Wednesday, May 30, 2012
Khairy Yakin PRU13 Sebelum Bajet 2013
Pengumuman bahawa Bajet 2013 akan dibentangkan pada 28 September ini tidak bermakna Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) - 'ibu kepada segala pilihan raya' tidak akan diadakan sebelum tarikh itu, kata Ketua Pemuda Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, disebabkan proses sesi perundingan dan keperluan-keperluan perundangan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengumumkan tarikh pembentangan Bajet 2013 lebih awal.
"Ia tidak bermakna tidak akan ada PRU lebih awal (jika Perdana Menteri memutuskan demikian)," kata beliau menjawab pengikut-pengikut akaun Twitternya malam tadi.
Beberapa jam sebelum respons Khairy itu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan Bajet 2013 akan diumumkan 28 September ini. Tahun lalu, Bajet 2012 dibentangkan minggu pertama Oktober.
Lazimnya ucapan belanjawan akan dibentangkan di Parlimen pada September atau Oktober setiap tahun.
Najib, yang juga Pengerusi BN, membuat pengumuman itu ketika ramai meramalkan - spekulasi terbaru - bahawa PRU13 akan diadakan September, selepas sambutan Aidilfitri.
Sebelum ini ada spekulasi bahawa PRU13 akan diadakan awal Julai ini dengan kemungkinan Parlimen dibubarkan dalam tempoh dua minggu akan datang.
Kerajaan Pusat masih ada mandat sehingga akhir April 2013.
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, secara peribadi beliau tidak melihat Bajet 2013 akan dibentangkan sebelum PRU13.
"(Saya lihat) 70-30, pilihan raya sebelum bajet (dibentangkan)," kata wakil rakyat penggal pertama ini.
Pemuda Umno dan NGO Buat Laporan Polis Terhadap Nizar Derhaka!
Pergerakan Pemuda Umno Pulai dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berhubung kenyataannya yang dianggap biadap terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim.
Laporan polis itu dibuat pada pukul 9.30 malam tadi oleh Setiausaha Kerja Pemuda Umno Pulai Asyik Rahmat di Balai Polis Tampoi.
"Kami sebagai rakyat Johor berasa amat marah dan tersinggung dengan kenyataan Mohamad Nizar yang memfitnah Sultan Johor bahawa baginda telah menyalahguna wang rakyat dalam pembelian nombor plat WWW 1," katanya pada sidang media malam tadi.
Turut hadir pada sidang media itu ialah wakil dari Perkasa Parlimen Pulai, Pekida Zon Kempas, KRT Skudai Kiri dan Persatuan Dewan Belia Jaya serta lebih 50 anggota mereka.
Menurut Asyik, mereka menyokong kenyataan yang dibuat Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris di dalam Twitternya bahawa pembelian nombor plat itu menggunakan duit peribadi Sultan Johor dan bukan wang rakyat.
"Sehubungan dengan itu, kami meminta Mohamad Nizar meminta maaf secara terbuka terhadap Sultan Johor," katanya sambil menambah, Sultan Johor amat pemurah terhadap rakyat menerusi pelbagai sumbangan sebagaimana yang dibuktikan menerusi program Jelajah Kembara Mahkota.
Polis, kata beliau, perlu membuat siasatan terperinci dan mendalam terhadap kenyataan yang dianggap menghasut, Mohamad Nizar itu.
Sementara itu Ketua Wanita Umno Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata pergerakan itu amat kesal dengan kenyataan bekas menteri besar Perak itu.
"Kenyataan Mohamad Nizar itu telah mendedahkan lagi perangai buruknya terhadap khalayak ramai," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, adalah lebih baik bagi Mohamad Nizar tidak membuka mulutnya dan memfitnah Sultan Johor memandangkan beliau tidak berasal dari negeri ini dan tidak mengetahui latar belakang Kesultanan Johor. - Bernama
Berita terdahulu: No Plat WWW 1 : Tengku Mahkota Johor Murka! Nizar Membuat Tuduhan Palsu!
Isu Air: Khalid Ibrahim Gagal Lagi!
RAMAI yang ketawa tidak ingat dunia bila membaca cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang bercadang untuk mengalirkan air dari Tasik Kenyir, Terengganu ke Selangor bagi mengatasi krisis air yang dijangka melanda negeri tersebut pada 2014.
Kononnya mengikut Khalid, paip air baru itu nanti akan dibina mengikut paip gas sedia ada di Banjaran Titiwangsa yang menghubungkan Terengganu dan Selangor bagi tujuan tersebut.
Tapi si pandir ini telah dimaklumkan atau tidak bahawa air dan gas tidak mempunyai berat yang sama, dengan air adalah jauh lebih berat dari gas. Uji kaji mudah, cuba tuangkan air berkabonat ke dalam gelas, apa yang ‘meletus-meletus’ di atas, dan apa yang tertinggal dibawah? Sudah tentulah gas yang akan meletus-letus di atas dan air yang akan tinggal dibawa.
Justeru untuk merealisasikan cadangan Khalid itu maka akan menjadi satu kerja pulak lagi untuk membina sistem pam air tekanan tinggi yang mampu menolak air dari Tasik Kenyir melalui Banjaran Titiwangsa untuk menyalurkan air ke Selangor.
Berapa kos dan tenaga manusia yang diperlukan, itu satu perkara yang Khalid tidak terfikir hingga sekarang. Sudah tentu pam ini tidak boleh gagal atau rakyat Selangor akan dilanda ‘kemarau air terawat’, waima dimusim hujan.
Kenapa Khalid memilih jalan susah sedangkan jalan mudah sudah ada, itu sedikit mengelirukan.
Yang perlu dilakukan Khalid sekarang ialah meneruskan projek penyaliran air dari Sungai Pahang ke Selangor (Loji Langat 2) seperti yang telah dimulakan kerajaan BN terdahulu, itu saja. Projek itu pun sudah separuh jalan dan hampir siap kalau bukan kerana pelbagai masalah dan tekanan yang diberikan kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim sehingga menyebabkan projek tersebut terhenti.
Ini menunjukkan tahap kepimpinan Khalid yang sebenarnya. Berlawanan dengan pendapat ramai penyokong Pakatan Rakyat, Khalid terbukti tidak sebijak mana dan hanya layak menguruskan estet, bukan sebuah negeri yang ada banyak masalahnya sendiri.
Memang kalau dilihat kebelakang, sejak 4 tahun lepas Khalid mengutarakan banyak cadangan, tapi dalam banyak-banyak cadangan itu, hampir tidak ada satu pun yang dilaksanakan hingga kini. Ambil contoh cadangan menggunakan air lombong sebagai sumber alternative bekalan air di Selangor. Setakat hari ini, sudah berapa banyak lombong yang dikenal pasti mampu menjadi sumber alternatif air seperti yang dicadangkan Khalid?
Satu hal yang lain, sudahkah Khalid menjumpai jalan terbaik merawat air lombong yang dicemari dengan sisa logam berat (heavy metal contamination) yang biasa dikaitkan dengan kegiatan perlombongan seperti Boron dan sebagainya bagi membolehkan air tersebut selamat diminum?
Adalah sebab kenapa tidak ada negeri-negeri di Malaysia yang menggunakan air lombong sebagai sumber minuman, kerana ia tidak selamat.
Yang sebetulnya bukan air lombong sahaja yang tidak selamat di Selangor, air sungai di Selangor juga dikenalpasti sudah tidak boleh dirawat untuk dijadikan air minuman kerana teruk tercemar oleh sisa industri yang tidak terkawal di negeri tersebut sejak Pakatan Rakyat mengambil alih.
Pendek kata, ada banyak masalah berkaitan dengan air ini di Selangor kalau nak dikisahkan. Kalau dibiarkan tanpa tindakan segera, rakyat Selangor hanya tinggal 2 pilihan – tukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan BN semula atau menghadapi risiko penyakit yang disebabkan oleh minum air dari sumber tercemar.
Subscribe to:
Posts (Atom)