Monday, July 18, 2011
Blogger PAS Menentang Keputusan Hadi Awang
Blogger Kerabu Bersuara semalam, Ahad menyatakan ketidak puas hatinya kepada Presiden PAS yang tunduk diatas desakan DAP! Laman blog tersebut menyifatkan bahawa Presiden PAS lembik dan tidak tegas dalam memperjuangkan agama Islam.
Syed Mu’az Syed Putra pengendali Blog tersebut bingung dengan keputusan PAS Kedah yang menarik balik cadangan larangan ke atas pusat hiburan di negeri itu daripada beroperasi sepanjang bulan Ramadhan.
Menurutnya lagi PAS tidak mempunyai pendirian dan kurang bijak dalam membuat keputusan, ianya dibuat tanpa berfikir panjang.
Syed juga meminta agar DAP menghormati hak PAS!
Malangnya Syed aku nak bagi tahu kau bahawa PAS memang bacul dan sudah lama menjadi kuda tungangan DAP! Baru nak sedar ke?
Walau bagaimanapun, aku ucapkan syabas kepada kau kerana telah tersedar dari lamunan mimpi... DAP bukanlah kawan yang baik!
DAP mempunyai agenda yang tersendiri yaitu menghapuskan kuasa melayu di negara ini... Blogger blogger PAS yang lain... Fikir fikirkan lah...
Baca artikel ini juga: PAS 'Sujud' Perintah DAP
Video: Pendemo Bersih Di UK Hanya 30 Orang Sahaja... Puak Pembangkang Spin 300 Orang?
Ramai sungguh yang berdemo di London rupanya... bila dikira adalah 30 orang... Syabas anda berjaya memalukan negara anda sendiri! Akai tarak! Apa pun tak boleh!!
You Tube: http://youtu.be/zw8ylW4HvGc
You Tube: http://youtu.be/5gE_U2mvjV4
Mereka bertindak keterlaluan... Bodoh, Biadap dan Kurang ajar!
Kalau tak puas hati lagi... Jangan balik Malaysia..
Sunday, July 17, 2011
Dr Lo' Lo' Menghembuskan Nafas Terakhir Jam 10.15 Malam
Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.
Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.
Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah.
Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser. Al Fatihah... Semoga roh Allahyarhamah di tempatkan bersama roh-roh orang yang beriman.
Subscribe to:
Comments (Atom)



