Tuesday, April 2, 2013
#PRU13 : Berkemungkinan Besar Esok Parlimen Akan Dibubarkan?
Berkemungkinan besar esok Datuk Seri Najib akan mengumumkan pembubaran parlimen, sumber dipetik dari laman portal mynewshub.my yang merujuk kepada beberapa fakta besar kearah pembubaran parlimen.
Selain sesi gambar terakhir Kabinet, beberapa sebab mengapa esok mungkin berlaku pembubaran, atau paling tidak hari Khamis adalah berdasarkan fakta bahawa;
1. Rabu ini cukup 4 tahun Datuk Seri Najib Tun Razak menjawat jawatan Perdana Menteri (dilantik pada 3 April 2009).
2. Tempoh perayaan Chin Beng (masyarakat Cina melawat dan membersihkan pusara nenek moyang) akan tamat.
3. Perdana Menteri seperti biasa akan mengadap Yang Dipertuan Agong pukul 8 pagi Rabu ini sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet, mungkin beliau akan mendapatkan perkenan untuk pembubaran.
-Ramai menjangkakan Perdana Menteri akan membubarkan Parlimen selepas mesyuarat Kabinet.
4. Satu program besar akan berlangsung hujung minggu ini (yang selalunya hanya akan diadakan selepas pembubaran Parlimen)
**Namun semua itu hanya bersandarkan jangkaan semata-mata.
Kepada rakyat Malaysia.... marilah kita bersama-sama menyokong Barisan Nasional (BN) dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib. Ini kerana UMNO/BN sudah terbukti berjuang untuk agama, bangsa dan negara!
#PRU13 - Anwar Tiada Kuasa Tentukan Calon Kedah
Baru sahaja kita menyaksikan bagaimana Anwar telah tidak dihormati di Kuantan di mana calon pilihannya yang diumumkannya sendiri telah diejek ahli PKR, kini kita melihat pula bagaimana Anwar hilang kawalan dan tidak mampu membuat keputusan yang mampu memuaskan hati semua pihak di dalam Pakatan Rakyat.
Ini dapat disaksikan dari perbalahan yang berlaku di beberapa tempat berkenaan kerusi pilihanraya. Antara insiden terbaru ialah di Kedah apabila DAP mengugut untuk bertanding secara ‘solo’ yang mungkin membawa kepada pertandingan tiga penjuru akibat kepimpinan negeri telah membelakangkan terus parti itu.
Lebih menyakitkan hati DAP Kedah ialah apabila Anwar sendiri, tanpa berunding dengan sesiapa telah dengan tidak semena-mena mengumumkan dalam satu ceramah di Kedah bahawa calon dari PKR, iaitu Gooi Hsiao Leung untuk bertanding di kerusi parlimen Alor Setar. PKR juga telah menamakan N.Surendran untuk bertanding di Padang Serai.
Ketidakpuasan hati DAP Kedah disuarakan oleh Ketuanya, Lee Guan Aik yang turut menegaskan yang beliau akan mempertahankan kerusi Kota Darulaman. Lee nyata kesal dan kecewa dengan sikap kepimpinan tertinggi parti.
Tindakan kepimpinan PR yang membelakangkan DAP dan mengambil keputusan tanpa berbincang, menyerlahkan sikap Anwar yang kuku besi serta tidak berkeupayaan mengurus atau mentadbir parti. Malah, Anwar juga angkuh kerana enggan memberi sebarang komen mengenai isu ini tetapi hanya membuat muka selamba seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Anwar, sepatutnya menjadi tonggak perpaduan kepada PR. Perlantikan beliau sebagai Ketua dan bakal Perdana Menteri kononnya adalah kerana hanya beliau yang mampu menyatupadukan PAS dengan DAP. Namun, sebagai Ketua, Pemimpin Tertinggi dan bakal PM, pelik sekali apabila beliau tiada hak untuk memberi kata putus kepada PAS, DAP mahupun PR secara keseluruhan.
Kita lihat bagaimana Anwar langsung tidak mengambil peduli akan perbalahan dalam DAP sebelum ini, termasuk isu pemilihan CEC yang nyata menimbulkan kontroversi. Begitu juga dengan isu-isu yang melibatkan ekonomi negeri seperti pembalakan tidak terkawal di Kedah, terowong mega di Pulau Pinang dan berbagai-bagai lagi.
Anwar juga tidak berupaya untuk menyelesaikan perbalahan antara Kedah dan Pulau Pinang berkenaan isu jual beli bekalan air mentah. Malah, tidak mampu memberi sebaran komen pun walaupun isu tersebut berlarutan tanpa kata putus.
Apa yang jelas, daripada sebesar-besar isu yang melibatkan ekonomi negeri-negeri jajahan PR, kepada isu-isu yang melibatkan imej dan integriti parti mahupun isu kerusi dalam pilihanraya, sehinggalah sekecil-kecil isu seperti isu setempat dan skandal dalaman yang melanda parti, semuanya bagai berada di luar kuasa Anwar Ibrahim.
Oleh kerana pilihanraya akan berlangsung beberapa hari sahaja dari sekarang, kedudukan Anwar yang tampak lemah dan kabur ini membuatkan rakyat semakin cuak untuk memberi mandat kepada PR. Sekali gus bayang-bayang bakal Perdana Menteri PR yang sedia kabur bagaikan terpadam terus.
Ketiga-tiga parti di dalam PR nampaknya berjuang secara syok sendiri dan Anwar juga menjadi bakal PM yang syok sendiri. Masing-masing dibuai angan-angan berasingan serta berada di dalam dunia mereka sendiri tanpa berpijak di bumi nyata.
Hari ini, DAP Kedah telah benar-benar tersinggung dan jika benar parti itu bertanding secara solo, maka tidak mustahil langkah tersebut akan menjadi trend bagi negeri-negeri lain yang turut memperlihatkan bagaimana ada saja perbalahan dan ketidakpuasan hati antara PAS, DAP dan PKR.
Hakikatnya, masalah ini berlaku kerana PR tidak mempunyai pemimpin tertinggi yang benar-benar berkuasa memberi kata putus dan kata putusnya dihormati.
Bayangkan, bagaimana kita mengharapkan parti ini memerintah negara tanpa pemimpin yang pasti?
#TolakPR - Anwar Kena Boo! Bukti Penyokong PKR Tidak Hormat Anwar Lagi
Ramai yang terkejut apabila calon pilihan Anwar untuk kerusi Parlimen Indera Mahkota telah diboo oleh penyokong PKR sendiri. Calon tersebut ialah Dato’ Fauzi Abd. Rahman yang juga Pengerusi PKR Pahang. Penyandang kerusi tersebut ialah Azan Ismail tetapi telah ditukarkan ke Terengganu, iaitu keputusan yang jelas tidak dipersetujui oleh akar umbi PKR.
Akar umbi tidak bersetuju dengan calon pilihan pemimpin tertinggi sebenarnya bukanlah pelik, malah ia hampir tidak boleh dielakkan dari berlaku di sesetengah kawasan bagi semua parti setiap kali pilihanraya.
Namun, yang menjadikannya satu isu besar ialah tindakan penyokong PKR yang langsung tidak menghormati ‘pemimpin Anugerah Tuhan’ iaitu, Anwar Ibrahim.
Penyokong PKR telah bertindak mengejek Dato’ Fauzi sehingga memaksa pengumuman diulang tiga kali oleh Anwar. Khabarnya, ada juga yang bertindak meninggalkan majlis.
Kita masih boleh memahami jika mereka mengambil sikap memusuhi Dato’ Fauzi, tetapi kita hairan ke manakah hilangnya rasa hormat penyokong PKR terhadap bakal Perdana Menteri mereka ini? Kita juga difahamkan bahawa akar umbi kawasan tersebut lebih menyukai penyandang, iaitu Azan Ismail tetapi takkan ‘menyayangi Azan sehingga sanggup memalukan Anwar’?
Hilangnya perasaan hormat terhadap Anwar kemungkinan besar berpunca dari sikap kukubesi beliau yang ditunjukkan setiap kali pemilihan parti iaitu, enggan mendengar suara akar umbi dan membuat keputusan mengikut ‘nafsu’ sendiri.
Jika Anwar tidak menghormati akar umbi, bagaimana akar umbi boleh menghormati Anwar?
Dari satu sudut pula, kita tidak hairan jika Anwar tidak menghormati akar umbi kerana akar umbi PKR telah terbukti sebagai mempunyai sikap buta tuli iaitu, menyokong Anwar tanpa mengira apa pun salahlakunya yang telah terdedah dan terbukti. Bagi Anwar, suara orang yang akan menyokongnya walau apapun yang berlaku atau dilakukannya, tidak perlu diberi perhatian.
Malah, Anwar bukan sahaja tidak menghormati mereka, tetapi langsung tidak prihatin pun mengenai nasib mereka. Anwar tidak kisah memperjudikan masa depan, malah nyawa penyokong-penyokongnya dengan sering menyeru mereka agar melakukan rusuhan.
Sejak 1998 lagi, Anwar tidak kisah membahayakan penyokong-penyokongnya. Malah, Anwar secara terang-terangan mengimpikan ‘Arab Spring’ yang mana menyaksikan pertumpahan darah apabila penentang kerajaan memberontak dan menggulingkan kerajaan sedia ada.
