Wednesday, March 20, 2013

Pasukan Keselamatan Temui 1 Mayat Pengganas


Lahad Datu - Pasukan keselamatan menemui satu lagi mayat pengganas Kiram yang dipercayai mati ketika operasi penggeledahan di kawasan perumahan Kampung Tanjung Batu pada 6 Mac lalu.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd. Zin berkata, mayat pengganas itu akan dibawa keluar hari ini tetapi bergantung pada keadaan sekeliling.

-Utusan

Khabar Angin Bubar Parlimen Hari Ini Tidak Benar


Khabar angin yang disebarkan melalui laman sosial dan Twitter menyatakan Parlimen akan dibubarkan hari ini, oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah tidak benar sekali. Perkara ini disahkan melalui tweet Pejabat Perdana Menteri.

Harap maklum....

Full Video Nurul Izzah Perlekeh Polis - Part II




Apakecoh-kecoh - Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Sejak keluar video Nurul Izzah buat kenyataan memperlekeh polis dan mahu mansuhkan Pasukan Gerakan Am & Cawangan Khas, pencacai Pakatan cuba mempertahankan Nurul Izzah kononnya video tersebut telah diedit & mendesak mahu melihat video penuh ceramah tersebut.

Bagi memenuhi permintaan istimewa para pencacai Pakatan, aku telah siarkan episod pertama full video Nurul Izzah perlekeh polis beserta ulasan fitnah-fitnah & janji-janji palsu yang dihamburkan oleh Nurul Izzah.

Bila keluar je full video Nurul Izzah hina polis, terus meroyan kuncu-kuncu Nurul Izzah dan terus mengancam untuk membuat aduan kepada YouTube untuk delete video kononnya langgar copyright.

Hek eleh, sejak bila video ceramah ada copy right, Nurul? Semua ceramah kau orang lain tak boleh siarkan ke? Patutnya kau gembira orang sebarkan video kau, tapi kali ni kau marah pulak & mahu sekat kebebasan bersuara orang lain?

Berani kerana benar, Nurul. Takut kerana salah.

Nampak sangat kau tak mahu video kau disebarkan kerana memang betul kau memperlekeh polis walaupun mereka dah mengorbankan nyawa di Sabah demi keselamatan tanah air kita.

Hari ni aku siarkan pula full video episod 2 Nurul Izzah hina polis.

Boleh tengok sendiri macam mana Nurul Izzah memperlekehkan polis kita.

Antara Rumusan Fitnah Nurul Dalam Episod 2

Nurul Kata Anwar Tak Pernah Salahguna Kuasa Untuk Beri Dana Kepada Kroni

Ye ke Anwar tak pernah buat macam tu, Nurul? Habis tu, macam mana Faiz Abdullah, (penulis ucapan Anwar semasa dia jadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri) boleh dapat pinjaman RM445 JUTA TANPA SEBARANG CAGARAN dari Hong Leong Bank? Tanpa cagaran tu beb. Mamat ni bukan bisnesman pun. Macam mana boleh layak dapat pinjaman besar tu tanpa cagaran? Aku nak buat pinjaman beli rumah murah RM25,000 pun kena bagi cagaran, ni kan pulak pinjaman RM445 juta beb! Untuk makluman kawan-kawan juga, Hong Leong Bank ni dapat lesen perbankan dari Anwar Ibrahim.

Pada tahun 2012, Faiz disaman oleh Hong Leong Bank sebab tak bayar balik pinjaman. Di Mahkamah, dia mengaku wang tersebut diterima bagi pihak Anwar Ibrahim. Jeng jeng jeng!!

Rekod PTPTN Tak Lengkap, Jadi Tak Dapat Nak Cari Peminjam, Akibatnya PTPTN Rugi Besar

Malas nak cerita panjang, baca je penjelasan PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menafikan isu kehilangan wang dalam akaun peminjam berjumlah RM 24.42 bilion yang ditimbulkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menerusi persidangan parlimen, kelmarin.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, isu berkenaan tidak wujud kerana wang terbabit sudah dapat dikesan pada tahun lalu apabila sistem diperbaiki pihaknya.

“Wang bayaran diterima menerusi rekod lejar am dan bukan rekod lejar individu disebabkan kelemahan sistem pada rekod kewangan berakhir 31 Disember 2010.

“Perkara itu sudah diselesaikan dengan pembaikan sistem yang mana rekod setiap pembayar dikemaskini pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011,” katanya dalam sidang media pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 dan Majlis Jasamu dikenang, di sini, semalam.

Rekod ada, cuma sistem belum update je. Isu ni PTPTN dah jelaskan, mengapa Nurul masih lagi bangkitkan walaupun dia dah tahu jawapannya? Nampak sangat Nurul suka tabur fitnah!

Nurul Izzah Perlekeh Polis, Kononnya Pasukan Gerakan Am Sejak Komunis Dibubarkan dah Takda Kerja, Cuma Goyang Kaki Saja

Ini kata-kata Nurul “General Operation Force (Pasukan Gerakan Am) untuk lawan komunis dulu. You do not need, okay, General Operation Force now. Komunis semua, Chin Peng pun BN tak bagi mai balik Malaysia. Okay? So you do not need anymore General Operation Forces.

Habis tu, DUA orang wira kita dari Pasukan Gerakan Am yang terkorban menentang pengganas Sulu di Sabah tu mati kena tembak sambil sedang goyang kaki ke Nurul?

Wira kita berkorban nyawa di Sabah, di Semenanjung Malaysia selamba je Nurul kutuk diorang!

Nurul Izzah Perlekeh Polis Lagi, Desak Special Branch Dimansuhkan

Ini kata-kata Nurul: “Polis dah cukup. You hanya perlu mansuhkan Special Branch.”

Sekali lagi Nurul bayangkan kononnya Special Branch takda kerja dan perlu dihapuskan sahaja.

Habis tu, jasa EMPAT orang wira kita dari Special Branch yang terkorban di Sabah pun kau nak suruh hapuskan jugak ke? Hapuskan unit mereka, hapuskan rekod mereka, hapuskan jasa mereka?

Inilah dasar orang tak tahu diuntung. Dia bersenang-lenang hasil pengorbanan polis dari Pasukan Gerakan Am dan Special Branch, lepas tu jasa mereka dengan mudah diperkecil-kecilkan.

Tan Sri Zaman Khan, mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah turut menganggap Nurul 'buta sejarah' kerana memperlekehkan polis di saat mereka sedang bertaruh nyawa mempertahankan tanah air kita di Sabah.

Banyak lagi sebenarnya fitnah Nurul Izzah dalam ceramahnya. Nak tahu lebih lanjut, tonton je video tu.

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

p/s: Kalau belum tengok lagi episode 1, boleh tengok kat sini..

FULL VIDEO NURUL IZZAH HINA POLIS – PART 1

Rakyat Pulau Pinang Bantah Terowong Bawah Laut


Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai pada akhir Januari 2013 yang lepas, projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang telah mencapai kemajuan 90.15% dan dijangkakan siap sepenuhnya seawal September 2013 atau selewat-lewatnya dua bulan kemudian.

Apabila siapnya projek itu kelak, sebahagian besar masalah kesesakan lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang yang sedia ada dapat dikurangkan sekaligus memberi keselesaan kepada para pengguna untuk berulang alik dari pulau ke Seberang Perai.

Pengumuman tersebut nyata melegakan ramai pihak dan sudah tentunya mereka tidak lupa untuk berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana tetap meneruskan projek itu sekalipun Kerajaan Negeri dikuasai oleh DAP.

Bagaimana pun tak sampai dua bulan kemudiannya, tiba-tiba sahaja Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan kesediaan Kerajaan Negeri sudah bersedia untuk membina terowong bawah laut menghubungkan Gurner Drive di bahagian pulau dengan Bagan Ajam di sebelah tanah besar.

Selama dua tahun semenjak April 2011 Lim Guan Eng senyap tanpa berita selepas pengumuman awalnya dulu, sekarang bila sahaja dekat nak PRU 13 tergesa-gesa mengumumkan projek tersebut digerakkan segera.

Nampak sangat DAP sedang bermain opera Cina untuk mengekang mood gembira khalayak ramai yang tika ini agak tidak sabar menantikan siapnya Jambatan Kedua Pulau Pinang. Adakah sandiwara ini berjaya menarik perhatian rakyat dan mengalih tumpuan umum kepada jasa Kerajaan Pusat?

