Tuesday, April 14, 2020

Parti Liar - 34 Individu di Tahan Termasuk Dua Penjawat Awam





Seramai 34 individu, termasuk dua penjawat awam ditahan ketika leka berhibur dalam parti liar di dua apartmen berasingan di Johor Bahru dan di Masai, malam kelmarin dan semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor membuat lima serbuan berasingan di dua apartmen berkenaan hasil makluman awam dan risikan.

Monday, April 13, 2020

BIADAP GELAR POLIS BABI





KANGAR: Padah mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun pegawai polis, seorang lelaki ditahan dalam sekatan jalan raya di persimpangan lampu isyarat Jalan Raya Syed Alwi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, dalam kejadian jam 10.45 pagi, lelaki berusia 30 tahun itu pada awalnya ditahan kerana tidak membawa MyKad ketika memandu kereta Toyota Vios miliknya.

Laporan POLIS Terhadap Lelaki Hina Anggota Barisan Hadapan PKP!





Ketua Pemuda Umno Raub, Fadzli Mohamad Kamal membuat laporan polis berhubung kenyataan seorang individu yang menghina anggota pasukan keselamatan yang bertugas di sekatan jalan raya melalui Facebook.

Menurutnya, individu menggunakan akaun Facebook bernama Zahid Mamat dikesan memuat naik perkara berkenaan dalam Facebook kumpulan ‘Penduduk Raub’ yang didakwa menghina polis dan tentera yang bertugas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).