Monday, January 14, 2013

Hasan Ali Cabar Anwar Buat Kenyataan Rasmi Terima Keputusan Majlis Syura PAS


Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali mencabar ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP supaya membuat kenyataan rasmi menerima keputusan Majlis Syura Ulama PAS berkenaan larangan penggunaan kalimah Allah untuk orang bukan Islam. Dalam kenyataannya hari ini, Hasan berkata kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang itu boleh menghilangkan sebarang keraguan mengenai penerimaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP terhadap PAS dalam meneruskan perjuangannya.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

Kalimah Allah: Anwar Akan Senyap Dalam Beberapa Minggu Ini - KJ



Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menjangkakan yang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan senyap daripada memperkatakan tentang isu penggunaan kalimah Allah di dalam Bible.

"Saya percaya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan senyap dalam beberapa minggu mengenai perkara ini," katanya.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

Adun DAP Penang Buang Logo DAP Dan Umum Keluar Parti!


GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Tikus, Koay Teng Hai menggambarkan dirinya sebagai 'bebas' selepas jawatankuasa tatatertib DAP menggantungnya selama enam bulan kerana gagal menghadirkan diri pada mesyuarat penting persidangan Dewan Undangan Negeri tahun lalu.

Koay yang merayu terhadap keputusan itu bertindak menurunkan logo DAP daripada pusat khidmat beliau di sini selaras dengan peraturan parti.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

500,000 Pemohon Baru Lesen Motosikal Bakal Mendapat Manfaat Daripada Insentif BL1M



Kira-kira 500,000 permohon baru lesen motosikal kelas B2 akan menikmati yuran berdiskaun. Di bawah program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang sedia dilancarkan pada akhir bulan Januari.

Satu inisiatif Pemuda Barisan Nasional (BN) serta parti-parti. Komponenya, Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin hari ini menyatakan bahawa BL1M bermatlamatkan membantu warga Malaysia bukan sahaja memiliki lesen motosikal yang sah, tetapi juga memberi kesedaran mengenai undang-undang jalan raya dan membina etika pemanduan berhemat.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

Model Remaja Dikecam Penyokong Pembangkang #KL112, Selepas Menghantar Tweet Menyokong Kerajaan


Shasha Mendoza

Seorang bintang Twitter dilahirkan selepas penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) anjuran pembangkang berlangsung pada Sabtu lalu.

Model sambilan, Shasha Mendoza secara tiba-tiba menjadi sensasi di alam siber selepas menghantar tweet menyokong kerajaan.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)