Wednesday, September 21, 2011
Kes Liwat Anwar : McDonald Bukan Pakar DNA Tetapi Perunding
Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Dr. Brian McDonald, adalah hanya seorang perunding dan bukannya seorang pelaku uji kaji yang dianggap pakar dalam bidangnya.
Kenyataan itu terdedah ketika hari kedua sesi pemeriksaan balas oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abdidin ke atas saksi keempat pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam sesi hari ini, Mohd Yusof bertanyakan Dr McDonald pernah beliau membuat pengekstrakan mengikut prosedur yang betul di makmalnya sendiri.
Dr McDonald menjawab beliau tidak mempunyai makmal dan tidak perlu melakukan ujian tersebut kerana beliau hanya seorang perunding. -AIDC
Berikut kronologi perbicaraan pada hari ini.
9.23 pagi: pihak pendakwa bersama barisan peguamnya tiba di Mahkamah. Kelihatan banyak lagi tempat kosong di galeri awam.
9.35 pagi: Anwar dan kuncu-kuncunya masih lagi berada di luar mahkamah berbual-bual dengan peguamnya Karpal Singh, Sankara Nair dan Param Cumaraswamy.
9.41 pagi: Semua yang terlibat masuk ke kamar mahkamah
10:00 pagi: Mahkamah memulakan prosidingnya.
10:05 pagi: Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden memulakan perrbicaraan dengan menyoalbalas saksi pembela Dr Brian samada beliau pernah melakukan prosedur ‘differential extraction’.
Dr Brian buat-buat tak faham dan minta Yusof mengulangi soalannya sekali lagi
Taktik Dr Brain untuk mengelakan dari daripada gementar
Sankara cuba menyibuk dengan mempertahankan Dr Brain dengan memberitahu Hakim bahawaa Dr Brian sebelum ini pernah memberitahunya yang beliau kadangkala sedikit sukar memahami Yusof kerana telor (accent) bahasa Inggeris beliau yang agak dalam.
10.08 pagi: Yusof bertanya samada Dr Brian sendiri pernah menjalankan differential extraction?
Dr Brian berkata beliau tidak pernah menjalankan sebarang proses differential extraction tetapi beliau boleh faham dan tahu prinsip-prinsipnya.
10.14 pagi: “Awak telah mengkelaskan eksperimen Dr Seah sebagai cacat kerana beliau tidak ‘membasuh’ sel epitelium?” tanya Yusoff.
“Saya hanya memberi keterangan berdasarkan apa-apa yang diberitahu Dr Seah. Dia kata dia tidak melakukannya,” kata Dr Brian dengan penuh gementar.
Dalam perbicaraan sebelum ini, Dr Brian berkata bahawa DNA lelaki Y mungkin berasal daripada sel bukan sperma kerana Dr Seah tidak ‘membersihkan’ sampel yang diperiksanya.
Tetapi bila disoalbalas oleh Yusuf, Dr Brain mula mengelabah.
10.18 pagi: Yusof terus menunjukkan satu dokumen yang memperincikan ‘pencucian’ sel epitelium tidak ‘perlu’ dilakukan tetapi ‘dicadangkan’ sahaja untuk dilakukan.
10.23 pagi: Dr Brian berkata memang ia tidak perlu ‘dicuci’ untuk membuang sel-sel bukan sperma terdapat kemungkinan DNA yang diperolehi bukan berasal dari sperma.
10.30 pagi: Yusof mempertikaikan kenyataan Dr Brian sebelum ini dimana slaid perlu disediakan selepas proses differential extraction dibuat.
“Di manakah terdapat cadangan bahawa slaid perlu disediakan selepas differential extraction disediakan?” tanya Yusof sekali lagi
10.40 pagi: Dr Brian merasa sudah tergugat maka berlakulah pertengkaran kecil berkenaan penyediaan slaid.
Yusof berkata bahawa slaid tidak perlu disediakan jika sel sperma dan sel bukan sperma berjaya dipisahkan daripada sel sperma di bawah proses differential extraction.
Brian pula berkata slaid itu masih perlu disediakan untuk memastikan sel sperma dan bukan sperma sudah berjaya dipisahkan.
10.55 pagi: Yusuf: “Awak boleh komen kemudian. Saya tidak mahu komen awak saya cuma mahu jawapan ringkas awak sahaja,” kata Yusof.
11.10 pagi: Yusuf: “Awak kata DNA dari B10 boleh datang dari sel kulit Saiful sendiri?”
Dr. Brain: “DNA itu tidak dapat dipastikan samada daripada air mani dari pengadu dari putik kapas,”
11.14 pagi: Mahkamah berehat sebentar selama 15 minit.
11.40 pagi: Mahkamah kembali bersidang dengan Dr Brian kembali disoal balas Yusof.
Yusof bertanya kepada Dr Brian tentang akreditasi makmal DNA Jabatan Kimia.
11.48 pagi: Dr Brian memberitahu yang beliau sebelum ini mengatakan makmal DNA Jabatan Kimia tidak diakreditasi kerana mereka tiada sijil akreditasi ISO 17025.
Ia sebaliknya hanya diakreditasi oleh ASCLAD di bawah Legacy Programme.
12:00 tengah hari mahkamah berhenti rehat. Sidang Mahkamah bakal bersambung pukul 2:30 petang.
Panas! PAS Kedah Tolak Anwar Ibrahim Dan Mampukah Mahfuz Bergelar MB Kedah?
Oleh kerana sudah bosan dengan sendiwara Anwar Ibrahim, PAS kedah telah menampal poster di merata tempat sekitar Sungai Petani dengan tertera perkataan "ANWAR CUKUP!!! TOLONG JANGAN LIWAT PEMIKIRAN ORANG KEDAH!!!
Sebenarnya tak susah jika Anwar mahu kembalikan kepercayaanya kepada PAS Kedah! Anwar hanya perlu segera bersumpah dan ia perlu dilakukan secara terbuka di hadapan umum, kerana ini adalah cara terbaik untuk bersihkan diri daripada tuduhan tersebut.
Jangan terkejut pula bila tengok gambar Ahli Parlimen Pokok Sena ni... Tu dia bakal MB Kedah bro.... Dari maklumat yang aku dapat, bakal MB Kedah ni sudah membuat perancangan awal untuk mengambil alih kerusi empuk milik Ostat Azizan...
Segala persiapa sudah dibuat... segala keburukkan MB Kedah sudah di spin... kereta mewah Mercedes Ostat Azizan, kepincangan dalam pentabiran, dari segi kesihatan dan lain-lain lagi gerakan semuanya siap dah spin....
Salah satu cara untuk melemahkan serangan dari puak ardegon ini, kumpulan ulama MB Azizan harus tanam hidup-hidup kuasa tangan ghaib Anwar di Kedah... Sendiri mau ingat la bro...
DR Asri Kasi Ostat Azizan Sakit Jantung Lagi...
PAS cakap tak serupa bikin... Dari hari ke hari, Pas ibarat menjadi pak lawak didalam senario politik negara. Di Kedah pada mulanya mereka beria-ia mahu melaksanakan undang-undang yang baik untuk umat Islam, tetapi akhirnya terbantut apabila diherdik oleh rakan-rakan seperjuangan didalam Pakatan.
Semua yang terjadi ini mengukuhkan lagi dakwaan masyarakat yang Pas hanya menjadi kuda tunggangan dalam Pakatan.
Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, kemarin mengkritik pentadbiran Pas di Kedah kerana tidak membawa sebarang perubahan terutama dalam meningkatkan syiar Islam.
Beliau berkata, sejak mengambil alih pemerintahan di negeri itu, Pas hanya mengekalkan dasar yang telah dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN) tanpa membuat sebarang penambahbaikan.
Dr Asri menghadiri sambutan Hari Hududullah di Balai Islam Lundang, Kelantan, yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Panas telinga Ostat Azizan dengar ni...
Subscribe to:
Posts (Atom)