Apapun, kejadian di Kuantan ini memperlihatkan bagaimana Anwar sudah hilang ‘auranya’. Anwar kini sudah menjadi ‘manusia biasa’ dan bukan lagi ‘pemimpin hebat’ di mata penyokong-penyokongnya. Tidak mustahil, kebanyakan penyokongnya hanya menyokong PKR kerana telah jauh terhasut agar membenci Barisan Nasional dan bukan lagi kerana menyanjungi atau mempercayai Anwar Ibrahim.
Sekiranya ketandusan isu, Anwar mungkin boleh mencipta isu. Tetapi jika kehilangan ‘aura’, di manakah Anwar boleh mencarinya?
Justeru, kalaupun Anwar menang dalam PRU kali ini, percayalah beliau akan menjadi Perdana Menteri paling hina dan paling tidak dihormati dalam sejarah politik dunia kerana rakyat, termasuk penyokong sendiri sudah terlalu amat maklum siapakah dirinya yang sebenar di sebalik watak-watak yang dipertontonkan kepada dunia!
#PRU13 : Pakatan Pembangkang Akan Tumbang – Daim Zainuddin
Dalam wawancara bersama akhbar China Press baru-baru ini, bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, melahirkan keyakinan bahawa Barisan Nasional akan menang majoriti yang lebih besar dalam PRU13. Ramai sedia maklum Tun Daim ini adalah seorang pengkaji dan pemikir yang hebat dalam membuat analisis mengenai politik negara sekali gus akan membuatkan Anwar Ibrahim & pimpinan pakatan pembangkang kegelisahan!
Lebih menggembirakan ialah selain yakin dengan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Naiosnal (BN), Tun Daim turut mensasarkan BN akan mampu menang dengan majoriti yang lebih besar dalam PRU13.
Menurutnya, walaupun BN mungkin kehilangan beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor, Sabah dan Sarawak namun keputusan keseluruhan akan lebih baik berbanding tahun 2008 kerana BN dijangka akan memenangi balik banyak kerusi di Selangor, Kedah dan Kelantan.
Malah beliau percaya, BN mempunyai peluang untuk merampas semula DUN Selangor dan Kedah sekiranya Datuk Seri Najib meletakkan calon menteri besar yang boleh diterima rakyat. Jika BN letakkan calon yang benar-benar sesuai, Tun Daim percaya BN mampu menang majoriti yang lebih besar.
“Penduduk Kedah dilihat bersedia mahu membantu Mukhriz Tun Mahathir untuk menjadi Menteri Besar negeri itu,” katanya.
Selain dari itu, Tun Daim turut mengatakan permasalahan terbesar dengan pakatan pembangkang di negara ini ialah mereka tidak memenuhi janji-janji yang dibuat dalam manifesto tahun 2008. Katanya, disebabkan itu mereka dilihat kurang kredibiliti dan tidak dipercayai rakyat.
Beliau turut menafikan, andaian kononnya Perdana Menteri sebagai terlepas peluang keemasan untuk membubarkan Parlimen seperti yang dijaja beberapa pemimpin DAP. Ini kerana menurutnya pembubaran boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai dan bukan dalam tempoh tertentu sahaja.
Dalam temuramah berkenaan, beliau turut menasihati pengundi Cina agar berfikir secara mendalam dan berhati-hati sebelum mengundi.
“Apa yang anda dapat dengan cuba menghukum BN,” soalnya.
Selangor pula katanya berpeluang jatuh kembali ke tangan BN andai perikatan berkenaan dapat menyediakan calon menteri besar yang sesuai dan diterima ramai.
Ketika diminta mengulas mengenai makhluk bernama Anwar Ibrahim, Tun Daim di dalam wawancara yang disiarkan sebelum ini mengatakan Ketua Pembangkang itu bukan setahun dua dalam kerajaan. Beliau masuk UMNO tahun 1981 dan sudah jadi Timbalan Menteri pada tahun 1982 hingga ke jawatan akhirnya Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada tahun 1998.
Cuba tengok kiri dan kanan sepanjang 16 tahun itu ada ke tidak sesuatu sesuatu dasar atau program atau projek istimewa Anwar yang boleh didirikan satu tugu peringatan sebagai lambang kehebatannya. Jawabnya tentu tidak ada. Kejayaannya meniti setapak dengan segera dalam hiraki politik semata-mata kerana beliau dicop sebagai 'Budak Bermata Biru' Tun Dr Mahathir Mohamad waktu itu.
