Wednesday, January 13, 2010

Mitsubishi Evo Milik Bro Jinggo...

Wah hebat bergaya, Mitsubishi Evo sumbangan Khairy Jamaluddin... Nak tergelak pun ada, nak marah tak sesekali la.. sabab aku tahu ini semua adat permainan politik dalam cyber war ni... Biasalah kalau tak tahan kena fitnah atau dikritik tak payah la jadi blogger. Kalau masin mulut orang yang cakap aku pandu Mitsubishi Evo ni... Syukur alhamdullilah la.. memang aku idamkan kereta ni tapi tak tercapai lagi hajat aku. Kepada sahabat sekalian tolong doakan agar aku dapat memiliki kereta idaman aku ini... Tak kesahlah sumbangan itu datangnya dari sesiapa pun. Nak beli pakai duit poket sendiri, aku belum ada kemampuan lagi. Mudah mudahan ada rezeki, kerana aku percaya rezeki untuk aku ada, cuma aku perlu berusaha lebih lagi untuk mencapai impian ku...




Apa tujuan sebenarnya pengendali laman blog diatas menyusup masuk kedalam laman blog aku? Nak dapatkan perhatian dari aku ker? Ke kurang promosi atau kurang hit brader? Begitu jelas sekali pengendali laman blog tersebut sedang berusaha untuk memecah belahkan perpaduan diantara bloggers pro Umno di alam cyber ini!

Tak sangka pula pengendali laman blog tersebut mempunyai krebiliti yang begitu rendah sekali… Begitu terdesak nampaknya sehingga memaksa aku menjawab persoalan darinya… Kesian juga melihat beliau terpaksa masuk kelaman blog aku untuk mempromosikan laman blog beliau... Kesian... lemah syawat ke bro...
Kalau ko betul betul mahu memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara.. Buktikanlah kejantanan kau dulu bro! Kenapa harus bersembunyi disebalik wajah orang lain? Kenapa harus takut jika mahu menegakkan kebenaran? takkan berani baling batu sembunyikan tangan kot, tak gentleman la bro! Telor setengah masak ker bro guna gambar profile orang lain.

Cukuplah cukuplah, kami dah masak dengan helah pakatan pembangkang…

Apa yang terdedahnya hubungan Khairy dengan Anu War? Mana? Aku tak Nampak apa-apa pun yang terdedah, jangan syok sendiri atau bermain dengan emosi sendiri brader. Mana buktinya yang kau katakan terdedah tu? Dah puas aku belek-belek didalam laman blog saudara, tak ada satu pun bukti yang mendedahkan hubungan Anu War dengan KJ?

Posting GAP pula telah diputar-belitkan oleh saudara dan beberapa individu untuk kepentingan pihak yang lain. Jika diamati betul-betul tidak ada satu patah perkataan pun dalam posting itu yang menyatakan hubungan KJ dengan Anu War dan RPK.

Bagi aku GAP telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang blogger yang memperjuangkan negara, GAP telah berjaya membuktikan ada hubungan diantara hubungan Anu War/ RPK/ Kalimullah.

Kenapa pula cuba mengalih Isu tersebut kepada KJ… Bro, dah tak ada modal lagi ke? Atau dah kehabisan peluru?

Adalah sesuatu yang tidak boleh diterima apabila RPK dikatakan mempunyai hubungan dengan Khairy Jamaluddin. Didalam penulisan RPK, beliau banyak menulis untuk menjatuhkan kerjaya Khairy sebagai seorang ahli politik, terutamanya dalam penulisan bersiri beliau Khairy Jamaluddin Chronicles.

Laman blog saudara dan anti khairy yang lain pun banyak mencedok dari artikel artikel bersiri Khairy Jamaluddin Chronicles, hasil penulisan dari RPK. Siapa sekarang yang bersekongkol dengan RPK bro?

Tuduhan Khairy bersekongkol dengan Anwar Ibrahim adalah satu tuduhan yang tidak bertanggung jawab dan merupakan satu fitnah. Jika Khairy mahu bersekongkol dengan Anwar Ibrahim , Khairy tentunya telah menyertai PKR apabila dia mula pulang dari luar negara. Tetapi sebaliknya beliau memilih untuk bersama Perdana Menteri pada waktu itu Tun Dr Mahathir.

