Wah semakin meletop-letop pulak cerita kepincangan puak pembangkang ni... lepas satu-satu jadi bahan entry blog yang terlaris dipasaran... Kisah bermula satu hari yang penuh bermuka-muka dan berjingga di gereja DUMC...
Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim (PKR) secara peribadi telah memohon maaf dengan menghubunggi Paderi kanan, Pastor Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Rabu malam ketika berlangsung majlis tersebut.
"Saya berharap dapat berjumpa dengan Pastor Daniel Ho sebaik sahaja laporan lengkap ini diterima," katanya.
Ceh ayat Khalid tak bley blah...
Bertentangan dengan tindakan Khalid, Exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Hasan Ali (PAS) memberitahu bahawa pemeriksaan dilakukan selepas JAIS mendapat bukti adanya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini pada majlis berkenaan.
Menurut beliau, maklumat yang diterima mengatakan terdapat kehadiran orang Islam yang hadir pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan.
ah.. gile ke apa? buka puasa dalam gereja? apa kes ni?
Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat.
Anggota penguatkuasaan JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di bangunan gereja itu walaupun cuba dihalang oleh pihak penganjur.
“Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai,” kata Hasan Ali.
Khalid nak berselindung dari siapa sebenarnya???
Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan bagi menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.
Ada yang larikan diri semasa serbuan tersebut dijalankan...
Pegawai penguakuasa Jais dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang.
Memang patut Hasan Ali letupkan saja kepala Khalid Ibrahim yang semakin hari semakin mengong ni....
hehe no komen....
Antara Khalid Samad dengan gereja dan kristian tidak dapat dipisahkan dari dulu hingga kini.
DAP sedang melebarkan sayap agama kristian di Malaysia...





