Sunday, October 2, 2011
Pulau Pinang: Kerana Tertipu, 37 Ahli Pas Keluar Parti Sertai UMNO
Seramai 37 anggota Pas Kampung Bakau Tua, yang kecewa dengan slogan dan janji perjuangan Pas ketika pilihan raya lepas, mengambil tindakan keluar parti untuk menyertai UMNO cawangan Cabang Bakau Tua.
Diketuai Roslan Abdullah, mereka menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Cabang Bakau Tua Azhar Zainal Abidin.
Roslan berkata mereka secara sukarela bertindak keluar daripada parti tersebut ekoran rasa kecewa dengan Pas akibat gagal melunaskan janji-janji yang ditabur sejak pilihan raya yang lepas.
“Pas banyak pembohongan. Mereka tidak bantu dan tunaikan janji kepada rakyat berbeza dengan perjuangan UMNO. Minta jalan baru, perbetul rumah rosak serta bantuan untuk keluarga, semua tidak dapat,” katanya selepas menyerahkan 37 borang keanggotaan UMNO itu.
Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Pulau Pinang kawasan Penaga, Datuk Azhar Ibrahim berkata ini merupakan detik sejarah di kawasan tersebut kerana sekumpulan anggota Pas keluar parti dan menyertai UMNO.
“Ini yang dimimpikan selama ini… kalau dulu cuma seorang atau dua sahaja yang keluar parti tetapi kali ini sebanyak 37 anggota Pas.
“Ini adalah permulaan dan keadaan ini diharap akan menjadi pencetus di kawasan-kawasan lain di sekitar Penaga, Pinang Tunggal serta sekitar negeri ini dalam memperbanyakkan orang UMNO terutamanya golongan muda,” katanya.
Mat Sabu Dan Unit Amal PAS Akan Buat Kecoh Di Negeri Sembilan Pada 6 Oktober Ini...
6 Oktober ini dijangkan akan berlaku kekecohan lagi di Negeri Sembilan ekoran kedegilan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu yang mahu meneruskan program ceramahnya walaupun sebelum ini tercetus pergaduhan di ceramahnya yang terdahulu di Seremban.
Menurut info yang diterima, Mat Sabu mengarahkan Unit Amal PAS dari luar Negeri Sembilan untuk turun pada malam itu bagi mengelak sebarang kemungkin yang akan berlaku nanti.
Kehadiran orang luar ini juga akan menimbulkan rasa tidak senang hati kepada penduduk tempatan, menurut kata salah seorang penduduk Sdr Yusafizan Johar "kehadiran Mat Sabu bersama Unit Amal PAS ini akan menimbulkan lagi kemarahan penduduk tempatan..."
"Kami tidak suka orang luar masuk kawasan kami... tambah lagi orang seperti Mat Sabu seorang pengkhianat kepada agama bangsa dan negara".
Tambah Yusafizan lagi, "Yang samseng sebenarnya mereka(PAS) entah darimana mereka datang, ceroboh tempat orang lepas tu buat kecoh... mereka suka memfitnah orang lain, sedangkan agama islam tidak mengajar kita berbuat demikian".
Selain dari itu menurut beberapa sumber menyatakan bahawa, Chegu Bard PKR juga telah mengupah sebanyak RM100 setiap seorang kepada beberapa budak bermotosikal untuk membuat kecoh sekiranya berlaku pergaduhan di ceramah beliau dan Mat Sabu pada 6 Oktober nanti...
Jika berlaku sebarang pergaduhan pada ceramah tersebut nanti mereka akan menyalahkan Umno... Mereka akan kata Umno samseng dan sebagainya, sebenarnya semuanya sudah dirancang terlebih dahulu.
Saturday, October 1, 2011
Kenapa Anwar, Shamsidar Bawa Anak Jalani Ujian DNA Di Singapura ?
Petikan dari buku "Mahkamah Sahkan Ada Konspirasi', terbitan IKD 2005
Fakta ini bersumberkan buku yang diterbitkan oleh badan pemikir Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Institut Kajian Dasar (IKD) yang menyebut Azmin Ali dan Shamsidar Taharin membawa anak perempuannya ke Singapura untuk menjalani ujian DNA.
Ujian DNA dibuat di Institute of Science and Forensic Medicine, Singapura pada 2 Julai 1998.
Kenyataan badan pemikir Anwar ini mengundang dua persoalan besar.
Pertama, jika Azmin dan Shamsidar benar-benar yakin ‘anak yang dituduh itu’ adalah anak mereka kenapa mereka sendiri tidak yakin dan perlu menjalani ujian DNA hingga sampai ke Singapura ?
Kedua, apakah bukti yang boleh mengesahkan bahawa ujian DNA itu dilakukan kepada ‘anak yang dituduh’ dan bukannya ‘anak perempuan yang lain‘, kerana bekas Ketua Polis Negara pernah mengeluarkan kenyataan Azmin dan Shamsidar tidak mahu bekerjasama dengan membenarkan ujian DNA dilakukan kepada ‘anak yang dituduh’, malah Anwar sendiri campur tangan dengan melarang ujian DNA dijalankan kepada ‘anak yang dituduh’ serta mengarahkan pihak polis menerima apa sahaja darah, ujian yang diberikan Shamsidar.
Anwar dipecat pada 2 September 1998, kerana dakwaan melakukan hubungan seks luar tabie dengan isteri orang dan lelaki, namun Azmin dan Shamsidar sudah buat persediaan awal, dua bulan yakni 2 Julai sebelum Timbalan Perdana Menteri itu dipecat.
