Tuesday, February 26, 2013

Anwar Ibrahim Berang Bila Ditanya Siapa PM Bayangan Pakatan


Siapa lagi boleh jadi PM? kata Anwar....

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat meremehkan isu gabungan itu belum menetapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika menang pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita akan memastikan masa yang sesuai, strategi ini tidak boleh cerita semua dan kalau saya cerita sudah tidak menjadi strategi lagi," Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. Beliau enggan menghurai lanjut.

Jawapan Azmin itu disusun setelah perwakilan Konvensyen Pakatan Rakyat memberi sambutan agak hambar kepada gesaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa Anwar harus diangkat menjadi Perdana Menteri untuk “selamatkan” Malaysia.

Sebelum ucapan Guan Eng, Azmin tampil menyifatkan Anwar sebagai pemimpin berwibawa yang menerajui Pakatan Rakyat, sekali gus menzahirkan pendirian PKR bahawa beliau harus diangkat menjadi PM jika pembangkang menang pilihan raya umum.

Pemerhati politik sebelum ini melihat sebarang ketetapan daripada Pakatan Rakyat mengangkat Anwar sebagi calon PM pembangkang akan menzahirkan permuafakatan antara PKR-DAP-PAS.

Anwar mempunyai sokongan bulat DAP namun sokongan daripada PAS untuk mengisi jawatan tertinggi kerajaan masih samar-samar.

"Bagi PAS lawan dululah... bila kita menang kita boleh bincang siapa perdana menteri. Macam kita nak bagi keuntungan kambing, kambing pun tak bela lagi jadi tak tahu mana nak untung, “ kata Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga mengambil pendirian sama. “Kita bayang (siapa PM) bila kita menang nanti, bagi menang dulu,” kata beliau.

Anwar sendiri cuba meremahkan isu itu apabia ditanya oleh wartawan.

"Awak ada cadangan lain (siapa layak jadi PM) ? Saya tidak bangkit. Tiada masalah apa-apa pun. Usul hari ini konvesyen hanya untuk manifesto. Tidak berbangkit (soal siapa jadi PM,) kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Anwar 'Macam Tak Syok' Di Konvensyen Pakatan


Apa dah jadi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim? Beliau kelihatan letih dan lesu saja ketika sampaikan amanat di Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam pada Isnin.Ucapannya juga tidak bertenaga berdegar-degar macam selalu

Mungkinkah ianya ada kaitan dengan cakap-cakap yang kebelakangan ini berlegar hangat mengatakan namanya kini sudah tergelincir sebagai bakal Perdana Menteri jika pembangkang menang pada PRU 13?

Sosek yang paling popular ialah semakin ramai dikalangan ahli PAS di pelbagai peringkat yang mempersoalkan intregriti beliau kerana pelbagai isu yang melibatkan dirinya khususnya keraguan soal moral.

Isu video seks 99.9 peratus tulin yang dikaitkan dengan dirinya masih lagi menjadi bualan dikalangan ahli PAS sekalipun Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang sudah buat ' fatwa' video itu besi tidak boleh jadi bukti.

Timbalan presiden PKR Azmin Ali dalam ucapan di majlis itu bukan main punya puji bosnya itu dengan menyatakan Ketua Pembangkang itu layak mengetuai pakatan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sekali lagi secara terbuka kata sokong Anwar jadi Perdana Menteri.

Namun ada yang macam tidak lengkap.

Ini bila Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang dalam ucapannya langsung tidak sentuh soal sokong Anwar jadi PM kalau pembangkang tawan Putrajaya.

Dalam pada itu timbul cerita bahawa ada usaha untuk memasukan agenda menetapkan siapa bakal Perdana jika pakatan menang di buat semasa konvensyen itu memandangkan pilihanraya umum akan diadakan tidak lama lagi,.

Ikut sumber-sumber PAS dikatakan menolak cadangan berkenaan.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menafikan perkara itu.

Katanya, perkara itu tidak dibincangkan dan manifesto hanya mengandungi perkara yang akan dilaksanakan PR jika memerintah kelak.

Menjawab soalan Agendadaily, Mat Sabu menjelaskan, biarlah pilihan raya dahulu dan siapa PM ditentukan kemudian.

Namun katanya, sudah ada calon untuk jadi PM cuma akan diumumkan pada masa sesuai.

Sementara itu manifesto pakatan yang dilancarkan hanya mengandungi janji-janji kitar semula yang terkandung dalam Buku Jingga kecuali beberapa perkara baru termasuk menyediakan kereta beharga RM25,000 serta bina 150 ribu rumah mampu milik.

Bagaimanapun, manifesto itu tidak menyebut sumber kewangan bagi semua perkara yang dijanjikan termasuk memberi bantuan kewangan kepada rakyat.

Agendadaily

Lima Das Tembakan Dilepas Ke Rumah Ketua MIC


SUNGAI SIPUT: Sekurang-kurangnya lima das tembakan dilepaskan individu yang tidak dikenali ke arah rumah adik kepada Ketua MIC Bahagian Sungai Siput, M Murugan, 41, di Taman Jalong dekat sini, kira-kira jam 11.10 malam tadi.

Tembakan yang menembusi pagar besi, dinding kaca rumah dan kereta itu dipercayai dilepaskan oleh suspek bermotosikal.

Difahamkan polis menemui lima kelongsong peluru dari pintu pagar rumah berkenaan berukuran kurang tiga meter.

Tembakan yang dipercayai bermotifkan politik itu, tidak mencederakan sesiapa di mana antara yang berada di rumah ketika itu adalah ibu, isteri dan anak perempuannya.

Bagaimanapun, ketika kejadian, Murugan tiada di rumah.-berita harian