Wednesday, April 18, 2012

Bekas Ketua Wanita PKR Desak, Jelaskan Hubungan Nurul Izzah Dengan Afifah

Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah mendesak agar Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah dan isteri Timbalan Presiden PKR, Shamsidar Taharin untuk tampil menjelaskan segala spekulasi mengenai hubungan sebenar antara Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga merupakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan anak perempuan Azmin Ali, Farah Afifah.

Aminah berkata, sidang media antara dua ibu itu perlu dilakukan bersama agar dapat menjawab segala persoalan orang ramai mengenai status Nurul Izzah dan Afifah dari segi hukum syarak Islam.

"Apakah pertalian sebenar mengikut hukum syarak antara anak Azizah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dengan anak Azmin dan Shamsidar iaitu Farah Afifah.

"Ini bukannya satu dakwaan, tetapi satu pertanyaan yang perlu diperjelaskan orang. Dalam PKR pun banyak yang tertanya-tanya, tapi mereka tak berani bersuara takut dipecat," katanya di sini hari ini.

Aminah yang dulu pernah berjuang dalam parti PKR pernah mendengar cerita tentang status sebenar Afifah, namun enggan mempercayai dan menganggap itu sebagai khabar angin.

"Dulu, apabila saya berjumpa dengan beberapa sahabat dalam PKR, mereka sering memperkatakan tetapi disebabkan tiada bukti kukuh, kami hanya mendiamkan diri," katanya.

Selain itu, Wan Azizah dan Shamsidar perlu menjernihkan keadaan yang semakin tegang berikutan orang ramai sudah mempunyai tanggapan PKR adalah parti seks bebas dan mengamalkan hubungan songsang iaitu lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Bagi Aminah, perjuangan politik dalam PKR hanyalah satu topeng sahaja dan berlandaskan nafsu seks dikalangan pemimpin-pemimpin parti itu sahaja.
Malah, PKR juga turut mempromosikan seksualiti merdeka kepada ramai pengikut-pengikut parti tersebut.

Bagaimanapun, sehingga kini Wan Azizah dan Shamsidar masih lagi tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai gesaan Aminah.
Gesaan supaya kedua-dua ibu itu untuk tampil menjernihkan keadaan dan memberi penjelasan mengenai isu status sebenar anak perempuan Azmin Ali dan Shamsidar, Afifah timbul setelah Presiden Parti India Malaysia (MUIP), Datuk S. Nallakaruppan tampil mendedahkan hubungan sulit antara Pengasas PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Shamsidar.

Nallakaruppan juga turut mendakwa mempunyai simpanan bukti-bukti yang kukuh mengenai hubungan sulit antara Anwar dan Shamsidar.
Bukti-bukti tersebut akan dibongkarkan oleh Nallakaruppan sewaktu perbicaraan yang akan berlangsung di mahkamah nanti.

Menganggap itu sebagai fitnah yang dilemparkan kepada dirinya untuk menjatuhkan kredibilitinya sebagai pemimpin, Anwar telah bertindak memfailkan notis saman RM100 juta terhadap Nallakaruppan.

Namun, sehingga kini Anwar masih lagi senyap tanpa sebarang tindakan lanjut saman terhadap bekas sahabat baiknya itu.
Afifah dikatakan adalah anak perempuan Anwar hasil dari hubungan sulitnya dengan Shamsidar.

Tetapi, Azmin Ali dan Shamsidar sehingga kini hanya mendiamkan diri dan tidak membuka mulut menceritakan perkara sebenar termasuklah tidak membuat ujian DNA bagi mengesahkan status diri Afifah.

Ekoran dari tekanan dari pelbagai pihak, Wan Azizah dan Shamsidar masih lagi tidak bersua muka bersama untuk menjelaskan kedudukan perkara sebenar.
Sebelum ini, Wan Azizah dan Shamsidar dikatakan bersetuju untuk mengadakan sidang media di ibu pejabat PKR di Tropicana.

Sidang media tersebut bertujuan untuk menjernihkan keadaan tegang ekoran dari timbulnya fitnah mengenai hubungan sulit Anwar dan Shamsidar.
Justeru itu, Wan Azizah dan Shamsidar menggunakan sidang media tersebut untuk menegakkan kebenaran tentang fitnah yang dilemparkan kepada suami masing-masing.

Namun, sidang media tersebut terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir kerana dikatakan terdapatnya gangguan dari beberapa pihak termasuklah dari UMNO.
Ummi Hafila Ali ketika mengulas tentang sidang media yang terbatal itu berkata, adalah mustahil untuk Wan Azizah dan Shamsidar untuk duduk semeja mengadakan sidang akhbar bersama memandangkan mereka saling bermusuhan.

Ummi berkata, cerita mereka akan mengadakan sidang media tersebut hanyalah gimik semata-mata.

Sumber: mynewshub.my

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Biro Pemuda UMNO Malaysia Ziarah & Bantu Bob Kuman...

Pemuda prihatin...


Biro Kebudayaan & Kesenian Pemuda UMNO Malaysia Saudara Jamawi Jaafar hari ini menziarahi Bob Kuman pelakon komedi yang kini berhadapan dengan masalah kesihatan yang semakin teruk.


Sebelum menziarah Bob Kuman Biro Kebudayaan & Kesenian Pemuda UMNO Malaysia terlebih dahulu menziarah balu kepada Nasir P.Ramlee yang turut mengalami masalah ekoran rumah kediamannya bakal dilelong kerana kegagalan menjelaskan tunggakkan cukai pintu.


Selain Biro Kebudayaan & Kesenian Pemuda UMNO yang diwakili Jamawi Jaafar, Zed Zaidi serta Adam AF turut hadir menghulurkan sumbangan untuk meringankan beban yang dihadapi oleh Bob Kuman.


Alhamdullilah Pemuda UMNO menghulurkan sumbangan tanpa perlu mengemukakan pelbagai soalan berunsurkan politik sebagaimana qoute dari artikel Mazidul Akhmal Sidek :


Saya telah menelefon Bob sebelum jam 12 tengah malam tadi dan dia akan menghubungi institusi kewangan terbabit awal pagi ini untuk memohon akaun terbabit diaktifkan kembali. Sebaik akaun itu aktif semula, saya akan memaklumkan kepada semua pembaca melalui blog ini. 


Rakan saya, Razali bertindak menjawab pelbagai panggilan dan menjawab banyak soalan orang ramai berkata. 
"Bro, orang tadi telefon dan bertanya, awak dari cawangan PAS mana?,"ujarnya.


"Katakan kepada dia, kita bukan membantu orang berasaskan kepartian. Bob, kawan," balas saya. Kami berdua kemudian tersenyum.


Berita terdahulu Biro Pemuda UMNO Malaysia ziarah balu Nasir P.Ramlee selanjutnya layari http://yuseriyusoff.blogspot.com

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Isu PTPTN : Tinjauan Rakyat Dapati Janji Pembangkang Gimik Pilihanraya


UMNO Online baru-baru ini membuat beberapa tinjauan pendapat di kalangan anak-anak muda termasuk pelajar, tentang isu pemansuhan PTPTN yang dijadikan modal oleh pembangkang untuk menarik perhatian rakyat baru-baru ini.

Tidak cukup dengan itu, Pakatan Pembangkang  turut menyokong demonstrasi yang dibuat oleh para pelajar  baru-baru ini sebagai langkah desakan kepada kerajaan untuk menghapuskan skim bantuan pelajaran tersebut.

Ternyata, ramai di antara para pelajar mahupun orang awam yang ditemui, rata-ratanya tidak bersetuju baik dengan desakan pemansuhan PTPTN mahupun demonstrasi yang dilakukan oleh segelintir pelajar baru-baru ini.

Menurut Hassan Surif, 40, dia berpendapat bahawa isu PTPTN yang dibawa oleh pembangkang ini hanyalah satu lagi gimik Pakatan Pembangkang bagi menarik perhatian rakyat menjelang PRU 13 ini.

"Bagi saya isu PTPTN ini hanyalah isu yang cuba ditimbulkan oleh pembangkang setelah tersepit dengan situasi yang mendesak dengan keadaan politik mereka yang agak kucar kacir, apatah lagi dalam keadaan waktu pilihanraya yang semakin hampir.

"Jadi mereka terpaksa mencipta isu-isu seperti ini untuk dijadikan gimik politik mereka sedangkan kalau dalam isu PTPTN ini, sepatutnya mereka dulu yang memansuhkan serta memberikan pendidikan percuma di negeri-negeri yang ditadbir oleh mereka terlebih dulu.

"Malah, apa yang mereka janjikan dulu masa PRU 12 pun masih tidak tertunai lagi. Macam janji-janji mereka terhadap golongan tua yang akan diberi bantuan, anak masuk tadika dapat bantuan, itu pun tak dapat diselesaikan lagi, sekarang mereka mahu membawa isu yang lebih besar dari itu," tegasnya.

Manakala bagi Hakim Mohd Yunus,19, seorang pelajar UiTM, dia sama sekali tidak bersetuju PTPTN itu dimansuhkan.

"Apa yang saya tengok sekarang, PTPTN ini sebenarnya banyak membantu anak-anak muda untuk melanjutkan pelajaran, terutama yang datang dari keluarga yang berpendapatan sederhana. Contohnya macam saya. Jadi bagi saya PTPTN ini amat membantu," ujarnya.

Bagi Abdul Nuaim Tarmizi pula, 20,pemansuhan PTPTN mungkin akan menyebabkan ramai anak muda yang tidak akan mampu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Saya sendiri pun meminjam dengan PTPTN. Saya bukanlah dari keluarga yang senang. Sekiranya tidak ada PTPTN ni, saya pun tak tahu samada saya dapat atau tidak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, sebagaimana hari ini.

"Saya kalau boleh tidak mahu menyusahkan keluarga untuk melanjutkan pelajaran dan sememangnya saya mengharapkan PTPTN sajalah untuk membantu  dalam menampung kos pembelajaran saya hari ini," jelasnya.

Khairul Anuar, 30, pula tidak bersetuju dengan isu pemansuhan dan juga demostrasi yang dibuat oleh para pelajar baru-baru ini.

"Saya pelik kenapa isu PTPTN ini dibangkitkan. Bukankah PTPTN ini diwujudkan untuk membantu golongan pelajar dari  keluarga yang tidak berkemampuan, serta para pelajar yang tidak mendapat biasiswa  untuk  melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Lagipun cara pembayaran balik yang dikenakan tidaklah terlalu membebankan. Apa pun saya tidaklah bersetuju dengan desakan untuk memansuhkan PTPTN ini. Kenapa kita perlu mansuhkan sedangkan ia dapat memberikan manfaat untuk orang ramai," katanya lagi.

Bagi Raja Mohamad Azlan Raja Mohamad Noor, 21, pula sama sekali tidak bersetuju dengan isu yang dimainkan oleh pembangkang untuk memansuhkan PTPTN ini.

"Bagi pendapat saya, PTPTN ini tidak perlulah dimansuhkan kerana skim ini dapat membantu ramai pelajar yang datang daripada keluarga yang sederhana dan tidak mampu untuk menampung kos pembelajaran bagi anak-anak mereka.

"Sepatutnya, Pakatan Pembangkang yang cuba menimbulkan isu PTPTN dan isu pendidikan percuma ini perlu buat di negeri-negeri yang mereka perintah dulu. Hapuskan segala hutang-hutan PTPTN para pelajar Unisel dan Kuis contohnya, dan berikan skim pendidikan percuma ini pada pelajar-pelajar di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah dulu, barulah mereka boleh mendesak kerajaan," tegasnya. -MediaUMNO

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone