Tuesday, September 20, 2011

Gambar Rumah Mat Sabu Kena Bom Buatan Sendiri #marxsabu

Tiada kehilangan nyawa di laporkan....

Pintu pagar masih boleh digunakan....

Ada tompok hitam... mungkin boleh kesan DNA siapa..

Suis loceng rumah teruk terbakar... kena tukar baru ni....

Komen aku sila baca di sini....

Panas! Air Mani Di Dubur Mampu Bertahan Hingga 113 Jam


Glup! Pasukan pembelaan perbicaraan liwat II hari ini tersentak apabila saksi mereka yang kononnya pakar DNA dari Australia, Dr Brian Mc Donald bersetuju dengan andaian pendakwaan bahawa air mani boleh bertahan di dubur atau rektum antara empat hingga 113 jam.

Perkara itu diajukan kepada Dr Mc Donald, ketika beliau diasak oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden ketika memeriksa balas saksi itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Yusof merujuk kepada artikel 1997 yang bertajuk 'Sexual Assault and Semen Persistence' yang ditulis oleh GM Willot dan JE Ellard dan telah diterbitkan dalam jurnal perubatan.

Yusof: Berdasarkan jurnal ini, bukan sesuatu yang luar biasa untuk menemui air mani pada calitan kapas yang diambil dari dubur selepas empat hingga 113 jam?

McDonald: Saya bersetuju.

Aduihai kena lagi Mc Donald ni! konon pakar DNA tapi chai la... oleh itu marilah kita ucapkan "Selamat ke Hotel pagar besi" kepada peliwat Anwar Ibrahim!

Terdahulu barisan pendakwaan yang mengendalikan prosiding kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa, mencabar kredibiliti pakar asid deoksiribonukleik (DNA), Dr Brian Leslie McDonald yang dipanggil sebagai saksi pembelaan kepada Ketua Pembangkang tersebut. Baca di sini...

Mat Sabu Komunis Akan Didakwa Esok! #marxsabu


Mat Sabu, pengkhianat negara yang mengagungkan perjuangan komunis akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok ekoran ucapannya berhubung isu Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong.

Peguam Hanipa Maidin berkata, anak guamnya dimaklumkan pihak polis akan didakwa bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Tambahnya, pendakwaan terhadap anak guamnya dijangka dibuat pada jam 9 pagi.

Jika sabit kesalahan, Mohamad boleh dikenakan hukuman sehingga dua tahun penjara, denda atau kedua-dua sekali.


Kalau Mat Sabu tak ingat apa yang dia katakan pada waktu itu, mari kita ingatkan... tonton video dibawah...