Thursday, January 10, 2013
Tidak Perlu Huru-Hara Untuk Bela Nasib Rakyat
Pembangkang tidak seharusnya mencetuskan huru-hara dengan mengadakan perhimpunan atau protes jalanan jika mereka benar-benar ikhlas dalam membela dan memperjuangkan nasib rakyat, kata Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Azraful Azman.
Beliau berkata, ini kerana perhimpunan dan protes hanya akan menyusahkan kehidupan orang ramai termasuklah menjejaskan periuk nasi para peniaga.
"Tengok perhimpunan-perhimpunan sebelum ini apa yang mereka dapat? Hanya timbulkan huru-hara dan kalau itu diteruskan ia bukanlah sesuatu yang baik untuk apa yang kita nikmati selama ini," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Ditanya mengenai cubaan pembangkang yang mahu mencetuskan peristiwa ala "Arab Springs", Azraful berkata, ia sangat keterlaluan kerana keadaan di negara ini jauh berbeza dengan beberapa negara di Asia Barat yang dilanda "Arab Springs", termasuk Syria.
Katanya, pembangkang harus sedar bahawa jika "Arab Springs" menular ke Malaysia, kehilangan nyawa dan kerugian harta benda tidak dapat dielakkan sepertimana yang berlaku di Syria sekarang. - BERNAMA
Himpunan 12 Januari Untuk Menutup Sejarah Hitam Anwar-Shamsidar
12 Januari ini merupakan tarikh penting bagi Pakatan Rakyat di mana mereka akan mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat iaitu kesinambungan dan kemuncak usaha terdesak mereka untuk menghuru-harakan Malaysia menjelang pilihanraya ke-13. Memandangkan beberapa himpunan tajaan mereka akhir-akhir ini menunjukkan kemesorotan yang ketara dari jumlah peserta, maka himpunan ini diharap mampu menyemarakkan kembali semangat penyokong mereka yang semakin malap.
Namun, pada hari yang sama, kedengaran satu lagi perhimpunan yang juga dianjurkan oleh pembangkang. Himpunan ini dinamakan Himpunan Shamsidar, iaitu isteri kepada Azmin Ali yang juga merupakan watak utama dalam Kes Liwat 1 Anwar Ibrahim. Beliau didakwa menjadi kekasih gelap Anwar, di mana hubungan mereka juga disyaki telah menghasilkan seorang anak luar nikah. Apa yang membuatkan kita mengucap panjang, ternganga terkejut dan menggeleng-gelengkan kepala kehairanan ialah hubungan tersebut dikatakan berlaku atas restu Azmin.
Semua kisah ini terakam kemas dalam dokuman perbicaraan serta masih terus menjadi bahan perbincangan politik semasa. Selama itu juga, tiada sebarang usaha bersungguh-sungguh dari mana-mana pihak untuk membersihkan nama Shamsidar. Namanya terus membusuk, sama busuk dengan nama Anwar dan juga Azmin.
Kemuncaknya ialah kenyataan akhbar oleh Nallakaruppan iaitu bekas sahabat Anwar merangkap bapa ayam kepada Shamsidar, yang bertajuk “Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual”.
Setelah tidak tahan didesak dan dicabar agar membuktikan tuduhan Nalla tidak benar, Anwar akhirnya memfailkan saman fitnah terhadap Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. yang menyiarkannya. Akibatnya, kes tersebut kini bakal dibicarakan dalam beberapa hari sahaja lagi di mana Anwar akan terpaksa berhadapan beberapa saksi, yang kebanyakannya merupakan mereka yang dinamakan sebagai pasangan seksualnya - termasuklah Shamsidar. Terlambat menyedari yang beliau telah masuk perangkap, Anwar cuba memohon agar nama-nama mereka ini digugurkan dari senarai saksi. Namun, permohonan Anwar gagal.
Oleh itu, Himpunan Shamsidar pada 12 Januari ini dilihat sebagai usaha terdesak Anwar untuk memastikan Shamsidar tidak menjadi saksi. Ia juga boleh dilihat sebagai langkah pertama ke arah membersihkan nama Shamsidar. Apapun, yang jelas dapat dilihat ialah Anwar panik dan tidak berani berhadapan dengan Shamsidar serta saksi-saksi lain.
Sedangkan, logiknya, jika beliau tidak bersalah, kenapa perlu meminta nama-nama mereka digugurkan? Bukankah kemunculan mereka sepatutnya menggembirakan Anwar kerana beliau berpeluang membuktikan yang beliau bukan biseksual seperti didakwa Nallakaruppan?
Walaubagaimanapun, pembangkang menuduh bahawa himpunan ini hanyalah satu propaganda bodoh Barisan Nasional. Apatah lagi dengan pertindihan tarikh yang sama dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berskala mega, maka tentulah tidak logik mengadakan Himpunan Shamsidar di hari yang sama, kerana ia tidak mungkin berjaya mendapat impak yang diharapkan.
