Saturday, August 20, 2011

Najib: Pilihan Raya Boleh Diadakan Bila-bila Masa, Tidak Terikat Jawatankuasa Terpilih Parlimen


Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan pilih raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Terpilih Parlimen mengenai penambahbaikan pilihan raya.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan cuba melaksanakan sebarang cadangan penambahbaikan yang dibuat oleh jawatankuasa itu sebelum pilihan raya umum yang akan datang.

"Kami akan cuba, pasti ada sesuatu yang boleh dilakukan dengan kadar segera, sesuatu yang mungkin akan mengambil sedikit masa. Jadi, apa yang kita boleh lakukan dengan segera, kita akan lakukannya dengan segera," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn di sini, Jumaat.

Najib yang juga Presiden Umno berkata bentuk-bentuk penambahbaikan pilihan raya akan dibincangkan dan ditentukan oleh semua wakil parti-parti politik yang menyertai jawatankuasa tersebut.

Ditanya mengenai pendirian pembangkang yang belum membuat keputusan untuk menyertai jawatankuasa itu selagi belum melihat terma rujukannya, Najib berkata penubuhan jawatankuasa berkenaan merupakan tawaran yang ikhlas daripada pihak kerajaan supaya setiap keputusan dapat dibuat secara konsensus.

"Ini merupakan tawaran ikhlas di pihak kami kerana perbincangan perlu diadakan di antara kedua-dua pihak supaya ada konsensus. Kita harap akan ada konsensus atas apa yang kita lakukan," katanya.

Mengenai permintaan pembangkang agar jawatankuasa itu diterajui wakil dari pihak mereka, Najib berkata perkara itu adalah mustahil kerana ia mesti diketuai oleh parti majoriti.

Beliau juga berkata pengagihan jumlah wakil jawatankuasa secara sama rata seperti yang dituntut oleh pembangkang juga tidak akan dipertimbangkan kerana ia bergantung kepada kekuatan sesuatu parti.

Pada Rabu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengumumkan bahawa kabinet telah bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu yang bertanggungjawab memperkukuhkan undang-undang dan peraturan berkenaan pilihan raya di negara ini.

Ia akan dianggotai lima orang wakil kerajaan Barisan Nasional, tiga wakil pembangkang dan seorang wakil Bebas.

Najib juga berkata Majlis Tertinggi Umno menyokong keputusan kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa tersebut tetapi tidak bererti mereka mengakui terdapat kelemahan yang besar pada kesahihan pilihan raya di negara ini.

"MT nak tegaskan demokrasi berparlimen adalah prinsip perjuangan Umno selama ini. Kesahihan pilihan raya tidak seharusnya dipersoalkan sebab kita telah buktikan tiada manipulasi dalam pilihan raya sama ada dari segi undi yang dilakukan atau senarai daftar pemilih," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa terdapat beberapa individu yang menjadi penduduk tetap dan tersenarai sebagai pengundi dalam masa yang singkat, Perdana Menteri berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu membuat penjelasan mengenai kes tersebut.

"Mungkin ada individu-individu yang boleh jadi pertikaian tapi kita minta SPR buat penjelasan tentang kedudukan nama-nama tersebut memandangkan kecenderungan pembangkang membangkitkan nama-nama mereka," katanya.-Bernama

Friday, August 19, 2011

PAS Fitnah Warga Tua Pulak Dah!

Tak habis-habis puak PAS dengan pembohongan mereka... Ingat bulan puasa setan yang menyesatkan Puak PAS diikat rupanya merekalah setan yang sebenarnya...

'Sampai hati Pas fitnah saya'



"Ya Allah, sampai hati depa gunakan nama saya. Saya tuntut depa minta maaf kerana buat fitnah terhadap saya pada bulan Ramadan."

Demikian luahan kekesalan seorang daripada dua Besah binti Mat (450713-09-5010) ketika ditemui Sinar Harian di Taman Gasing, Jejawi Batas, di sini semalam dalam misi menjejak kebenaran susulan dakwaan Pemuda Pas bahawa berlaku penyelewengan data pilihan raya membabitkan tiga individu yang masing-masing didakwa memiliki dua kad pengenalan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kecurigaan Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaiza Kaiat apabila mendapati dua individu bernama sama dengan nombor kad pengenalan yang hanya berlainan pada dua digit terakhir didaftarkan sebagai pengundi di tempat berbeza.

Masih tergamam apabila Sinar Harian memaklumkan nama dan maklumat peribadinya didedahkan dalam akhbar, Besah mengakui tidak menyangka dirinya didakwa mengundi dua kali di tempat berasingan.

Menurutnya, dia hanya mengundi di Alor Lanchang, di sini bersama suaminya, Meh @ Bahari Yaakob, 73, pada setiap pilihan raya dan tidak pernah menukar daerah mengundi.

"Saya berasal dari Bohor Mempelam, Arau sebelum berpindah ke Jejawi Alor Lanchang setelah berkahwin pada usia 16 tahun.

"Kami sekeluarga tidak pernah berpindah keluar dari kawasan Jejawi Batas dan sekiranya saya didakwa mengundi dua kali di kawasan lain, itu bohong," katanya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Majlis Berbuka Puasa Perdana Pemuda UMNO - Pemuda Rai Golongan Kurang Bernasib Baik


Sempena bulan Ramadhan, Pergerakan Pemuda Umno Malaysia telah meraikan anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, warga-warga emas dan orang kurang upaya (OKU) pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Pemuda UMNO.

Majlis Berbuka Puasa Perdana Pemuda yang berlangsung semalam, Khamis, bertempat di Dewan Masjid Wilayah, Jalan Duta, tersebut dirasmikan oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi .


Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin memberi ucapan serta meraikan 800 anak-anak yatim, OKU serta ibu-ibu tunggal, warga-warga emas.


Khairy bersama Naibnya, Datuk Razali Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada warga tua, anak-anak yatim, Ibu tunggal dan OKU.

Khairy memberitahu program Pemuda UMNO bersama golongan penerima sumbangan bukan sahaja dilakukan di ibu kota sahaja tetapi meliputi negeri-negeri lain.

“Saya bersama Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Razali Ibrahim telah menjelajah ke negeri-negeri untuk menyampaikan sumbangan tersebut dibawah nama 'Jom Ramadhan',” jelas beliau.

Menurut Khairy, melalui program 'Jom' yang dimulakan tahun lepas, Pemuda UMNO Malaysia telah menjelajah ke setiap kawasan Parlimen bagi mengadakan khidmat bakti melakukan kerja-kerja membaiki rumah-rumah orang miskin yang rosak bumbung, lantai, membina tandas, bilik mandi dan membaiki dapur.

Katanya, “kita bekerjasama dengan Giatmara melakukan kerja-kerja baikpulih rumah yang terpilih dengan purata perbelanjaan RM5000. Tahun lepas dibawah Jelajah 1Malaysia Pemuda Barisan Nasional (Jom Pemuda BN) telah berjaya membaikpulih tidak kurang 500 buah rumah seluruh negara.”

Bagaimanapun, di bulan Ramadhan ini, kata Khairy, “Pemuda UMNO mengambil pendekatan membaikpulih sebuah surau untuk satu negeri dan ianya telah berjalan lancar, ianya juga mendapat kerjasama dengan Giatmara. Setakat ini kerja-kerja baikpulih surau itu telah dilakukan di Melaka, Johor, Perak, Negeri Sembilan dan Terengganu.


Syabas Pemuda Umno Malaysia, usaha membantu golongan yang kurang bernasib baik dan berkemampuan adalah suatu amal kebajikan yang perlu dilaksanakan dari masa ke semasa.


Amalan mendekatkan diri dengan golongan tersebut merupakan sesuatu aktiviti yang amat baik apatah lagi pada bulan Ramadan.

Politik Harian/Bro Jinggo

Pas gagal jadi Talam Dua Muka JAIS Dan Gereja Di Selangor - Ungku Salleh


Setelah dibidas oleh pelbagai pihak termasuk Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang menggelarkan Pas sebagai dayus berhubung polemik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Gereja Methodist di Damansara baru-baru ini, Pemuda Selangor pula hari ini tampil dengan melihat Pas sebenarnya sedang mencari dahan untuk berpaut sebelum mengeluarkan pendirian rasmi.

Ketua Pemuda Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata perkara itu boleh dilihat daripada tindak-tanduk Pas yang seolah-olah “hidung tak mancung pipi tersorong-sorong” apabila seolah-olah dilihat tidak dilayani oleh pihak Gereja mahu pun pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menurut beliau persoalan yang timbul ialah kenapakah kedua-dua pihak menganggguhkan perjumpaan dengan pucuk pimpinan Pas yang hari ini nampak terserlah cuba bermain wayang semata-mata untuk menjaga kepentingan politik mereka khususnya di kalangan pengundi bukan Islam.

“Saya cukup hairan…Apakah kedua-dua pihak yang terlibat dalam isu berkenaan tidak yakin dengan Pas tatkala parti itu cuba mencari dahan untik berpaut sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi.

“Mungkin atas faktor sikap talam dua muka pihak JAIS dan Gereja masing-masing hingga ke hari ini tidak mencapai kata sepakat untuk mengakan perjumpaan dengan pucuk pimpinan Pas,”katanya.

Sejak tercetusnya polemik JAIS dan Gereja Methodist di Damansara baru-baru ini, Pas sehingga kini mengambil sikap berdiam diri dan mereka terus diasak oleh pelbagai pihak termasuk Ketua Pemudanya sendiri, Nasaruddin Tantawi agar megeluarkan pendirian.

Mereka kononnya mahu memberikan keadilan kepada semua pihak apabila mahu mengadakan pertemuan terlebih dahulu dengan JAIS dan pihak Gereja sebelum mengeluarkan sebarang pendirian rasmi.

Namun hingga ke hari ini baik daripada pihak JAIS mahu pun pihak Gereja Methodist, masing-masing menagguhkan pertemuan dengan pucuk pimpinan Pas dengan alasan tertentu.

Mengulas lebih lanjut, Ungku Salleh yang juga Ketua Pemuda Serdang seterusnya menambah Pas hari ini bukan sahaja tidak bermaruah, malah lebih daripada itu apabila membiarkan Islam diperkotak-katikkan oleh pihak lain.

“Soal beliau apakah DAP begitu berkuasa…Apakah PKR cukup bertenaga hinggakan Pas seolah-olah kelu dalam memperkatakan hal berkenaan yang mana ianya merupakan maruah umat Islam.

“Berpolitik ada batasnya…Janganlah kerana politik, Serban dan Kopiah yang dipakai sekadar alat untuk menghiaskan badan semata-mata,”katanya. -Pemuda Umno

Pemuda Sifatkan Kerajaan Selangor Gagal, Pas Pula Dayus


Kerajaan Selangor hari ini bukan sahaja dibidas kerana gagal menyelesaikan segera polemik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Gereja Methodist di Damansara baru-baru ini, malah sekutunya, Pas dianggap dayus kerana hingga kini masih gagal menuntut kerajaan negeri mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap isu tersebut.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata atas kegagalan berkenaan Pas seolah-olah hilang punca dengan membuat tuduhan yang tidak berasas dan ada fakta apabila mengaitkan UMNO dengan polemik tersebut.

Justeru beliau yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasioanl (BN) menyarankan agar parti mengambil tindakan undang-undang terhadap Pas sekiranya mereka tidak dapat membuktikan tuduhan berkenaan dalam tempoh tiga hari seperti yang dituntut UMNO Selangor.

“Ini tuduhan serius dan perlu kita bawa ke Mahkamah supaya tidak ada lagi tuduhan yang tidak berasas dan tidak ada fakta yang tuding jari kepada UMNO. Ini jelas bahawa Pas hari ini cuba alihkan perhatian terhadap kita.

“Mereka dilihat begitu dayus menangani isu ini. Pemuda daripada awal lagi menyuarakan bahawa laporan daripada JAIS itu perlu diumumkan dalam masa terdekat dan ianya tidak boleh ditangguhkan.

“Benda ini menimbulkan kemarahan bukan sahaja di kalangan umat Islam tetapi juga kemarahan orang kristian di Malaysia sebab kedua-dua pihak merasakan isu ini penting. Pihak Islam lihat isu ini isu murtad , manakala rakyat Malaysia beragama Kristian lihat serbuan dan tuduhan tanpa asas dan sebagainya,” katanya.

Khairy seterusnya menambah ketidakcekapan kerajaan Selangor telah menyumbang kepada kes ini menjadi satu kes kontroversi yang besar yang menimbulkan kemarahan kedua-dua belah pihak.

“Hari ini kita tahu siapa tidak cekap iaitu kerajaan negeri, manakala yang dayus pula adalah Pas kerana mungkin mereka takut dengan rakan lain dalam pakatan. Tidak ada sebab ditangguhkan…Baik selepas raya atau sebelum raya.

“Kita nak kes ini diselesaikan segera. Sebab kalau kes ini tidak diselesaikan hari ini sampai laporan itu diumumkan akan ada tanggapan negatif dikalangan umat Islam terhadap gereja berkenaan, manakala dikalangan orang Kristian pula pandang JAIS serong dan sebagainya.

“Kita nak kebenaran dan saya tidak mahu tuduh mana-mana pihak……Gereja lakukan murtad, JAIS buat salah dan sebagainya…..Itu tidak boleh. Kita nak laporan. Kita dengar JAIS buat kerja ini berdasarkan laporan tetapi kita sebenarnya tidak rahu apa yang berlaku. Yang akhirnya berlaku hari ini adalah polemik antara umat Islam di Malaysia dengan orang kristian sebab kegagalan kerajaan di Selangor dan kegagalan Pas untuk selesaikan kes ini,” ujarnya.

Berhubung penubuhan jawatankuasa khas terpilih Parlimen untuk memperkukuhkan undang-undang dan peraturan berkaitan pilihan raya di negara ini, Khairy memberitahu langkah tersebut membuktikan Perdana Menteri sentiasa komited melakukan transformasi demi kebaikan rakyat.

Beliau juga berharap parti pembangkang tidak menjadikan penubuhan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen sebagai isu politik, malah ikhlas bekerjasama memperkukuhkan sistem pilihan raya negara melalui jawatankuasa itu. Transformasi sistem pilihan raya bergantung kepada kerjasama BN dan pembangkang," katanya.

Khairy berkata pembangkang juga tidak patut meletakkan syarat tertentu bagi menganggotai jawatankuasa itu memandangkan jawatankuasa itu merupakan ruang terbaik bagi mereka menyuarakan cadangan.

Beliau juga berharap jawatankuasa yang akan ditubuhkan itu nanti dapat menyiasat dua isu berkaitan pilihan raya iaitu mengenai pemindahan pemilih ke kawasan tertentu serta fitnah yang dilemparkan pembangkang melalui kain rentang dan media baru terutamanya apabila tiba musim pilihan raya.

"Kita ada terima laporan mengatakan pembangkang ada memindahkan pemilih yang merupakan penyokong mereka ke kawasan tertentu supaya mereka boleh menang di kawasan itu," katanya.

Kabinet hari ini bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas terpilih Parlimen untuk memperkukuhkan undang-undang dan peraturan berkaitan pilihan raya di negara ini dan usul cadangan itu akan dibentangkan pada Parlimen Oktober ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata jawatankuasa itu akan dianggotai sembilan wakil rakyat terdiri lima daripada parti kerajaan, tiga pembangkang dan satu bebas. - Pemuda Umno.