Usahlah saudara dan sahabat-sahabat saudara cuba untuk melaga-lagakan Khairy dengan PM DS Najib, kerana DS Najib bukanlah seorang pemimpin yang tidak boleh menilai siapa musuh dalam selimut. DS Najib tahu apa yang dilihat dan dilakukan nya. Jika tidak tentu sekali DS Najib tidak menyokong KJ sebagai Ketua Pemuda.

Yang jelas dilihat, laman blog saudara ada intipati cubaan untuk melaga-lagakan blogger BPN dan blogger pro umno. Hasutan demi hasutan dilakukan agar berlakunya perpecahan diantara blogger BPN dan blogger pro umno!

Bagi aku memang Saudara adalah blogger yang tidak harus disokong! Dan ada ada kemusykilan bahawa rangkaian saudara ini adalah agen dari pak Anu War yang sedang berusaha untuk memecah belahkan bloggers pro Umno… selagi ada duri dalam daging, selagi itulah usaha-usaha untuk memecah belahkan blogger BPN dan blogger pro umno berterusan.

Harus diingat permainan politik pembangkang di waktu PRU ke 12/2008 yang lepas adalah bertujuan untuk memusnahkan kekuatan Pemuda UMNO dengan menimbulkan rekaan cerita,tuduhan dan bermacam lagi ke arah Pemuda UMNO itu serndiri.Mungkin masih ingat Isu Keris yang tak sepatutnya dilayan dewasa itu, sedangkan ia ditimbulkan oleh pihak pembangkang sendiri

Kekuatan UMNO terletak juga ditangan Pemudanya, Sdra Khairy yang dalam pemerhatian dan saya telah berjuang menaikkan martabat Pemuda UMNO sehingga disegani oleh rakan-rakan dalam BN serta di pihak pembangkang.

Kepada bloggers diluar sana teruskan perjuangan demi bangsa, agama dan negara!!! Kalau nak menang kita buat cara nak menang! Perjuangan membela agama bangsa dan negara harus diteruskan!!! Tidak ada masa untuk melayan provokasi yang boleh membawa perpecahan dikalangan blogger pro umno.


Salam Perjuangan! Salam 1Malaysia!

MB SELANGOR JADI BUDAK SURUHAN ANWAR SELAKU PENASIHAT EKONOMI




Kenapa Anwar beria sangat mahu memegang jawatan selaku Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor. Adakah kerana kepintaran dan kebijaksanaanya dalam urusan ekonomi atau atas sebab bekas Menteri Kewangan yang dikatakan hebat sehingga krisis kewangan negara pada 1996-97 yang mana ketika itu Anwar dengan semaunya membasuh tangan dan hampir-hampir bersedia untuk memjana pinjaman IMF Dunia. Kalau bukan dengan pantas PM ketika itu Tun Dr.Mahathir menghalang cadangan yang memusnahkan dan memporak-perandakan Negara serta meruntuhkan keutuhan pegangan kuasa ekonomi di Asia.

Apa ada pada Anwar, kalau bukan hanya bermain politik untuk dilantik Penasihat Ekonomi Selangor!.Gimik dengan tak bergaji dan akhirnya disediakan kemudahan segala opis yang semaunya untuk mengangkat martabat selaku Penasihat Ekonomi Selangor. Macam tak ada lagi pakar ekonomi yang terdapat bagi anak jati di Selangor ketika ini.Saya percaya idea ini datang dari Anwar sendiri untuk"back up" dan accessories diri untuk agenda dirinya.

Percayalah, tauge-tauge besar dari luar negara tak pasti dari mana akan sudi hadir ke Selangor untuk menjalankan operasi perdagangan terbuka yang mana mereka ini adalah rakan dan kepentingan Anwar untuk diwaktu masa panjang kelak.Jika ini terjadi, Anwar akan menguasai Selangor dengan kekuatan perdagangan yang banyak dari luar negara. Sekali jantik, sepuluh yang datang tau!. Sekaligus sepuluh yang datang itu akan menjahanamkan budaya dan sosio-ekonomi Selangor. Back Up semacam ini sangat memberbahayakan malahan kuasa MB Selangor Khalid Ibrahim tidak akan dapat menghalang sekiranya ia terjadi.Kenyatan Anwar "Walaupun saya ketua Khalid dalam PKR tetapi di Selangor, dia adalah ketua saya. Jadi jangan risau,” kata Anwar yang juga Penasihat PKR sambil menambah beliau akan berada lingkungan sebagai anggota sepasukan untuk membantu Selangor.

