupun kerajaan pusat memberikan bantuan sebanyak lebih dari RM350 juta setahun dari peruntukan MARRIS kepada kerajaan Selangor setiap tahun, namun kerana kelekaan Menteri Besar bermain politik setiap hari menjadi ianya lena dalam buaian politiking yang tak berkesudahan. Peruntukan yang sepatutnya dibelanjakan untuk baiki jalan, selenggara parit, longkang dan sungai dibazirkan kepada projek MES yang menguntungkan kroni politik PKR, DAP dan Pas sahaja.
Air hak rakyat seperti yang dilaungkan setiap hari oleh MB, adakah air banjir juga milik rakyat ? Mohon MB memberikan jawapan yang pasti".
Menurut seorang pengunjung pusat beli belah tersebut, Khairul Nizam, sejurus selesai urusan disana dia terkejut apabila mendapati keretanya ditenggelami air sehingga ke paras bumbung.
“Sehingga kini kereta saya masih tidak dapat dihidupkan berikutan telah dipenuhi air, oleh itu terpaksa saya mengupah orang untuk menarik kereta ini ke bengkel kereta berdekatan,” kata Nizam.
Seorang lagi pengunjung, Suzana Muhammad yang membawa seluruh ahli keluarganya ke pusat beli belah itu berasa kesal setelah tidak mampu menghantar kedua ibu bapanya pulang ke kampung berikutan kereta rosak.
“Susah la macam ini kerana saya tidak tahu apa yang rosak selain harus menunggu beberapa hari untuk kereta ini diperbaiki,” kata Suzana.
Menurut seorang kakitangan pusat beli belah berkenaan, Tam Sha Faa, pihak pusat beli belah, pihak IOI harus dipertanggungjawabkan atas segala kerugian dialami.
“Siapa yang nak bayar ganti rugi kereta ini, kita tengok apa yang management kata dalam perjumpaan esok pagi sebelum kami menyuarakan pendapat,” kata Sha Fan.
Banjir kilat itu turut mengakibatkan kesesakan lalulintas di kedua-dua arah iaitu ke Sunway, Subang Jaya dan Puchong Perdana.
Pengikut Sultan Sulu Tidak Akan Tinggalkan Lahad Datu
Seorang anggota tentera memeriksa kenderaan di sekatan jalan raya di Lahad Datu pada Ahad. -Foto THE STAR Oleh: AZHAR MAHFOF
MANILA: Pengikut Sultan Sulu yang menceroboh masuk ke Sabah minggu lalu tidak akan meninggalkan negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut merupakan wilayah nenek moyang mereka, kata Sultan berkenaan pada Ahad berhubung insiden yang berlaku.
Sultan Jamalul Kiram berkata kira-kira 400 pengikutnya termasuk 20 penembak – tetap bertegas untuk tinggal di tempat berkenaan walaupun mereka dikepung oleh pasukan keselamatan, serta desakan kerajaan Malaysia yang mahu kumpulan itu pulang ke Filipina.
"Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami)
"Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami,” katanya kepada pemberita di Manila.
Kesultanan Islam yang berpangkalan di Selatan Filipina pernah mentakluki Borneo dan menerima pampasan nominal tahunan dari Malaysia di bawah satu perjanjian lama kerana memiliki Sabah.
Kiram berkata beliau memutuskan untuk menghantar kumpulan pengikutnya ke Sabah selepas kesultanan itu dipinggirkan dalam satu rangka kerja perjanjian yang ditamatkan pada Oktober antara Manila dan kumpulan pemberontak Islam di selatan Filipina.
Perjanjian itu membuka jalan perdamaian di selatan Filipina yang merupakan rumah kepada kumpulan minoriti masyarakat Islam dan sebahagian besar orang Kristian.
Jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani kemudian berkata adik kepada sultan, Raja Muda Abimuddin Kiram, yang mengetuai kumpulan ke Sabah telah menyatakan kepada beliau melalui telefon bahawa mereka akan tinggal di sana.
"Objektif untuk tinggal di Sabah adalah untuk selama-lamanya, dengan mengambilkira hak kedaulatan kami ke atas Sabah," katanya kepada AFP.
Idjirani berkata terdapat kira-kira 400 pengikut Kesultanan Sulu, termasuk 20 orang yang membawa senjata.
Pada Khamis, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah mereka yang bersenjata adalah 80 hingga 100 orang.
Idjirani berkata kumpulan berkenaan tidak akan bertindak ganas namun mereka akan menentang jika ada provokasi.
"Kami mengiktiraf keupayaan Malaysia. Kami tidak mempunyai senjata dan keupayaan namun kami mempunyai kebenaran sejarah," katanya sambil menambah bahawa kumpulan itu 'sanggup mati demi mempertahankan hak nenek moyang mereka'.
Idjirani berkata pembantu kanan Presiden Benigno Aquino telah menghubungi sultan dan mereka sedia menghantar surat kepada kerajaan Malaysia bagi pihaknya dalam urusan perundingan. -AFP
Akhbar The Australian Kritik Xenophon Campur Tangan Politik Malaysia
Seorang pengulas kanan Australia menganggap senator bebas Nick Xenophon bertindak “bodoh atau sengaja mempromosi diri” berhubung episod di Malaysia hujung minggu lalu.
