Monday, October 24, 2011

[video] Pentas PATRIOT: Khairy - Pengganas Komunis Bukannya Wira


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya mengadakan program jelajah itu bagi memberi kesedaran kepada golongan muda mengenai sejarah sebenar perjuangan mempertahankan kemerdekaan negara.

"Pengganas komunis bukannya wira dan mereka tidak boleh diagungkan kerana telah membunuh banyak nyawa orang Melayu, Cina dan India," katanya selepas menjayakan program itu di Dataran Majlis Perbandaran Muar (MPM), Bukit Kepong kemarin.

Khairy berkata, program Pentas Patriot akan diperluaskan ke setiap negeri dan Sungai Siput, Perak akan menjadi destinasi kedua siri jelajah itu.

Kerajaan Punya Bukti Mat Indera Anggota Komunis- DS Najib


Kerajaan mempunyai bukti kukuh bahawa Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) berdasarkan rakaman tembualnya dengan anggota polis serta catatan sebuah buku, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata berdasarkan rakaman temubual itu yang kini berada dalam simpanan polis, Mat Indera sendiri mengaku mempunyai fahaman dan ideologi komunis selain terlibat merancang dan menembak anggota polis dalam insiden Bukit Kepong di Muar pada 1950.

“Saya sudah buat siasatan dan kita sudah ada bukti untuk diberitahu kepada rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Perdana Bersama Perdana Menteri Dengan Pesara Dan Bekas Polis di Pusat Dagangan Dunia Putra kemarin.

Najib berkata selain rakaman, terdapat sebuah buku bertajuk “New Light on the Malayan Communist Party” oleh C.C.Chin dan Karl Hack, dengan setiausaha agung PKM Chin Peng sendiri memberitahu bahawa Mat Indera adalah anggota parti berkenaan.

“Kalau hendak angkat orang seperti ini (Mat Indera), salah tafsir sejarah, menidakkan keperwiraan, ini tidak betul. Kerajaan Barisan Nasional akan tetap mempertahankan perwira negara sampai bila-bila.

“Tegas Najib, rakyat perlu sedar bahawa hanya pejuang kemerdekaan sebenar yang akan dikenang dan dipertahankan, bukannya komunis seperti yang didakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, yang menyatakan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan.

“Saya hairan dan pelik apabila ada pihak cuba mengagungkan komunis yang kononnya memperjuangkan kemerdekaan negara, tetapi hakikatnya pejuang yang sebenar adalah polis dan tentera, bukan komunis,” katanya.

Beliau mempersoalkan apakah muslihat pemimpin berkenaan yang cuba mengagungkan komunis.

Najib turut menyifatkan mereka yang menyalah tafsir sejarah negara serta menidakkan, mencemuh dan memperlekeh jasa dan pengorbanan anggota keselamatan negara, sebagai melakukan kesalahan yang tidak boleh diampunkan.

Ditanya sama ada rakaman tersebut akan didedahkan kepada umum, ketika siding akhbar kemudian, Najib berkata ia bergantung kepada keperluan.

Mengenai sama ada kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyokong kenyataan Mat Sabu, Najib berkata soal undang-undang adalah isu lain kerana apa yang lebih penting adalah sikap mereka yang mempertikaikan pengorbanan pejuang keamanan negara.

“Tindakan undang-undang hanya jika mereka salah di sisi undang-undang… tetapi sikap itu yang perlu dijawab melalui pendirian,” katanya.

Sunday, October 23, 2011

Ramas Buah Dada: Guan Eng Mengelabah Apabila TS Muhyiddin Cabar Buat Laporan Polis


Untuk menyelamatkan diri, Guan Eng kini dilihat mengguna taktik menyerang kepada sesiapa sahaja yang cuba menyentuh isu pencabulan buah dada ini. 

DAP Semakin Terdesak dan Mengelabah!

Ketua publisiti DAP Tony Pua hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya bertindak ke atas timbalannya kerana "memberi sokongan tersirat" kepada blogger pro-Umno yang memfitnah anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam dipetik oleh agensi berita nasional Bernama sebagai berkata: "Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama."

Muhyiddin juga meminta Lim membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Beliau berkata sudah menjadi kecenderungan parti pembangkang untuk meletakkan semua kesalahan ke atas UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Beliau merujuk kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang menyalahkan penulis blog pro-UMNO yang mendakwa anak lelakinya itu mencabul kehormatan seorang rakan pelajar wanita berusia 16 tahun dan cuba melepaskan diri dari hukuman.

Terdahulu Karpal Singh pula mengugut akan membuat laporan polis esok dan terus akan menyaman Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin kononnya atas dasar fitnah jenayah (criminal defamation), jika Khairy tidak meminta maaf kepada Guan Eng dan anak beliau didalam tempoh 24 jam.

