Friday, March 23, 2012

Mahasiswa Bodoh Hadiahkan Batu Nesan Kepada Kementerian...


Hanya kira-kira 15 orang Mahasiswa Universiti yang mewakili Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hadir ke pejabat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Putrajaya. Tujuannya adalah untuk menyerahkan Memorandum Menuntut Pilihanraya Kampus agar segera diadakan.

Memorandum berkenaan diserahkan kepada En Khairi Abdul Malek, Setiausaha Politik kepada Menteri KPT, DS Khaled Nordin. Yang paling melucukan apabila mereka turut menghadiahkan batu nesan kepada Menteri KPT.

Baca lagi...

Wanita No 2, Kamilia Ikrar Setia


Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim akhirnya berikrar untuk bekerjasama dengan ketuanya Datuk Seri Shahrizat Jalil tetapi enggan menarik balik gesaan berundur yang disuarakannya sebelum ini.Katanya, tindakan itu bagi memastikan kepimpinan pergerakan itu sentiasa utuh di semua peringkat untuk memastikan kejayaan Umno dalam pilihan raya umum akan datang.

Sebagai pemimpin nombor dua dalam Wanita Umno, menjadi kewajipan baginya untuk memastikan kemenangan BN, terdahulu Kamilia sebagai menggesa Shahrizat supaya melepaskan jawatan ketua Wanita Umno demi menjaga kredibiliti parti, sayap, BN dan kerajaan.

Karikatur KJ Rentap Anwar Ibrahim!


Anwar terus berdolak-dalik berhubung kenyataannya menyokong segala usaha bagi melindungi keselamatan negara Israel yang dibuat menerusi satu wawancara dengan The Wall Street Journal (WSJ) pada 26 Januari lalu.

Berikut adalah kenyataan asal Ketua Pembangkang itu seperti yang disiarkan dalam wawancara WSJ itu:

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.

Terjemahan: "Saya menyokong segala usaha bagi melindungi keselamatan negara Israel."

Namun beliau tidak mengesahkan akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi (Israel), satu langkah yang menurutnya tertakluk sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin.

Sikap dolak-dalik Anwar itu terserlah apabila Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin ketika persidangan mendedahkan bahawa sokongan Ketua Pembangkang itu terhadap usaha melindungi keselamatan Israel adalah bersifat mutlak dan bukannya bersyarat.

Menurut Khairy, apa yang dinyatakan Anwar itu amat jelas kerana maksud contingent (syarat) oleh WSJ bukan merujuk kepada sokongannya melindungi keselamatan Israel sebaliknya merujuk kepada pertanyaan sama ada Anwar mahu mengiktiraf negara Israel atau tidak.

Walaupun mendapat desakan pelbagai pihak yang mahu Anwar menarik balik kenyataannya itu selain meminta beliau menjelaskan mengenai apa yang diperkatakannya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tetap berdegil untuk tidak berbuat demikian sambil memberi pelbagai alasan mengenainya.

Malah, Anwar tidak mahu menyaman WSJ berhubung penyiaran artikel itu serta enggan memohon maaf kepada umat Islam yang rata-rata terguris hati dengan kenyataan itu.

ANWAR MANA MAU LARI????

Parti Keadilan Rakyat Parti Berbilang Bangsa Taiko Yang Racist


Parti Keadilan Rakyat Parti Berbilang Bangsa Yang Racist

Merujuk kepada laporan yang disiarkan oleh Malaysia Today dan The Choice

(http://malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/48170-karpal-singh-now-facing-calls-to-quit-from-inside-pkr- )


Kita lihat bagaimana sekumpulan ahli PKR berbangsa India menyarankan supaya Karpal Singh bersara kerana melihat kepada usia Karpal Singh yang sudah tua.

Pertama , mereka tidak menghargai jasa dan perjuangan Karpal Singh yang sudah lama berjuang untuk pembangkang selama berdekad – dekad lamina.

Kedua , mereka tidak menghormati golongan pemimpin veteran dalam Pakatan Rakyat.

Ketiga , kalau benar Karpal Singh sudah tua maka bukankah pemimpin seperti Nik Aziz , Anwar , Lim Kit Siang dan banyak lagi pemimpin tua dalam Pakatan Rakyat perlu berundur ?


Keadaan ini bertambah parah apabila ahli PKR cuba untuk memainkan isu perkauman dalam isu persengketaan antara Karpal Singh dan Ramasamy.

Mereka memanggil sidang akhbar di Petaling Jaya dan cuba untuk memecahkan perpaduan dalam kalangan masyarakat India sendiri.

He may be a ‘King’ to the Sikh community, but not to the Indian community,” Saminathan, no doubt referring to the Bollywood hit film ‘Singh is King’ (2008).

Pertama , bukankah selama ini Pakatan Rakyat menjerit kepimpinan tanpa mengira bangsa? Maknanya jika seseorang itu adalah pemimpin India maka pemimpin tersebut adalah pemimpin kepada Melayu , Cina , India , Kadazan , Bidayu dan pelbagai lagi bangsa di Malaysia. Namun mengapa dalam isu ini wujud kenyataan seperti pemimpin Sikh bukan pemimpin kepada masyarakat India di negara kita?

Kedua , apakah pada hari ini PKR cuba untuk membezakan status quo sesama komuniti India sendiri? Kenyataan ahli PKR jauh lebih racist berbanding dengan PERKASA Ibrahim Ali kerana sekurang – kurangnya Ibrahim Ali racist terhadap bangsa lain tetapi kenyataan ahli PKR racist dalam komuniti mereka sendiri.

Ketiga , ahli – ahli PKR yang cuba untuk menghina masyarakat Sikh dengan perlambangan Bollywood Singh is King perlu meminta maaf kepada semua masyarakat Sikh di Malaysia.


Dalam isu ini juga apakah PKR cuba untuk menjadi Taiko dalam Pakatan Rakyat sehinnga ahli mereka sendiri berani bersuara untuk menyuruh Pengerusi DAP Malaysia untuk meletak jawatan?

Pertama , apakah pada hari ini Anwar Ibrahim ingin membalas dendam terhadap Karpal Singh yang pernah suatu ketika dahulu pernah disuruh oleh Karpal Singh untuk meletak jawatan sebagai pemimpin umum Pakatan Rakyat kerana sudah menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat sehingga anak buahnya menyuruh Karpal Singh meletak jawatan atas alasan yang sama?

Kedua , apakah pada hari ini PKR begitu berkuasa sehingga ahli mereka begitu berani sehingga berani untuk campur tangan dalam urusan parti DAP? Apakah pada hari PKR tidak menghormati kedaulatan parti DAP dalam Pakatan Rakyat?

Ketiga , bukankah dalam isu ini kepimpinan tertinggi PKR perlu mengambil tindakan disiplin terhadap ahli mereka yang bersikap kurang ajar terhadap pemimpin tertinggi DAP ? Bukankah ahli – ahli PKR yang begitu biadap menentang seorang Pengerusi Parti DAP perlu meminta maaf kepadanya?

Konklusinya , apakah benar pada hari ini Pakatan Rakyat merupakan model perpaduan dan berbilang bangsa yang ideal apabila perkauman mereka sehingga memecahbelahkan erti perpaduan dalam komuniti sendiri dalam sesuatu masyarakat?

Shen Yee Aun

Pengarah Unit Politik SYA

Thursday, March 22, 2012

PKR Dakwa Tanpa Undi India, PR Masih Kekal Di Kedah


RADIO Kedah kelmarin menyiarkan temuramah dengan Ahli Parlimen Sungai Petani dari PKR, Johari Abdul yang mendakwa Pakatan Rakyat masih mampu mengekalkan kuasa di Kedah, walaupun tanpa sokongan dan undi dari masyarakat India.

Kenyataan ini menunjukkan betapa bongkak dan takburnya Johari Abdul dengan tahap kekuatan Pakatan Rakyat di Kedah sekarang sehingga memandang rendah keupayaan pengundi kaum India dan sumbangan mereka kepada pembangunan negeri tersebut.

Sedangkan kita semua tahu bahawa Kedah adalah antara negeri yang bakal terlepas semula ke tangan Barisan Nasional, bukan sebab kekuatan BN tapi kerana kegagalan PAS dan Pakatan Rakyat menunjukkan prestasi pemerintahan yang baik, dibanding dengan kerajaan BN sebelumnya. Cakap memang banyak tapi satu apa tak dibuat. Tak kira lagi perbalahan dalam kerana masing-masing mabuk nak menjadi Menteri Besar.

Dulu bolehlah, masa jadi pembangkang, semua pun digebang besar-besaran. Itu boleh ini boleh. Tapi bila dah jadi kerajaan baru tahu susahnya nak menguruskan kerajaan.

Kalau pun ada ‘sumbangan’ PAS di Kedah yang boleh diingati rakyatnya ialah kejadian banjir kilat yang kerap, hasil dari penggondolan hasil hutan (terutama balak) di Kedah sejak PAS mengambil alih.

Walaupun kita tahu, kenyataan Johari Abdul itu terhasil dari rasa tidak puas hatinya kepada Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang mengisytiharkan keluar PKR pada tahun sudah, tapi tidak wajarlah dia mempalitkan tindakan tersebut kepada seluruh masyarakat India di Kedah.

Undi, walaupun satu, mampu memberi kesan kepada keputusan pilihanraya di kawasan tersebut.

Johari Abdul sedar, hilai tawanya bersama trio Datuk T dalam kes pendedahan video lucah yang membabitkan Anwar Ibrahim, sedikit sebanyak sudah mencalarkan imejnya sebagai penyokong setia Anwar. Di belakang buat main lagi tunduk patuh pada Anwar ya, dibelakang, dialah yang paling hebat mengata.

Semua inilah sebenarnya yang mengurangkan ‘nilai’ Johari Abdul untuk dicalonkan semula sebagai Ahli Parlimen dalam kempen pilihanraya umum akan datang. Dia tahu itu, maka itu dia banyak membuat kenyataan-kenyataan yang sebenarnya boleh merosakkan PKR dari luar dan dalam.

Malangnya orang India pula dijadikan subjek kecama Johari Abdul dalam usahanya mensabotaj PKR dari dalam.

Orang India di Kedah sepatutnya mengambil kenyataan Johari Abdul ini dalam menentukan kerajaan mana yang mahu dipilih dalam pilihanraya akan datang. Malulah orang India jika peranan dan kepentingan mereka di pandang mudah dan rendah oleh parti yang memerintah. Walhal sebagai warganegara, orang India mempunya peranan dan fungsi besar memajukan negate ini, tidak terkecuali negeri Kedah – walaupun populasi mereka di negeri tersebut adalah kecil.