Editor berita luar negara akhbar The Australian, Greg Sheridan, berkata tindakan Xenophon meminta kerajaan Australia memantau pilihan raya umum di Malaysia nanti adalah “bodoh dan tidak praktikal”.
Sheridan juga menuduh Xenophon “berkempen hanya untuk sebelah pihak politik Malaysia — pihak pembangkang”.
Beliau berkata Menteri Luar Bob Carr bertindak betul dengan tidak memperbesarkan isu pengusiran Xenophon dan dengan bersetuju terhadap kenyataan rakan sejawatannya dari Malaysia bahawa isu itu tidak akan menjejaskan hubungan kedua-dua negara.
“Carr tidak perlu mengambil tindakan lanjut berhubung perkara itu dan kemungkinan pun tidak,” katanya.
“Mereka (Malaysia) sepatutnya sama ada memberitahu Xenophon lebih awal yang beliau tidak diterima masuk atau sepatutnya membiarkan sahaja lawatan itu tanpa disedari.
“Bagaimanapun, apabila berdepan dengan ahli politik Australia yang mencampuri urusan politik negara dalam beberapa perkara akan memberi kelebihan kepada parti pemerintah.
“(Tindakan) beliau boleh mencerminkan bahawa pihak yang beliau sokong mungkin mempunyai elemen paling kukuh sebagai parti Islam paling ekstrem dalam arus utama politik di Asia Tenggara,” kata Sheridan.
Memberi contoh masalah pilihan raya di Vietnam dan Kemboja, Sheridan berkata Malaysia “dalam sudut apa sekalipun ialah antara negara paling demokratik dan bebas di Asia Tenggara”.
“Pilihan rayanya mungkin tidak sempurna, tetapi mereka lebih baik daripada kebanyakan negara lain di dunia.
“Malah, keterbukaannya membolehkan individu seperti Xenophon untuk menunjuk-nunjuk di sana.”
-Bernama
Empat Pengawal Peribadi Anwar Dari Filipina Didedahkan...
Keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim yang didatangkan dari Filipina itu telah pun dikenalpasti.
1. Daniel Cruz
Berkhidmat selama lima tahun sebagai Pegawai Kes dengan National Intelligence Coordinating Agency (NICA) dan lima tahun sebagai Penyiasat Penjenayah dengan US Drug Enforcement Administration (DEA) di Kedutaan Amerika Syarikat di Manila. Dia merupakan warganegara Filipina pertama yang menjalani Kursus Hostage Rescue and Explosive Entry di Tactical Explosive Entry School (TEES) di Memphis, Tennessee pada tahun 1992 dan Combat Tracking Level 1 & 2 Courses di bawah Tactical Tracking Operations School (TTOS) yang diadakan di Guam di bawah US Marshals Service (USMS) Program pada tahun 2002.
Dia merupakan perintis ‘Pinoy Peek’, sejenis kaedah penurunan tali yang sekarang ini digunapakai secara meluas di seluruh dunia. Dia juga merupakan ahli National Tactical Officers Association (NTOA) dan The International Association of Bomb Technicians and Investigators (IABTI) semenjak 1992.
Telah mengendalikan latihan di seluruh dunia untuk suku pertama tahunan bagi Kewaspadaan Ancaman dan Perlindungan Peribadi untuk wartawan lapangan GMA1 Network News termasuklah sebagai Hakim Mahkamah di bawah Philippine Judicial Academy (PhilJA) dan telah mengendalikan Kursus Penurunan Tali PSO dan Taktikal secara tahunan untuk kebanyakan anggota SWAT dan PSO Banko Sentral ng Pilipinas (BSP) semenjak tahun 2004.
Dalam bidang Operasi Perkhidmatan Perlindungan (PSO), Daniel Cruz pernah berkhidmat kepada Bill dan Melinda Gates. Sekarang ini dia berkhidmat dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim semenjak Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada tahun 2008.
Dia telah menulis dua artikel taktikal berjudul, “Tactical Rappelling: The Pinoy Peek – A New Ingress/Egress Technique Developed in the Philippines (1994) dan First Explosive and Tactical Entry Course in the Philippines (1995). Kedua-dua artikel tersebut telah diterbitkan oleh Tactical Edge, sebuah penerbitan tiga bulan sekali dengan penerbitnya adalah US National Tactical Officers Association.
Daniel Cruz sekarang ini merupakan Konsultan Sekuriti Senior untuk Orion Support Incorporated. (OSI)
2. Noel Del Rosario
Noel telah berkhidmat dengan Pasukan Polis Kebangsaan Filipina selama lebih dua puluh tahun dengan tugas utamanya adalah dalam Special Weapons And Tactics (SWAT). Dia telah menghadiri banyak seminar latihan dan worksyop di seluruh Filipina dan di seluruh dunia, terutama dalam memperkemaskan skil penggunaan senjata, penyiasatan, mempertahankan diri dan beberapa skil menentang terrorisme.
Dia pernah memenangi kejuaraan menembak dan mewakili Filipina dalam International Practical Shooting Confederation (IPSC) dan di International Defensive Pistol Association (IDPA).
3. Alfred Sese
4. Bong Oteyza
Malam tadi, keempat-empat pengawal peribadinya ada bersama-sama Anwar Ibrahim ketika Ketua Umum PKR itu berceramah bersama-sama beberapa orang bekas pegawai tinggi ATM di Taman Rekreasi, AU3. Turut hadir dan memberikan ceramah adalah Ibrahim Yaakub, bekas calon PKR Parlimen Setiawangsa merangkap Ketua Staf Pejabat Anwar Ibrahim, Dr Tan Kee Kwong, calon PKR Wangsamaju dan Anwar Ibrahim sendiri.
Secara keseluruhan, ucapan-ucapan mereka lebih menjurus dan menekankan tentang apa yang mereka dakwa sebagai kronisme dan korupsi serta nepotisme termasuklah dalam isu Projek Kapal Selam, NFC, penahanan Nick Xenophon di LCCT, isu pembinaan KLCC, pembelian kapal selam, kehilangan enjin jet dan isu duit LTAT.
Dengan keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim dan keempat-empat pula bekas pegawai tinggi ATM berada setempat, adakah Anwar Ibrahim sedang memberi isyarat kepada pegawai-pegawai ATM yang lain terutama yang memang mempunyai ‘kes’ agar bekerjasama dengannya kalau mahu selamat?
Persoalan terbesar ialah, apa sebenarnya hubungkait antara keempat-empat bekas pegawai tinggi ATM itu dengan keempat-empat orang pengawal peribadi Anwar Ibrahim yang kini diketahui bukan sebarangan pengawal peribadi? Apakah buah dan rahsia yang telah digunakan oleh pengawal-pengawal peribadi Anwar Ibrahim itu sehingga empat orang bekas pegawai tinggi ATM terpaksa menurut sahaja bagaikan anjing sawan?
Untuk apa Anwar perlu mengupah pakar bom, pakar penembak tepat, pakar taktikal, pakar serangan terroris dan segala macam pakar lagi? Walhal belum pernah di Malaysia berlaku sebarang serangan terhadap figur-figur politik dengan Anwar Ibrahim sendiri sebagai buktinya yang bebas bergerak ke sana ke mari? Adakah kehadiran mereka berempat membuktikan bekas petugas keselamatan seperti anggota tentera dan polis di Malaysia tidak mempunyai kelayakan serta kehebatan seperti keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim itu, walhal dari segi kejayaan, ATM dan PDRM jauh lebih berjaya membanteras ancaman terhadap keselamatan negara dan jenayah berbanding tentera dan polis Filiipina.
Apakah keempat-empat pengawal peribadinya itu mempunyai kaitan dengan keengganan Malaysia untuk melatih tentera Marin Amerika Syarikat di hutan belantara sini? Apakah keempat-empat pengawal peribadi itu bekerjasama pula dengan keempat-empat bekas pegawai tinggi ATM dari keempat-empat sektor secara lebih akrab?
Keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim itu aktif berada di banyak tempat sepertimana yang dipaparkan dalam gambar-gambar di bawah.
Empat pengawal peribadi Upahan dari Filipina bersama-sama pengawal peribadi Anwar yang lain.
Sumber: sel13
1. Daniel Cruz
Berkhidmat selama lima tahun sebagai Pegawai Kes dengan National Intelligence Coordinating Agency (NICA) dan lima tahun sebagai Penyiasat Penjenayah dengan US Drug Enforcement Administration (DEA) di Kedutaan Amerika Syarikat di Manila. Dia merupakan warganegara Filipina pertama yang menjalani Kursus Hostage Rescue and Explosive Entry di Tactical Explosive Entry School (TEES) di Memphis, Tennessee pada tahun 1992 dan Combat Tracking Level 1 & 2 Courses di bawah Tactical Tracking Operations School (TTOS) yang diadakan di Guam di bawah US Marshals Service (USMS) Program pada tahun 2002.
Dia merupakan perintis ‘Pinoy Peek’, sejenis kaedah penurunan tali yang sekarang ini digunapakai secara meluas di seluruh dunia. Dia juga merupakan ahli National Tactical Officers Association (NTOA) dan The International Association of Bomb Technicians and Investigators (IABTI) semenjak 1992.
Telah mengendalikan latihan di seluruh dunia untuk suku pertama tahunan bagi Kewaspadaan Ancaman dan Perlindungan Peribadi untuk wartawan lapangan GMA1 Network News termasuklah sebagai Hakim Mahkamah di bawah Philippine Judicial Academy (PhilJA) dan telah mengendalikan Kursus Penurunan Tali PSO dan Taktikal secara tahunan untuk kebanyakan anggota SWAT dan PSO Banko Sentral ng Pilipinas (BSP) semenjak tahun 2004.
Dalam bidang Operasi Perkhidmatan Perlindungan (PSO), Daniel Cruz pernah berkhidmat kepada Bill dan Melinda Gates. Sekarang ini dia berkhidmat dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim semenjak Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada tahun 2008.