Tentu sahaja tidak, kerana semasa dialog Kerajaan DAP Pulau Pinang bersama rakyat negeri itu pada 10 Mac lepas, rata-rata peserta yang hadir tidak yakin dengan kesungguhan Kerajaan Negeri yang di lihat hanya mengambil kesempatan untuk mengabui mata umum tatkala menjelang PRU 13.

Lagi pun ramai yang mempersoalkan pembinaan terowong bawah laut itu yang bukan sahaja tidak efektif dan merupakan satu pembaziran kerana buat masa sekarang sudah memadai negeri itu mempunyai dua jambatan termasuk yang sedang disiapkan sekarang.

Tambahan pula kos anggaran RM6.3 bilion untuk projek sedemikian jika dilaburkan untuk naik taraf jalan-jalan sedia ada di samping menambah baik kemudahan pengangkutan awam jauh lebih berbaloi untuk jangka masa pendek dan panjang.

Jambatan kedua belum pun siap untuk digunakan sudah bermimpi mahu membina terowong bawah laut, besar melampau angan-angannya tapi tak kena dengan masanya. Sepatutnya guna dulu jambatan kedua dan lihat keberkesanannya, bila wujud keperluan barulah bina jambatan ketiga atau pun terowong.

Disebalik Cerita Anwar Sibuk Nak Memuji Dan Pengganas Sulu Lebih Kejam Dari Komunis


Entah apa mimpi Anwar... Tiba-tiba saja selepas 15 hari Operasi Daulat dilaksanakan bagi membanteras kumpulan pengganas di Lahad Datu, Sabah yang turut mengorbankan anggota keselamatan, Anwar Ibrahim akhirnya memuji langkah yang dilakukan pasukan keselamatan.

Ketua Pembangkang berkata pada mesyuarat khas pakatan pembangkang hari ini turut menyatakan sokongan terhadap langkah yang diambil oleh pasukan keselamatan.

Emmm..... Selama ni Anwar dan rakan sekutunya buat apa? tidur ke? Dah puas kutuk-kutuk baru nak sedar... Sudah la... Tindakan Anwar ini merupakan penyebabkan rakyat akan menolak puak pembangkang di PRU13.

Usahlah kita sebagai rakyat Malaysia mengikut perangai pemimpin puak pembangkang yang sering kali menghina dan memperlekehkan jasa anggota keselamatan kita.

Di bawah laporan dari Sinar Harian yang memetik pengganas bersenjata selatan Filipina lebih kejam daripada komunis yang pernah menyerang negara kita.

Kalau masih ada lagi puak pembangkang yang hendak menghina dan memperlekehkan jasa anggota keselamatan kita, aku tak tahu lah apa nak cakap....


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, dengan riak wajah yang sentiasa tenang menyifatkan pengganas bersenjata selatan Filipina lebih kejam daripada komunis yang pernah menyerang negara.

Melihat tindakan yang tidak berperikemanusiaan dilakukan terhadap anggota dan pegawai polis semasa operasi mengesan mereka di Kampung Simunul, Semporna 2 Mac lalu, beliau tidak dapat menggambarkan betapa kejamnya pengganas itu.

Sungguhpun begitu kami yakin semangat anak buahnya langsung tidak pernah pudar untuk memastikan pengganas berkenaan gugur dari setiap inci permukaan bumi Malaysia.

Beliau yang pernah terlibat dengan operasi membanteras komunis di Raub, Pahang yakin pasukan keselamatan akan menumpaskan pengganas walaupun tidak menetapkan tempoh masa tertentu.

“Cuba lihat apa dilakukan oleh mereka ini, lebih kejam daripada komunis!” Nada suaranya teras menyatakan kepada kami dalam pertemuan di Felda Residen Sahabat, semalam.

Difahamkan, anggota keselamatan yang maut di Kampung Simunul, Semporna 2 Mac lalu dibunuh kejam.

Mereka yang terkorban adalah Asisten Superintendan Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin Daud di Kampung Tanduo.

