Tuesday, March 5, 2019

UMNO Dan PAS Umum Kerjasama Rasmi, Fokus Penyatuan Ummah



Sidang Media - Mesyuarat Khas Kerjasama Antara UMNO dan Pas

KUALA LUMPUR 5 Mac–Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan bersama Ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Timbalan Presiden Pas Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man bersama pimpinan Pas Pusat mengadakan Mesyuarat Khas Kerjasama Antara UMNO dan Pas di Menara Dato Onn di sini hari ini.

PAS dan UMNO umum kerjasama rasmi yang memfokuskan kepada penyatuan ummah.

Sidang Media Mesyuarat Jawatan Kuasa Khas UMNO dan Pas

Mesyuarat Jawatankuasa Khas UMNO dan PAS kali pertama di ibupejabat UMNO, PWTC. Ini merupakan pertemuan bersejarah dalam penyatuan Ummah.

Kerjasama UMNO-PAS membawa penyatuan orang melayu dan umat Islam yang bakal melakarkan sejarah baharu politik tanah air. 


Takbir!


MCA dan MIC jangan cakap banyak, keluar sahaja: Nazri



Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan MCA dan MIC tidak perlu memberi pelbagai alasan untuk kedua-dua parti itu meninggalkan BN.

Katanya, MCA dan MIC perlu bertindak profesional dengan mencontohi 10 parti komponen BN yang bertindak keluar parti tanpa memberikan sebarang alasan selepas kekalahan dalam PRU14 lalu.

ikutlah jejak parti-parti yang sudah keluar sebelum ini. Jangan cakap banyak kalau nak keluar. Keluar lebih baik sebab UMNO tetap mendapat sokongan daripada orang Melayu.

Nazri berkata, UMNO tidak berdepan masalah andai MCA dan MIC keluar parti kerana UMNO sedang berusaha mengadakan kerjasama yang kekal dengan Pas.

Saya juga menyokong pucuk pimpinan UMNO untuk mengadakan kerjasama tetap dengan Pas bagi mengahadapi bukan sahaja PRK tetapi juga PRU15.

MCA dan MIC Keluar BN: Tok Mat pesan jangan bertindak melulu!

Thursday, February 28, 2019

KJ nyatakan sebab pengundi Semenyih perlu memilih calon BN

#PRKSemenyih - YB Khairy Jamaluddin menyatakan sebab mengapa pengundi di Semenyih wajib pilih calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi, 58, bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.



Beliau percaya dan yakin calon BN, Zakaria Hanafi mampu mengubah nasib penduduk tempatan dan mesra rakyat.



Lihat video selanjutnya.



Tuesday, February 26, 2019

KJ mahu rakyat persoal balik cadangan pengambilalihan tol

Khairy Jamaluddin harap rakyat tidak membaca tajuk sahaja berhubung cadangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menstruktur semula kutipan tol empat lebuh raya dalam bandar yang diumumkan semalam.

Katanya, persoalan harus dilontarkan kepada kerajaan berhubung cadangan berkenaan sama ada ia benar-benar akan dinikmati rakyat atau tidak, selain kos-kos yang perlu ditanggung untuk melaksanakan pengambilalihan tersebut.

Anak Muda Menyesal Kena Kencing BaSaH Pakatan Harapan - Khairy Jamaluddin

#PRKSemenyeh: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin melihat kerajaan Pakatan Harapan (PH) bukan sahaja gagal menunaikan janjinya malah tidak melihat secara mendalam apa yang kerajaan terdahulu laksanakan walaupun ianya mendatangkan manfaat yang cukup bermakna kepada rakyat. 


Menurut beliau, banyak perkara dapat dilihat seperti apa yang melanda kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta kalangan mahasiswa selain penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang hari ini bertukar kepada Bantuan Sara Hidup (BaSaH)

Sila lihat video di bawah...

Friday, May 19, 2017

#TN50 Tun Mahathir Hilang Arah...

Tun M mudah lupa... era beliau sebenarnya lagi teruk dari kes pelempang yang berlaku di sri perdana baru-baru ini!

Tun sebenarnya cemburu dengan era kepimpinan YAB Dato' Seri Najib Razak . Ini kerana Trasformasi Nasional TN50 lagi terbaik dari "Wawasan 2020"! Itu je sebenarnya...

Konsep 'bottom-up' yang diketengahkan ia adalah strategi terbaik sekaligus menjadi platform untuk generasi Y dan Z menyuarakan pandangan dan idea mereka untuk pembangunan negara.

Namun usah dirisaukan kerana Dato' Seri Najib akan laksanakan apa yang telah Tun usahakan dulu...

Berbalik dengan cerita pelempang... ya Tun... Tun memang hebat... hebatnya Tun sehinggakan rakyat tak lupa dengan insiden berdarah di Memali... Rakyat juga tak lupa dengan kezaliman yang pernah Tun lakukan sehingga tercetusnya Reformasi! Reformasi! Reformasi!

Kehebatan Tun juga boleh buat sang mata lebam u-turn! Berpatah balik dan jilat belakang sampai lebam! Pelik dan dahsyat ni!

Banyak lg dan banyak lagi... Tak perlu lah saya aibkan Tun disini... kerana jasa Tun masih saya kenang...

Oleh itu ada baiknya Tun berehat dan berundur dari dunia politik ketika ini.. Berilah peluang kepada Dato' Mukhriz Mahathir untuk membuktikan kejantanannya untuk melibas bahtera kami (UMNO/BN). Dah lama kami tunggu dengan tenang dan sabar...😂😋👊

Malu... kami malu melihat Tun dipergunakan untuk kepentingan politik individu tertentu... Berehatlah Tun... #melayumudahlupa

FB - https://goo.gl/E9oiKu

-BroJinggo

Tuesday, February 28, 2017

#TN50 : Anak muda Terengganu cetus idea bernas! @Khairykj @NajibRazak



Destinasi jelajah dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) kali kedua yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) Dungun semalam mendapat sambutan menggalakan dari golongan belia. Kira-kira 30 peserta tampil memberi pandangan dan aspirasi menjelang TN50.

Antara idea yang diketengahkan merangkumi aspek ekonomi, pendidikan, sukan dan juga beberapa perkara tentang nilai-nilai masyarakat yang telah dibangkitkan.

Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin yang mempengerusikan majlis tersebut berkata, beliau berpuas hati dengan idea bernas yang dicetuskan.

Beliau berpendapat jika momentum semangat serta aspirasi anak muda ini diteruskan ke setiap siri jelajah dialog TN50, ianya akan membawa kejayaan dalam merencana masa depan Malaysia.

Majlis tersebut dilancarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Dalam ucapannya beliau menawarkan tapak di Taman Ilmu Tembila, Besut untuk dijadikan lokasi pembinaan universiti sukan pertama di negara ini.
Terdahulu peserta dialog, Sdr Mohd Rafi Kori melontarkan aspirasinya yang inginkan universiti sukan pertama dibina.

Sementara itu, YB Khairy berkata, pihaknya menyambut baik tawaran Menteri Besar Terengganu dan akan membawa cadangan tersebut ke perhatian Kementerian Pengajian Tinggi kerana pembinaan universiti sukan perlu datang daripada Kementerian tersebut.

Siri dialog peringkat negeri seterusnya akan diadakan di Johor pada 3 Mac bertempat di Politeknik Ibrahim Sultan pada jam 4:30 petang. Sila daftar sekarang di www.mytn50.com dan sertai dialog TN50 secara langsung.

Suarakan aspirasi anda demi masa depan negaraku! #TN50.
-Bro Jinggo

Sunday, February 26, 2017

Siri Dialog #TN50 Mendapat Sambutan Generasi Muda Sabah! @NajibRazak @Khairykj



Sesi jelajah #TN50 yang berlangsung di Universiti Malaysia Sabah jumaat lalu disifatkan sebagai sangat berjaya oleh Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman membuka tirai jelajah TN50 dengan memberi kata ucapan yang bersemangat kepada peserta yang hadir...

Menurut kata Ketua Menteri, penglibatan belia Sabah sangat diperlukan bagi mencorak negeri Sabah pada tahun 2050.

Aset yang paling penting dalam negara adalah modal insan. Oleh itu, kita perlu generasi akan datang yang akan dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran.

Sesi dialog tersebut dihadiri oleh 1,200 peserta dari generasi muda Sabah yang memberi pandangan dan aspirasi mereka bagi mencorak masa depan negaraku!

Diantara aspirasi yang disuarakan oleh generasi sabah ialah dari sudut pembangunan yang lebih seimbang bagi memastikan pelan perancangan peringkat negeri dan TN50 berjalan dengan seiring.

Juga menyentuh kemudahan asas pengangkutan dan lebih memberi penekanan pembangunan bistari. Seperti sistem keretapi komuter menyeluruh bagi memudahkan pergerakan di dalam Sabah.

Serta peluang pekerjaan berkualiti mengikuti peredaran masa agar belia bebas hutang dan lain-lain lagi...

Dalam ucapan penutup oleh YB Khairy beliau menegaskan bahawa aspirasi masa depan ini bukan milik beliau atau perdana menteri tetapi ini adalah masa depan kita bersama... Aspirasi inilah yang mencorak masa depan kita!

Dalam siri jelajah ini juga YB Khairy telah mendengar lebih dari 30 aspirasi anak muda Sabah.. Ekonomi, Keselamatan, Pendidikan, Alam Sekitar dan pelbagai lagi aspirasi menarik dari belia Sabah.

Siri jelajah seterusnya pula akan diadakan di negeri Terengganu pada 27 Feb bertempat di Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) Dungun.

Siaran secara live siri jelajah dialog #TN50 peringkat negeri Terengganu juga boleh ditonton melalui facebook.com/mytn50 pada hari tersebut.

Suarakan aspirasi anda demi masa depan negaraku #TN50

-BroJinggo
Twitter @Brojinggo

Wednesday, February 15, 2017

Apa itu Transformasi Nasional 2050? #TN50 @NajibRazak @Khairykj


Apa itu Transformasi Nasional 2050 (TN50). Pelancaran Transformasi Nasional 2050 (TN50) pada 19 Januari yang lalu dalam sesi dialog TN50 di Universiti Malaya turut melahirkan perasaan optimistik kepada kita terutama kepada belia.


Bahkan kemunculan YB Khairy Jamaluddin di kaca TV semalam sudah cukup untuk menerangkan secara terperinci dan jelas apa itu TN50.

TN50 yang diilhamkan oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan dicetuskan dalam Bajet 2017 yang lalu merupakan sebuah gagasan baharu Malaysia pada tahun 2050 nanti.

Ianya merupakan kesinambungan daripada Wawasan 2020 dan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk meneruskan rencana memajukan negara untuk 30 tahun akan datang. Kita perlu ke hadapan, tidak boleh berhenti pada 2020 dan tak ada wawasan lagi.

Datuk Seri Najib telah merangka satu visi baharu buat Malaysia dan pada masa sama menyerahkan kepada anak muda untuk menentukan hala tuju serta bagaimana TN50 dapat dicapai.

Visi yang akan digalas anak muda, dipacu Kementerian Belia dan Sukan bagi melihat Malaysia berkembang pesat sebagai negara maju mengikut acuan dan pemikiran jitu anak muda.

Pada tahun ini, Kementerian Belia dan Sukan akan melaksana fasa pertama membabitkan pengumpulan pandangan dan suara anak muda melalui kaedah maya atau digital melibatkan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram, sebelum semua pandangan tersebut dikategorikan mengikut bidangnya.

Justeru, golongan muda perlu bersama-sama mencurahkan idea dan pandangan terhadap TN50 jika mahu melihat Malaysia berdiri gah di mata dunia sebagai negara maju dan makmur dengan rakyat hidup penuh harmoni pada tahun 2050.

Marilah kita bersama membina masa depan negaraku bermula dari sekarang.

Monday, November 21, 2016

Tun Mahathir Hijack Bersih - @Khairykj

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan perhimpunan BERSIH 5 tidak lebih sekadar menjadi 'kuda tunggangan' kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kata Khairy lagi, Tun Mahathir berjaya mempermainkan pemimpin pembangkang dan mengambil kesempatan mempergunakan himpunan tersebut sebagai platfom beliau dalam agenda peribadi untuk menjatuhkan perdana menteri.

"Tahniah kepada Tun Mahathir sebab berjaya jadikan BERSIH sebagai kuda tunggangan dan platfom dia.

"Saya lihat pemimpin pembangkang semua kena main secara total oleh Mahathir," katanya selepas merasmikan program Konvensyen Anak Muda Bandar 2016 semalam.

Kata Khairy lagi, ini dapat dibuktikan apabila hanya agenda Mahathir yang disebut-sebut dalam demonstrasi berkenaan.

"Dia tidak cakap soal isu rakyat langsung dan akhirnya semua tenggelam.

"Sebab semua pun semalam sudah tidak ada bercakap pasal Anwar Ibrahim dah semua Tun Mahathir.u

Nota : Terdahulu Tun Mahathir lantang mengkritik penganjuran himpunan BERSIH sebagai mencemarkan nama negara.

Oleh kerana tamakkan kuasa Tun Mahathir dan kuncu-kuncunya hilang arah, sanggup buat u-turn dan buang semua prinsip lama #Bersih5

Sunday, November 13, 2016

BOBOI BOY NAK JADI PM

Gila kuasa! Gila harta! Semua gilaaaa...

Sampai bila Tun Mahathir mahu lihat Melayu berpecah?



Mengimbas kembali sejarah 18 tahun yang lalu... dimana ketika itu aku juga seorang insan yang mentah sering merempit, bangga dengan diri sendiri sebab boleh korek block motorsikal GP100 @ Gipang. Guna tayar sotong potong tang coner, kepala lutut cecah jalan tar... apa ada hal masa tu...

Dalam fikiran langsung tidak pernah terfikir tentang politik kerana bagi aku UMNO adalah satu parti yang sangat gah dimana majoriti Melayu sangat kuat pada masa itu.

Namun pada 2 September, 1998 menyaksikan perpecahan dikalangan orang melayu... berlaku titik hitam dalam sejarah politik apabila Tun Mahathir memecat Anwar Ibrahim selepas didakwa menyalah guna kuasa dan salah laku seks. Pemecatan Anwar mencetuskan demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur dan seterusnya tertubuhnya Keadilan (PKR) yang kononnya mahu menentang kezaliman Tun Mahathir.

PKR lahir dari cebisan orang UMNO yang memberontak diatas kezaliman Tun Mahathir! Bukan itu saja... yang gila kuasa dan gila jawatan juga mengambil kesempatan untuk bersama Dr Wan Azizah pada waktu itu.

Pada hakikatnya Tun Dr Mahathir adalah punca kepada perpecahan orang Melayu sehingga menubuhkan beberapa parti kecil yang lain.

Sedar tak sedar kini Melayu terbahagi kepada lima... UMNO, PAS, PKR, PAN dan PPBM.. Parti Semangat 46 berkubur, jika tida kita orang Melayu terbahagi kepada 6 Parti. Amat menyedihkan lagi bila orang Melayu dilihat menjadi ‘minoriti’ kerana perpecahan ini.



Tidak dinafikan puak pembangkang dan anasir asing sentiasa memerhati dan pasti akan menangguk di air keruh.

Kita semua nampak bagaimana DAP dengan gembiranya menyingkir Pas daripada Pakatan pembangkang! Ini adalah salah satu kejayaan yang besar buat DAP... DAP berjaya mengambil kesempatan diatas perpecahan ini...

Orang Melayu sepatutnya peka dengan ancaman ini, bukannya terus berpecah-belah dan bertelagah sesama sendiri sehingga mengizinkan DAP mengambil kesempatan.

Apa yang membimbangkan nanti... Perpecahan orang Melayu tidak lagi menjamin suara orang Melayu pada masa akan datang dan kuasa majoriti orang Melayu yang dahulunya diterajui orang Melayu hilang entah kemana.



Cukup-cukuplah Tun... Sampai bila Tun Mahathir mahu melihat orang Melayu berpecah? Jangan kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar... menang sorak kampung tergadai!

by Hisham @ BroJinggo