Kesimpulannya, jentera BN di setiap kawasan pusat daerah mengundi (PDM) perlu memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan calon yang dipilih oleh kepimpinan diterima. Jentera dan petugas parti perlu meletakkan kepentingan parti dihadapan berbanding kepentingan peribadi bagi mengelakkan sebarang unsur yang boleh merencatkan gerak kerja yang dilakukan.
Apa yang penting ialah, mengembalikan semua keyakinan rakyat khususnya pengundi terhadap BN/Umno sekaligus memberikan kemenangan kepada setiap calon yang dipilih oleh kepimpinan.
#TukarPR - Anwar Kena 'Boo'... Azan Kecewa Tempatnya Diganti Fauzi!
Adalah sesuatu yang mustahil bagi mana - mana penyandang kerusi Parlimen untuk tidak mengetahui bahawa kedudukannya telah pun diganti.
Tambah menghairankan jika penyandang kerusi itu juga dianggap sebagai pemimpin tertinggi dalam satu - satu organisasi itu sendiri.
Tetapi itulah yang berlaku terhadap Ahli Parlimen Inderamahkota, YB Azan Ismail. Dia sikit pun tak tau yang nama dia telah pun digantikan dengan orang lain.
Dan yang lebih malang buat Azan, tempatnya diganti oleh Bekas Ahli Parlimen Kuantan, Datuk Fauzi Abdul Rahman yang juga pernah menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuantan.
Kejutan itu diterima dalam keadaan yang cukup mengecewakan bagi Azan sehingga membuatkan dia patah semangat dan terus pulang dari tapak ceramah.
Secara umumnya, semua orang sudah tahu konflik yang pernah melanda dua orang tokoh PKR ini tidak lama dahulu dimana Azan telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Pahang.
Tindakan Azan itu adalah disebabkan kegagalan Datuk Fauzi untuk menerajui PKR Negeri seperti mana yang diharapkan oleh akar umbi PKR.
Azan mendakwa Datuk Fauzi ‘memerintah’ PKR Pahang seumpama syarikat anak – beranak dan bukannya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan rakyat.
Kemelut itu belum lagi dapat diketahui secara mendalam tentang sebab musabab Azan bertindak untuk letak jawatan. Persoalan masih bermain diminda rakyat.
Apa yang dimaksudkan oleh Azan? Apa maksudnya ‘memerintah seumpama syarikat anak beranak’? Apa yang telah dilakukan oleh Datuk Fauzi?
Sehingga kini, semua persoalan itu masih lagi tidak ada sebarang jawapan. Azan pula hanya mendiamkan diri setelah dia dilantik menjadi Pengerusi PKR Terengganu.
Maka mulalah tanggapan buruk rakyat terhadap Azan. Ramai yang mengatakan bahawa Azan hanya seorang yang Gila jawatan. Itu sebab dia bergaduh dengan Datuk Fauzi.
Apa yang jelas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih sayangkan Datuk Fauzi dari Azan Ismail. Maklum la, Datuk Fauzi dah lama jadi pengikut Anwar.
Azan pulak baru - baru ni je muncul. Sebelum ni, tak de orang pun kenal siapa Azan Ismail tu. Kalau dia tak jadi YB, sorang pun tak kenal dia siapa.
Jadi, tak mustahil bagi Ketua Umum PKR tu untuk memilih Mantan Kroninya dulu untuk bertanding di Inderamahkota. Walaupun dia tau Datuk Fauzi akan tewas, tapi dia tak peduli.
Sekurang - kurangnya, bagi Ketua Umum tu, ada jugak la saingan di Inderamahkota daripada tak de lansung. Tu je yang dia nak buat.
Hakikatnya, pemilihan Datuk Fauzi di Inderamahkota tidak mendapat sambutan hangat dikalangan rakyat Inderamahkota sendiri. Kenapa? Itu persoalannya.
Kenapa pengumuman yang dibuat oleh Ketua Umum tu Sabtu lalu tidak mendapat sambutan sebaliknya hanya disambut dengan sorakkan ‘Boo..’ dari kalangan penyokong PKR sendiri?
Jawapannya sudah tentu mereka menolak pencalonan Datuk Fauzi sebagai Ahli Parlimen Inderamahkota. Kenapa diorang tolak pencalonan tersebut?
Sudah pasti ada sesuatu yang tak kena dengan pencalonan itu. Sudah tentu ada ‘Rahsia’ yang orang lain tak tahu. Apa rahsianya? Kemudian kita dedahkan.
Apa yang jelas, konflik dalaman PKR di Pahang sekarang sudah sampai tahap meruncing. Ini baru bahagian pertama dalam siri pendedahan terhadap kepincangan yang berlaku.
Banyak lagi pendedahan yang akan dibuat. Pendek kata, kalau cerita sehari pun tak habis. Yang pasti, bukan setakat rakyat tempatan je yang tolak PKR, malah ahli diorang sendiri pun sama jugak. Sama-sama la kita fikirkan.
#TolakPR - DAP Kedah Bidas Anwar
DAP Kedah membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Ketua Biro Perundangan PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung, sebagai calon bagi kerusi Parlimen Alor Setar, sedangkan ia didakwa belum diputuskan pakatan pembangkang.
Malah, pengumuman Penasihat PKR ketika berceramah di Taman Berjaya, di sini, malam kelmarin mengundang pertandingan tiga penjuru membabitkan DAP, PKR dan Barisan Nasional (BN) di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.
Kami kecewa dengan tindakan PKR terutama Anwar yang membuat pengumuman calon tanpa berhubung dengan DAP. Bagi kami, pengumuman mengenai calon itu tidak sah dan kami tak terima” Lee Guan Aik, Pengerusi DAP Kedah.
Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik, berkata pertandingan tiga penjuru akan berlaku jika tuntutan DAP negeri terhadap lapan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah tidak dipenuhi.
“Kami kecewa dengan tindakan PKR terutama Anwar yang membuat pengumuman calon tanpa berhubung dengan DAP. Bagi kami, pengumuman mengenai calon itu tidak sah dan kami tak terima,” katanya pada sidang media, semalam.
DAP tuntut 2 kerusi
Difahamkan, DAP sebelum ini menuntut dua kerusi Parlimen Padang Serai dan Alor Setar. Selain Hsiao Leung di Parlimen Alor Setar, PKR mengumumkan Naib Presiden parti itu, N Surendran bertanding di Padang Serai.
Selain itu, DAP Kedah turut menuntut lima kerusi DUN selain Kota Darulaman iaitu Derga, Bakar Bata, Gurun, Bakar Arang, Lunas yang turut dikehendaki PKR.
Sementara itu, Guan Aik ketika dihubungi berkata, Anwar boleh mengumumkan apa saja tetapi DAP Kedah tetap berpegang kepada fakta bahawa soal penentuan calon pakatan pembangkang masih belum muktamad.
“Hingga kini, DAP pusat belum bagi apa-apa kata putus, begitu juga PAS pusat mengenai soal penentuan calon untuk PRU-13. Jadi, kami masih menunggu keputusan itu daripada pusat,” katanya.
Belum muktamad
Berdasarkan maklumat, soal pengagihan kerusi untuk PRU-13 antara parti gabungan pakatan di Kedah belum muktamad terutama antara PKR dan DAP yang masing-masing didakwa masih lagi berdepan pertindihan tuntutan.
PAS dilapor bakal menyenaraikan calonnya di 10 daripada 15 kerusi Parlimen di Kedah, manakala baki lima lagi kerusi diperuntukkan untuk PKR termasuk dua yang berdepan pertindihan dengan DAP iaitu Alor Setar dan Padang Serai. -BH
Pusat Khidmat - Nurul Izzah Kena Kutuk Di Twitter #TolakPR
Gara-gara nak tunjuk hebat sebagai pembela rakyat, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah hari ini mendapat kritikan panas di twitter!
Sungguh malang nasib penduduk di Lembah Pantai kerana mendapat seorang YB yang selama ini tidak mengambil tahu masaalah masyarakat tempatan...
Selama empat tahun, Izzah jadi YB Lembah Pantai, terlalu sibuk dengan isu fitnah kapal selam, bergambar disana sini bila dah nak dekat pilihanraya barulah sibuk nak cakap pasal pusat khidmat....
Halooo.... Haloo... Nurul Izzah, You baru terjaga dari lamunan mimpi ke? You baru sedar selama ini you tak pernah memberi khidmat kepada masyarakat ke? You baru tersedar you jarang turun padang ke?
Hah! Waktu inilah Izzah "look like busy" coz nak pancing undi rakyat Lembah Pantai disaat akhir... Jangan bermimpi disiang hari lah Izzah...
#TolakPR - Penyanyi Yasin Ditahan SKMM
Penyanyi lagu Reformasi, Yasin Sulaiman dipanggil ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berikutan temu bualnya bersama Radio Free Malaysia (RFM).
Ditemani Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin, kenyataan Yasin dirakam pegawai SKMM, Iqbal Ikhwandi Mat Zin di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur petang semalam bagi membantu siasatan terhadap RFM berikutan radio itu tiada lesen.
Kata Shamsul, kehadiran Yasin hanya sebagai saksi bagi membantu siasatan terhadap stesen radio berkenaan.
Pada 25 Mac lalu, RFM menemu bual Yasin yang juga Duta AMK mengenai lagu Reformasi yang dijadikan lagu kempen AMK di seluruh negara.
Yasin ditemu ramah secara telefon oleh radio berpangkalan di London tanpa mengesyaki radio berkenaan menghadapi masalah seperti yang didakwa SKMM.
“Saya tak tahu RFM ada masalah dengan kerajaan. Empat hari lalu, mereka bertanya saya mengenai lagu Reformasi dan harapan saya tentang Malaysia,” katanya.
Yasin dan Shamsul sependapat, kebebasan media mesti diberi kepada pengamal media bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat, bukannya menyekatnya melalui undang-undang.
Apalah puak Keldai ni suka buat kerja bodo?
#LahadDatu - Teresa Kok Kata Perajurit Yang Terkorban Dimangsakan!
Tak habis-habis puak pemimpin Pakatan menghina pahlawan-pahlawan negara! Teresa Kok kini mengikuti jejak langkah Tian Chua dan Nurul Izzah menghina anggota keselamatan yag terkorban di Lahad Datu!
Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok berkata bahawa perajurit yang terkorban di Sabah “dimangsakan.”
Apa yang dimaksudkan oleh Teresa tentang mangsa atau dimangsakan? Adakah Teresa melihat insiden di Lahad Datu itu sebagai satu sandiwara UMNO dan menjadikan perajurit negara sebagai mangsa konspirasi? Jika itulah tuduhan Teresa dan pemimpin-pemimpin pembangkang, jelas mereka sengaja mahu mempolitikan insiden Lahad Datu.
Sudahlah tidak faham Bahasa Melayu sebaliknya, ego dan bercakap besar pulak... kononnya dia pun faham. Keluarga Polis telah dimangsakan?
Video url: http://youtu.be/tRUDv7KTu2A
#Memali - Pas Dicabar Membuka Gelanggang Debat Isu Tabung Memali
Pas berterusan dihimpit pelbagai isu yang menghakis keyakinan rakyat kerana belum pun reda kontroversi Amanat Haji Hadi kini, pucuk pimpinan parti itu didesak pula menyiasat dakwaan penyelewengan Tabung Memali yang bernilai jutaan ringgit.
Desakan itu dibuat sendiri Zainon Ismail atau CN Al-Afghani yang merupakan salah seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab mengurus Tabung Memali selepas tidak sanggup lagi melihat hak serta harta anak-anak yatim, balu dan mangsa Memali 'diratah' pihak lain.
Penulis buku berkaitan Memali C.N. Al-Afghani mendedahkan Senator PAS Y.B. Mohd. Yusuf Husin telah menyeleweng beratus-ratus ribu wang sumbangan untuk balu-balu Memali, termasuk menyeleweng wang Madrasah. Menurut beliau, Mat Sabu Timbalan Presiden PAS walaupun mengetahui Penyelewengan dan Rasuah yang Maha Besar di Memali itu, telah mengarahkan supaya kes tersebut disembunyikan daripada diketahui oleh khalayak ramai, kerana bimbang akan memalukan PAS yang dikatakan Islamik itu.
Berikutan sikap pemimpin Pas terus membisu untuk menyatakan kebenaran, bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail mengulangi kenyataannya mencabar mereka berdebat tentang wang Tabung Memali.
Zainon atau nama penanya CN Al-Afghani berkata, Pas perlu menyahut cabaran dengan membuka gelanggang untuk membincangkan tentang penyelewengan wang tabung tersebut yang dianggarkan berjumlah berjuta-juta ringgit.
"Ke mana hilangnya wang Tabung Memali perlu dijawab oleh pemimpin Pas kerana rakyat khususnya mereka yang menderma dari seluruh negara mahu tahu," katanya ketika menyampaikan ceramah di Baling malam tadi.
Video Eksklusif Yang Belum Pernah Tersiar Insiden Memali Part I Dan Part II
Bekas Ahli DAP Taman Nesa Dibelasah Dekat Lokasi Ceramah
Budaya samseng memang tidak boleh dipisahkan dari dasar perjuangan puak pembangkang. Keganasan samseng puak DAP dizahirkan baru-baru ini apabila mengupah kongsi gelap untuk memukul dan mencederakan bekas ahli DAP Taman Nesa, Murugan A Kaliappan dan Thulasi Das Visuvalingam.
Utusan Online melaporkan Seorang bekas ahli DAP cedera di bahagian kepala akibat dibelasah dengan topi keledar oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai penyokong parti pembangkang ketika meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kepemimpinan parti itu di Taman Nesa, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, bekas Setiausaha Publisiti Kecil DAP Taman Desa, A.K Murugan, mengalami kecederaan di kepala akibat dipukul bertalu-talu oleh lebih daripada tiga lelaki yang tidak berpuas hati dengan tindakannya.
Menurut Murugan, kejadian berlaku ketika dia dan beberapa rakan berada kira-kira 100 meter dari lokasi ceramah pembangkang.
"Ketika di sana saya bersama rakan-rakan yang lain bertindak meluahkan rasa tidak puas hati mengenai kepimpinan parti yang tidak prihatin dengan kaum India.
"Lokasi ceramah itu terletak berhampiran rumah, jadi saya ambil kesempatan itu untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin DAP yang hanya tahu bercakap tapi tidak mengambil tindakan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Tambahnya, ketika masih berada di situ, dia didatangi sekumpulan lelaki yang memarahinya sebelum mereka mula bertindak kasar dengan memukulnya bertalu-talu menggunakan topi keledar.
Ekoran kejadian tersebut, dia membuat laporan polis di Balai Polis Skudai sebelum mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Beberapa jam sebelum kejadian, Murugan dan bekas Pengerusi DAP Taman Saga di Kulaijaya, V. Thulasi Das bersama kira-kira 25 masyarakat India mengadakan bantahan secara aman bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap DAP.
Bantahan itu diadakan di hadapan lokasi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Dr. Boo Cheng Hau bersama pemimpin pakatan mengadakan mesyuarat membincangkan Deklarasi Gelang Patah sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
#TukarKelantan Bongkar Remaja Rosak Di Kelantan - ‘Sisi Gelap’ Di Balik Pemerintah Pas!
Kerajaan Pas Kelantan sering mendakwa mereka adalah kerajaan contoh yang patut diikuti negeri-negeri lain dibawah pemerintahan Barisan Nasional.
Mereka sering mendakwa kepimpinan Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah berlandaskan ajaran Islam yang sebenar.
Justeru tidak hairanlah setiap kali pemimpin-pemimpin Pas berceramah, model pentadbiran Tok Guru mereka itu akan diangkat, dijulang-julang seolah-olah tidak ada jentera pentadbiran sebaik dan sehebat kerajaan Pas di Kelantan.
Kerajaan negeri lain khususnya yang dikuasai Barisan Nasional (BN) diperlekehkan, kononnya bergelumang dengan salah laku dan maksiat di sana sini.
Namun Pas tidak sedar, setiap kali satu jari mereka menunding pada orang, empat lagi menunding kepada diri mereka sendiri.
Sebab itu apabila aktiviti mengenai ‘kehidupan malam’ negeri itu berjaya didedahkan oleh akhbar NST, mereka mula merasa ‘panas’ dan cuba untuk ‘spin’ pembongkaran tersebut.
Malah Nik Aziz sendiri mendakwa apa yang dibongkarkan itu ‘sangat kabur dan meragui’.
” Saya perhatikan laporan NST tiada butiran jelas dan tepat.
” Ia sekadar laporan umum dengan melindungi fakta-fakta dan individu yang terlibat, begitu juga dengan paparan TV3 yang sangat kabur dan diragui.
” Saya kira, lebih baik untuk disebut dengan jelas fakta-fakta kes agar ia memudahkan pihak penguatkuasa untuk bertindak,” kata Nik Aziz.
Dan seperti yang dijangka, Nik Aziz cuba mempertahankan diri dengan ‘mengalihkan’ persoalan kepada kerajaan pusat.
” Sesuatu yang wujud secara haram bukan bukti ia direstui, adakah apabila meningkatnya gejala penyalahgunaan dadah di seluruh negara contohnya bermakna ia direstui oleh kerajaan pusat?,” ujar Menteri Besar tersebut.
Nik Aziz jangan cuba alih perhatian…beliau kena ingat persoalan utama sekarang adalah dakwaan mereka mereka sebelum ini kononnya mereka telah menjadikan Kelantan ‘serambi Mekah’ itu satu kenyataan.
Kalau benar mereka berjaya dalam usaha tersebut, kenapa ‘serambi Mekah’ mereka itu boleh berlaku pelacuran secara terang-terangan, judi haram, pengedaran dadah dan sebagainya?
Inilah padahnya bila hanya menganggap diri mereka saja yang betul dan sempurna sedangkan hakikatnya ia jauh dari kenyataan yang sebenar.
Tepat sekali peribahasa Melayu…nyamuk di seberang sungai nampak, gajah di depan mata buat tak tahu!
Tapi tak mengapa, atas nama Pas, semua yang berlaku akan menjadi ‘OK’ dengan sendirinya…dok gitu boh?
Video url: http://youtu.be/5iDUW8KGAYs
-Mynewshub
#TolakPR - Turun Harga Kereta... Penipuan Rafizi Terbongkar
Rasional Disebalik ‘Manifesto Bukan Janji’ Pakatan Tentang Penurunan Harga Kereta
Pengumuman pimpinan pakatan pembangkang yang ingin menurunkan harga kereta melalui ‘Manifesto Bukan Janji’ yang dibentangkan baru-baru ini dilihat sebagai pendekatan populis semata-mata. Ini kerana ramai yang berpendapat ia bukanlah kaedah yang terbaik buat rakyat malah bakal memberikan impak besar kepada negara.
Ini kerana secara keseluruhannya penurunan dan pemansuhan cukai kenderaan belum tentu menurunkan harga kereta. Sebagai contoh kereta hibrid tidak dikenakan cukai, namun harganya tidak pula diturunkan kerana pengeluar juga perlu mengambil untung.
Malah di Amerika Syarikat kereta tersebut turut dikenakan cukai, namun harganya lebih murah kerana pasaran negara itu besar berbanding Malaysia.
Kerajaan secara dasarnya telah mengambil kira pelbagai faktor dalam usaha menurunkan harga kenderaan, termasuk syarikat pengeluar, pengusaha industri kenderaan terpakai serta kepentingan pengguna.
Adalah penting untuk mengimbangi semua ini, kerana jika harga kereta terlalu rendah syarikat pengeluar tidak akan mendapat keuntungan malah para pelabur pula akan lari dan tidak lagi membuka kilang di Malaysia. Tidak ketinggalan penurunan harga kereta secara mendadak turut akan menjejaskan pembangunan industri automotif tempatan secara keseluruhan.
Kesannya ialah ekonomi kita, kestabilan ekonomi negara bakal terjejas sekiranya harga atau duti eksais diturunkan seperti yang dikatakan oleh pembangkang jika berjaya menawan Putrajaya. Malah mereka-mereka yang terlibat dengan industri automotif ini akan berdepan dengan situasi gulung tikar dan muflis.
Itu belum lagi diambil kira faktor yang akan menyebabkan hasil negara berkurangan sebanyak RM7 bilion. Sekali gus ia pastinya akan merencatkan usaha kerajaan untuk membangunkan infrastruktur kepada rakyat khususnya di kawasan-kawasan pedalaman.
Menurut pakar ekonomi, apa yang penting ialah bukan menurunkan harga cukai, kerana harga kenderaan sebenarnya boleh turun tanpa perlu mengurangkan pendapatan negara. Iaitu melalui langkah yang diambil oleh kerajaan sebelum ini dengan melakukan rundingan dengan syarikat pengeluar kenderaan.
Ini kerana langkah tersebut jelas terbukti memberi hasil positif yang jauh lebih baik berbanding ‘manifesto bukan janji’ pakatan pembangkang. Malah usaha kerajaan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan awam agar lebih efisien, selamat dan dinikmati juga merupakan satu langkah yang dinamik.
Selain mengelakkan kesesakan jalan raya, kos perjalanan yang lebih murah ia juga mampu mengurangkan penceraman alam sekitar. Ini kerana hanya dengan menurunkan harga tidak akan mampu memberi penyelesaian terbaik kerana perlu mengambil kira faktor pengeluaran serta pendapatan rakyat.
Ia sekali gus menunjukkan bahawa pembangkang kini ketandusan idea sehingga membuat kenyataan tanpa kajian terperinci dan kesan yang bakal dihadapi negara jika ia dilaksanakan. Berbeza dengan kerajaan BN yang sentiasa mementingkan kebajikan rakyat dengan melaksanakan dasar-dasar yang mampu menjana ekonomi negara serta kemakmuran rakyat.
Monday, April 1, 2013
Alexa Ranking Top 100 Blog Pro-BN Versus Blog Pro-PR
Berikut adalah kedudukan semasa blog mesra kerajaan sehingga 1 April 2013. Blogger UMNO/BN menggunakan fakta yang tepat dan benar sebagai senjata mereka dalam memerangi fitnah dan penipuan pembangkang dalam dunia siber.
Dan ini pula kedudukan semasa blog upahan Pakatan Haram... Ada diantara mereka terkantoi dan mengaku dibayar untuk membuat kerja-kerja fitnah.... Kelebihan Blogger Pakatan Haram ialah mereka lebih gemar menggunakan fitnah dan penipuan dalam dunia siber untuk memerangi parti pemerintah. Harap pembaca tidak keliru dengan pemikiran songsang mereka!
Subscribe to:
Posts (Atom)