Manakala di Semporna adalah Superintendan Ibrahim Lebar, Deputi Superintendan Micheal Padel, Sarjan Mejar Baharin Hamit, Sarjan Mejar Abd

Azis Sarikon, Sarjan Salam Togiran dan Koperal Azrul Tukiran.

Dua lagi adalah Koperal Ahmad Hurairah Ismail di Kampung Sg Nyamuk dan Koperal Ahmad Farhan Roslan dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lahad Datu - Cenderawasih.

Beliau berkata, gugurnya 10 wira negara dalam Op Daulat langsung tidak mematahkan semangat anak-anak buahnya dan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Kami yakin dapat menyelesaikannya kerana kawasan pengganas telah dikepung pasukan keselamatan," katanya.

Sebelum ini, Hamza juga menegaskan, pihak berkuasa tidak sekali-kali mempercayai apa yang ditawarkan Azzumudie Kiram, katanya, “Sejak hari pertama kami tidak mempercayainya.”

Rosmah Mansor - Saya Tak Bunuh Altantuya


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, keengganannya menjawab semua fitnah dan tohmahan yang dilemparkan ke atasnya selama ini kerana beranggapan jika dia berbuat demikian, ianya akan dibesar-besarkan atau disensasikan.

Rosmah hanya memutuskan untuk menjawab segala tohmahan itu setelah melihat semakin dia berdiam diri, semakin menjadi-jadi fitnah ditaburkan terhadapnya.

Luahan Rosmah disiarkan dalam buku biografinya yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed di Kuala Lumpur, Selasa. Turut hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dalam buku berjudul “Biografi Rosmah Mansor”, Rosmah turut menjawab tuduhan dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya Shaaribuu, cincin berharga RM24juta dan banyak lagi.

”Saya merasakan sikap mendiamkan diri, tak boleh. Bila tak jawab, semakin menjadi-jadilah fitnah terhadap saya. Bila tidak jawab mereka ingat saya takut. Saya tak takut. Saya boleh berhadapan dengan mereka. Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama “membunuh diri sendiri,” katanya.

"Saya berada di bangunan Tabung Haji dari petang hingga malam. Ramai saksi saya berada di sana," memetik tulisan dalam buku 140 muka surat itu.

"Saya akan lari kalau cicak jatuh depan saya. Saya juga takut gelap. Apatah lagi nak panjat bukit di tempat pembunuhan," kata Rosmah.

Beliau juga berkata telah disoal selama enam jam di Bukit Aman atas tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Altantuya dipercayai telah diletupkan menggunakan bahan letupan C4 dalam sebuah hutan di Shah Alam.

Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah atas dakwaan membunuh penterjemah bahasa itu yang dikaitkan dengan skandal pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.

Mengenai skandal cincin berlian bernilai RM24 juta, Rosmah dalam biografinya berjudul 'Biografi Rosmah Mansor' berkata adalah menjadi kebiasaan bagi isteri perdana menteri untuk menerima perhiasan yang mahal dalam lawatan rasmi.

"Ketika menyambut tetamu, adalah penghargaan biasa bagi mereka untuk memberi hadiah sebagai peringatan. Antara hadiah ini termasuk cincin, jam, perhiasan. Sesetengah adalah sangat mahal dan dibuat khas," tulisnya lagi.

Tuesday, March 19, 2013

Gaduh Lagi.... PKR Pertikai Pengumuman Nizar


Apa dah jadi dengan puak-puak pembangang ni... tak habis-habis nak rebut kurusi, masing- masing nak berkuasa... Sudahnya rakyat yang jadi mangsa dengan janji-janji kosong mereka. Maklumlah masing- masing nak tunjuk hebat dalam membela nasib rakyat... Padahal hampeh... Apa pun tak bley.....

Bernama- Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak hari ini mempersoal tindakan PAS mengumumkan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri Changkat Jering yang sebelum ini ditandingi PKR.

Pengerusi PKR Perak Dr Mohd Nor Manuty berkata PKR bersetuju PAS bertanding di kerusi DUN berkenaan dengan syarat parti itu menggantikannya dengan kawasan DUN lain yang boleh menang.

Bagaimanapun, katanya sehingga kini keputusan masih belum dibuat berhubung perkara itu.