Bolehkah kita dengan waras mengakui kenyataan semacam ini. Seorang bapa dilantik oleh anak(ketua kelas) sebagai bendahari kewangan untuk kelasnya? Tentu saja pengaruh si bapa sangat besar dalam pentadbiran kelas tadi.

Isu BTN yang di timbulkan oleh pembangkang khasnya PKR ada kaitan dengan Kerajaan Selangor kalau kita perhatikan secara serius.Ia melibatkan MB Selangor tidak mendapat sokongan dan kerjasama dari kakitangan perkhidmatan awam.Mungkin saja kakitangan awam merasakan pentadbiran kerajaan Selangor gagal dalam mengurus dan mentadbir Selangor. Oleh itu dengan memasukkan Anwar, Usaha itu kononnya boleh melenturkan hubungan tegang apa yang berlaku.

Akhirnya ditimbulkan BTN sebagai punca yang penjawat awam ini telah "Diindoktrinasikan & q uot;oleh pemerentah. Hebat bukan, permainan politik dan strategi Anwar dan juak-juaknya dalam isu BTN ini. BTN adalah semangat Jati Diri untuk Negara dan pertahanan cintakan tanahair. Segalanya bukan atas alasan BTN tetapi kegagalan kerajaan Selangor mentadbir dan berkomunikasi dengan baik dengan kakitangan awam di Selangor. Mungkin saja, pentadiran awam merasa muak dengan ujudnya kaki-kaki pengampu dan menjual nama parti sebagai sandaran diwaktu berurusan dengan penjawat awam.

Jangan persalahkan kakitangan awam dalam hal kerajaan Selangor jika Selangor akan dilanda muflis setelah Anwar menjemput tauge-tauge besar yang akan membaham kekayaan bumi Selangor.
Sumber: Tblog

Friday, January 8, 2010

RESOLUSI BPN 1 / 2010 MENYOKONG PERDANA MENTERI MENGUTUK TINDAKAN MEMBAKAR GEREJA !!




Blogger Pembela Negara ( BPN ) bersama-sama dengan Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Abd Razak di dalam mengutuk tindakan membakar 3 buah gereja yang telah dilaporkan berlaku awal pagi tadi. Ia terjadi sebelum demonstrasi membantah nama Allah kepada Gereja Katolik berlangsung di Masjid Negara, Masjid Kg Baru dan Masjid Negeri Shah Alam hari ini.


Perbuatan membakar rumah ibadat bercanggah dengan ajaran Islam dan semua pihak tidak patut menyokong tindakan tersebut kerana ia boleh mengancam keselamatan dan menghakis kedamaian yang kita nikmati sekarang ini.


Ketegasan Perdana Menteri di dalam mengutuk perbuatan tidak bermoral tersebut adalah bukti beliau benar benar mengamalkan tuntutan agama di dalam memelihara keamanan dan menjaga keselamatan rakyat tanpa mengira kaum, agama atau bangsa. Selaras dengan tuntutan Islam yang meminta umatnya menjaga rakyat yang dipimpin dengan adil dan saksama.


Pihak berkuasa perlu menyiasat dengan segera tindakan membakar gereja yang sangat berbahaya kepada perpaduan di negara kita. Apatah lagi jika ia didalangi pihak tertentu khasnya parti politik yang sememangnya ingin menjadikan negara kita di dalam suasana huru hara selepas mereka sudah tidak mampu lagi membawa isu isu yang lain bagi mendapatkan sokongan rakyat.


Atau ia boleh jadi satu cubaan jahat bagi memburukkan Islam selepas isu penggunaan nama Allah ditentang hebat oleh kita semua !


Insiden pergaduhan membabitkan agama di beberapa negara luar seharusnya sudah cukup menjadi panduan kepada kita semua betapa bahaya jika persengketaan berdasarkan agama ini berlaku di negara kita. Kita perlu berganding bahu memadamkan segera benih permusuhan yang timbul agar ia tidak memudaratkan semua pihak.


Meskipun kita membantah tindakan Gereja Katolik memohon penggunaan nama Allah di Mahkamah Tinggi tetapi mana-mana orang Islam kita tidak sepatutnya membuat tindakan yang bertentangan dengan undang-undang. Kerana kedaulatan undang-undang adalah asas kepada kestabilan sesebuah negara termasuk Malaysia. Bahkan agama kita tidak mengajar membakar rumah ibadat agama lain.


Keselamatan adalah harta pusaka yang akan kita tinggalkan sebagai warisan anak cucu dan janganlah tangan kita yang memusnahkan pusaka tersebut yang sudah dijaga dengan baik oleh datuk nenek kita terdahulu.


Marilah kita mengutuk tindakan membakar gereja tersebut dan bersama membantu menjaga keamanan agar ia berkekalan hari ini dan untuk selama-lamanya...


Yang benar,


YDP Blogger Pembela Negara




Panglima Perang Cyber


Jumaat / 8 Jan 2010 bersamaan 18 Muharam 1431


Berita berkaitan gereja dibakar boleh di baca di sini :


Berita Gereja dibakar http://mstar.com.my/


PM kutuk tindakan bakar gereja http://mstar.com.my


Pas buat andaian Operasi Lalang 2 akan bermula http://www.harakahdaily.net/v2/

Perhimpunan bantah isu 'Allah' secara aman di Masjid Negara








Gambar : Bro Jinggo

Perhimpunan itu anjuran dua pertubuhan Melayu - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) - turut disertai Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris).

Sejak sebelum solat lagi, beberapa sepanduk anti-penggunaan nama Allah di kalangan bukan Islam, digantung di anjung masjid negara, antaranya berbunyi Bersatu pertahankan maruah! Bersatu untuk Islam!; Jangan cabar kemakmuran dan perhubungan kaum sedia ada; Hak, maruah, martabat bangsa Melayu dan agama Islam akan kami pertahankan

Dua sukarelawan PPIM juga menyediakan meja bagi mengutip tandatangan jemaah membantah perkara itu.

Memulakan perhimpunan itu sejurus selepas solat Jumaat, Ketua Wira PERKASA Selangor, Arman Azha Abu Hanifah membacakan 'Deklarasi Masjid Negara' menuntut:


Penganut Katholik menggunakan perkataan tuhan bagi menggantikan kalimah Allah dalam penerbitannya.


Perkara berkaitan Islam mesti dibawa ke Mahkamah Syariah, bukan mahkamah sivil.


Majlis Raja-raja Melayu perlu memainkan peranan lebih proaktif untuk mempertahankan agama dan umat Islam

Bacaan deklarasi itu disambut teriakan Allahuakbar bertalu-talu daripada mereka yang menyertai perhimpunan tersebut. Pada masa yang sama satu bendera merah bertulis 'Melayu' dalam warna hitam, dikibarkan bersama bendera berjalur tiga - merah, kuning dan hijau - mewakili Pekida.

Poster Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria turut dijulang. Dalam masa yang sama, sebuah helikopter polis kelihatan berlegar-legar memantau perhimpunan tersebut dari udara.

Bercakap kepada pemberi selepas perhimpunan tersebut tamat pada jam 2.20 petang, Arman berkata, petisyen bantahan yang ditandatangani jemaah hari ini akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mengulas kebakaran gereja di tengah-tengah ketegangan isu tersebut, Arman berkata, pihaknya menyelar tindakan tersebut dan meminta semua pihak bertolak ansur "kerana Islam menyeru kepada keamanan".

Pemuda Umno mengecam perbuatan bakar gereja


Pemuda Barisan Nasional (BN) mengecam sekeras-kerasnya tindakan membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur tengah malam semalam. Ada berita mengatakan beberapa gereja lain turut 'diserang' tetapi berita tersebut belum dapat disahkan pada waktu ini.

Apapun perasaan mana-mana pihak mengenai isu penggunaan kalimah 'Allah' oleh pihak majalah Herald, perbuatan memusnahkan tempat ibadat seperti yang berlaku semalam langsung tidak boleh dipertahankan. Jika ada orang Islam yang bertanggungjawab terhadap insiden ini, mereka sepatutnya malu dan insaf dengan perbuatan mereka kerana Islam sendiri jelas menuntut umatnya menghormati kebebasan beragama orang bukan Islam.

Malaysia adalah sebuah negara majmuk; sudah pasti dari semasa ke semasa akan berlaku perselisihan faham dalam isu yang mempunyai dimensi perkauman atau keagamaan. Apa yang penting adalah sebuah rakyat yang bersatu mesti matang dalam menyelesaikan sebarang masalah dengan cara berhikmah serta sentiasa menghormati hak dan sensitiviti satu sama lain.

Pemuda BN berharap semua pihak akan berhati-hati dalam kenyataan dan perbuatan selepas ini serta menggesa pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab atas perbuatan jenayah ini, demi keselamatan dan keharmonian negara.