Tentera akan digerakkan mulai Ahad ini untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac hingga 31 Mac ini dipatuhi rakyat sepenuhnya.
Langkah ini dibuat selepas polis mendapati masih ramai lagi rakyat yang masih ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki hari kedua semalam.