Wednesday, March 28, 2012
Kerajaan Buka Tender Ambil Alih Projek Pusat Fidlot Nasional
Kerajaan akan membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.
Beliau berkata kementerian itu serius untuk memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini.
Menurutnya, cadangan mempelawa syarikat lain meneruskan projek itu telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta diminta memastikan projek
itu diteruskan.
"Kita telah melantik juruaudit bebas kerana kita serius (untuk teruskan projek ini). Kita juga dalam proses kedua iaitu membuka tender projek untuk diteruskan oleh mana-mana syarikat yang berminat," katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.
Isu NFC berbangkit apabila didakwa telah menyalah guna peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek pengeluaran daging. - Bernama
Tuesday, March 27, 2012
KJ Dilantik Pengerusi PUNB Berkuatkuasa 1 April @khairykj
Alhamdullilah dan sekalung tahniah diucapkan kepada Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin.
Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB)pada Selasa mengumumkan pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai pengerusinya yang baru berkuat kuasa 1 April.
Pelantikan itu dibuat oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera dalam mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac tahun ini, kata PUNB dalam satu kenyataan di sini, Selasa.
Khairy, yang juga Ahli Parlimen Rembau, mempunyai pengalaman dalam sektor perbankan pelaburan dan sektor perkhidmatan awam.
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional itu mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi dari University of Oxford pada 1997 dan memperolehi Ijazah Sarjana Perundangan dan Teori Politik dari University College London pada 1998.
Khairy akan menggantikan Tan Sri Abu Bakar Mohd Noor yang menamatkan perkhidmatannya pada 29 Februari tahun ini setelah berkhidmat sebagai Pengerusi di PUNB sejak 1998.
PUNB turut merakamkan setinggi penghargaan kepada Abu Bakar di atas segala jasa dan khidmat beliau semasa menerajui PUNB.
Geran Selangorku RM300 Juta... Apa Khalid Nak Kata?
PERSOALAN yang ditimbulkan oleh ADUN Bebas dari Gombak Setia, Datuk Dr. Hasan Ali berhubung perbelanjaan sebanyak RM 300 juta untuk program geran Selangorku, memang menarik untuk menjadi topik perbincangan kita hari ini.
Pertama untuk menunjukkan bahawa bajet berimbang yang dibentangkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan negeri Selangor November lepas adalah ‘wayang’ semata-mata. Taktiknya, masa bentang bajet, mesti mau tunjuk itu bajet berimbang konon kerajaan Selangor punya standard belanja berhemah, sedangkan sepanjang tahun itu, setiap kali ada sesi DUN, kerajaan negeri akan mengemukakan bajet tambahan.
Hujung tahun nanti, bajet kerajaan negeri akan ditutup dalam keadaan defisit (belanja lebih dari apa yang dibentang dalam belanjawan).
Inilah taktiknya yang selalu digunakan Pakatan Rakyat untuk menipu rakyat selama 4 tahun memerintah Selangor ini. Penulis percaya, taktik sama digunakan di negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat yang lain juga, melainkan Kelantan sebab negeri itu sentiasa sahaja tak berduit.
Keduanya tentang sumber. Inilah persoalan yang dibangkit Hasan Ali, dari mana sumber wang ini datang kerana ia tidak dalam dalam akaun Menteri Besar Incorporated (MBI) kerana dalam pembentangan bajet lepas, Khalid mengatakan perbelanjaan untuk geran ini akan ditampung oleh MBI.
Sedangkan Khalid telah melancarkan program ini pada Februari lepas, untuk dilaksanakan pada bulan Mac tapi seperti yang dikatakan oleh Hasan Ali, wang tersebut tidak lagi dicatat dalam akaun MBI. Sekarang sudah 27hb Mac tau, mana wang itu sudah pergi?
Jawapan Khalid bahawa Exco telah dimaklumkan Februari lepas, itu tidak memuaskan hati kita atas sebab selain dari tidak menjawab soalan, rakyat tidak kira latar belakang perlu dimaklumkan sumber pembiayaan tersebut. Kalau segelintir Exco sahaja dimaklumkan, itu adalah satu kezaliman kepada rakyat kerana Exco hanya mewakili pentadbiran kerajaan negeri sedangkan DUN mewakili rakyat. Seharusnya DUN dimaklumkan terlebih dahulu, bukan setakat Exco sahaja.
Lagipun dalam Exco semua ‘yes’ man. Tiada bantahan walaupun ada yang tidak kena, maklumlah, takut hilang jawatan.
Tindakan mendedahkan butiran sumber mana wang ini datang kepada Exco sahaja menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan geran Selangorku ini. Apa yang cuba disembunyikan? Adakah geran ini sebenarnya untuk menampung perbelanjaan pilihanraya Pakatan Rakyat dalam kempen PRU akan datang?
