Sunday, July 17, 2011

PAS 'Sujud' Perintah DAP

Kerajaan Pas Kedah akhirnya tunduk kepada bantahan pelbagai pihak terutama sekutunya DAP apabila memutuskan untuk menimbang semula keputusan melarang pusat hiburan di negeri ini daripada beroperasi sepanjang bulan Ramadan nanti.

Rabu lalu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan keputusannya menguatkuasakan larangan terhadap 13 jenis pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini mengikut Enakmen Hiburan dan tempat-tempat hiburan 1997.

Keputusan itu bagaimanapun mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk DAP dengan Pengerusinya, Karpal Singh semalam dilaporkan memberi kata dua supaya kerajaan negeri Kedah menarik balik larangan berkenaan.

Tindakan ini jelas menunjukkan PAS menipu dan mengkhianati islam tetapi, sayangnya kebanyakan ahli-ahli PAS tidak memahaminya, kerana kebodohan mereka sendiri. Mereka terpengaruh dengan beberapa kerat individu yang bertopengkan ulama tetapi anehnya tidak mampu mempertahankan perjuangan Islam.

PAS dilihat berusaha untuk bekerjasama dengan DAP yang terang-terang menentang penubuhan negara islam yang diperjuangkan oleh PAS, tetapi PAS melupakan itu semua kerana kepentingan politik.

Nota: Pada 19 Nov 2008, Kerajaan PAS Kedah meluluskan tapak seluas 162 hektar sebagai ladang babi moden di Bukit Selembau. Sejumlah 46,000 ekor babi akan diternakan dalam ladang itu.

Semuanya untuk memujuk hati seorang wakil DAP yang mahu lompat parti. DAP ugut PAS dengan kandang babi sebagai ganjaran. Orang islam minta masjid.

Berhati-hatilah jangan sampai anda dikhianati!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: