Tuesday, August 2, 2011

Keadaan MB Kedah Azizan Semakin Uzur


Sebelum dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak sejak sebulan lepas kelihatan sangat letih sehingga menyebabkannya menukar rutin tidur.

Setiausaha politiknya Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Azizan yang sebelum ini berjaga sehingga jam 1 hingga 2 pagi, kini terpaksa tidur sejam atau sejam setengah selepas Maghrib.

"Kebelakangan ini dia tidur selepas Maghrib, hingga jam 9.30 atau 10.00 (malam), selepas itu baru dia memanggil saya ke rumah.

"Kalau tak panggil saya, dia akan maklumkan dia nak jumpa si polan si polan di rumah, semuanya berkaitan kerja.

"Keletihannya nampak sangat-sangat. Jam 12 baru selesai," kata Sanusi.

Sehubungan itu, Sanusi yang juga ketua penerangan PAS Kedah berkata setelah bekerja "dari pagi hingga pagi", beliau patut berehat sekejap.

Semalam, kesihatan Azizan yang dimasukkan di IJN di Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan serta pemeriksaan jantung, dilaporkan tidak membimbangkan dan berada dalam keadaan stabil.

Azizan yang menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN Jumaat lalu selepas mengadu sakit jantung.

Memandangkan keadaan kesihatan Azizan tidak mengizikan, sudah tiba masanya beliau berundur dari menjadi Menteri Besar Kedah dan menyerahkan tampuk kepimpinannya kepada pemimpin yang lain.

Dengar cerita Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Mahfuz Omar sedang mengintai peluang yang sedia ada? betul ke?

PAS Kedah “Flip Flop” Buka Ruang Mahfuz Omar Jadi MB Kedah

Ibadah Puasa Kini Menjadi Mainan Pakatan Pembangkang

Tak hairanlah.. sebab dua-dua kaki kencing...


Dunia Politik hari ni dah jadi macam dunia hiburan serta lakonan semata - mata.

Kebanyakkan pemimpin puak - puak Pakatan Pembangkang tu semuanya memainkan watak masing - masing berdasarkan skrip yang telah disediakan oleh pengarah.

Siapa pengarah mereka? Siapa lagi kalau bukan Si Ketua Penipu tu. Dia la kepala alam yang mengaturkan segala watak dan lakonan yang perlu dilakonkan oleh mereka.

Tapi sayangnya, mereka tak tahu apa perbezaan dunia lakonan dan dunia nyata. Mereka tak sedar bahawa dunia lakonan ni hanya khayalan semata - mata.

Mungkin sebab mereka dah asyik dibuai dengan alunan 'Populariti' maka sebab itulah mereka tidak mempedulikannya.

Biar la tak berpijak dibumi yang nyata. Yang penting, aku glamour. Mungkin itu yang bermain difikiran mereka.

Dan dengan cara itu juga yang menghalalkan mereka untuk mempermainkan apa sahaja, termasuk kesucian ibadah puasa.

Apa gunanya kalau mereka berpuasa tetapi mereka tidak bertaqwa kepada Allah S.W.T? Hanya sekadar mahu menipu rakyat, itulah tujuannya.

Tidakkah mereka sedar bahawa dalam masa yang sama mereka juga cuba menipu Allah? Sayangnya, perkara ini tidak dijelaskan oleh pemimpin - pemimpin PAS kepada mereka.

Mereka lebih rela 'sahabat - sahabat' mereka menipu Allah daripada memberikan hidayah dan petunjuk ke arah kebenaran.

Tapi, nak buat macam mana ye tak? Kalau dah namanya Penipu Rakyat, apa pun diorang tak peduli. Lagi pun, menipu je yang diorang pandai. Bukan tau buat benda lain!!!

Luahan hati sang -Semut Hitam

Pasti ramai yang ada sejarah sendiri, pengalaman malah cerita lucu sepanjang Ramadan, terutama ketika zaman kanak-kanak. Mungkin juga ada yang mengalami situasi puasa yang-yang yok.. pagi-pagi buka periuk atau pura-pura puasa, sedangkan sebenarnya hati tersenyum lebar dek kerana kekenyangan.

Harap Tian Chua, Ahli Parlimen Batu PKR tidak begitulah... Jangan kerana dek cari publisiti murahan Tian Chua puasa yang-yang yuk...

Ibadat ini bukan sekadar menahan lapar malah mengekang diri daripada segala hawa nafsu syaitan. Baca disini...

DAP Tamak Kuasa, Mahu Jadi Perdana Menteri

Lim sms Guan Eng 
" Lu jgn risau... wa kasi sattle semua.. lu jd PM maa.."


DAP akan meletak ramai calon dalam pilihan raya umum akan datang di Malaysia. Mengapa tidak PAS atau PKR yang letak ramai calon? DAP sebagai parti yang mendominasi pakatan pembangkang sekarang dengan 29 kerusi sudah tentu akan demand lebih dalam agihan calon. Lagipun PAS hanya mahu letak 63 calon sahaja termasuklah 3 calon bukan Islam. Sudah tentulah yang menjadi teras dalam pakatan pembangkang adalah DAP.

Jika DAP yang bertanding banyak, sudah tentu DAP yang menang banyak. Kalau sesuatu terjadi, DAP akan demand tempat Perdana Menteri dari PAS dan PKR. Apa yang DAP boleh buat dengan berkuasa hanya sepenggal di Malaysia? Macam-macam boleh berlaku. Apa akan jadi pada Petronas, MARA, Felda, Rejimen Askar Melayu Diraja, UiTM, tanah rezab orang Melayu dan syarikat-syarikat yang berkepentingan Melayu? Belum tentu apa akan jadi nasibnya.

Ini kerana yang menjadi ketua dalam pakatan adalah DAP bukan PAS dan PKR. Buat orang Melayu yang menjadikan undi sebagai satu eksperimen, cubalah undi pembangkang tengok. Belum tentu orang Melayu dapat kembali kuasa pemerintahan jika DAP sudah berkuasa.

-Angin Perubahan