Friday, May 4, 2012
Gabungan Mahasiswa UiTM Desak Naib Canselor Bertindak Ke Atas Khalid Mohd Ismath
Gabungan Persatuan Mahasiswa UiTM (Waris Wawasan) hari ini bertindak menyerahkan memorandum kepada Naib Canselor UiTM Prof. Dato Ir. Sahol Hamid Abu Bakar bagi mendesak pihak UiTM mengenakan tindakan kepada Khalid Mohd Ismath yang telah mencemarkan nama baik kampus UiTM ekoran tindakan beliau mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan ketika demontrasi Bersih 3.0.
Memorandum yang diserahkan oleh Pengerusi Waris Wawasan Mohd Noraizat Norazam itu antara lain mendakwa Khalid Mohd Ismath yang telah banyak kali bertindak di luar batasan telah membawa satu perjuangan yang bertentangan serta boleh memudaratkan keharmonian kampus UiTM dan negara.
Selain menyerahkan memorandum kepada Nasib Canselor UiTM, Noraizat turut menyerahkan dua lagi memorandum iaitu kepada Yang di Pertuan Agung serta Menteri Besar Selangor.
Sementara itu, Naib Canselor UiTM ketika ditemui pemberita mengakui bahawa tindakan pelajar Tahun 2 Jurusan Undang-Undang iaitu Khalid Mohd Ismath itu telah mencemarkan nama baik UiTM.
"Berdasarkan laporan yang diterima, jelas Khalid melakukan perkara yang salah serta bertentangan dengan undang-undang yang termaktub, jadi kita akan siasat dan lihat apa tindakan seterusnya" katanya kepada para wartawan. - YY
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Untuk menyedarkan si Bangsat Khaid Ismath ni, pecat saja dia. Ini membolehkan di serius dalam politik... itu pun kalau Anwar nak ambil dia bekerja sebab Anwar tentu tanak bermusuh dengan Polis. Kepada Khalid Ismath, jika menghadapi masalah keselamatan dimasa depan, usahlah cari Polis sebab silap2 polis semua akan bagi engkau penampar!! Kurang ajar memang wajib dibalas dengan tindakan kurang ajar juga.
berlembut dengn berlembik tidak sama. Ada orang, cara keras saja yang di faham. UiTM perlu mengambil tindakan disiplin terhadapnya.
UiTM tunggu apa lagi, buang je budak tu, bukti dah banyak. Jangan tunggu sampai mahasiswa2 lain rembat dia
khalid kouu baru dua tiga ari belajar undang2 dah tunjuk lagak x payah lah dok bentak2 org belajor dulu sampai abis ,,ksian mak bapak kou kan org senang nak tengok anak berjaya,,tp bangsat rupernyer,,,
mejoriti melayu beragama islam kt negara kita...kita tolak ketepi sekejap fahaman politik...kita bersatu....syiar islam akan dapat disebarkan dengan lebih baik..muhasabah diri masing2...apabila umat islam bertelagah kerana nk menunjukan siapa jaguh,siapa hebat...orang lain ambk kesempatan .musuh islam sentiasa mencari peluang..dari zaman nabi dan rasul hingga skrg..mcm2 contoh...kita jgn jdi seperti kejatuhan pemerintahan islam di spanyol ,seperti negara turki dan negara arab..semua kerana bertelagah sesama islam...mari kita bersama2 bersatu kerana allah..kerana kita sayang negara kita..mejoriti kita adalah melayu..beragama islam..
Post a Comment