Assalammualaikum wbt…
Salam Perjuangan dan salam sejahtera.
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Saudara Zikri Azmi
Yang diraikan, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Pengerusi Pemuda Barisan Nasional dan Ahli Parlimen Rembau,
Yang berusaha, ahli ahli jawatankuasa Kelab Penyokong Khairy Jamaluddin (KJFC),
Datuk-datuk, datin-datin,
Rakan rakan media dan bloggers,
Tuan-puan ahli-ahli KJFC hadirin hadirat sekalian,
Pertama sekali syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul hari ini bagi sama-sama mengadakan majlis berbuka puasa anjuran KJFC.
Sepertimana yang kita ketahui, ini adalah program pertama semenjak KJFC ditubuhkan pada 21 July 2009. Dan saya selaku Presiden KJFC berbangga melaporkan bahawa dalam masa singkat ini KJFC sudahpun mempunyai lebih kurang 2000 ahli.
Pemimpin datang dan pergi. Pemimpin juga silih berganti. Namun setiap pemimpin yang dipilih pasti akan membantu kerajaan meneruskan agenda negara.
Ke arah itu, sejak penubuhan KJFC di platform Facebook ini, pelbagai topik perbincangan telahpun disentuh, semuanya berkisar ke arah penambahbaikan kepimpinan atau "governance" demi kepentingan rakyat. Tidak kurangnya pula cadangan cadangan yang telah dan akan terus disalurkan kepada YB KJ kita sendiri, sebagai suara rakyat akar umbi melalui alam maya.
Dan perkara ini amat berkesuaian dengan budaya kepimpinan dalam alaf ke-21 di mana teknologi maklumat membolehkan jurang di antara pemimpin dan rakyat diperkecilkan - barulah pemimpin menjadi suara rakyat, parti politik menjadi nadi negara yang sebenar.
Maka dengan kesedaran ini, KJFC tidak akan berperanan semata mata tukang sorak buat YB Khairy, dan saya percaya YB Khary pun tidak mahu tukang sorak semata-mata, yang tidak membawa nilai tambah kepada kepimpinan beliau. Sebaliknya, KJFC beraspirasi menjadi mata dan telinga YB Khairy dan menjadi pergerakan menyokong dan membantu kepimpinan YB Khairy melalui cadangan, perbincangan dan pelbagai lagi wadah serta kaedah yang kreatif.
Dari persepktif yg labih luas pula...Penubuhan KJFC ini bukan sekadar untuk mengumpulkan para penyokong YB Khairy Jamaluddin tetapi juga bertujuan untuk:
1)Mengeratkan persahabatan dengan semua disamping menyatukan pendapat dan idea masing-masing.
2)Memupuk semangat harmoni dan SETIAKAWAN dikalangan ahli.
3)Menyatukan minat dalam politik antara bloggers dan para ahli
4)Mengukuhkan concept 1MALAYSIA melalui aktiviti yang akan dijalankan.
5)Mengadakan aktiviti sosial dan kebajikan.
Hadirin yang dihormati, semua ini tidak akan dicapai seandainya saya tidak mendapat kerjasama dari semua ahli. Ribuan terima kasih pada mereka yang sentiasa memberi sokongan dan galakan terhadap penubuhan kelab ini.Terima kasih juga kepada mereka yang sentiasa mengisi ruang Face Book KJFC dengan pelbagai isu dan cadangan..., saya amat menghargai.
InsyaALLAH, pihak kami sedang berusaha untuk mengumpulkan para ahli melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Ianya akan dimaklumkan kelak.
Hadirin yang dihormati,
Sekali lagi ribuan terima kasih pada yang hadir.Yang tidak berkesempatan, mudah-mudahan akan berpeluang pada aktiviti yang lain.
Bagi pihak pengurusan majlis, saya memohon maaf andaikata ada terdapat sebarang kelemahan dalam penganjuran MAJLIS BERBUKA PUASA kali ini.
Pada yang dikasihi,YB KHAIRY JAMALUDDIN terima kasih kerana sudi meluangkan masa pada majlis yang sederhana ini. Kami doakan YB Khairy akan diberikan kesihatan yang baik agar dapat terus berbakti kepada masyarakat. Kami akan terus menyokong YB Khairy kerana nawaitu kami yang mahu melihat YB Khairy terus gagah di persada politik tanah air.
'Duduk termenung di tepi jeti,
Menunggu ikan naik ke darat,
Selagi hayat menabur bakti,
Hasilnya nanti tuai di akhirat.
Kepada YB Khairy,
'Hangat tidak berapi,
Sejuk pula tidak berair'
Kasih kami pada YB Khairy tidak bertepi,
Sayang kami pada YB Khairy tidak berakhir!!
Sekian. Assalamualaikum wbt….