Friday, May 4, 2012
Gabungan Mahasiswa UiTM Desak Naib Canselor Bertindak Ke Atas Khalid Mohd Ismath
Gabungan Persatuan Mahasiswa UiTM (Waris Wawasan) hari ini bertindak menyerahkan memorandum kepada Naib Canselor UiTM Prof. Dato Ir. Sahol Hamid Abu Bakar bagi mendesak pihak UiTM mengenakan tindakan kepada Khalid Mohd Ismath yang telah mencemarkan nama baik kampus UiTM ekoran tindakan beliau mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan ketika demontrasi Bersih 3.0.
Memorandum yang diserahkan oleh Pengerusi Waris Wawasan Mohd Noraizat Norazam itu antara lain mendakwa Khalid Mohd Ismath yang telah banyak kali bertindak di luar batasan telah membawa satu perjuangan yang bertentangan serta boleh memudaratkan keharmonian kampus UiTM dan negara.
Selain menyerahkan memorandum kepada Nasib Canselor UiTM, Noraizat turut menyerahkan dua lagi memorandum iaitu kepada Yang di Pertuan Agung serta Menteri Besar Selangor.
Sementara itu, Naib Canselor UiTM ketika ditemui pemberita mengakui bahawa tindakan pelajar Tahun 2 Jurusan Undang-Undang iaitu Khalid Mohd Ismath itu telah mencemarkan nama baik UiTM.
"Berdasarkan laporan yang diterima, jelas Khalid melakukan perkara yang salah serta bertentangan dengan undang-undang yang termaktub, jadi kita akan siasat dan lihat apa tindakan seterusnya" katanya kepada para wartawan. - YY
Aksi Panas Azmin: 'No Comment'... Zuraida Kecewa MB Selangor Lepas Tangan
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin kecewa dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ekoran sikap sambil lewanya berhubung penyiaran berita dan gambar yang mengaitkan pemimpin kanan parti itu melakukan aksi panas bersama seorang wanita.
Menurut Zuraida, ulasan ringkas Abdul Khalid boleh memberi ruang kepada masyarakat untuk membuat tafsiran negatif terutama apabila ia membabitkan dakwaan isu moral Timbalan Presiden parti, Mohamed AzminAli.
"Saya beranggapan respon Menteri Besar terhadap isu Azmin agak mengecewakan bagi pihak kami.
"Sebagai seorang pimpinan dan Menteri Besar yang dilantik oleh parti, beliau tidak boleh memberi jawapan seolah-olah mahu lepas tangan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR.
Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid pada sidang medianya Rabu lalu yang hanya menjawab 'no comment' apabila ditanya pemberita mengenai isu penyiaran gambar dan berita yang mengaitkan Mohamed Azmin bersama seorang wanita.
Selasa lalu, beberapa laman blog menyiarkan siri gambar yang memaparkan aksi panas seorang lelaki pemimpin pembangkang dengan wanita termasuk melakukan seks oral di dalam sebuah tandas.
Nota... Zuraida buat-buat tak tahu siapa sebenarnya yang sebarkan gambar Azmin diblowjob tu pula...
Jenazah Bob Kuman Disemadikan di Rantau
Jenazah pelakon Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi telah dibawa ke Kampung Sega Tengah, Rantau, Negeri Sembilan untuk disemadikan setelah disolatkan di Masjid Kota Damansara, jam 9.30 malam semalam.
Jenazah dibawa dengan van jenazah Masjid Kota Damansara yang bertolak jam 9.50 malam semalam.
Bob Kuman disahkan meninggal dunia di rumahnya di Apartmen Salvia, Seksyen 11 Kota Damansara, jam 4.38 petang Khamis.
DS Najib: Bersih 3.0 Cubaan Guling Kerajaan
Perhimpunan badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang berhampiran Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, Sabtu lepas, adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata tindakan itu menunjukkan pihak yang terlibat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah.
"Mereka ada niat untuk tawan Dataran Merdeka, bukan berhimpun untuk dua tiga jam tetapi dua tiga hari atau lebih daripada itu, nak gambarkan kerajaan tidak boleh mengawal keadaan.
"Mereka nak jadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir di Mesir," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik di sini, hari ini.
Perdana Menteri yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini, berucap di hadapan lebih 30,000 orang yang mula menunggu ketibaan beliau sejak pukul 7 pagi di padang Pusat Sivik itu.
Hadir pada majlis tersebut antaranya Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
Perdana Menteri berkata kerajaan tidak boleh berkompromi dengan kumpulan tersebut yang cuba menumbangkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah.
Beliau berkata dalam cubaan kumpulan terbabit menawan Dataran Merdeka, mereka telah bertindak ganas antaranya mencederakan anggota polis dan wartawan serta merosakkan kenderaan polis dan harta awam.
Semalam, Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat Cabang Rasah, R.Tangam merupakan orang pertama didakwa di mahkamah atas tuduhan melanggar perintah Mahkamah Majistret berhubung larangan menyertai perhimpunan yang bertukar ganas Sabtu lepas.
Hari ini, polis menyiarkan gambar 49 individu yang dikehendaki polis dalam akhbar-akhbar tempatan yang disyaki terbabit dalam pelbagai kesalahan sepanjang perhimpunan itu.
Perdana Menteri berkata kumpulan tersebut menyalahkan polis yang didakwa menyebabkan tercetusnya kekecohan pada perhimpunan tersebut.
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional mencabar kumpulan itu agar bersaing melalui saluran pilihan raya.
"Kepada kumpulan ini, bersainglah di peti undi, kalau anak jantan bersainglah di peti undi.
"Saya tidak nafikan ada sedikit sebanyak kekasaran oleh polis, tetapi perkara ini boleh dielakkan jika mereka hormati undang-undang yang diluluskan Parlimen," katanya.
Perdana Menteri berkata kerajaan telah menawarkan lokasi yang sesuai untuk mereka berhimpun secara aman termasuk di Stadium Merdeka tetapi mereka menolak tawaran itu.
"Mereka tolak Stadium Merdeka kerana niat mereka itu, kalau negara harmoni dan semua dalam keadaan baik, mereka tidak boleh duduk di takhta Putrajaya," katanya.
Sementara itu, Najib berbangga dengan orang ramai termasuk penduduk di Gua Musang, yang membanjiri padang Pusat Sivik itu, yang dapat berhimpun secara aman dengan semangat perpaduan yang tinggi tanpa mencetuskan keadaan huru hara.
"Saya tabik kepada orang Gua Musang, kita boleh beritahu pada puak yang berhimpun dekat Dataran Merdeka bahawa orang Gua Musang lebih bertamadun daripada mereka.
"Mereka (penduduk Gua Musang) mencerminkan masyarakat madani, menghormati prinsip undang-undang dan tidak mahu kacau bilau," katanya. - Bernama
Debat Khairy VS Rafizi Akan Diadakan Secara Live Di Televisyen
Debat PTPTN antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, akan tetap diadakan bulan ini.
Penasihat Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali berkata, pada dasarnya kedua-dua mereka bersetuju meneruskan debat anjuran Sinar Harian itu.
“Sinar Harian sebagai penganjur, sedang mengatur format, masa dan tempat. Kami juga sedang cuba menyiarkan debat itu secara langsung di televisyen.
“Insya-ALLAH, dengan adanya siaran langsung, kita berharap lebih ramai rakyat Malaysia dapat mengikuti debat yang bersejarah ini,” katanya.
Kelmarin, Sinar Harian dihujani panggilan telefon dan pertanyaan melalui e-mel selepas mengumumkan penangguhan Debat PTPTN antara dua pemimpin muda daripada Umno dan PKR itu.
Sinar Harian, sebagai penerbit akhbar harian popular yang sebelum ini menganjurkan 13 siri Wacana Sinar, memutuskan untuk menangguhkan debat ini memandangkan suasana dan masa yang belum begitu sesuai.-SH
Subscribe to:
Posts (Atom)