Dia telah menulis dua artikel taktikal berjudul, “Tactical Rappelling: The Pinoy Peek – A New Ingress/Egress Technique Developed in the Philippines (1994) dan First Explosive and Tactical Entry Course in the Philippines (1995). Kedua-dua artikel tersebut telah diterbitkan oleh Tactical Edge, sebuah penerbitan tiga bulan sekali dengan penerbitnya adalah US National Tactical Officers Association.
Daniel Cruz sekarang ini merupakan Konsultan Sekuriti Senior untuk Orion Support Incorporated. (OSI)
2. Noel Del Rosario
Noel telah berkhidmat dengan Pasukan Polis Kebangsaan Filipina selama lebih dua puluh tahun dengan tugas utamanya adalah dalam Special Weapons And Tactics (SWAT). Dia telah menghadiri banyak seminar latihan dan worksyop di seluruh Filipina dan di seluruh dunia, terutama dalam memperkemaskan skil penggunaan senjata, penyiasatan, mempertahankan diri dan beberapa skil menentang terrorisme.
Dia pernah memenangi kejuaraan menembak dan mewakili Filipina dalam International Practical Shooting Confederation (IPSC) dan di International Defensive Pistol Association (IDPA).
3. Alfred Sese
4. Bong Oteyza
Malam tadi, keempat-empat pengawal peribadinya ada bersama-sama Anwar Ibrahim ketika Ketua Umum PKR itu berceramah bersama-sama beberapa orang bekas pegawai tinggi ATM di Taman Rekreasi, AU3. Turut hadir dan memberikan ceramah adalah Ibrahim Yaakub, bekas calon PKR Parlimen Setiawangsa merangkap Ketua Staf Pejabat Anwar Ibrahim, Dr Tan Kee Kwong, calon PKR Wangsamaju dan Anwar Ibrahim sendiri.
Secara keseluruhan, ucapan-ucapan mereka lebih menjurus dan menekankan tentang apa yang mereka dakwa sebagai kronisme dan korupsi serta nepotisme termasuklah dalam isu Projek Kapal Selam, NFC, penahanan Nick Xenophon di LCCT, isu pembinaan KLCC, pembelian kapal selam, kehilangan enjin jet dan isu duit LTAT.
Dengan keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim dan keempat-empat pula bekas pegawai tinggi ATM berada setempat, adakah Anwar Ibrahim sedang memberi isyarat kepada pegawai-pegawai ATM yang lain terutama yang memang mempunyai ‘kes’ agar bekerjasama dengannya kalau mahu selamat?
Persoalan terbesar ialah, apa sebenarnya hubungkait antara keempat-empat bekas pegawai tinggi ATM itu dengan keempat-empat orang pengawal peribadi Anwar Ibrahim yang kini diketahui bukan sebarangan pengawal peribadi? Apakah buah dan rahsia yang telah digunakan oleh pengawal-pengawal peribadi Anwar Ibrahim itu sehingga empat orang bekas pegawai tinggi ATM terpaksa menurut sahaja bagaikan anjing sawan?
Untuk apa Anwar perlu mengupah pakar bom, pakar penembak tepat, pakar taktikal, pakar serangan terroris dan segala macam pakar lagi? Walhal belum pernah di Malaysia berlaku sebarang serangan terhadap figur-figur politik dengan Anwar Ibrahim sendiri sebagai buktinya yang bebas bergerak ke sana ke mari? Adakah kehadiran mereka berempat membuktikan bekas petugas keselamatan seperti anggota tentera dan polis di Malaysia tidak mempunyai kelayakan serta kehebatan seperti keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim itu, walhal dari segi kejayaan, ATM dan PDRM jauh lebih berjaya membanteras ancaman terhadap keselamatan negara dan jenayah berbanding tentera dan polis Filiipina.
Apakah keempat-empat pengawal peribadinya itu mempunyai kaitan dengan keengganan Malaysia untuk melatih tentera Marin Amerika Syarikat di hutan belantara sini? Apakah keempat-empat pengawal peribadi itu bekerjasama pula dengan keempat-empat bekas pegawai tinggi ATM dari keempat-empat sektor secara lebih akrab?
Keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim itu aktif berada di banyak tempat sepertimana yang dipaparkan dalam gambar-gambar di bawah.
Empat pengawal peribadi Upahan dari Filipina bersama-sama pengawal peribadi Anwar yang lain.
Sumber: sel13
Monday, February 18, 2013
Dedah Perjumpaan Sulit Anwar Ibrahim Bersama Nor Misuari
Rundingan ?
Keselamatan Negara tergugat apabila kehadiran warga asing yang bersenjata dan belum dikenalpasti identiti dan motif sebenar kehadiran mereka di Lahad Datu, Sabah. Negeri Sabah pernah dikejutkan dengan rompakan bank oleh 15 orang lanun di Lahad Datu, Sabah pada 25 September 1995. Insiden ini telah menyebabkan 6 kematian.
Sebelum ini, kehadiran kumpulan bersenjata warga asing mempunyai motif yang jelas iaitu dengan tujuan mendapatkan sumber kewangan dengan cara kekerasan.
Kehadiran kumpulan berpakaian tentera bersenjata masuk ke Lahad Datu tidak diketahui sebarang motif yang jelas. Daripada maklumat yang boleh dipercayai, kumpulan ini merupakan anggota MNLF pada suatu ketika dulu di bawah pimpinan Nur Misuari.
Mereka diperalatkan oleh elemen luar dan hal ini tidak boleh dinafikan. Hubungan rapat di antara Anwar dengan Nur Misuari memang telah lama wujud dan diketahui umum.
"Jika Datuk Seri Najib tak sanggup memujuk MNLF dan MILF, kita hanya ada satu jalan iaitu mengutus Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Nur Misuari adalah sahabat kamcing Datuk Seri Anwar Ibrahim"-(Blog Kesultanan Sulu bertajuk “Perhimpunan MNLF: Bolehkah MNLF dan MILF berkongsi kuasa”)
Ketika Nur Misuari memimpin MNLF dan berjaya dilantik sebagai Gabenor di Mindanao, Anwar Ibrahim adalah TPM dan berkawan rapat dengan Joseph Estrada.
"Saya menentang Kerajaan Malaysia campur tangan dalam hal ehwal Negara Filipina" (Joseph Estrada, Blog Kesultanan Sulu).
Hubungan lama ketiga-tiga mereka digunakan semula untuk merosakkan keamanan di Selatan Filipina setelah kejayaan Rundingan Damai MILF-Manila.
Dalam suasana Malaysia akan mengadakan pilihan raya dalam masa yang terdekat, pada 4 bulan yang lepas, Anwar telah berjumpa dengan Nur Misuari. Anwar telah meminta bantuan Nur Misuari supaya membuat sesuatu “crime” dan yang terkini menghantar kumpulan Suluk berpakaian tentera ke Lahad Datu.
Situasi ini adalah cara-cara Anwar menarik sokongan dan menghuru-harakan negara. Dengan nasehat Anwar dan dengan bantuan Misuari, mereka mencuba menghuru-harakan keadaan.
Dalam tempoh yang sama juga, DS Najib membuat lawatan dua hari ke Sabah. Pendaratan kumpulan bersenjata dalam tempoh yang sama dengan lawatan DS Najib ke Sabah mempunyai niat untuk mengalihkan fokus rakyat dan seterusnya menghuru-harakan keamanan Malaysia khususnya di Sabah.
Hari ini, negara Malaysia menjadi tumpuan seluruh dunia. Singapura menuduh keamanan di Malaysia tergugat. Agen-agen Yahudi pernah memasuki Sabah melalui Selatan Filipina. Manakala Anwar diketahui umum digunakan oleh agen-agen Israel seperti IRI, NED dan NDI untuk memporak-perandakan keamanan negara-negara Islam, demi kuasa (Anwar perlukan kuasa iaitu menjadi PM).
Anwar menasihati Nur Misuari supaya menghantar kumpulan tentera ke Lahad Datu, supaya wujud suasana “ketakutan keselamatan”. Tujuan utama supaya berlaku tembak-menembak dan kematian di pihak kumpulan tentera Suluk dan Anwar akan mengambil kesempatan.
Seperti sebelum ini, Anwar sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita politiknya walaupun sanggup menggadai keselamatan dan kedaulatan negara.
Elemen luar ini telah diketahui mempunyai kaitan dengan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim. Ini dapat dikaitkan dengan hubungan Nur Misuari – Anwar yang telah berlangsung lama ketika Anwar sebagai TPM dan Nur Misuari sebagai Ketua MNLF. (Suara Keadilan dalam akhbar mereka mengaitkan hubungan intim antara Anwar dan Misuari)
Adakah ini permulaan rancangan Anwar Ibrahim untuk melancarkan revolusi ala Arab-Spring sekiranya pakatan tewas pada PRU 13 nanti?
Sumber: mrkinabaluboy
Banjir Kilat Di Pusat Bandar Puchong Tenggelamkan Kerajaan Selangor
Hujan lebat di Pusat Bandar Puchong telah mengakibatkan banjir kilat dengan paras air setinggi 1.5 meter yang melibatkan kawasan pusat beli belah Jusco IOI sehingga ke Bandar Puteri.
Menurut penyelia operasi, Pegawai Bomba Kanan 2 Pusat Bandar Puchong, Ashwan Wasir, ketika dihubungi berkata, hujan mula lebat pada pukul 5 petang dan laporan banjir telah diterima kira-kira setengah jam kemudian.
“Punca banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat yang turun tanpa henti menyebabkan longkang tidak boleh menampung jumlah air besar yang datang” katanya.
Ashwan berkata sebanyak satu bas, dua lori dan dua kereta yang telah mengalami kerosakan teruk akibat dimasuki air.
Tambahnya, banjir yang berlaku selama satu jam itu dilaporkan surut sepenuhnya oleh pihak bomba.
Beberapa pengguna jalan raya yang menggunakan jalan dari LDP ke Pusat Bandar Puchong turut menulis di twitter tentang banjir yang berlaku.
Diantaranya berkata... "Bala-bala.... Ni la akibatnya bila tersalah pilih Menteri Besar yang tak tahu mentabir kerajaannya....
Saya ada meeting dipuchong ni... Bala-bala...."
Karpal Akui Ada Masalah Dalam Pakatan Haram
Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mengakui beberapa isu yang timbul dalam Pakatan Rakyat menyebabkan timbulnya percanggahan pendapat di antara ketiga-tga parti dalam pakatan pembangkang.
“Tidak ada keraguan ada lebih banyak isu untuk ditangani oleh Pakatan,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
“Percanggahan pendapat ada disitu. Kita tidak menafikannya. Namun, di satu sudut lagi, ada isu yang lebih besar untuk kita lihat berbanding keraguan kami.
“Saya fikir perbezaan pendapat ini boleh diselesaikan bila tiba masanya. Untuk sekarang, apa yang lebih penting adalah ketiga-tiga parti, DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menjatuhkan Barisan Nasional (BN).
“Hubungan kami antara satu sama lain secara umumnya adalah baik” katanya pada sidang media, pada Ahad.
Karpal berkata DAP menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan mengambil alih kerajaan Pusat.
Beliau turut menyangkal dakwaan Ahli Parlimen Bebas kawasan Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohamed Hashim yang mendakwa DAP dan PAS bersetuju dengan cadangan agar veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah atau Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Perdana Menteri. – mStar Online
Retak menanti belah... tak lama lagi berpecah belah la puak Pakatan Haram ni... masing-masing tidak ada kata sepakat macam mana nak takbir negara?
Wujudkan Pelepas Automatik Dari Status Bankrap - Khairy Jamaluddin
Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini mencadangkan agar individu yang diisytihar muflis, bankrap dan disenaraihitam oleh insititusi kewangan diberi peluang kedua keluar dari kemelut kebankrapan melalui pelepasan automatik selepas tempoh tertentu.
Ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin berkata amalan tersebut dilaksanakan di beberapa negara luar bagi membantu golongan itu agar tidak terus dibebani kepayahan membuat pinjaman dan disekat untuk ke luar negara umpamanya.
"Pelepasan automatik perlu diberikan selepas tempoh tertentu. Di luar negara, ada yang menetapkan diberi pelepasan ini selepas satu hingga tiga tahun (diisytihar bankrap).
"Cadangan ini diharap dapat dimasukkan dalam pindaan Akta Bankrap 1967 yang saya difahamkan sedang dalam peringkat akhir untuk digubal sebelum dihantar ke Peguam Negara.
"Akta yang ada ketika ini terlalu ketat kepada mereka yang teraniaya ibarat pesalah yang menerima hukum mati ekonomi," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Forum Muflis@Bankrap di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Pada Perhimpunan Agung Umno tahun lepas, Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi komitmen bahawa undang-undang kebangkrapan sedia ada akan dikaji dan dirombak bagi melepaskan individu dari kemelut kebankrapan.
Khairy berkata cadangan itu bagaimanapun perlu diteliti dan dikaji supaya golongan muflis dan bankrap itu tidak menyalahgunakannya sehingga wujud unsur penipuan.
Pemuda Umno juga mencadangkan agar satu insurans perlindungan khas diwujudkan kepada penjamin dalam pindaan akta tersebut agar tidak lagi teraniaya menanggung beban orang yang berhutang, katanya.
Katanya ketika ini institusi kewangan akan membekukan atau menyita aset dan harta penjamin demi melunaskan hutang pemiutang dan perkara itu menjejaskan ekonomi dan kehidupan penjamin.
"Mereka juga terpaksa menanggung pelbagai kos termasuk kos guaman," katanya.
"Daripada 2005 hingga Mac tahun lepas, terdapat 243,823 orang muflis dan jumlah itu menunjukkan peningkatan 45 peratus dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.
"Sehubungan itu Jabatan Insolvensi dan agensi berkaitan perlu lebih agresif dalam membuat publisiti dan mendidik orang ramai supaya menguruskan kewangan dengan baik," katanya.
Dalam pada itu, resolusi mengandungi cadangan dan langkah pencegahan muflis daripada peserta forum yang pernah muflis akan dihantar kepada Kementerian Kewangan dan juga kepada Perdana Menteri.
Video - Yassin Lancar Album AMK 'Reformasi' Untuk Tagih Undi PKR...
Tah apa-apa tah artis sekarang ni, bila dah tak laku join parti politik... Lagu terbaru Yassin bikin gua nak termuntah beb......
AMK hari ni melancarkan video klip lagu ‘Reformasi’ di ibu pejabat KEADILAN, nyanyian artis Yasin yang menjadi lagu rasmi kempen AMK di seluruh negara.
Menurut Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip, Yasin telah secara rasminya dilantik sebagai Duta terbaru PKR bagi mempromosikan parti tersebut kepada anak muda.
“Yasin adalah duta rasmi kempen pilihan raya AMK. Beliau bersama AMK akan bergerak mengelilingi Malaysia dan turun ke setiap kawasan ditandingi calon AMK,” kata Rozan.
Beliau menjangka, selepas berita penyanyi Yasin sebagai ‘duta rasmi’ AMK dan ‘Dokumen Merah’ dilancarkan, undangan persembahan dan jemputan kempen program akan meningkat.
Pakatan Haram sekarang semakin terdesak terpaksa guna artis untuk pancing undi .... dasar low class!!!
Video URL: http://youtu.be/0Z5dh99_hxU
Kenyataan Palsu Dakwa PM Letak Jawatan... Bukti Pakatan Haram Kian Terdesak!
