Sunday, April 15, 2012

10,000 Banjiri Himpunan BN Pilihan Orang Muda


Generasi Y yang sinonim dengan anak-anak muda kini dilihat sudah kembali memberikan sokongan semula kepada kerajaan BN negeri Perak.Ia seperti kata pepatah “perahu berlalu kiambang bertaut semula.”

Andaian ini walaupun bunyinya “too good” atau terlalu baik tetapi berasaskan sokongan yang dipamerkan sejak kebelakangan ini, ia suatu yang mengamit rasa bimbang pembangkang.

Justeru kalau mereka menjadikan isu pemansuhan pinjaman PTPTN sebagai modal baru politik mereka, ia ada asasnya.

Sokongan generasi Y di Perak menerusi program anjuran bersama Pergerakan Pemuda UMNO dan Puteri UMNO negeri berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh siang tadi (Sabtu) dihadiri kira-kira 10,000 orang.

Program yang dinamakan Himpun dengan “tagline” BN Pilihan Orang Muda pada asalnya dijangkakan hanya akan menarik kira-kira 5,000 orang.

Namun sebaik program dimulakan jam 12 tengah hari hingga melewati jam 4.00 petang sambutan generasi Y mengejutkan pihak penganjur sehingga Ketua Pemuda negeri Khairul Azuan Harun dalam ucapan tersasul.

Menteri Besar Perak yang turut hadir mengakui program berkenaan menyebabkan keadaan disekitar kediamannya termasuk laluan utama mengalami kesesakan yang teruk.

Azuan dalam ucapan menyebut program itu dihadiri 5,000 orang terpaksa membetulkan ke angka 8,000 tanpa menyedari ramai lagi peserta berada di luar perkarangan kediaman MB.

Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang merasmikan program berkenaan selain teruja, beliau terkejut kerana “dah lama tak tengok anak-anak muda macam di depan ni”.


Beliau terkejut melihat kehadiran peserta yang melimpah ruah jauh dari jangkaan pihak penganjur.

Program di Perak adalah program pertama dan Hishamuddin mahukan program yang disebutnya kebangkitan atau “gelombang anak-anak muda” ini diperluaskan ke setiap negeri.

Sebagai jaminan, Naib Presiden UMNO itu mengukir janji:“saya berjanji saya akan hadir dalam setiap program ini di setiap negeri”katanya ketika berucap berapi-api dibayangi sorakan dan tepukan bergemuruh.

Sebaik memegang mikropon, Hishamuddin menyebut perkataan pertama: kagum . . .kagum kerana sudah lama nak tengok anak-anak muda berhimpun macam ni.

“Begitu lama orang kata golongan muda tidak bersama BN . . .malah ada yang kata masa depan BN tidak bersama anak-anak muda.

Beliau dengan suara yang tinggi menjerit semula “ . . .golongan muda tetap bersama-sama BN,” merujuk “crowd” didepannya itu.

Katanya secara simboliknya anak-anak muda ini berkumpul dan berhimpun di kediaman MB Perak bagi mempertahankan Dr.Zambry.

Beliau mengingatkan pembangkang supaya tidak memperlekeh anak-anak muda dengan menabur pelbagai janji kosong dan janji palsu seperti pemansuhan PTPTN dan sebagainya.

Beliau mengulangi ingatan pucuk pimpinan bahawa masa depan negara serta masa depan BN ditentukan oleh tindak tanduk anak-anak muda.

Hishamuddin menafikan kerajaan memekakkan telinga dari teguran dan permintaan anak-anak muda “tapi cuba lihat kita nak pinda AUKU, nak mansuhkan ISA, semuanya kerana kita mendengar jeritan anak-anak muda ini.”

”Program di kediaman MB itu sangat significant bagi Hishamuddin kerana ia membawa erti pemuda dan puteri Perak sudah bersedia mempertahankan kerajaan pimpinan Dr.Zambry.

Ketika dua skrin besar yang ditempatkan bersebelahan pentas utama menunjukan wajah Dr.Zambry yang tersenyum disambut tepukan gemuruh sekali lagi dari orang ramai.

Kata-kata Hishamuddin ini ada kaitan dengan prestasi buruk BN di Perak dalam PRU ke12 bilamana buat pertama kali dalam sejarah politik negeri, BN terpaksa memainkan peranan sebagai pembangkang selama 11 bulan.