“Mengapa belum diputuskan secara rasmi, mereka telah buat pengumuman,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menjelaskan daripada 59 kerusi DUN yang dipertandingkan di Perak, pembahagian kerusi antara pakatan pembangkang untuk ditandingi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) masih sama seperti PRU-12 pada 2008 iaitu PKR (20), PAS (21) dan DAP (18).

Semalam, Pesuruhjaya PAS negeri Abu Bakar Hussain dalam satu ceramah di Air Kuning mengumumkan Mohammad Nizar sebagai calon PRU-13 bagi DUN Changkat Jering.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohd Osman Mohd Jailu yang mewakili PKR menang di DUN Changkat Jering, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mat Isa Ismail dengan majoriti 1,102 undi.

Bagaimanapun, pada 2009, Mohd Osman memilih menjadi calon Bebas.

Mohammad Nizar kini mewakili DUN Pasir Panjang dan Parlimen Bukit Gantang.

Trowong Dasar Laut - DAP Ludah Manifesto Sendiri Mahu Mansuhkan Tol


Bila Guan Eng hendak mansuh Tol Pulau Nyior ni? Dulu masa belum jadi kerajaan di Pulau Pinang, DAP kata BN cekik darah kerana kenakan tol RM0.50 kepada pengguna. Sekarang bila sudah jadi kerajaan DAP, Guan Eng cakap tidak serupa bikin. Janji tidak ditepati.

Ketahuilah Rejim DAP Pulau Pinang membazirkan wang rakyat sebanyak RM3.2 juta semata-mata mahu membayar yuran perunding dari luar bagi menjayakan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang. Lepas ni takpayah la nak undi puak pembangkang ni... Apa pun tak boleh!

Utusan- Kerajaan DAP Pulau Pinang seolah-olah mempersendakan manifesto mereka sendiri apabila projek terowong dasar laut yang ingin dibangunkan bakal dikenakan tol.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tikus, Rowena Yam berkata, perkara itu menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat negeri ini kerana Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebelum ini lantang mahu memansuhkan tol sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.

Tegasnya, jika benar pembangkang mahu memansuhkan tol di seluruh negara, mengapa tidak dimulakan di negeri ini melalui projek yang mereka sendiri lancarkan.

"Selepas lima tahun mentadbir negeri ini, Tol Sungai Nyior sendiri masih tidak dimansuhkan, kini tampil pula terowong bertol. Jelas mereka sendiri membelakangkan manifesto yang selama ini dilaung-luangkan kepada rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rowena yang juga Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Bahagian Bukit Bendera berkata, pihaknya mengesan kewujudan pelbagai perkara meragukan dalam projek mega bernilai RM6.3 bilion yang mengandungi pembinaan tiga lebuh raya dan sebuah terowong dasar laut yang bakal menghubungkan Persiaran Gurney di sebelah pulau dan Bagan Ajam di Seberang Prai itu.

Katanya, sebelum ini pelbagai pihak termasuk pakar berpendapat projek terowong berkenaan bukan keperluan mendesak yang perlu dibangunkan kerana Pulau Pinang bakal mempunyai jambatan kedua menjelang hujung tahun ini.

Walaupun Dimaki, Diugut Nabil Tetap Sokong BN


Syabas diucapkan kepada artis yang memberi sokongan terbuka kepada BN seperti; Zed Zaidi, Nabil Raja Lawak, Fahrin Ahmad, Maulana AF, Adira AF, Altimet, Elfira Loy, Vijay Emergency dan Jason T. Pemuda BN amat menghargai sokongan mereka dan aktivis siber pro-BN akan menyokong mereka di alam siber

Semangat Nabil harus dicontohi oleh anak-anak generasi kini... Walaupun dimaki, diugut Nabil tetap memberi sokongan padu kepada BN...





Lahad Datu : Empat Pertempuran Berlaku Semalam


Lahad Datu - Empat pertempuran berlaku antara pengganas dan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi menggeledah dan menjejaki musuh di kawasan Tanjung Batu di sini semalam.

Tiada kecederaan dilapor dalam empat pertempuran antara 8.05 pagi hingga 5 petang itu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib hari ini.

Beliau berkata, dalam operasi semalam, pasukan keselamatan turut menahan tiga lagi individu di Sandakan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas, menjadikan jumlah tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kini 107 orang.

“Segala laporan siasatan siap dan kesemua mereka akan didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat,” katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi FELDA Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Hamza berkata, operasi menggeledah, menjejaki musuh dan membersih kawasan kubu pengganas di Tanjung Batu dijangka selesai hari ini dan pihaknya percaya bilangan pengganas yang tinggal, kurang daripada 50 orang.

Sementara itu, Ahmad Zaki berkata, pasukan keselamatan turut menggunakan 12 kereta perisai berantai Adnan yang mampu bergerak dalam pelbagai bentuk muka bumi.

“Kami yakin dengan tahap mobiliti, daya perlindungan dan kemampuan kereta perisai kami dalam melancarkan Operasi Daulat,” katanya.

Krisis pencerobohan pengganas dari Sulu sejak 12 Februari lalu mengorbankan sembilan anggota pasukan keselamatan manakala seorang anggota tentera maut dalam kemalangan jalan raya ketika menyertai konvoi Operasi Daulat.

Seramai 62 pengganas ditembak mati dan 241 orang ditahan kerana memasuki zon merah kawasan operasi dan pelbagai kesalahan lain.

-Bernama

PKR Akui Anwar Gay!


Gempar... PKR Bangi akui Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim seorang GAY... dan menyatakan sokongan kepada Anwar walaupun Anwar seorang GAY, kerana itu hak peribadi beliau.

Tengahari tadi PKR Bangi melalui akaun twitter @PKR_Bangi menyatakan hasrat untuk terus menyokong Anwar walaupun Anwar seorang GAY.

@PKR_Bangi : Kita tetap akan terima DS ANWAR IBRAHIM sbgi PM walaupun dia seorang GAY, krn itu hak peribadi beliau! #Pakatanrakyat #pakatanharapanrakyat


Terdahulu salah seorang mahasiswa pembangkang Khalid Mohd Ismath menyatakan beliau tidak kisah walaupun mempunyai seorang pemimpin LGBT, tak ada agama, atau sosial, yang penting pemimpin tersebut melaksanakan amanah rakyat dan negara serta tidak salah gunakan kuasa.

Gila dah budak ni....

 Ingat Nabi tak mengaku umat

PRU-13: BN Pertaruh Muka Baru Tawan Selangor


Kira-kira 80% calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor akan menampilkan muka-muka baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), menurut sumber.

Pakatan Haram (DAP, PKR, PAS) juga dijangka akan menurunkan muka baru di beberapa 56 DUN tetapi tidak seramai yang dilakukan BN kerana kebanyakan calon mereka merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) penggal pertama.

Sumber BN berkata: “Kami akan menurunkan kebanyakan calon bertenaga.”

Calon baru yang akan diturunkan termasuk Timbalan Ketua Umno Klang, Nazarrudin M.Zin, Ketua Pemuda Umno Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi, Presiden Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin, Ketua MCA Sepang Ng Chok Sin dan Ketua Beliawanis MCA Tee Hooi Ling.

Sementara itu, ADUN Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil yang memegang jawatan tersebut selama lima penggal secara sukarela ingin bertanding di kerusi Parlimen Kapar.

UMNO Teruskan Saman Tian Chua


Umno akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua setelah gagal memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnahnya dalam KeadilanDaily.com.

Dalam kenyataan media, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tindakan undang-undang terhadap Tian Chua diteruskan setelah tempoh yang diberikan untuknya berbuat demikian tamat.

Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu, yang dilapor dalam KeadilanDaily.com pada 1 Mac lalu, mengaitkan insiden tembakan di Lahad Datu, Sabah dengan konspirasi terancang kerajaan Umno untuk alih perhatian dan takutkan rakyat.

Sebelum itu, Umno melalui peguamnya telah menghantar notis kepada Tian Chua dengan menuntut beliau dalam masa tujuh hari bermula 4 Mac lalu untuk memohon maaf, menarik balik dan berhenti daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu tersebut. -SH

Isu Moral Punca PAS Tolak Anwar Jadi PM, Kata Hasan Ali


Negara digemparkan lagi dengan kisah yang melibatkan moral Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim. Snapshot 13 keping gambar yang dipaparkan dibeberapa portal 2 hari yang lalu menggambarkan seorang lelaki yang dikatakan seiras dengan Anwar Ibrahim melakukan perbuatan sumbang bersama seorang laki-laki.

