Friday, August 28, 2020

Mahathir Petik Nama KJ Last Lap Kempen PRK Slim





Last Lap kempen PRK Slim, Tun Mahathir petik nama KJ! Apa lagi lepas ni Tun ? #PRKSlim

Mahathir Kepanasan! Mukhriz Akui Anaknya (Ally) Ditahan Polis Langgar PKPP!





Mahathir kepanasan Mukhriz Akui Anaknya Ditahan Polis Langgar PKPP! Terpaksa Turun Kempen PRK Slim!

MEERA ALYANNA MUKHRIZ 

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesahkan anak perempuan dan menantunya antara 29 individu yang ditahan di sebuah pub kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Sabtu lalu.

Menurut beliau, kedua-dua mereka dikenakan kompaun RM1,000 dan telah pun menjelaskan bayaran berkenaan mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

"Memang benar bahawa anak dan menantu saya telah dibawa ke balai bersama 27 yang lain atas kesalahan melanggar arahan PKPP.

Sunday, August 23, 2020

KJ Libas Mat Sabu, Guan Eng, Tun M, Syed Saddiq | PRK Slim





Berucap di pentas Ceramah Umum PRK Slim , YB Khairy Jamaluddin mengingatkan kepada pengundi Slim agar yang jangan lupa pengalaman pahit selama 22 bulan PH memerentah!

PRK Slim: Ceramah Umum Muafakat Nasional - Khairy Jamaluddin





YB Khairy Jamaluddin menyampaikan ceramah di pentas Ceramah Umum Muafakat Nasional PRK Slim bertempat di Dataran Besout 4. 

Monday, August 17, 2020

YB Kental Ride Dari KL Ke Slim Khairy Jamaluddin Menyantuni Rakyat















YB KJ bermula pagi Ride basikal dari KL ke Slim. Sebelah petang YB KJ ke PDM Felda Besout 2 dan PDM Changkat Sulaiman untuk membantu kempen calon BN, Mohd. Zaidi Aziz dalam PRK Slim.
#Khairykj #PRKSlim 

Friday, August 14, 2020

GEMPAR - Jamal Yunos Bongkar Mesin Judi MBSA





Kita adu mesin judi, MBSA rampas mesin jahit.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos mempersoalkan kewajaran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merampas mesin jahit milik peniaga di Sungai Buloh.
Gambar rampasan mesin jahit oleh beberapa anggota penguat kuasa MBSA itu tular di media sosial semalam. Baca lagi>>>

MBSA KANTOI! Kemenagan Buat Rakyat | Asri Janggut Hot Burger





Asri Janggut menyifatkan penahanan penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai kemenangan buat rakyat.

Pengasas Hot Burger, Mohd Asri Hamid atau dikenali sebagai Asri Janggut berkata, ada sesuatu yang baik menanti warga Sungai Buloh selepas pusat perjudian kini akhirnya ditutup.

“Ini adalah satu kemenangan untuk rakyat. InsyaAllah, Allah sedang menurunkan sesuatu yang baik untuk kita. Tunggu hikmahnya,” katanya ketika ditemui selepas memberi keterangan di Bukit Aman, hari ini. Baca lagi >>>

Tiga lagi penguat kuasa MBSA direman – Lindung premis haram





Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiga lagi penguat kuasa direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh, Selangor.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Wira Abdul Halim bermula hari ini sehingga 19 Ogos depan.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 40 hingga 43 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM antara jam 1 hingga 2 petang semalam selepas hadir memberi keterangan.

Ini menjadikan tujuh orang penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kini ditahan berkaitan kes menerima suapan bagi melindungi perniagaan haram di Sungai Buloh. Baca lagi >>>

Thursday, August 13, 2020

Peniaga Menangis MBSA Menganas | Notis Pindah 24 Jam Tak Masuk Akal!





”Saya dan keluarga cuba berbincang untuk memberi tempoh sehingga jam 3 petang kerana kontena yang dijadikan kedai makan itu dalam proses untuk dipindahkan tambahan sudah ada yang ingin membelinya namun gagal sebelum disita MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) semalam,” kata pemilik kedai makan Plonxbox, Muhammad Afifi Zaidi, 34.

Muhammad Afifi berkata, dia memulakan kedai makan itu sejak 2015 bermula dengan hanya khemah bagi menampung pendapatan kilang percetakan milik keluarganya ketika itu yang makin kurang menjana pendapatan. Baca lagi >>>

Penyokong Parti Papet Mahathir Fitnah Khairy Jamaluddin

 

Tular di laman sosial penyokong Tun Dr Mahathir “CHE DET Supporters” mengaitkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin (KJ) hadir pada majlis pengumuman calon oleh Tun Dr Mahathir di Slim River.


Perbuatan tersebut adalah satu fitnah terdesak daripada mereka. Ini adalah salah satu langkah menanguk di air keruh bagi mencemarkan nama baik KJ, tapi tindakan tak jadi tersebut dapat dikesan. Baca lagi>>>

Apa Yang Mat Sabu Tak Puas Hati Lagi! Sampai Mencarut “Anak Haram” | PRK Slim





Apa Yang Mat Sabu Tak Puas Hati Lagi! Sampai Mencarut “Anak Haram” | PRK Slim

Wednesday, August 12, 2020

GEMPAR! MBSA AMOK Umpama Balas Dendam! Asri Janggut Hot Burger





Amokkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang melancarkan gerakan operasi besar-besaran di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh pada Rabu, susulan video tular yang dikongsikan oleh Asri Janggut baru-baru ini, mengundang keluhan dan rungutan para peniaga yang menyifatkannya sebagai ‘membalas dendam’.

Luahan seorang pemilik kilang percetakan, Zaidi Abdul Jalil, 56, berkata, MBSA seharusnya memberi tempoh sekurang-kurangnya seminggu.

“Sejak dua tiga hari hari ini (operasi) terlalu drastik. Cara dia (MBSA) bergerak ini seperti ‘membalas dendam’, bila orang mengadu, dia bertindak balas. Baca lagi>>>

Polis, Tentera Tidak Jaga Solat - Asri Janggut Mohon Maaf





Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid hari ini tampil memohon maaf di atas keterlanjuran beliau sebelum ini yang mendakwa kebanyakan mereka yang menyertai polis dan tentera tidak menjaga solat.
Permohonan tersebut dibuat susulan rakaman video sidang medianya yang mendapat pelbagai respons daripada warganet yang menyatakan bahawa ia suatu tindakan tidak berasas dan satu bentuk fitnah.

Tuesday, August 11, 2020

Terjawab 3 Penguatkuasa MBSA Ditahan SPRM | Penangan Asri Janggut Hot Burger





Isu pihak berkuasa yang berat sebelah dan melindungi premis perniagaan tanpa lesen menjadi perbualan hangat pada minggu ini.

Antara yang paling mendapat liputan tentunya dakwaan seorang pemilik rangkaian burger, Asri Janggut sehingga dia bertemu dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Isnin