Saturday, May 11, 2013
Raja Nong Chik Mahu Saman Nurul Izzah
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bercadang untuk menyaman Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar kerana menyebar fitnah dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
"Kita dalam kajian untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap fitnah yang dilemparkan kepada saya dan keluarga sepanjang kempen PRU-13 berlangsung.
"Saya kalah kerana pembunuhan karektor terhadap saya dan keluarga yang disebarkan termasuk melalui media sosial," kata beliau.
Raja Nong Chik berkata, tindakan undang-undang terhadap Nurul Izzah yang memenangi kerusi P.121 pada PRU-13 itu bagi mempertahankan maruah beliau dan keluarganya.
"Sepanjang kempen saya tidak menyentuh satu ayat pun mengenai peribadi Nurul Izzah dan ayahnya (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Inilah cara berkempen yang kurang sihat menyebabkan rakyat melakukan pemilihan berdasarkan andaian yang tidak benar," kata Raja Nong Chik.
Dakwa Raja Nong Chik, antara fitnah yang disebarkan Nurul Izzah termasuk kononnya beliau terlibat dengan pemilikan tanah di Bukit Kiara.
"Tiap-tiap kali berkempen, Nurul Izzah dan bapanya turut menimbulkan isu anak saya mendapat projek, sedangkan ia berlaku sebelum saya menjadi menteri. Ini pembunuhan karektor terhadap saya," jelasnya.
Raja Nong Chik berkata, beliau banyak menerima undi daripada penduduk yang tinggal di Lembah Pantai yang mengetahui rekod kerjanya.
"Lebih kurang 31,000 pengundi luar yang balik mengundi memilih pembangkang kerana mereka terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan kepada saya dan keluarga," kata Raja Nong Chik.
Dalam sidang akhbar yang berlangsung di Pusat Khidmat Masyarakat BN Lembah Pantai di sini hari ini, beliau juga menegaskan tidak mengharapkan sebarang jawatan dalam kerajaan.
Walaupun kalah dalam PRU-13 lalu Raja Nong Chik berkata, beliau akan meneruskan khidmat kepada masyarakat melalui UMNO dan BN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
Saman jgn x saman... Setakat acah-acah x payah cakap pon xpa. Zaman UMNO takat nyorok dalam cengkerang dah tamat... if u think that u hv been slandered, dont talk much just get the evidence and sue!!!
Dato, Pls do it. Sick to see the political phenomena that they're try to implement in M'sia.
They're mentally sick, can't differ b/w clean and dirty.
Fitnah ahhir zaman......itu sabda nabi........bukan rekaan manusia......selidikilah berita yg sampai kpd mu..... Supaya kamu tidak tertipu...
Itu untuk manusia berakal........org yg suka memfitnah pasti akan mendapat balasan......tunggu dan lihat.....Allah tidak pernah tidur
Budaya fitnah ni da mmg sebati dlm family anwar - bapa borek ank rintik ..teroskan saman itu Dato Raja , kami mnyokong usaha anda ..tq
.
.
.
People in Lembah Pantai LP failed to distinguish Real Genuine Diamonds & a Cheap Fake Poor Quality Diamonds.
RNC got his report book to show - proof & documented. Izzah got just words and pretty face plus crooked words to self praise herself.
What a shame - intellectuals people in LP bought her story & voted for her. Suffer for the next 60 months. Enjoy.
RNC - no mercy please - Saman Tetap Saman.
All the way.
.
.
.
Kalau kalah tu ngaku kalah jer. Duduk rumah, rancang strategi atau pencen je lah... dah kaya pun
Betul tu.... macam anwar kan doh... nasihatkan kepala iblis tu dulu... kah kah kah
Pendubor hanya jadi ketua anjing penyalak dap bagi musim kedua pun patut pencen....
Nampak sgt hanya kuli dap....tak bermaruah langsung...dh kurang dpd dap pun seronok jadi kuli...
Bodomu.... Yang UMNO mangkuk cadangkan DAP joint BN ape ke halnya. Tak takut jadi tunggangan DAP. Muka tak tahu Mali betollah korang nie..
Walau apa pun, seluruh keluarga Anwar akan menanggung di akhirat. Laknatullah pada mereka yg memfitnah dan memecah belah perpaduan ummat demi mengejar kedudukan berasas DENDAM.
Bukan UMNO bodoh, tapi seorang individu yang BUTA, TULI dan BODH, Zainuddin Mydin yang tak faham sejarah kemerdekaan dan latarbelakang pertubuhan DAP pada 1968/69, ia itu berasaskan penentangan HAK Melayu. Mereka menentang FELDA,MARA,ASB, PETRONAS dan semua provisi tentang hak dan definasi BUMIPUTRA yg di sebut oleh Inggeris. Apa salahnya Dato Tengku jadi menteri. Kenapa mesti takut kata2 mereka ASALKAN Tengku yakin oleh menjalankan t/jawab dngan JUJUR dan IKHLAS dmi masa depan negara dan bangsa.
YB nurul ezah xpernah berjumpa dgn rakyat kcuali ketika PRU .. masalah rakyat at tmn tmn xpernah diambil peduli ,aku xpernah tgok dia mlawat kwsan .. Dasar pelacor ank branak anwar ni !!!
Yang undi YB LP ni harap dia akan beri khidmat pada mereka mcm yg dia beri pada pensyarahnya dalam video tu. Siaplah YB, kena berkhidmat kepada lebih 30k pengundi, lelaki, perempuan,gay, pondan, pengkid, lesbian dan sebagainya. Mahu pendek lidah dibuatnya.
Bercadang? Nak tunggu penyokong dulu ke baru nak ambil tindakan?
Salam perjuangan...angkat 4 ibujari (termasuk ibujari kaki) kami kat bawah ni jika betul dato saman...jgn saman 100j dato...tapi 500j dato...biar KO terus anak beranak tu...pengkianat agama & bangsa keldai yahudi mcm tu memang tak boleh dibiarkan bernafas pun dibumi allah ni....moga hati dato tetap & bertawakkal pd allah sentiasa..Hidup Islam...Hidup Melayu...Hidup Duli tuanku..Undi Barisan Aman Hidup
Teruskan ..Dato, ..jangan bagi muka orang yg tak mengenang budi UMNO dan peyebar fitnah. pemusnah Bangsa Agama dan Negara. Terussskan Saman,jgn sekadar hangat hangat..dan memberi amaran....nanti kami pun ikut meluat..asyik amaran dan cakap..buktikan...
Hidup melayu. UMNO Islam dan Tanah Melayu.
Jika benar itu fitnah, saman je Dato'. Marwah x bole dijual beli.
Kalau tak saman maknanya tak de bukti la ye? hehehehe...longkang ku kini bersih..bukti nong chik buat kerja..
Post a Comment