Seperti biasa individu yang terlibat menafikan sekeras-kerasnya dan seperti biasa juga menuding jari kepada Umno yang dikatakan terlibat dengan agenda politik yang menjijikkan. Sehingga ini belum kedengaran report polis dibuat oleh Anwar Ibrahim dan belum ada sokongan-sokongan fakta menafikan peristiwa itu sementara pihak yang menelanjangkan kisah itu terus memanaskan insiden itu yang sememangnya selama ini dikaitkan dengan individu berkenaan.

Saya tidak berminat untuk menunjuk jari siapa individu itu dan saya juga tidak berminat untuk mengulas paparan gambar-gambar yang dibuat. Tetapi saya ingin memberi sedikit komen mengenai insiden itu dalam konteks politik semasa di negara ini.

Seperti yang diketahui PAS melalui Majlis Syura Ulama tidak menamakan Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa. Penolakan terhadap Anwar sebagai Perdana Menteri mungkin pada asasnya adalah berpunca daripada penglibatan beliau secara berterusan dan bertimpa-timpa dalam beberapa insiden tidak bermoral dan sebahagiannya telah dibawa ke mahkamah dan sudahpun diberikan keputusan.

Sehingga ini keputusan masih dilihat menyebelahi Anwar Ibrahim walaupun kesemua hakim mewakili beberapa tingkat perundangan memutuskan bahawa perbuatan liwat memang berlaku tetapi disebabkan masalah teknikal melibatkan sampel DNA, sesuatu yang konklusif tidak dapat dikemukakan.

Yang ingin saya ulas ialah insiden salah moral yang berlaku bertimpa-timpa dan begitu kerap. Keadaan ini menyebabkan masyarakat sudah muak dengan kisah salah laku membabitkan Anwar Ibrahim. Kemuakan ini terbayang juga dikalangan pimpinan komponen parti dalam Pakatan Rakyat terutama PAS apabila pimpinan ulama tertingginya menyuarakan rasa muak dan mual PAS terhadap perilaku Anwar Ibrahim itu.

Sebahagian anggota masyarakat merasakan setakat ini adalah lebih bijak bagi Anwar Ibrahim menumpukan fikiran dan tindakan untuk membersihkan masalah peribadinya yang sehingga hari ini memerlukan tindakan dan kata putus daripada Anwar sendiri seperti isu sumpah laknat yang sehingga ini beliau mengelak daripada melakukannya.

Penglibatan beliau dalam politik yang terus menerus menggunakan PAS dan DAP serta konco-konconya untuk membolehkan beliau mencapai hasrat dan cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri tidak dilihat sebagai sesuatu yang baik untuk diri, keluarga, perjuangan politik beliau dan negara. Adalah dijangkakan lebih banyak masalah akan timbul samada dikalangan Pakatan Rakyat itu sendiri atau dikalangan rakyat yang menjadi pengundi sekiranya beliau terus aktif memimpin Pakatan Rakyat. Saya percaya Pakatan Rakyat memerlukan suasana yang lebih damai dan tenteram untuk menghadapi PRU ke 13.

Daripada pengamatan sebahagian daripada pengulas politik mendapati Anwar akan terus mengejar cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri dan terus juga mengggunakan PAS dan DAP untuk menjadi alat meralisasikan cita-cita beliau itu.

Sebenarnya PAS sudah banyak kali terhantuk dan banyak kali juga terngadah. Beban moral Anwar Ibrahim semakin hari semakin berat untuk dipikul oleh PAS.

Sebelum nasi betul-betul menjadi bubur, eloklah sekiranya Kepimpinan Ulama PAS menimbangkan untuk mengambil satu lagi keputusan tegas untuk Parti Islam itu meninggalkan Pakatan Rakyat dan berjuang berseorangan atau berganding dengan badan-badan politik dan bukan politik yang lain yang membawa mesej mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu dalam rangka terus membangunkan negara ini.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
Taman Tun Dr Ismail, KL
18 MAC 2013