BN diselamatkan ekoran tindakan tiga adun Pakatan Rakyat (dua PKR dan satu DAP) keluar parti dan menjadi adun bebas menyokong BN. Akibatnya kerajaan PR tumbang dan digantikan dengan kerajaan BN.

Hishamudin terpaksa memberhentikan ucapan beberapa kali untuk meneguk air mineral kerana sakit tekaknya memberi kesan kepada suaranya.

“Minum . .minum .” .sekali lagi tepukan bergemuruh.

Kerana terdahulu dari itu bila disebut 1 Malaysia, peserta membalas balik dengan jeritan Malaysia.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berucap kepada kira-kira10,000 orang peserta yang turut dihadiri Khairy Jamaludin, Ketua Pergerakan Pemuda, Dr.Zambry Abd Kadir, Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Rashid Shirlin dan lain-lain.

Manakala Khairy atau lebih popular dengan sebutan KJ menyebut program di Perak adalah permulaan kepada program seterusnya membabitkan semua negeri.

Kemuncaknya program ini akan diadakan di Selangor yang akan dirasmikan Presiden UMNO Dato’ Seri Najib Razak.


Beliau menjangkakan program “BN pilihan orang muda” dapat mengumpul 200,000 sebaik ia selesai kelak.

Dr.Zambry dalam ucapan yakin anak-anak muda yang dulunya menyokong pembangkang kini sudahpun kembali memberikan sokongan kepada BN.

Katanya ini petanda baik bahawa BN kini semakin kuat serta semakin disenangi rakyat.

Puluhan ribu yang hadir katanya adalah petanda “BN sudah pulih.” Sebelum itu beliau mendedahkan bagaimana beliau mencabarKetua Pemuda dan Puteri sama ada mereka mampu membawa 1,000 orang.

“Bukan 1,000, bukan 3,000 tapi 10,000 lebih datang pada hari ini”katanya sambil menyatakan penghargaan kepada dua sayap yang berjaya menganjur program ini. -Agendadaily

Pejabat Umno Disimbah Cat


Seorang kakitangan Pejabat Umno Bahagian Kuala Langat terkejut apabila mendapati pintu pejabat berkenaan disimbah cat merah awal pagi semalam.

Kejadian yang disedari jam 10.30 pagi itu turut menjumpai dua bendera Umno yang turut disimbah dengan cat di hadapan pintu premis berkenaan.

Ketua Umno Bahagian Kuala Langat, Datuk Sulaiman Mohd Karli percaya perbuatan menyimbah cat merah itu dilakukan sesetengah pihak yang kurang menyenangi kempen pemasangan bendera dan poster Barisan Nasional (BN) dan Umno yang dilaksanakan di daerah itu.

“Saya sendiri kesal dengan apa yang berlaku namun Umno Bahagian Kuala Langat tidak akan mengalah untuk meneruskan gerakan menyeluruh dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang selain menyifatkan perbuatan menyimbah cat dilakukan individu yang ‘kurang akal’.

“Mereka yang melakukan perbuatan menyimbah cat merah dan melempar bendera Umno ke pejabat ini bertujuan untuk menimbulkan syak wasangka dan kemarahan antara satu sama lain,” katanya kepada Sinar Harian ketika melihat keadaan Pejabat Umno Bahagian Kuala Langat, semalam.

Bagaimanapun Sulaiman berkata, beliau tidak berani mengesyaki pihak yang terbabit dan menyerahkan perkara berkenaan kepada polis.

Beliau berkata, wakilnya telah membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Langat berhubung perkara berkenaan.

Sebagai langkah berjaga-jaga katanya, pejabat berkenaan bakal dilengkapi Kamera Litar Tertutup (CCTV) bagi menggelakkan kejadian sama berulang.

“Pemasangan CCTV sebagai langkah keselamatan selain mencegah jenayah memandangkan pejabat berkenaan pernah dipecah masuk pada 2009,” katanya.-SH

Saturday, April 14, 2012

Video Demo PTPTN - Perbuatan Melampau dan Kurang Ajar


Nurul Izzah dengan penuh keterujaan memberi perakuan melihat kalungan bunga di potrait Najib dan Khalid..