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata sistem penerbitan dalam taliannya yang menyiarkan "kenyataan palsu" berhubung dakwaan peletakan jawatan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah digodam.
Katanya, jabatannya juga telah memadamkan kenyataan berkenaan daripada Sistem e-Akhbar dan Sistem e-Press tersebut.
"Tindakan awal ini adalah bagi mengelakkan sebarang penyebaran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan seterusnya menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.
"Satu siasatan dalam mengenai perkara ini sedang dibuat oleh Jabatan Penerangan Malaysia.
"Satu laporan polis juga akan dibuat mengenai perkara ini dan Jabatan Penerangan Malaysia menyerahkan perkara ini kepada pihak poilis untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook.
Beliau merujuk kepada kenyataan bertajuk 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia' dan 'Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan' yang dimuatkan dalam sistem tersebut sebelum itu.
Nota: Sampai macam ni sekali nak sabotaj Perdana Menteri... Agak-agaklah kalau Pakatan Haram nak menang sekali pun biarla gentleman sikit...
AWAS: Puak Pakatan Haram sekarang sedang sibuk mengondam laman web rasmi kerajaan dan blog blogger pro-kerajaan..
Khalid Gagap MB Tidak Ada Adab... Pakai Kasut Dalam Rumah Orang!
Inilah padahnya bila tersalah memilih pemimpin masa PRU yang lepas... Lain kali jangan undi pemimpin yang tak ada akal, gagap atau kaki liwat!
Hari ini kita lihat betapa biadapnya Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, masuk rumah orang ala-ala mat saleh... Tak kan baru jadi MB Selangor satu penggal dah lupa habis adab orang Melayu..
Kita semua tahu Khalid selalu duduk hotel tapi jangan la sampai kurang ajar macam ni.. nak buka kasut pun malas...
Sedangkan orang cina masuk rumah orang melayu pakai kasut kita marah... inikan pula orang melayu sendiri yang pakai...
Perkara yang memalukan ini mengingatkan kita kepada aksi bodoh ahli politik rejim DAP, Nga Kor Ming yang sama memakai kasut di dalam sebuah rumah orang Melayu di Ayer Tawar, Perak pada tahun lepas.
PRU 13 : Anwar Ibrahim Guna Bekas Tentera, Kitar Janji Lama
Segelintir pesara tentera yang diumpan menyertai Pakatan Rakyat kini diguna untuk berkempen di kawasan yang didiami oleh anggota keselamatan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Malam tadi giliran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan "khidmat" mereka apabila beliau berceramah di kawasan perumahan yang berdekatan Kementerian Pertahanan (MINDEF) di sini.
Malah, Anwar mendakwa telah menawarkan kepada bekas-bekas panglima tentera untuk bertanding sejurus sebelum memulakan ceramah namun pelawaan itu ditolak oleh mereka.
"Kita tidak bayar pun mereka ini. Sepatah pun tidak dibincang. Malah Datuk Ghafir kata dia tidak mahu jawatan atau bertanding. Saya pujuk semua mereka tadi. Memang saya nak bagi semua satu kerusi.
"Saya tengok semuanya hebat-hebat. Tempatnya adalah di pimpinan negara. Tapi mereka kata akan bersama jelajah di seluruh negara, akan melancarkan serangan merantau untuk menentang kezaliman serta penyalahgunaan kuasa Umno," dakwanya di Keramat AU3, semalam.
Empat bekas tentera yang dibariskan semalam adalah Mantan Panglima Tentera Darat, Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, Bridget Jeneral, Datuk Abdul Hadi Al-Khatab, Mantan Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Datuk Najmi Hamid serta Laksamana Pertama Tentera Laut Diraja Malaysia, (B) Imran Hamid.
Keempat-empat bekas tentera itu menyampaikan ucapan masing-masing dengan membuat pelbagai tuduhan penyelewengan yang berlaku dalam unit dalam kementerian pertahanan.
Selain menggunakan bekas anggota tentera untuk meraih sokongan, Anwar terus menggunakan mantera lamanya dengan menawarkan pelbagai janji kepada rakyat.
Antaranya adalah pemansuhan sistem pengesan kelajuan kenderaan AES, meskipun saman di bawah sistem itu sudah pun ditangguhkan oleh kerajaan.
"Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat minggu lalu, PAS, DAP, Keadilan putuskan kita ambil alih Putrajaya, kita batalkan AES.
"Nak bayar AES, sokong Barisan Nasional. Tidak mahu bayar, sokong Pakatan Rakyat," ujarnya.
Sebelum ini Anwar juga berjanji untuk memansuhkan pinjaman pendidikan PTPTN, menurunkan harga minyak, menambah royalti kepada negeri-negeri sebanyak 20 peratus dan bermacam-macam lagi.
Bagaimanapun beliau dikecam kerana segala tawaran itu tidak berpaksi kepada realiti ekonomi negara dan sekadar "menjaja mimpi" kepada rakyat.
Pengkritik Anwar juga merujuk kepada janji-janji manifesto PKR tahun 2008 yang tidak ditunaikan oleh kerajaan negeri pimpinan parti itu. Anwar adalah penasihat ekonomi Selangor.
