Friday, August 14, 2020

MBSA KANTOI! Kemenagan Buat Rakyat | Asri Janggut Hot Burger





Asri Janggut menyifatkan penahanan penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai kemenangan buat rakyat.

Pengasas Hot Burger, Mohd Asri Hamid atau dikenali sebagai Asri Janggut berkata, ada sesuatu yang baik menanti warga Sungai Buloh selepas pusat perjudian kini akhirnya ditutup.

“Ini adalah satu kemenangan untuk rakyat. InsyaAllah, Allah sedang menurunkan sesuatu yang baik untuk kita. Tunggu hikmahnya,” katanya ketika ditemui selepas memberi keterangan di Bukit Aman, hari ini. Baca lagi >>>

Tiga lagi penguat kuasa MBSA direman – Lindung premis haram





Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiga lagi penguat kuasa direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh, Selangor.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Wira Abdul Halim bermula hari ini sehingga 19 Ogos depan.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 40 hingga 43 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM antara jam 1 hingga 2 petang semalam selepas hadir memberi keterangan.

Ini menjadikan tujuh orang penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kini ditahan berkaitan kes menerima suapan bagi melindungi perniagaan haram di Sungai Buloh. Baca lagi >>>

Thursday, August 13, 2020

Peniaga Menangis MBSA Menganas | Notis Pindah 24 Jam Tak Masuk Akal!





”Saya dan keluarga cuba berbincang untuk memberi tempoh sehingga jam 3 petang kerana kontena yang dijadikan kedai makan itu dalam proses untuk dipindahkan tambahan sudah ada yang ingin membelinya namun gagal sebelum disita MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) semalam,” kata pemilik kedai makan Plonxbox, Muhammad Afifi Zaidi, 34.

Muhammad Afifi berkata, dia memulakan kedai makan itu sejak 2015 bermula dengan hanya khemah bagi menampung pendapatan kilang percetakan milik keluarganya ketika itu yang makin kurang menjana pendapatan. Baca lagi >>>