Friday, August 7, 2020
Lim Guan Eng Tido L0kap! Akan Didakwa Hari Ini
Wednesday, August 5, 2020
Move on antara dua Generasi dan oldguard dalam UMNO
Move on mudah sahaja pengertiannya. Tidak berbelit nak faham.. Pandang dan gerak kedepan. Itu sahaja.
2. BIla KJ sebut pandang dan gerak kedepan dengan menggunakan perkataan move on. Kenapa jadi isu dan perdebatan? dan kecam mengecam antara dua generasi dalam UMNO.
3. Adakah KJ tidak bercakap benar akan perihal Najib Razak sudah didapati salah dalam kes DPP vs Najib Razak dalam wang SRC? Benarkan. Najib Razak sudah didapati salah dengan dijatuhkan hukuman penjara yang di kumpulkan selama 12 tahun.
4. Dalam kehidupan kita, berbagai perkara terjadi hingga menjejaskan kehidupan kita. Kita dibuang kerja, kita kehilangan orang tersayang. Tiba-tiba kita hilang punca menghadapi kehidupan seterusnya. Baca lagi >>>
Tuesday, August 4, 2020
KJ Tidak Kisah Dikecam! Don’t Kill The Massenger!
Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin tidak kisah dikecam, namun mesej yang beliau sampaikan itu tidak seharusnya dinafikan. UMNO harus ‘move on’, katanya.
Tegas Khairy , masih ada yang mahu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kembali menjadi Presiden UMNO, walaupun beliau sudah didapati bersalah di mahkamah.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, keadaan itu berbeza dengan pendapat sebahagian besar rakyat, termasuk akar umbi UMNO sendiri yang mahu melihat parti itu terus bergerak ke hadapan.
Justeru, beliau kecewa kerana dikritik oleh beberapa pemimpin kanan UMNO sendiri apabila lantang menyuarakan pandangan berkenaan.
“Saya cakap benda yang menjadi rahsia terbuka sekarang ini. Masih ada yang berharap Datuk Seri Najib kembali sebagai Presiden UMNO. Ini yang saya maksudkan.
Mereka tak nak cakap benda ini, tapi saya terpaksa cakap. Bagi saya, kita perlu bergerak ke hadapan. Cari generasi baharu untuk memimpin UMNO.
“Sekarang ini presiden masih lagi ada, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Tak ada masalah sebab kes beliau masih dalam perbicaraan… tidak ada keputusan apa-apa lagi dari mahkamah.
Tetapi kita mesti melihat selepas itu siapa? Apakah barisan kepimpinan baharu? Yang sebenarnya yang dikehendaki rakyat juga,” baca lagi>>>
Siti Kasim terkejut beruk, dakwa diserang Melayu Jahil di facebook!
Peguam kontroversi, Siti Zabedah Kasim berkata dia diserang oleh golongan Melayu yang disifatkan sebagai jahil melalui hantaran mesej di Facebook.
Katanya lagi, dia terkejut dengan tindakan tersebut.
“Jumlah penyalahgunaan mesej yang dihantar kepada saya melalui hantaran masej facebook oleh orang Melayu yang jahil sangat mengejutkan!,” kata Siti Kasim.
Siti Kasim sebelum dikecam Netizen di laman sosial kerana dilihat sering mengeluarkan kenyataan kontorversi terutama yang melibatkan Islam dan Melayu. Baca lagi>>>
‘Tembak KJ’ : Mereka tu sakit
SAYA terbaca dua komentar orang Umno, kedua-duanya Ketua Umno Bahagian, kedua-dua org kalah pilihan raya, yang mengkritik Khairy Jamaluddin.
Isunya, ekoran kenyataan KJ sebaik sahaja bekas PM DSNR disabitkan dengan kesalahan jenayah oleh Mahkamah.
Secara ringkas, mereka yang mengkritik KJ, dengki kat KJ yang kini dilantik menjadi Menteri, walaupun tidak berjawatan penting dalam Umno, kecuali Timbalan Ketua Umno Bahagian.
