Tuan Guru Haji Hadi membayangkan Parti Amanah tiada sokogan rakyat, sekadar 'gah" menjadi boneka DAP! Hadi berkata di sidang Media Presiden berhubung Isu Semasa Perikatan Nasional dan PRN Sabah.
Mahathir kepanasan Mukhriz Akui Anaknya Ditahan Polis Langgar PKPP! Terpaksa Turun Kempen PRK Slim!
MEERA ALYANNA MUKHRIZ
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesahkan anak perempuan dan menantunya antara 29 individu yang ditahan di sebuah pub kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Sabtu lalu.
Menurut beliau, kedua-dua mereka dikenakan kompaun RM1,000 dan telah pun menjelaskan bayaran berkenaan mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.
"Memang benar bahawa anak dan menantu saya telah dibawa ke balai bersama 27 yang lain atas kesalahan melanggar arahan PKPP.
Berucap di pentas Ceramah Umum PRK Slim , YB Khairy Jamaluddin mengingatkan kepada pengundi Slim agar yang jangan lupa pengalaman pahit selama 22 bulan PH memerentah!
YB KJ bermula pagi Ride basikal dari KL ke Slim. Sebelah petang YB KJ ke PDM Felda Besout 2 dan PDM Changkat Sulaiman untuk membantu kempen calon BN, Mohd. Zaidi Aziz dalam PRK Slim.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos mempersoalkan kewajaran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merampas mesin jahit milik peniaga di Sungai Buloh.
Gambar rampasan mesin jahit oleh beberapa anggota penguat kuasa MBSA itu tular di media sosial semalam. Baca lagi>>>
Asri Janggut menyifatkan penahanan penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai kemenangan buat rakyat.
Pengasas Hot Burger, Mohd Asri Hamid atau dikenali sebagai Asri Janggut berkata, ada sesuatu yang baik menanti warga Sungai Buloh selepas pusat perjudian kini akhirnya ditutup.
“Ini adalah satu kemenangan untuk rakyat. InsyaAllah, Allah sedang menurunkan sesuatu yang baik untuk kita. Tunggu hikmahnya,” katanya ketika ditemui selepas memberi keterangan di Bukit Aman, hari ini. Baca lagi >>>
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiga lagi penguat kuasa direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh, Selangor.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Wira Abdul Halim bermula hari ini sehingga 19 Ogos depan.
Menurut sumber, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 40 hingga 43 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM antara jam 1 hingga 2 petang semalam selepas hadir memberi keterangan.
Ini menjadikan tujuh orang penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kini ditahan berkaitan kes menerima suapan bagi melindungi perniagaan haram di Sungai Buloh. Baca lagi >>>
”Saya dan keluarga cuba berbincang untuk memberi tempoh sehingga jam 3 petang kerana kontena yang dijadikan kedai makan itu dalam proses untuk dipindahkan tambahan sudah ada yang ingin membelinya namun gagal sebelum disita MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) semalam,” kata pemilik kedai makan Plonxbox, Muhammad Afifi Zaidi, 34.
Muhammad Afifi berkata, dia memulakan kedai makan itu sejak 2015 bermula dengan hanya khemah bagi menampung pendapatan kilang percetakan milik keluarganya ketika itu yang makin kurang menjana pendapatan. Baca lagi >>>