Tuesday, March 31, 2020

Cleopatra nafi gambar intim dengan Syed Saddiq





Cleopatra nafi gambar intim dengan mirip Syed Saddiq

Cleopatra hari ini menafikan pembabitan dirinya, susulan tersebar gambar mirip Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang intim bersama seorang wanita.

Cleopatra, nama popular Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin, berkata ramai mengajukan soalan serupa membuatkannya tampil memberikan kenyataan.

“Dalam dunia politik, gosip dan fitnah berpisah tiada. Gambar wanita tersebut adalah bukan saya. Berhenti ajukan soalan ini kepada saya.

“Saya penat dengan pelbagai isu setiap hari. Harap maklum,” katanya di Instagram hari ini.

Tular beberapa foto mirip bekas menteri belia dan sukan tidak berbaju di media sosial hari ini.

Foto menunjukkan seorang lelaki sedang tertidur di sebelah wanita yang tidak ditunjukkan gambar penuh wajahnya.

Wujud dakwaan di media sosial mengatakan gambar berkenaan berkait dengan kehilangan wang ratusan ribu ringgit milik wakil rakyat Muar dan ibu bapanya.

Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon subscribe channel YouTube ini untuk mengikuti lebih banyak video menarik pada masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon, tekan butang, like dan share sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.  

No comments: