Wednesday, August 24, 2011

Ali Setan Tampil Beri Keterangan Pada Polis

Memang sah PAS suka berkawan dengan setan... Jemput Penceramah pun namanya setan, patut lah puak PAS perangai macam setan.. Bulan Puasa orang beramal ibadah kepada Allah, PAS tabur fitnah sana sinun macam setan!

PAS memang dah sebati dengan setan... setan... setan...

Bekas pelakon popular yang kini bertukar menjadi pendakwah bebas, Azmil Mustafa, pada Rabu tampil memberi keterangan kepada pihak polis selepas didakwa mengkafirkan kerajaan dan mengecam sistem pemerintahan sekarang dalam satu ceramah yang diadakannya di sebuah masjid di Subang baru-baru ini.

Azmil berkata, dia telah ke Ibu pejabat Polis Daerah Petaling pagi ini setelah dihubungi pihak polis untuk memberi keterangan berhubung ceramahnya di Masjid An Nur, Kampung melayu Subang, minggu lalu.

Pihak polis telah menghubungi Azmil pada Isnin selepas Bilal Masjid An Nur, Mohd Sani Nasib membuat laporan polis terhadap Azmil berhubung kandungan ceramahnya itu yang dikatakan menghina orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan juga sistem pemerintahan sekarang.

Dia bagaimanapun tidak dapat hadir memberi keterangan pada hari tersebut kerana berada di Kedah.

Bagaimanapun, bekas pelakon filem "Ali Setan" itu berkata, beliau akan terus menyampaikan ceramah di masjid-masjid sekiranya dijemput.

Kalau dah 40 orang gelar dia setan... Paham-paham aje lah...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Hishammuddin Terima Peluru Hidup

Puak Pembangkang semakin gila, sanggup buat kerja gila untuk menutup mulut Menteri KDN.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein berkata beliau menerima ancaman bunuh bertulis dan dua peluru hidup melalui pos hari ini.

Bercakap di majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur, Hishammuddin berkata, kedua-dua peluru itu diletakkan dalam dua lubang pada sebuah buku kecil.

Bungkusan itu mengandungi mesej tulisan tangan mengenai ancaman tersebut tetapi beliau enggan mendedahkan kandungannya kepada pihak media.

Bungkusan itu dihantar ke pejabatnya di Putrajaya melalui pos biasa dan diterima pada kira-kira jam 2 petang dan dibuka oleh seorang kerani kepada salah seorang pegawai khasnya.

Hishammuddin berkata beliau tidak gentar dengan kejadian itu dan berikrar untuk meneruskan tugasnya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

JOM Ramadhan Pulau Pinang, Diserikan Dengan Majlis Tadarus

YB Khairy Jamaluddin sedang bertadarus bersama-sama AJK Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas di Masjid Lahar Tabut, Kepala Batas.

Antara aturcara lain, Ketua Pemuda Umno akan menyampaikan sumbangan kepada Maahad Tahfiz dan asnaf.

Pemuda PAS seharusnya buat Program seperti ini di bulan Ramadhan, Hentikan lah tabur fitnah sana sinun...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kes Liwat Anwar: Pakar Akui Boleh Menemui Kepala Sperma Walaupun Tempoh 65jam

Pakar Patologi forensik dari Australia mengakui kemungkinan boleh menemui kepala sperma pada badan seseorang sehingga satu tempoh selama 65 jam selepas mengadakan hubungan seks, tetapi mengakui penemuan saintifik tidak boleh bersandarkan pada keadaan yang jarang-jarang wujud tetapi tidak mungin tidak berjaya.

Dr David Wells, saksi pakar pasukan peguam pembela dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika disoal oleh pendakwa raya mengenai kewujudan kepala sperma selepas 65 jam hubungan seks diadakan, mandi dan membuang air besar.

Peguam Cara Kanan II Datuk Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa ada kajian kes di United Kingdom yang memutuskan penemuan seumpama itu, yang bercanggah dengan dakwaan awal bahawa sperma hanya boleh hidup sehingga 36 jam sahaja.

Ketika disoal balas, Dr Well menjelaskan bahawa beliau sedar kes sedemikian.

Bagaimanapun beliau menekankan bahawa ia satu-satunya kes yang beliau tahu sepanjang 30 tahun lalu pembabitannya.

Dr Wells juga berkata beliau juga pernah menguji spesimen sperma selepas 56 jam dan mendapati tiada sebarang keputusan.

"Itu hanya satu kes yang saya tahu di mana adanya (bahan) literatur dalam 30 tahun (lalu). Adakah anda bersandarkan pada satu kes saintifik ke atas premis tunggal?

"Saya fikir kebanyakan daripada kita akan berkata tidak tahu atau tidak memberi pandangan," kata beliau menjawab Yusof.

Info - SUNGAI RAPAT ONLINE
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Pemuda Umno Berjaya Daftar 121,000 Ahlinya Sebagai Pengundi


Hasil kerja keras jentera Pemuda seluruh negara, pergerakan itu berjaya mendaftarkan 121,000 daripada 180,000 anggotanyaa yang sebelum ini tidak layak mengundi setakat ini.

Pengerusi Biro Pemilih dan Keahlian Pemuda UMNO, Hisamuddin Yahya memberitahu hasil kerja keras jentera Pemuda seluruh negara, pergerakan itu berjaya mendaftarkan 121,000 daripada 180,000 anggotanya yang sebelum ini tidak layak mengundi.

“Ini bermakna hanya tinggal kira-kira 59,000 orang sahaja lagi yang belum mendaftar dan kita sekarang sedang giat mengesan mereka.

“Pergerakan Pemuda yakin mereka dapat didaftarkan menjelang September ini,” katanya di sini.

Pada masa yang sama beliau turut menyatakan Pemuda UMNO mungkin menghantar pasukan khas ke Sabah bagi membantu jentera Pemuda di sana mendaftarkan anggotanya sebagai pemilih.

Jelas beliau langkah itu bagi memastikan kira-kira 21 peratus lagi anggotanya dapat didaftarkan selewat-lewatnya pada September ini bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum nanti.

“Kita mungkin menghantar anggota ke sana Sabah bagi membantu jentera Pemuda mengesan dan mendaftarkan ahli. Ini penting memandangkan di sana ahli kita berselerak di kawasan pedalaman termasuk di pulau-pulau

“Ggerakan pendaftaran itu perlu dijalankan segera supaya mereka layak untuk mengundi sekali gus membantu kemenangan semua calon Barisan Nasional”, ujarnya.

Katanya Sabah merupakan negeri yang anggotanya paling ramai masih belum mendaftar sebagai pemilih iaitu sebanyak 21 peratus, manakala Perak dan Selangor masing-masing di bawah sembilan peratus.