Sebenarnya dalam kes ini yang bersalah ialah Guan Eng dan anaknya... Karpal Singh cuba pusing cerita untuk meraih simpati kepada rakyat. Ini adalah satu politik murahan menunding jari kepada orang lain... sekiranya ada kesalahan, Karpal perlu mencari apa punca utama terlebih dahulu.

Jangan salahkan sesiapa. Sudah menjadi lumrah pembangkang dan Pakatan, apabila mereka ada masalah sendiri, mereka mula menyalahkan UMNO!


Hah! Guan Eng gelabah! TPM pertahankan KJ.. Ini bermakna perkara tersebut ada kebenarannya! Kita tunggu sahaja nanti! zaaaaaaazzz!!

[video] Pentas PATRIOT Bukit Kepong: Kekejaman Komunis


Wira negara yang juga penerima Pingat Gagah Berani, Datuk Kanang menyifatkan keamanan yang dikecapi negara pada masa kini adalah hasil kejayaan anggota tentera dan polis yang banyak berkorban bagi menentang musuh terutama pengganas komunis yang hanya menimbulkan kekacauan dan perpecahan dalam masyarakat.

[video] Hukum Hudud PAS Benarkan Liwat Isteri!


Sidang Dewan Rakyat digemparkan dengan pendedahan seorang Ahli Parlimen bahawa hukum hudud yang diluluskan Pas semasa memerintah Terengganu pada 2004 membenarkan suami meliwat isteri dan ia tidak menjadi kesalahan di bawah undang-undang jenayah syariah itu.

Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berkata, perkara itu tercatat di dalam Seksyen 14 enakmen berkaitan kesalahan meliwat di dalam undang-undang hudud, qisas dan takzir yang digariskan oleh Kerajaan Pas Terengganu ketika itu.


“Yang paling saya terperanjat, ada berbelas-belas kesilapan yang bercanggah dengan Islam tetapi yang saya nak tunjuk, ini bukan datang daripada syariat Islam. Contoh, berkaitan dengan liwat. Disebut dalam ini (enakmen) liwat ialah Seksyen 14. Ini enakmen yang telah digazetkan.

“Tafsiran liwat (di dalam enakmen) ialah satu kesalahan yang merupakan persetubuhan antara seorang lelaki dengan seorang lelaki... kita faham la tu... atau antara lelaki dengan seorang perempuan yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

“Yang saya terperanjat dia (hukum hudud Pas) kata, ‘selain daripada isterinya’. Makna kata kalau seorang suami bersetubuh melalui dubur isteri, itu tak liwat dalam hudud Pas ini,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 di Dewan Rakyat kemarin.

Zulkifli turut mendedahkan di dalam enakmen itu turut menyebut berhubung pelantikan hakim-hakim yang turut membenarkan orang bukan Islam dilantik bagi undang-undang hudud serta perkara berkaitan qazaf yang melibatkan empat saksi bagi zina iaitu sekiranya salah seorang saksi menarik diri, maka tiga lagi saksi boleh dihukum.

Beliau berkata, pendedahan itu dilakukan bagi menunjukkan bahawa apa yang disebut oleh Pas sebagai hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti itu bukanlah hukum Allah, sebaliknya ia adalah rekaan mereka sendiri.

“Yang paling saya takut adalah kenyataan seorang tokoh politik Pas senior pada saya bahawa memang sengaja dibuat silap-silap ini supaya UMNO tolak. Bila saya check (periksa) balik, rupanya betul memang Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad) dulu tolak kerana ini bukan hudud Islam tetapi ini hudud Pas. Ada percanggahan jelas, isteri boleh diliwat dan lain-lain lagi,” jelas beliau.

Katanya, keputusan Dr. Mahathir yang menolak pelaksanaan hudud itu telah diputarbelitkan oleh pihak tertentu pada ketika itu.

Dalam pada itu, pendedahan Zulkifli mengenai perkara berkaitan liwat itu menyebabkan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) bangun mencelah sambil mendakwa kenyataan Zulkifli itu sebagai satu tuduhan lalu meminta supaya beliau dan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang turut mengulangi kenyataan Zulkifli itu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Hukum Liwat Isteri


Meliwat Isteri atau memasukkan zakar ke dubur isteri adalah haram. Banyak dalil dari Al-Quran dan Hadis yang menyatakan hukum meliwat isteri ini. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :


“Berjimaklah melalui depan atau melalui belakang. Jauhi dari memasukkan zakar ke dalam dubur dan berjimak semasa haid.”(Riwayat An-Nasai)