Tuesday, February 19, 2013

Empat Pengawal Peribadi Anwar Dari Filipina Didedahkan...

Keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim yang didatangkan dari Filipina itu telah pun dikenalpasti.

1. Daniel Cruz

Berkhidmat selama lima tahun sebagai Pegawai Kes dengan National Intelligence Coordinating Agency (NICA) dan lima tahun sebagai Penyiasat Penjenayah dengan US Drug Enforcement Administration (DEA) di Kedutaan Amerika Syarikat di Manila. Dia merupakan warganegara Filipina pertama yang menjalani Kursus Hostage Rescue and Explosive Entry di Tactical Explosive Entry School (TEES) di Memphis, Tennessee pada tahun 1992 dan Combat Tracking Level 1 & 2 Courses di bawah Tactical Tracking Operations School (TTOS) yang diadakan di Guam di bawah US Marshals Service (USMS) Program pada tahun 2002.

Dia merupakan perintis ‘Pinoy Peek’, sejenis kaedah penurunan tali yang sekarang ini digunapakai secara meluas di seluruh dunia. Dia juga merupakan ahli National Tactical Officers Association (NTOA) dan The International Association of Bomb Technicians and Investigators (IABTI) semenjak 1992.

Telah mengendalikan latihan di seluruh dunia untuk suku pertama tahunan bagi Kewaspadaan Ancaman dan Perlindungan Peribadi untuk wartawan lapangan GMA1 Network News termasuklah sebagai Hakim Mahkamah di bawah Philippine Judicial Academy (PhilJA) dan telah mengendalikan Kursus Penurunan Tali PSO dan Taktikal secara tahunan untuk kebanyakan anggota SWAT dan PSO Banko Sentral ng Pilipinas (BSP) semenjak tahun 2004.

Dalam bidang Operasi Perkhidmatan Perlindungan (PSO), Daniel Cruz pernah berkhidmat kepada Bill dan Melinda Gates. Sekarang ini dia berkhidmat dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim semenjak Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada tahun 2008.

Dia telah menulis dua artikel taktikal berjudul, “Tactical Rappelling: The Pinoy Peek – A New Ingress/Egress Technique Developed in the Philippines (1994) dan First Explosive and Tactical Entry Course in the Philippines (1995). Kedua-dua artikel tersebut telah diterbitkan oleh Tactical Edge, sebuah penerbitan tiga bulan sekali dengan penerbitnya adalah US National Tactical Officers Association.

Daniel Cruz sekarang ini merupakan Konsultan Sekuriti Senior untuk Orion Support Incorporated. (OSI)

2. Noel Del Rosario

Noel telah berkhidmat dengan Pasukan Polis Kebangsaan Filipina selama lebih dua puluh tahun dengan tugas utamanya adalah dalam Special Weapons And Tactics (SWAT). Dia telah menghadiri banyak seminar latihan dan worksyop di seluruh Filipina dan di seluruh dunia, terutama dalam memperkemaskan skil penggunaan senjata, penyiasatan, mempertahankan diri dan beberapa skil menentang terrorisme.

Dia pernah memenangi kejuaraan menembak dan mewakili Filipina dalam International Practical Shooting Confederation (IPSC) dan di International Defensive Pistol Association (IDPA).

3. Alfred Sese

4. Bong Oteyza

Malam tadi, keempat-empat pengawal peribadinya ada bersama-sama Anwar Ibrahim ketika Ketua Umum PKR itu berceramah bersama-sama beberapa orang bekas pegawai tinggi ATM di Taman Rekreasi, AU3. Turut hadir dan memberikan ceramah adalah Ibrahim Yaakub, bekas calon PKR Parlimen Setiawangsa merangkap Ketua Staf Pejabat Anwar Ibrahim, Dr Tan Kee Kwong, calon PKR Wangsamaju dan Anwar Ibrahim sendiri.

Secara keseluruhan, ucapan-ucapan mereka lebih menjurus dan menekankan tentang apa yang mereka dakwa sebagai kronisme dan korupsi serta nepotisme termasuklah dalam isu Projek Kapal Selam, NFC, penahanan Nick Xenophon di LCCT, isu pembinaan KLCC, pembelian kapal selam, kehilangan enjin jet dan isu duit LTAT.

Dengan keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim dan keempat-empat pula bekas pegawai tinggi ATM berada setempat, adakah Anwar Ibrahim sedang memberi isyarat kepada pegawai-pegawai ATM yang lain terutama yang memang mempunyai ‘kes’ agar bekerjasama dengannya kalau mahu selamat?

Persoalan terbesar ialah, apa sebenarnya hubungkait antara keempat-empat bekas pegawai tinggi ATM itu dengan keempat-empat orang pengawal peribadi Anwar Ibrahim yang kini diketahui bukan sebarangan pengawal peribadi? Apakah buah dan rahsia yang telah digunakan oleh pengawal-pengawal peribadi Anwar Ibrahim itu sehingga empat orang bekas pegawai tinggi ATM terpaksa menurut sahaja bagaikan anjing sawan?

Untuk apa Anwar perlu mengupah pakar bom, pakar penembak tepat, pakar taktikal, pakar serangan terroris dan segala macam pakar lagi? Walhal belum pernah di Malaysia berlaku sebarang serangan terhadap figur-figur politik dengan Anwar Ibrahim sendiri sebagai buktinya yang bebas bergerak ke sana ke mari? Adakah kehadiran mereka berempat membuktikan bekas petugas keselamatan seperti anggota tentera dan polis di Malaysia tidak mempunyai kelayakan serta kehebatan seperti keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim itu, walhal dari segi kejayaan, ATM dan PDRM jauh lebih berjaya membanteras ancaman terhadap keselamatan negara dan jenayah berbanding tentera dan polis Filiipina.

Apakah keempat-empat pengawal peribadinya itu mempunyai kaitan dengan keengganan Malaysia untuk melatih tentera Marin Amerika Syarikat di hutan belantara sini? Apakah keempat-empat pengawal peribadi itu bekerjasama pula dengan keempat-empat bekas pegawai tinggi ATM dari keempat-empat sektor secara lebih akrab?

Keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim itu aktif berada di banyak tempat sepertimana yang dipaparkan dalam gambar-gambar di bawah.

Empat pengawal peribadi Upahan dari Filipina bersama-sama pengawal peribadi Anwar yang lain.




Sumber: sel13

No comments: