Wednesday, September 21, 2011

Mat Sabu Kehilangan Penyokong... Makamah Tetapkan Perbicaraan Mat Sabu 5 Hingga 9 Disember #marxsabu


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos lalu.

Beliau mengaku tidak bersalah.

Pihak pendakwa meminta jaminan RM50,000 dikenakan ke atas Mohamad tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskan pemimpin PAS itu dengan RM15,000 sehingga hari perbicaraan.

Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin menetapkan sebutan kes pada 27 Oktober dan perbicaraan daripada 5 Disember hingga 9 Disember.

Sementara itu, tidak ramai penyokong pemimpin PAS hadir mahkamah tersebut, amat memalukan Timbalan Presiden PAS tidak mempunyai sokongan yang kuat.




Photo: Dr MiM, Generasi Pejuang Bangsa

Mari Berkenalan Dengan Anak Dara Mat Sabu #marxsabu


Nurul Huda, 28, anak kedua Timbalan Presiden Pas Mat Sabu, menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat selepas rumah mereka di Seksyen 19 di bom semalam.

Aku rasa Nurul Huda pun tidak setuju dengan kenyataan Mat Sabu yang mengagung-agungkan komunis dan bukan anggota polis yang terkorban bertempur dengan komunis... Nurul Huda ini nampak berpelajaran sedikit tak macam Mat Sabu.

Nak tanya sikit Nurul Huda tak nak join Nurul Izzah berpolitik pulak ke? kita tunggu Mat Sabu masuk lokap... baru boleh cer cita, cer cita kot :)


Perbicaraan Mat Sabu Di Mahkamah Butterworth Bermula...

Kecoh! Kutipan Derma Kilat Di Makamah Butterworth Untuk Jamin Mat Sabu

Kecoh! Kutipan Derma Kilat Di Makamah Butterworth Untuk Jamin Mat Sabu #marxsabu

Foto Dr MiM

Amat memalukan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu tak cukup duit untuk bayar wang jaminan. 

Kecoh di Makamah pagi ini apabila kutipan derma kilat di lancarkan oleh pengikut Mat Sabu kerana duit yang Mat Sabu bawa tak mencukupi untuk membayar wang jaminan.



Di khabarkan Mat Sabu hanya membawa wang sebanyak RM3000 dan selebihnya Mat Sabu mengharapkan batuan dari rakan-rakannya yang lain. Macam biasa puak PASkan suka minta sedekah, kutip derma...

Setakat ini Mat Sabu dikatakan hanya ada RM4640 sahaja.. masih kurang wang lagi, Mat Sabu masih berada didalam mahkamah menunggu sehingga duit cukup untuk membebaskan beliau... Mat Sabu memerlukan wang jaminan sebanyak RM15,000.

Berita Terdahulu: Perbicaraan Mat Sabu Di Mahkamah Butterworth Bermula...