Bukankah Pakatan Rakyat Selangor selalu mencanangkan bahawa mereka adalah kerajaan yang telus dan terbuka, tiada noda walaupun seinci? Kenapa pula dalam hal menjelaskan sumber wang RM 300 juta ini, mereka tidak bersikap telus dan terbuka?
Kita perlu ingat, Selangor pada tahun ini baru sahaja mendapat durian runtuh kerana kerajaan persekutuan telah meluluskan pembayaran sebanyak RM 800 juta sebagai pampasan untuk pengambilan tanah bagi tujuan pembinaan Putrajaya. Tapi wang ini telah dimasukkan Khalid Ibrahim ke dalam akaun simpanan kerajaan negeri yang dibanggakan sangat itu kerana pertama kali dalam sejarah Selangor mempunyai simpanan mencecah RM 1.9 billion.
Justeru penulis tidak rasa Khalid akan menggunakan wang ini untuk tujuan pembiayaan program tersebut kerana itu akan hanya mengurangkan simpanan kerajaan negeri yang dibanggakan sangat tu.
Selain itu, dari segi prinsipnya, hanya kerajaan yang nak bankrap sahaja menggunakan wang simpanan untuk perbelanjaan pengurusan.
Ini menjelaskan kenapa soalan Hasan Ali ini penting untuk dijawab Khalid Ibrahim, bukan mencari jalan untuk mengalihkan isu (divert). Rakyat tidak mahu tahu sama ada Exco sudah dimaklumkan atau tidak, ini bukan wang Exco tapi wang rakyat.
Jadi Khalid, kami menanti jawapanmu.
Video Dr Hasan Mahu Tahu Fifa Anak Siapa?
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mencabar Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali membuat penjelasan terhadap lima perkara termasuk sumber kewangan Ahli Parlimen Gombak itu serta isteri, Shamsidar Taharin yang membeli saham bernilai RM2 juta antara tahun 1992 hingga 1994.
Sedangkan, kata Hasan, Azmin ketika itu yang bekerja sebagai setiausaha sulit hanya menerima gaji kira-kira RM2,000 sebulan.
Beliau berkata, Azmin juga dicabar menafikan jika dakwaan Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S. A. Vickneswaran bahawa Timbalan Presiden PKR itu serta isterinya termasuk seorang ipar memiliki saham bernilai RM8.5 juta pada awal tahun 1990-an adalah tidak benar.
Hasan juga mencabar Azmin untuk menyahut cabaran blogger untuk membuat ujian DNA dijalankan kepada anak yang bernama Farah Afifa di klinik yang di iktiraf.
Monday, March 26, 2012
Anwar Fail Saman RM100 Juta Terhadap Nalla
Nampak gaya macam sudah ON. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Senator Datuk S Nallakarupan akan berentap di mahkamah kerana dakwaan biseksual. Ketua Umum PKR itu pagi Isnin fail saman fitnah RM 100 juta terhadap bekas rakan tenisnya zaman beliau Timbalan Perdana Menteri kerana buat dakwaan itu dan juga akhbar Utusan Malaysia kerana siar dakwaan itu.
Saman berkenaan difailkan di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Nalla Isnin lalu membuat dakwaan itu menerusi satu sidang akhbar. Khamis Anwar menghantar surat tuntutan RM100 juta padanya dan Utusan.Sabtu Nalla cabar Anwar samannya kerana sangat mahu bersemuka dengannya di mahkamah.
Apa yang menjadi tandatanya ramai sekarang apakah perbicaraan kes ini boleh cepat diadakan yakni sebelum pilihanraya umum ke 13 yang perlu diadakan sebelum April 2013.
Kebiasaanya penetapan perbicaraan kes ambil masa berbulan manakala prosidingnya pula boleh mereleret lama.Contohnya apa yang berlaku semasa perbicaraan kes liwat Saiful Bukhari Azlan.
Jadi hasrat rakyat Malaysia untuk tahu kedudukan dakwaan dan cabaran antara dua bekas sahabat itu besar kemungkinan tidak selesai sebelum PRU13.
Nalla dalam sidang akhbarnya Sabtu kata Anwar tidak pernah samannya sebelum ini sekalipun sudah membuat pelbagai dakwaan sejak keluar PKR pada tahun 2007.
Beliau mendakwa Anwar ambil tindakan undang-undang keatas dakwaan biseksual ini semata-mata kerana PRU13 sudah dekat.
Kata Nalla beliau akan mendedahkan segalanya tentang Anwar di mahkamah nanti.-Agendadaily
Subscribe to:
Posts (Atom)