Thursday, July 14, 2011

Pemimpin PAS Bacul... DAP Terus Hina ISLAM

Pemimpin Pas yang kononnya melaung-laungkan kepimpinan Islamik hari ini dibidas kerana gagal memberikan dakwah yang sebenar kepada sekutu mereka khususnya kalangan pimpinan DAP yang secara terang-terangan menghina Islam.

Keghairahan pemimpin DAP untuk memetik hadis nabi secara semberono, sedangkan mereka sendiri tidak beriman kepada kenabian Nabi Muhammad SAW adalah disebabkan tindak-tanduk Pas yang terlalu mengejar matlamat politik berbanding agama.

Sambil membidas kegagalan Pas itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Prof. Datuk Dr. Muhammad Yusoff Hussein berkata, apa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam merupakan satu lagi detik hitam kepada agama Islam.

Beliau yang kesal dengan perbuatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim menegaskan, tindakan sewenang-wenang sekutu Pas itu memetik hadis nabi tanpa beriman kepada kenabian Rasulullah, adalah biadab serta menghina kesucian agama Islam.

“Jangan hanya kejar kuasa politik semata-mata. Sekali sekala jenguk-jenguklah rakan seperjuangan agar Islam tidak menjadi bahan politik. Apakah pemimpin Pas yang melaung-laungkan mereka kalangan ulama sudah lupa atau demi kepentingan politik sanggup membiarkan perkara itu berlaku.

“Seingat saya, ini bukan kali pertama pimpinan DAP melakukan perkara sedemikian rupa, malah sudah beberapa kali termasuk membacakan ayat al-Quran. Bukankah akidah itu terbahagi kepada tiga iaitu pertamanya ketuhanan, keduanya kenabian dan ketiganya sami’yat.

“Dalam konteks ini, mereka yang membacakan hadis nabi itu perlu beriman dengan nabi. Kalau tidak beriman bagaimana mereka mahu percayakan hadis berkenaan. Beriman dahulu baru boleh baca hadis nabi,” katanya seperti dipetik dari portal http://umno-online.com.

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman diarahkan keluar daripada Sidang DUN Selangor oleh Speker, Datuk Teng Chang Kim, setelah beliau mempertikaikan tindakan Suee Lim yang dikatakan cuba mempersendakan Islam.

Tambah Muhammad Yusoff, teguran keras beliau terhadap pemimpin Pas adalah bertujuan untuk memastikan agama Islam terpelihara dan bukannya dijadikan bahan mainan atau objek politik semata-mata demi kepentingan sesetengah pihak.

“Kalau benar-benar minat masuklah Islam dan mendalami sepenuhnya, bukan sekadar membaca sepotong dua hadis nabi. Kita juga khuatir hadis yang dipetik itu sama ada hadis daif atau sebaliknya. Jangan main petik sahaja. Saya berharap perkara seumpama ini tidak lagi,” katanya.


Baca Artikel ini juga: Khalid Samad lebih Sayangkan Anwar Daripada Hadi

Bukti Palsu Cincin US24 Juta DS Rosmah Mansor!



DS Rosmah Mansor memiliki sebentuk cincin berharga US24 juta?

Buktinya berdasarkan kepada beberapa foto skrin komputer dan salah satu daripadanya tertera nama DS Rosmah Mansor?


Seterusnya penjelasan daripada DR Novandri baca disini...


Seperti biasa demi kepentingan politik... Khalid sanggup tikam belakang Hj Hadi dan pada masa yang sama cium tapak kaki Anwar. Ternyata Khalid Ibrahim lebih sayang Anwar daripada Hadi! Baca lagi...

Khalid Samad lebih Sayangkan Anwar Daripada Hadi

Rabu malam lebih kurang jam 8.15 debat secara terbuka di twitter semakin panas apabila soalan maut ditujukan kepada Khalid Samad yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS.

Tujuan aku bertanyakan soalan kepada Khalid ialah untuk menguji sejauh mana kesetiaan beliau terhadap President PAS, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Jangkaan aku sememanganya tepat... dimana jawapan yang diberikan oleh Khalid pasti memihak kepada DS Anwar Ibrahim..

Seperti biasa demi kepentingan politik... Khalid sanggup tikam belakang Hj Hadi dan pada masa yang sama cium tapak kaki Anwar.

Ini soalanya... "Soalan saya mudah YB.. Siapa pembohong Hj Hadi atau Anwar Ibrahim?"


Jawapan yang diberikan oleh Khalid...

"Hang tak faham jawapan, Dua dua cakap benar. Layanan berbeza pasal ada strategi. Slow betul puak UMNO ni."katanya..

Dan Ini pula bukti video pembohongan Anwar.. URL: http://youtu.be/nwvtFcagOw8


Khalid berbohong disini.... Khalid pertahankan Anwar sedangkan dia tahu bahawa Anwar bercakap bohong... Khalid subahat dengan Anwar untuk menutup pembohongan yang dilakukan oleh Anwar!

Dimana Hj Hadi nak letak muka? Siapa Ketua Khalid yang sebenarnya? Hj Hadi Atau Anwar? YB PAS cakap Anwar benar... sekaligus mempersendakan kenyataan Hadi?

Ini bukan kali pertama Khalid buat onar dalam PAS? Isu gereja juga mencalarkan maruah PAS! Pecat saja sipengkhianat ni!


Rakyat akan terus tertipu oleh syaitan yang bertopengkan manusia! Khalid terlupa bahawa rakyat bukannya bodoh dan bukan senang untuk ditipu... Apa khalid ingat dia boleh kencing merata rata?...

Yoooo bro... ini zaman 2011... Bukan zaman Sweet September lagi.... Zaman sekarang anak muda ada Ipad, Blackberry, Iphone dll.. Bukan macam zaman YB dulu cuma ada Public Phone saja...Kalau nak kencing sekali pun agak agak la...

Laporan Buletin Utama mengatakan percanggahan kenyataan antara Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan Presiden Pas, Hadi Awang berhubung layanan polis ketika Presiden Pas itu ditahan dalam himpunan haram Bersih 2.0

Kenyataan Anwar: Haji Hadi diheret... Hadi Haji dilayan teruk oleh polis...Haji Hadi dicampak dan berejam di dalam trak...

Kenyataan Haji Hadi: Tersenyum...dengan pertolongan Allah S.W.T.. Semua kita dibebaskan...Nak dihantar pula sampai ke rumah... Terima kasih banyak...LAYANAN YANG BAIK....

Di bawah hujah dari rakan rakan yang lain di twitter:



Banyak lagi hujah membanjiri laman sosial twitter aku... mempertikakan dimana letaknya perjuangan PAS yang dilihat seperti kuda tunggangan kepada DAP dan PKR? Aku pendekan ajelah... kalau nak cerita panjang lebar add aku di twitter http://twitter.com/brojinggo


Khalid akhiri salam aku dengan rasa tidak puas hati....  Aku pun tak puas hati dengan Khalid Samad! Beliau merupakan pimpinan PAS yang kononya memperjuangkan Islam... Tapi sanggup berbohong untuk menjilat Anwar! adakah pembohongan itu ajaran Islam?