Tuesday, March 31, 2020

Cleopatra nafi gambar intim dengan Syed Saddiq

Cleopatra nafi gambar intim dengan mirip Syed Saddiq

Cleopatra hari ini menafikan pembabitan dirinya, susulan tersebar gambar mirip Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang intim bersama seorang wanita.

Cleopatra, nama popular Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin, berkata ramai mengajukan soalan serupa membuatkannya tampil memberikan kenyataan.

“Dalam dunia politik, gosip dan fitnah berpisah tiada. Gambar wanita tersebut adalah bukan saya. Berhenti ajukan soalan ini kepada saya.

“Saya penat dengan pelbagai isu setiap hari. Harap maklum,” katanya di Instagram hari ini.

Tular beberapa foto mirip bekas menteri belia dan sukan tidak berbaju di media sosial hari ini.

Foto menunjukkan seorang lelaki sedang tertidur di sebelah wanita yang tidak ditunjukkan gambar penuh wajahnya.

Wujud dakwaan di media sosial mengatakan gambar berkenaan berkait dengan kehilangan wang ratusan ribu ringgit milik wakil rakyat Muar dan ibu bapanya.

Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon subscribe channel YouTube ini untuk mengikuti lebih banyak video menarik pada masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon, tekan butang, like dan share sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.  

Hoi! “You all are idiot” - Wanita Maki Polis Tahan!

“You all are idiot”

Padah.

Tindakan seorang wanita menjerit dan memaki anggota polis yang melakukan sekatan jalan raya di Persiaran Surian, Petaling Jaya, hari ini, mengundang padah apabila dia ditahan.

Wanita berusia 30-an berkenaan dikatakan bertindak sedemikian kerana bengang selepas terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas berikutan pemeriksaan dilakukan polis dan ten tera di lokasi itu.

Malah, wanita berkenaan yang memandu kenderaan utiliti sukan turut membunyikan hon hampir 30 minit ketika cuba mencari jalan keluar daripada kesesakan ke rumahnya yang terletak berhampiran.

Difahamkan wanita itu kemudian menghampiri anggota polis untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sekatan jalan raya yang didakwa menyusahkannya untuk membeli barang keperluan rumah.

Anggota polis kemudian menahan wanita itu dan dibawa ke Balai Polis Damansara untuk tindakan lanjut mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon subscribe channel YouTube ini untuk mengikuti lebih banyak video menarik pada masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon, tekan butang, like dan share sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.  

COVID-19 : Dunia perlukan pendekatan saintifik lebih meluas - Khairy Jamaluddin

Malaysia berkata dunia memerlukan pendekatan saintifik lebih meluas bagi mendepani pandemik berikutnya yang melangkaui sains perubatan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, pendekatan itu antara lain perlu merangkumi sosial, tingkah laku dan data saintis kerana pandemik mendatangkan kesan sosial yang mendalam.

Beliau melontarkan idea itu semasa Dialog Maya Menteri-Menteri Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Audrey Azoulay dari Pejabat UNESCO yang berpengkalan di Paris, Perancis.