Kerana faktor hubungan sulit dengan Shamsidar juga, Anwar dihadapkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2 November 1998 dan didapati bersalah serta dijatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun pada 7 Julai 1999. Klik di sini dan sini
Juga berdasarkan faktor itulah bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari mengesahkanDatuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ‘berperang dingin’ dengan Shamsidar Taharin hingga sekarang.
Sementara itu satu lagi sumber yang membongkar kisah menjalani DNA di Singapura adalah Mohamad Mahti Abdul Rahim, bekas pegawai peribadi arwah Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.
Mohamad Mahti dalam sidang media sekitar Mac lalu mendedahkan kisah silam persahabatan Anwar dengan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang amat akrab termasuk membantu masalah peribadi.
“Lepas saya beri keterangan kita ada keluar makan dia (Shazryl Eskay) marah-marah pasal Anwar, sebab tak mau jadi saksi dia . Dia maki hamun Anwar, kata apa jadi pun saya akan jatuhkan Anwar. Dia kata Anwar ada ambil duit yang sepatutnya untuk dia. Dia kata dia dah banyak tolong Anwar. Anwar tak guna, sedangkan dia tolong macam-macam.
“Dia kata dia bawa Anwar ke Singapora guna kereta kerabat diraja Johor pada tahun 90an pergi buat DNA. Shamsidar dan anak-anak semua dia bawa tiba-tiba Anwar tak mau bantu dia,” kata Mohamad Mahti yang ‘diarahkan’ pihak Anwar untuk membantai Eskay dalam isu video seks tersebut.
Kata-kata Mahti itu diucapkan secara jujur, tanpa menyedari implikasi besar kepada pihak yang disokongnya itu.
Sumber: AIDC
Penduduk Gombak Berang Dengan Ustaz PAS Yang Sentiasa Mainkan Wayang Dalam Masjid!
Tidak tahan dengan sikap seorang imam di Masjid Lama Batu 6 di Kampung Kerdas, Gombak yang sering menjadikan masjid sebagai tempat berpolitik dan memburuk-burukkan kerajaan, lebih 100 penduduk kampung itu mengadakan demonstrasi bagi mengusir imam terbabit hari ini.
Demonstrasi aman sambil membawa sepanduk itu diadakan di pekarangan masjid berkenaan, selepas solat Jumaat, kira-kira pukul 2 petang.
Ketua Kampung Kerdas, Zakaria Mohd. Yusuf mendakwa, imam berkenaan, Wan Mohd. Nasir Wan Abd. Wahab telah bersikap biadab apabila menghina dan mencemuh jemaah termasuk warga emas.
Jelasnya, selain itu, Wan Mohd. Nasir turut memperlekehkan martabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan mengatakan teks khutbah Jumaat yang dibekalkan ketinggalan zaman.
"Dia lebih selesa membaca khutbah yang diolah sendiri dengan menyelitkan isu sensitif dan fahaman politik.
"Dia juga menghasut dan memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) serta mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat," katanya ketika ditemui di pekarangan masjid itu hari ini.
Menurutnya, semua tindakan imam itu dilakukan ketika dia menyampaikan tazkirah dan khutbah Jumaat.
Selain itu, Zakaria memberitahu, Wan Mohd. Nasir turut memburukkan imam satu masjid berkenaan, Habib Hashim dengan menuduhnya terbabit menyeleweng wang masjid tanpa bukti.
"Dia menggunakan pembesar suara untuk menyerang Habib sehingga kedengaran di persekitaran Masjid Lama Batu 6, Gombak," katanya.
Jelas beliau, perbuatan Wan Mohd. Nasir itu mengundang kemarahan dan rasa tidak puas hati penduduk kampung dan sekitar yang menggunakan masjid itu untuk beribadat.
Zakaria berkata, selaku wakil penduduk kampung dan sekitar, pihaknya berharap Jabatan Agama Islam Daerah dan JAIS supaya mengambil tindakan sewajarnya terhadap Wan Mohd. Nasir.
Jelas beliau, kehadiran Wan Mohd. Nasir selaku imam kedua masjid berkenaan hanya akan mengeruhkan lagi keadaan dan hubungan antara jemaah dengan rumah suci itu.
Puak PAS bila di beri kuasa macam nilah jadinya!
Mat Sabu Perlu Pohon Maaf Kepada Sultan Kedah! :Titah Baginda Sejarah Negara Tidak Wajar Dipolitikkan. #marxsabu
Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini bertitah bahawa mana-mana pihak tidak wajar mempolitikkan sejarah negara, sebaliknya menjadikan ia sebagai panduan hidup.
Baginda bertitah sejarah menjadi inti kepada jati diri dan ia merupakan kompas hidup seseorang.
"Sejarah tidak wajar dipolitikkan. Jika sejarah menyatakan komunis menyerang rakyat dan anggota keselamatan suatu ketika dahulu, janganlah pula kita menyatakan sebaliknya dan menghalalkan kekejaman komunis.
"Beta melihat anak-anak muda terlalu berorientasikan masa depan. Memang banyak kebaikan kita memikirkan masa depan, kita akan berusaha mengejar cita-cita dan bersungguh-sungguh melaksanakan sesuatu kerja," titah baginda pada majlis Konvokesyen ke-24 Universiti Utara Malaysia (UUM).
Bagaimanapun, titah baginda terlalu berorientasikan masa depan juga mempunyai keburukan kerana kita akan melupai fakta sejarah.
"Seperti kata ahli falsafah barat, mereka yang tidak mempelajari sejarah akan didera dengan mengulangi segala kesalahan dahulu," titah Sultan Kedah.
Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu harus memohon maaf kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kerana beliaulah orang pertama yang mempolitikkan sejarah negara!
Video URL: http://youtu.be/ItcuiUCw4qY
Subscribe to:
Posts (Atom)