Wednesday, October 3, 2012

Krisis Mansor v Guan Eng: Azmin Ali Bermimpi Dalam Jaga!


Ketika banyak pihak ingin tahu apa kesudahan kisah Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Ohman tuduh Ketua Menteri Lim Guan Eng ‘angkuh dan sombong’ seperti didedahkan mediabaru-baru ini, orang nombor dua PKR, Azmin Ali anggap masalah itu sudah selesai.

Ewah...senang sungguh nak tutup pekung dengan isytihar...sudah selesai.

Apakah semua orang yang sudah dengar terang-terang rakaman suara Mansor balon Guan Eng ini bodoh sangat ke?

Selesai macam mana?

Setakat hari ini tidak nampak apa-apa penyelesaian kecuali kedua-duanya Mansor dan Guan Eng cuba mengelak dengan bagi alasan macam-macam ketika ditanya wartawan.

Kata Timbalan Presiden PKR itu, Mansor sudah bertemu Guan Eng kira-kita tiga minggu lalu memberi penjelasan berhubung apa didedahkan media sebelum ini.( Nota: sidang media penjelasan itu diadakan sewaktu bukti rakaman suara Mansor belum didedahkan lagi...dan selepas didedahkan kedua-duanya belum lagi keluar kenyataan bersama).

“Mereka sudah bertemu dan kemudian adakan sidang media bersama. Bagi saya isu ini sudah selesai dan tidak perlu diperbesarkan,” katanya menjawab soalan Agendadaily di Lobi Parlimen, Selasa.

Menurut Azmin, kedua-dua tokoh sudah bertemu dan berbincang malah timbul lagi soal penggunaan istilah dan serangan seperti itu kerana mereka sudah berbincang dan memberikan penjelasan.

Azmin anggap perkara itu mungkin selesai dengan merujuk pertemuan Mansor dan Guan Eng sebaik sahaja isu Mansor memanggil Setiausaha Agung DAP itu ‘angkuh, sombong dan tokong.

Namun, isu itu semakin panas awal minggu lalu apabila media mendedahkan rakaman suara dalam mesyuarat strategik PKR Pulau Pinang sebagai bukti Mansor memang menyebut Guan Eng ‘angkuh dan sombong’.

Peliknya Guan Eng sendiri memberitahu Agendaily pada Isnin, beliau menyerahkaqn kepada Mansor menyelesaikan isu tersebut.

Katanya, beliau menghormati Mansor sebagai pengerusi PKR Pulau Pinang.

Setakat ini, belum ada maklumat terbaru mengenai isu itu kecuali kenyataan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution pada minggu lalu bahawa siasatan dalaman sudah dilakukan oleh Mansor.

Ahad lau, Pengerusi DAP Karpal Singh pula berpendapat Guan Eng dan Mansor boleh menyelesaikan isu itu secara peribadi tanpa membabitkan parti.

Sementara itu, Azmin menyifatkan dakwaan Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei bahawa 20 pemimpin parti akan menerajui jemaah menteri Pakatan Rakyat (PR) sebagai pandangan peribadi semata-mata.

Katanya, perkara itu tidak pernah dibangkitkan sama sekali dalam mesyuarat pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

"Saya tidak tahu menahu mengenai perkara itu. Saya tidak pernah tengok senarai tersebut.

"Saya pun tidak tahu menteri apa yang saya jawat. Itu hanya pandangan peribadi Shuhaimisahaja," katanya.

Menurut Azmin yang juga ahli parlimen Gombak, yang ada hanyalah jawatankuasa parlimen babitkan tiga wakil rakyat mewakili PKR,DAP dan PAS bagi memantau setiap kementerian yang diujudkan pada 2008.

“Bagi saya, soal kabinet bayangan hanya istilah yang tak perlu diperbesarkan. Dalam PR, walaupun kita tiada kabinet bayangan dalam konteks diamalkan di Amerika Syarikat dan Britain, kita ada struktur organisasi hampir sama iaitu jawatankuasa parlimen,” ujarnya.

Katanya, apabila ada perbahasan seperti ini (Bajet 2013) jawatankuasa ini bermesyuarat bagi menonjokan dasar-dasar PR sebagai persaingan dasar dibawa Menteri Kewangan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff pula menyifatkan dakwaan Ahli Dewan Undangan (Adun) Sri Muda itu satu kenyataan tak rasmi PKR dan ia sengaja disabotaj.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR turut menafikan sekeras-kerasnya kewujudan Kabinet bayangan, sebaliknya beliau berkata satu Jawatankuasa Pakatan telah ditubuhkan sejak 2008 bagi menangani isu-isu nasional.

"Setahu saya tiada Kabinet bayangan, yang ada satu jawatankuasa Pakatan.

"Saya baru pulang daripada Rapat Pimpinan Nasional PKR di Shah Alam minggu lalu dan isu ini tiada langsung pernah dibangkitkan," katanya.

Dalam pada itu, ada pemerhati politik berpendapat PKR sudah mula bermasalah dengan DAP dan tidak mustahil ‘menikam belakang’ sekutunya itu.

Ini ambil kira tindakan Mansor mengecam Guan Eng dan terbaru PKR menyenaraikan pemimpin-pemimpin utama parti itu memegang jawatan penting dalam kabinet bayangan yang didedahkan Suhaimi.

Melihat kenyataan pemimpin Timbalan Pengerusi DAP yang juga ahli parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw yang membidas tindakan terburu-buru PKR mengeluarkan senarai itu, tentu ada yang tidak kena dalam pakatan pembangkang.

Beliau mengaggap peraka itu direka-reka dan mempersoalkan kenapa PKR keluarkan senarai tersebut kerana belum tahu siapa yang menang dan siapa yang tidak.

-OLEH ROSLAN BIAN/AGENDADAILY

No comments: