Showing posts with label Dr Asri. Show all posts
Showing posts with label Dr Asri. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

DR Asri Kasi Ostat Azizan Sakit Jantung Lagi...


PAS cakap tak serupa bikin... Dari hari ke hari, Pas ibarat menjadi pak lawak didalam senario politik negara. Di Kedah pada mulanya mereka beria-ia mahu melaksanakan undang-undang yang baik untuk umat Islam, tetapi akhirnya terbantut apabila diherdik oleh rakan-rakan seperjuangan didalam Pakatan.

Semua yang terjadi ini mengukuhkan lagi dakwaan masyarakat yang Pas hanya menjadi kuda tunggangan dalam Pakatan.

Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, kemarin mengkritik pentadbiran Pas di Kedah kerana tidak membawa sebarang perubahan terutama dalam meningkatkan syiar Islam.

Beliau berkata, sejak mengambil alih pemerintahan di negeri itu, Pas hanya mengekalkan dasar yang telah dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN) tanpa membuat sebarang penambahbaikan.

Dr Asri menghadiri sambutan Hari Hududullah di Balai Islam Lundang, Kelantan, yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Panas telinga Ostat Azizan dengar ni...

Tuesday, July 26, 2011

Isu Wahabi dan Pengganas: Khairy Mahu Dr Asri Di Beri Peluang Bela Diri

Dr Asri

Khairy Jamaluddin mahu bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan mana-mana pihak yang dikaitkan dengan amalan Wahabi atau pengganas diberi peluang membela diri bagi menjelaskan kedudukan mereka.

Ketua Pemuda Umno Malaysia, menegaskan sebarang maklumat yang telah dibentangkan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) hendaklah diteliti dan dihalusi secara adil dan amatlah tidak wajar sekiranya pihak yang berkenaan bersifat melulu dengan terus menjatuhkan ketetapan atau hukum tanpa usul periksa dan tidak memberikan peluang membela diri.

“Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan bahawa daripada pengamatan serta pengalaman saya bertukar pendapat dengan beliau, saya dapati Dr Asri adalah seorang tokoh cendiakawan Islam yang begitu menonjol dengan pemikiran beliau yang bukan sahaja terbuka, moderat bahkan progresif di dalam usaha memajukan ummah serta usaha-usaha dakwah,” kata Khairy dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya http://www.facebook.com/khairykj .

Khairy berkata beliau sungguh terkejut dengan laporan media bahawa kononnya MKN, semasa mesyuaratnya yang telah diadakan pagi tadi, telah mengenal pasti Asri dan beberapa pemimpin agama Islam yang lain sebagai pendokong gerakan Wahabi serta pengganas dan merasakan ia sebagai suatu yang sangat keterlaluan sekiranya laporan ini betul.

Laporan itu dibawa oleh beberapa media petang semalam.

Ini bukan kali pertama dakwaan sedemikian dikenakan ke atas Asri dan telah dibincangkan pada mesyuarat peringkat tertinggi.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau menambah, beliau tidak nampak langsung sebarang tindakan atau usaha subversif daripada Asri yang melayakkan beliau untuk dilabel sebagai pengganas.

“Pada pendapat saya, sebarang langkah melulu terutama di dalam melabel serta menjatuhkan hukum kepada pihak-pihak tertentu tanpa penelitian yang mendalam serta memberikan mereka peluang untuk memberi penjelasan adalah suatu yang tidak boleh diterima apatah lagi apabila tuduhan atau label tersebut menyabitkan seseorang atau kelompok tertentu sebagai pengganas,” katanya.

Oleh itu tegas Khairy, beliau mahu MKN memberi penjelasan berhubung laporan media yang berkenaan dan sekiranya benar memberi Asri dan mana-mana tokoh agama Islam yang telah disenaraikan sebagai pendokong gerakan Wahabi atau pengganas peluang untuk tampil memberikan penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan.