Thursday, October 4, 2012

Tauke Aiskrim Bakal MB Selangor


Nampaknya Khalid Ibrahim terpaksa juga mula belajar menerima hakikat dirinya sudah tidak diperlukan lagi oleh PKR setelah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali membuka mulut membuat kenyataan, kemungkinan Selangor akan mendapat Menteri Besar baru selepas selesai PRU 13.

Azmin yang sebelum ini dikaitkan dengan aksi 'jual beli aiskrim' di dalam tandas sudah diketahui umum telah lama bercita-cita untuk menjadi MB dan seringkali cuba mengganggu gugat kelancaran pentadbiran Khalid di negeri itu.

Malah pendedahan oleh MB Selangor itu berhubung penemuan sebuah kamera pengintip di balik tabir langsir dalam pejabatnya sebelum ini juga berkait rapat dengan usaha-usaha terancang dalam PKR untuk menjatuhkan Khalid bagi digantikan dengan Azmin.

Melihat pada hubungannya yang rapat dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak sukar untuk kita fahami kenyataan terbaru Azmin ini tentunya sudah mendapat lampu hijau dari Anwar.

Mahu tidak mahu, Khalid sudah boleh menguburkan terus hasratnya menyambung khidmat sebagai MB untuk penggal kedua selepas PRU 13 nanti. Mungkin sementara menanti PRU 13 bermula secara rasmi, Khalid boleh memulakan tabiat seperti Anwar pula dengan berangan-angan untuk menjadi Menteri.

Dalam kenyataan kepada media itu juga, Azmin turut mengesahkan perkara tersebut telah dibincangkan oleh pemimpin tertinggi PR namun belum ada kata putus.

Ini bermakna, dikalangan ramai pemimpin PR sendiri kelihatannya lebih condong untuk meminggirkan Khalid dari jawatan MB walaupun seringkali bekas CEO Guthrie itu dipotretkan sebagai MB yang cemerlang khidmatnya.

Barangkali masing-masing juga sudah terlalu penat dengan pelbagai kontroversi yang melanda pentadbiran kerajaan negeri sejak Khalid menerajui Selangor, disebabkan itu spekulasi ini sengaja ditimbulkan.

Keterlanjuran Khalid dalam isu air dengan memfokuskan tumpuan pada perihal penyusunan semula pengurusan bekalan air sehingga mengambil langkah songsang menangguhkan loji Langat 2 dan PPAMPS juga dipercayai turut mempengaruhi pandangan ramai pemimpin PR untuk cenderung melucutnya dari jawatan MB.

Kasihan Khalid, belum pun penggal pertama sebagai MB berakhir, orang-orang kuat parti sudah ramai yang naik menyampah dengannya.

Apapaun, kenyataan Azmin itu jelas membayangkan PKR masih menyimpan sisa-sisa harapan yang negeri itu akan kekal dalam genggaman pakatan pembangkang sekalipun realiti semasa dan mood khalayak umum di Selangor adalah sebaliknya.

Tak salah kalau Azmin pun mahu turut berangan, apatah lagi sambil berilusi strategiknya kali ini akan membolehkannya ditabalkan sebagai MB baru Selangor, walau hakikatnya saat ini majoriti rakyat Selangor lebih berminat untuk mencampak terus semua pemimpin PR ke dalam longkang.

Dengan mengetepikan senario dan realiti semasa serta kecenderungan pengundi di Selangor tika ini, kita andaikan saja PR benar-benar masih diberi peluang memerintah Selangor, itu bermakna seorang MB baru pastinya akan dilantik datangnya dari salah satu parti dalam gabungan PR.

Jika itu terjadi, maksudnya bakal MB Selangor yang baru nanti tentulah seorang bekas pelakon video seks yang terbabit secara langsung melakukan urusan jual beli 'aiskrim' dalam tandas. Sangguhkah rakyat Selangor menerimanya?

Wednesday, October 3, 2012

Azmin Ali Sedia Langgar Khalid Ibrahim Sebagai MB Baru


Selangor mungkin kehilangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Keputusan berkenaan, kemungkinan besar dibuat oleh gabungan DAP, Pas dan PKR atas kewibawaan dan kepakaran yang ditunjukkan Abdul Khalid menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, keupayaan dan kejayaan beliau memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga antara faktor yang menjadi pertimbangan mereka.

Katanya, perbincangan peringkat PR ada ke arah itu, bagaimanapun masih belum diputuskan.-SH

Siang malam berangan si tanggang anak durhaka ni... Bimbinglah keluarga dan perbetulkan diri sendiri elok-elok dulu sebelum nak tawan putrajaya...

Himpunan Tuntut Royalti Hanya 300 Orang Turun


Sambutan hambar... Himpunan ROYALTI di Istana Kehakiman Putrajaya hari ini daripada 1,000 orang yang menghadiri perhimpunan, sembahyang hajat dan ceramah perdana di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam semalam, pagi ini hanya tinggal sekitar 300 orang. Konvoi ini adalah anjuran Gabungan Pendesak Menuntut Royalti (R), Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) sempena berlangsungnya hari perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan royalti petroleum.



Krisis Mansor v Guan Eng: Azmin Ali Bermimpi Dalam Jaga!


Ketika banyak pihak ingin tahu apa kesudahan kisah Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Ohman tuduh Ketua Menteri Lim Guan Eng ‘angkuh dan sombong’ seperti didedahkan mediabaru-baru ini, orang nombor dua PKR, Azmin Ali anggap masalah itu sudah selesai.

Ewah...senang sungguh nak tutup pekung dengan isytihar...sudah selesai.

Apakah semua orang yang sudah dengar terang-terang rakaman suara Mansor balon Guan Eng ini bodoh sangat ke?

Selesai macam mana?

Setakat hari ini tidak nampak apa-apa penyelesaian kecuali kedua-duanya Mansor dan Guan Eng cuba mengelak dengan bagi alasan macam-macam ketika ditanya wartawan.

Kata Timbalan Presiden PKR itu, Mansor sudah bertemu Guan Eng kira-kita tiga minggu lalu memberi penjelasan berhubung apa didedahkan media sebelum ini.( Nota: sidang media penjelasan itu diadakan sewaktu bukti rakaman suara Mansor belum didedahkan lagi...dan selepas didedahkan kedua-duanya belum lagi keluar kenyataan bersama).

“Mereka sudah bertemu dan kemudian adakan sidang media bersama. Bagi saya isu ini sudah selesai dan tidak perlu diperbesarkan,” katanya menjawab soalan Agendadaily di Lobi Parlimen, Selasa.

Menurut Azmin, kedua-dua tokoh sudah bertemu dan berbincang malah timbul lagi soal penggunaan istilah dan serangan seperti itu kerana mereka sudah berbincang dan memberikan penjelasan.

Azmin anggap perkara itu mungkin selesai dengan merujuk pertemuan Mansor dan Guan Eng sebaik sahaja isu Mansor memanggil Setiausaha Agung DAP itu ‘angkuh, sombong dan tokong.

Namun, isu itu semakin panas awal minggu lalu apabila media mendedahkan rakaman suara dalam mesyuarat strategik PKR Pulau Pinang sebagai bukti Mansor memang menyebut Guan Eng ‘angkuh dan sombong’.

Peliknya Guan Eng sendiri memberitahu Agendaily pada Isnin, beliau menyerahkaqn kepada Mansor menyelesaikan isu tersebut.

Katanya, beliau menghormati Mansor sebagai pengerusi PKR Pulau Pinang.

Setakat ini, belum ada maklumat terbaru mengenai isu itu kecuali kenyataan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution pada minggu lalu bahawa siasatan dalaman sudah dilakukan oleh Mansor.

Ahad lau, Pengerusi DAP Karpal Singh pula berpendapat Guan Eng dan Mansor boleh menyelesaikan isu itu secara peribadi tanpa membabitkan parti.

Sementara itu, Azmin menyifatkan dakwaan Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei bahawa 20 pemimpin parti akan menerajui jemaah menteri Pakatan Rakyat (PR) sebagai pandangan peribadi semata-mata.

Katanya, perkara itu tidak pernah dibangkitkan sama sekali dalam mesyuarat pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

"Saya tidak tahu menahu mengenai perkara itu. Saya tidak pernah tengok senarai tersebut.

"Saya pun tidak tahu menteri apa yang saya jawat. Itu hanya pandangan peribadi Shuhaimisahaja," katanya.

Menurut Azmin yang juga ahli parlimen Gombak, yang ada hanyalah jawatankuasa parlimen babitkan tiga wakil rakyat mewakili PKR,DAP dan PAS bagi memantau setiap kementerian yang diujudkan pada 2008.

“Bagi saya, soal kabinet bayangan hanya istilah yang tak perlu diperbesarkan. Dalam PR, walaupun kita tiada kabinet bayangan dalam konteks diamalkan di Amerika Syarikat dan Britain, kita ada struktur organisasi hampir sama iaitu jawatankuasa parlimen,” ujarnya.

Katanya, apabila ada perbahasan seperti ini (Bajet 2013) jawatankuasa ini bermesyuarat bagi menonjokan dasar-dasar PR sebagai persaingan dasar dibawa Menteri Kewangan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff pula menyifatkan dakwaan Ahli Dewan Undangan (Adun) Sri Muda itu satu kenyataan tak rasmi PKR dan ia sengaja disabotaj.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR turut menafikan sekeras-kerasnya kewujudan Kabinet bayangan, sebaliknya beliau berkata satu Jawatankuasa Pakatan telah ditubuhkan sejak 2008 bagi menangani isu-isu nasional.

"Setahu saya tiada Kabinet bayangan, yang ada satu jawatankuasa Pakatan.

"Saya baru pulang daripada Rapat Pimpinan Nasional PKR di Shah Alam minggu lalu dan isu ini tiada langsung pernah dibangkitkan," katanya.

Dalam pada itu, ada pemerhati politik berpendapat PKR sudah mula bermasalah dengan DAP dan tidak mustahil ‘menikam belakang’ sekutunya itu.

Ini ambil kira tindakan Mansor mengecam Guan Eng dan terbaru PKR menyenaraikan pemimpin-pemimpin utama parti itu memegang jawatan penting dalam kabinet bayangan yang didedahkan Suhaimi.

Melihat kenyataan pemimpin Timbalan Pengerusi DAP yang juga ahli parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw yang membidas tindakan terburu-buru PKR mengeluarkan senarai itu, tentu ada yang tidak kena dalam pakatan pembangkang.

Beliau mengaggap peraka itu direka-reka dan mempersoalkan kenapa PKR keluarkan senarai tersebut kerana belum tahu siapa yang menang dan siapa yang tidak.

-OLEH ROSLAN BIAN/AGENDADAILY

Tuesday, October 2, 2012

Subhanallah!! Fenomena Halo di Lembah Klang


Orang ramai di sekitar Lembah Klang dapat menyaksikan fenomena Halo hari ini.

Halo merupakan fenomena semulajadi yang berupa lingkaran cahaya di sekitar matahari atau bulan yang kadang kala boleh berlaku pada sumber cahaya lain seperti lampu jalan.

Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), terdapat pelbagai jenis Halo secara umumnya muncul disebabkan kristal ais pada awan cirrus sejuk yang berada pada ketinggian lima hingga 10 kilometer di lapisan atas troposfera.

Ia bergantung pada bentuk dan arah kristal ais, cahaya matahari yang dipantul dan dibiaskan oleh permukaan ais berbentuk prisma sehingga sinaran matahari terpecah kepada beberapa warna kerana kesan sebaran udara dan dipantulkan ke arah tertentu, sama seperti kejadian pelangi.

Angkasa dalam kenyataannya dinasihatkan orang ramai agar berhati-hati apabila melihat atau merakamkan gambar Halo secara telus tanpa penurus matahari kerana ia memberi kesan yang merbahaya kepada mata. -Bernama







(Gambar ini diambil oleh Mohd Ezli di Sekinchan,Selangor pada jam antara 1 tengahari sehingga 2 petang)