Asri Janggut menyifatkan penahanan penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai kemenangan buat rakyat.
Pengasas Hot Burger, Mohd Asri Hamid atau dikenali sebagai Asri Janggut berkata, ada sesuatu yang baik menanti warga Sungai Buloh selepas pusat perjudian kini akhirnya ditutup.
“Ini adalah satu kemenangan untuk rakyat. InsyaAllah, Allah sedang menurunkan sesuatu yang baik untuk kita. Tunggu hikmahnya,” katanya ketika ditemui selepas memberi keterangan di Bukit Aman, hari ini. Baca lagi >>>