Wednesday, September 21, 2011

Mat Sabu Kehilangan Penyokong... Makamah Tetapkan Perbicaraan Mat Sabu 5 Hingga 9 Disember #marxsabu


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos lalu.

Beliau mengaku tidak bersalah.

Pihak pendakwa meminta jaminan RM50,000 dikenakan ke atas Mohamad tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskan pemimpin PAS itu dengan RM15,000 sehingga hari perbicaraan.

Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin menetapkan sebutan kes pada 27 Oktober dan perbicaraan daripada 5 Disember hingga 9 Disember.

Sementara itu, tidak ramai penyokong pemimpin PAS hadir mahkamah tersebut, amat memalukan Timbalan Presiden PAS tidak mempunyai sokongan yang kuat.




Photo: Dr MiM, Generasi Pejuang Bangsa

1 comment:

hanizam said...

penyokong PAS PIS PUS pun malu nak mengaku dia sebagai orang no 2 PAs...

dah sesat, bila dapat kepimpinan baru, lagi bertambah sesat...

tau pulak panggil polis bila rumah kena baling dengan bom petrol...