Antara janji yang dituntut oleh penduduk Selangor adalah rumah kos rendah, program untuk meningkatkan pendapatan nelayan dan petani, elaun bulanan untuk ibu tunggal dan penurunan cukai pintu.
-AntaraPos
Adam Corrie Nafi Sertai PAS
Terdesak sangat puak PAS ni sampai sanggup mereka fitnah yang kononnya berduyun-duyun artis masuk PAS, gila publisiti ke?
Pelakon Gangster Celop, Adam Corrie Lee menafikan dakwaan dirinya sudah menyertai PAS seperti beberapa rakan artis yang lain.
Sebelum ini, beberapa entri blog menyebarkan gambar pelakon berusia 45 tahun itu menghadiri sebuah ceramah di Taiping, Perak, minggu lalu.
“Saya bukan ahli PAS. Saya nak jelaskan di sini, saya bukan ahli mana-mana parti dan saya tak masuk parti PAS seperti yang didakwa.
“Bila masa saya menyertai parti politik? Saya tak nak terlibat dalam dunia politik. Saya memang tak tahu tentang politik, nak campur politik buat apa,” katanya kepada Sinar Harian.
Menjelaskan tentang kehadirannya pada ceramah itu, Adam berkata, kehadirannya dan isteri hanya untuk mendengar kuliah Maghrib yang disampaikan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.
“Sebenarnya, saya tak tahu itu kawasan PAS dan saya tak tahu itu ceramah parti politik. Kalau saya tahu, memang sumpah saya tak sampai. Saya tak akan pergi. Memang tak ada kena-mengena saya dengan PAS. Saya hanya pergi untuk mendengar kuliah Maghrib sahaja.
“Secara jujurnya, saya pergi ke sana kerana ada Datuk Dr Haron Din. Beliau beri kuliah Maghrib. Pada masa sama, saya nak berubat juga. Jadi, saya dan isteri pergi sana memandangkan di Kuala Lumpur nak jumpa Datuk Haron Din susah.
"Kebetulan dia datang ke Taiping, jadi, saya pun pergi ke kuliah Maghrib itu,” katanya yang pulang ke Taiping untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarganya.
Sementara itu, Adam akui tidak mengenali Yang Dipertua PAS Taiping, Mohd Fakharuddin Abd Aziz yang sempat merakamkan gambar bersamanya pada malam itu.
“Kereta yang saya letakkan di hadapan kedai dia (Fakharuddin) telah dihalang oleh sebuah van. Jadi, saya tanya kenderaan itu milik siapa.
“Salah seorang pekerjanya rujuk YB sebagai pemiliknya. Saya pun pergi jumpa dia untuk minta alihkan van itu. Kebetulan memang ada jurugambar dan YB ajak ambil gambar.
"Selepas ambil gambar, baru saya diberitahu itu YDP PAS Taiping. Saya memang tak kenal siapa YDP PAS,” jelasnya yang akui terkejut selepas dimaklumkan tentang identiti Fakharuddin.
Siti Nurhaliza Tidak Berminat Untuk Jadi Ostajah PAS @Abby_Abady112
Siti menolak dakwaaan serta fitnah blogger Pakatan Haram yang kononnya beliau memakai tudung kerana ingin bergiat aktif dalam bidang politik seperti ostajah segera Abby Abadi.
Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza tidak pernah berniat untuk bergiat aktif dalam dunia politik sebagaimana sesetengah artis wanita lain yang telah berhijrah dan menutup aurat.
Siti, 34, berkata, niatnya memakai tudung adalah ikhlas seperti mana dituntut oleh agama Islam dan bukan kerana faktor-faktor lain.
"Saya tidak pernah terfikir untuk bertudung kerana politik tetapi berniat untuk menutup aurat telah lama dibuat dan Alhamdulillah pada ulang tahun ke-34 Januari lalu hati saya telah dibuka Allah untuk berbuat demikian," jelasnya.
Siti turut menjelaskan setakat ini belum ada pihak daripada mana-mana parti politik yang memintanya untuk menyampaikan ceramah di majlis-majlis tertentu dan tidak berniat untuk berbuat demikian.
Dalam pada itu, Siti turut menjelaskan komennya mengenai kehadiran penyanyi dari Korea Selatan, Psy yang terkenal dengan lagu Gangnam Style di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang baru-baru ini hanya pandangannya sebagai anak seni dan rakyat biasa.
Siti menjelaskan beliau tidak pernah menolak kedatangan artis dari luar negara ke Malaysia namun pada masa sama artis tempatan tidak boleh diketepikan begitu sahaja.
"Saya menghargai bakat-bakat dari luar negara malah tidak pernah menolak kehadiran mereka ke Malaysia namun pengiktirafan terhadap artis tempatan tidak boleh dipandang ringan.
"Alangkah baiknya jika ada pihak yang sanggup menaja untuk persembahan artis tempatan dengan nilai sama dan saya yakin bakat-bakat tempatan tidak kurang hebatnya," jelasnya.
Siti juga berharap komen tersebut tidak dikaitkan dengan politik kerana ulasan tersebut sebagai luahan dan pandangannya sebagai anak seni yang telah lama berkecimpung dalam dunia nyanyian.
Subscribe to:
Posts (Atom)