Sebenarnya, pendirian KJ, seperti kata KJ, dia bukan biadap, tetapi tidak mahu rakyat memandang serong terhadap perjuangan Umno.
Ada pemimpin Umno yang masih mahu berpaut dengan DSNR. Kononnya, program “bossku” Najib mempunyai jutaan pengikut.
Mereka tidak tahu, rating DSNR naik kebelakangan ini disebabkan dia tidak berjalan dengan mem besar.
Dulu, masa dia jadi PM, mem besar selalu sangat ke hadapan. Baca lagi>>>
PAS, Umno dan Bersatu tak boleh berpisah kata Hadi
PAS tidak boleh berpisah sama ada dengan Umno ataupun Bersatu. Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menggambarkan penyatuan Melayu sudah bermula melibatkan tiga parti Melayu itu.
“Kita berjaya menyatukan ketiga-tiga parti,” kata Hadi menerusi hantaran dalam Facebooknya, Isnin.
Pertemuannya dengan Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam, membuktikan tiga parti itu sudah seia sekata untuk meneruskan agenda perjuangan bersama.
Walaupun pertemuan itu ringkas, ia jelas menggembirakan rakyat yang selama ini menaruh harapan ketiga pemimpin itu dapat duduk bersama untuk membawa perubahan kepada landskap politik dan negara pada masa akan datang. Baca lagi>>>
Monday, August 3, 2020
Kritikan Puad Zarkashi pada KJ double standard kata Ibdil
Bekas Exco Pemuda Umno, Sdr Ibdillah Ishak mengingatkan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi agar tidak terlalu double standard dalam mengkritik bekas ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (KJ) sebaliknya cerminlah diri dulu sebelum membuat hentaman.
Terdahulu KJ menyampaikan pandangan ramai bahawa UMNO harus bergerak ke hadapan susulan keputusan bersalah terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak. Namun kebanyakkan pemimpin sendu dalam UMNO mengambil kesempatan menyembelih KJ untuk menutup kes yang hangat diperkatakan itu.
Dalam satu kenyataan, Ibdil mengingatkan Datuk Puad jangan terlepas pandang dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Seri Zahid, Datuk Seri Khaled dan Datuk Seri Hisham juga, kenyataan yang sama dikeluarkan dengan KJ tapi tidak dihentam oleh Datuk Puad.
Berhubung dengan ungkapan “kepimpinan dan perjuangan” yang diperkatakan oleh Datuk Puad, adakah kepimpianan dan perjuangan itu wujud dalam diri Datuk Puad, soal Ibdil. Baca lagi>>>
Sunday, August 2, 2020
KJ dikambing hitamkan
Bekas ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata beliau hanya menyampaikan pandangan ramai bahawa parti itu harus bergerak ke hadapan susulan keputusan bersalah terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak.
“Saya setia kepada parti. Saya cuma nyatakan perkara yang ramai sedang fikir cuma mungkin takut untuk sebut,” baca lagi>>>
Thursday, July 30, 2020
Rombongan Musa Aman dihalang masuk Istana Negeri Sabah
Sah Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan - Shafie Apdal
Wednesday, July 29, 2020
Shafie Apdal Tumbang, Musa Aman Umum Cukup Majoriti Bentuk Kerajaan Baharu
Shafie Apdal Tumbang, Musa Aman Umum Cukup Majoriti Bentuk Kerajaan Baharu
Musa Aman dapat majoriti mudah bentuk kerajaan baharu di Sabah
Bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman hari ini mengumumkan beliau mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baru selepas mendapat sokongan mencukupi daripada Adun negeri itu.
Dalam sidang media tergempar yang dibuat di rumahnya sebentar tadi berkata, pihaknya akan membuat satu bentukan dan menyokong Perikatan Nasional (PN). Baca lagi>>>