Nampaknya, penyokong pembangkang telah terlepas pandang akan strategi pemimpin-pemimpin mereka sendiri. Bukankah BERSIH sebelum ini juga menghimpunkan Himpunan Hijau bersama-sama kerana bimbang tidak mampu mencapai sasaran jumlah peserta? Bukankah pembangkang gemar berhimpun di tempat yang sedia terdapat ramai orang seperti di masjid selepas solat Jumaat?
Maka, strategi yang sama juga dapat dilihat dalam Himpunan Shamsidar ini iaitu bergabung dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat agar kedua-dua himpunan dilihat mempunyai jumlah penyertaan yang cukup ramai.
Justeru, tidak perlulah penyokong pembangkang mempersoalkan sama ada Himpunan tersebut adalah sesuatu yang benar atau hanya propaganda. Adalah lebih baik jika mereka mempersoalkan kenapakah Anwar tidak mahu Shamsidar menjadi saksi?
Kita pasti, penyokong pembangkang mampu meneka jawapannya iaitu, kerana segala-gala yang dituduh terhadap Shamsidar dan Anwar, adalah benar belaka.
Himpunan menyelamatkan Shamsidar ini sebenarnya adalah himpunan untuk menghalalkan penzinaan antara isteri orang dan suami orang lain. Himpunan Shamsidar adalah himpunan untuk menutup kes paling terkutuk, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan ahli politik yang membawa imej Islamik dan bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri di sebuah negara Islam.
Oleh itu, sama ada Himpunan Shamsidar ini satu propaganda atau tidak, kita sama-sama fikirlah sendiri….
Kenyataan Presiden Pas Membelakangi Majlis Syura Ulama
Kenyataan dua pemimpin tertinggi PAS yang bersetuju kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama adalah membelakangi Majlis Syura Ulama PAS, kata Ketua Penerangan Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) Hasan Basri.
Katanya kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu mendahului mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS yang dijadualkan berlangsung pada 12 Jan ini.
Hasan yang juga bekas Ketua Penerangan PAS Selangor berkata kenyataan kedua-dua pemimpin itu lebih bersifat politik dan menunjukkan PAS hanya menjadi “pak turut” kepada DAP untuk mendapat undi.
Beliau berkata isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain dikhuatiri boleh menyesatkan generasi muda Islam – Bernama
Wednesday, January 9, 2013
Nga Kor Ming Ugut Dan Tabur Duit RM1,000 Untuk Cari Blogger Pisau.net
Apa celop RM1k saja untuk buru blogger ternama? apa kelass lu apek? Lu ingat maruah perjuangan boleh di jual beli kaaa! cee seey yaa! mati aaa!
Sementara itu blogger perak hari ini membuat laporan polis di IPK Ipoh kira- kira jam 4.30 petang terhadap posting di facebook Adun Pantai Remis Nga yang menggunakan bahasa Cina seolah-olah ditujukan kepada samseng Cina yang disedari oleh pelapornya Sdr Amir Izwan Abdul Razak dan Sdr Salim yang juga merupakan pengguna Facebook yang menyedari posting dalam FB pemimin Dap ini pada 9hb Januari, jam 11.00 pagi tadi
Menurut kedua-dua pelapor tersebut beliau mendapatkan khidmat seorang rakan untuk mengetahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan bila ayat tersebut didakwa tidak boleh dialih bahasa (Transfer) dengan Alat terjemahan di internet yang sedia ada, melihat pada kesulitan untuk menterjemahkan dan memahami ayat yang terkandung dalam catatan FB Ngah tersebut beliau merasakan sebagai ayat-ayat yang digunakan boleh mengancam serta membahayakan blogger Pisau.net. Baca lagi...
PAS Tetap Jadi 'Kaldai Tunggangan' DAP!!
Nampaknya, penganut Kristian di Malaysia bersungguh-sungguh benar ingin menggunakan nama ‘Allah’ dalam kitab-kitab agama mereka seolah-olah tanpa menggunakannya maka ajaran Kristian mereka tidak lengkap dan tidak tepat. Kita tahu niat sebenar puak-puak ini iaitu untuk menyebarkan agama Kristian di kalangan orang Melayu Islam di mana mereka yang agak cetek pengetahuan agama pasti mudah menjadi keliru dan akhirnya dimurtadkan apabila melihat nama Allah di dalam risalah dakwah dan kitab-kitab Kristian.
Kita tidak yakin bahawa taktik kotor ini dibenarkan dalam agama Kristian kerana kita percaya yang semua agama mementingkan ketelusan dan keikhlasan. Bagaimana seseorang dapat menyatakan dia berada di pihak yang benar dalam soal agama jika cara yang digunakan untuk menyampaikannya adalah licik iaitu cara manipulasi atau penipuan halus.
Cara kotor ini hanya sesuai dikaitkan dengan politik, bukan agama.
Justeru, tidak hairanlah yang menjadi juara penyebaran Kristian dengan cara licik iaitu dengan menggunakan injil berbahasa Melayu dan Kalimah Allah sebagai merujuk kepada ‘Tuhan’ Kristian, adalah parti DAP. Tidak hairan juga yang ia turut dipersetujui dan disokong oleh PKR, hatta PAS juga, walaupun parti itu kononnya menjadi barisan hadapan atau benteng pertahanan Islam.
Seharusnya, apabila isu ini timbul, pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia termasuk para Ulama mengambil inisiatif mengajak puak Kristian ke meja perbincangan dan perbahasan ilmiah bagi mencari penyelesaian.
Memandangkan isu ini telah menjadi isu politik yang hangat, maka adalah lebih afdal bagi PAS sendiri untuk memulakan perbincangan dan perbahasan dengan sekutunya DAP bagi mengenalpasti apakah signifikannya bagi Kristian untuk menggunakan nama Allah dalam kitab mereka?
Jika puak Kristian DAP gagal membentangkan alasan yang signifikan, maka jelaslah bahawa isu ini bersifat licik serta wajib ditentang. Namun, PAS tidak pernah bersemuka dengan DAP untuk memahami alasan mereka tetapi terus sahaja mengeluarkan kenyataan menyokong, kononnya tiada salahnya dalam isu penggunaan nama Allah di dalam kitab agama lain.
Adalah tidak wajar PAS menyokong perjuangan Kristian DAP ini tanpa terlebih dahulu mengupas tujuannya dan memahami kewajarannya.
Ini kerana, nama ‘Allah’ tidak digunakan dalam mana-mana kitab Kristian di negara-negara dengan pengamal agama itu yang paling ramai. Secara dasarnya, Kristian percaya bahawa Tuhan wujud dalam konsep Trinity iaitu ‘God the Father’ (Tuhan Bapa), ‘God the Son’ (Tuhan Anak) dan ‘Holy Spirit’ (Roh Kudus). Ketiga-tiga ‘elemen’ ini dirujuk sebagai satu Tuhan dengan panggilan umum, ‘the Lord’.
Seperti juga Islam, terdapat berbagai mazhab dalam Kristian. Tiga mazhab utama Kristian ialah Katholik, Eastern Orthodox dan juga Protestant.
Puak Kristian DAP yang menimbulkan isu kalimah Allah ini adalah dari mazhab Protestant. Mereka merujuk kepada diri mereka sebagai ‘Evangelist’ iaitu, jika mengikut penerangan Wikipedia, ia bermakna ‘pendakwah’ yang mempunyai misi khas untuk menarik penganut agama lain agar memeluk Kristian.
Mazhab prostestant juga berpecah kepada beberapa versi yang turut melalui berbagai perubahan dari zaman ke zaman serta berbeza mengikut tempat. Protestant adalah satu mazhab yang menidakkan pemusatan kuasa ke atas Pope tetapi atas individu sendiri berasaskan ‘keimanannya’ kepada kitab Injil.
Walaubagaimanapun, asas Kristian tetap sama iaitu berpegang kepada konsep Trinity dan merujuk kepada Tuhan sebagai ‘the Lord’. Namun, semua Kristian juga memahami bahawa perkataan ‘Abba’ turut merujuk kepada Tuhan kerana ia adalah panggilan Nabi Isa (Jesus) kepada bapanya. Ini tidak menghairankan kerana ‘bapa’ di dalam bahasa Arab, berbunyi ‘Abi’.
Nama ‘Allah’ tidak disebut di mana-mana dalam dokumen yang menerangkan Kristian, sekali gus bermakna tiada alasan yang munasabah bagi DAP untuk bermati-matian memperjuangkannya.
Jelas sekali bahawa isu ini tidak lain tidak bukan hanyalah satu agenda licik dan berniat jahat semata-mata, dalam usaha DAP untuk mengembangkan agama Kristian.
Justeru, alasan PAS bahawa parti itu menyokong DAP dalam isu ini selagi nama Allah tidak disalahguna adalah tidak relevan sama sekali kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa ia bukan sahaja disalahguna tetapi digunakan dengan niat jahat.
Dengan itu, sokongan yang PAS tunjukkan terhadap DAP wajar dilihat sebagai satu pengkhianatan terhadap Islam. Jangan kita lupa bahawa PAS juga yang menghentam kerajaan dalam isu 30,000 kitab injil berbahasa Melayu yang ditahan di pelabuhan tahun 2011 kerana kontroversi kalimah ‘Allah’ di dalamnya.
Kesimpulannya, PAS adalah kuda tunggangan yang boleh ditunggang terbalikkan sesuka hati oleh DAP untuk mencapai apa sahaja matlamat mereka, termasuk menyebarkan Kristian dan memurtadkan umat Islam.
Subscribe to:
Posts (Atom)