Pelakon Datin Diana Danielle menyatakan kebimbangannya terhadap keputusan kerajaan untuk membenarkan kedai gunting rambut beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kerajaan mengumumkan perkara tersebut selepas mendengar rungutan daripada sesetengah pihak.
Menurut artis berusia 28 tahun itu, tidak semua orang akan jujur untuk memaklumkan keadaan kesihatan mereka tambahan pula tidak semua pembawa virus Covid-19 menunjukkan simptom seperti demam, batuk atau selsema.