Thursday, January 31, 2013
Zaid Ibrahim Bersara Sepenuhnya Dari Politik
Bekas Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim seperti dilaporkan FMT telah membuat keputusan untuk bersara dari dunia politik dan kembali ke dunia perniagaan.
“Ya, saya berundur dari politik untuk fokus terhadap perniagaan. Tetapi saya akan terus menulis, saya akan terus beri idea dan cadangan tentang politik,” katanya kepada FMT semalam.
Pada November tahun lalu, Zaid memberitahu pemberita bahawa beliau sanggup bertanding di bawah tiket pakatan pembankang di mana-mana kerusi kawasan bandar, namun kini beliau telah berubah pendirian dengan menyatakan tidak berminat untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Ditanya lanjut apakah kini beliau akan terus menyokong Pakatan Rakyat atau sudah beralih kepada Barisan Nasional (BN), beliau menjawab: “Saya akan menyokong sesiapa yang melakukan perkara betul untuk negaranya”
Zaid yang sebelum ini memiliki firma guaman terbesar di Malaysia telah meninggalkan firma guamannya untuk menjadi menteri pada zaman pemerintahan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Bagaimanapun jangka hayat politiknya tidak panjang kerana selepas seketika beliau meletakkan jawatan dalam kabinet dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor pada tahun 2010 tetapi tewas.
Zaid kemudiannya mencetuskan kontroversi di dalam PKR apabila beliau membuat keputusan untuk bertanding merebut jawatan timbalan presiden menentang Azmin Ali.
Beliau bagaimanapun membuat keputusan untuk menarik diri daripada bertanding dengan alasan ia adalah satu pertandingan yang tidak adil dan penuh dengan manipulasi.
Beliau kemudiannya meletakkan semua jawatan dalam PKR dan mengambil alih kepimpinan Parti Kesejahteraan Rakyat (KITA).
Jangka hayat politikknya dalam KITA ternyata tidak lama apabila berlaku perselisihan faham antara beliau dengan beberapa orang pemimpin negeri.
Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatannya sebagai presiden tetapi kekal sebagai ahli biasa.
Dan hari ini, beliau memutuskan untuk bersara sepenuhnya dari politik.
Nasharuddin Bakal Kembali Ke Parlimen Yan
Orang Yan akan menyokong Nasharuddin dan kami sedih dengan nasib yang berlaku ke atasnya.
Kerusi Parlimen Yan di Kedah dianggap paling sesuai dan paling selamat untuk bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dalam pilihanraya umum ke 13 ini.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ahli parlimen Bachok itu bertanding atas tiket calon bebas atau parti lain.
Seorang penyokongnya yang juga bekas ahli PAS Yan memberitahu, masyarakat Melayu mahu Nasharuddin kembali ke parlimen itu.
“Jika beliau (Nasharuddin) mahu memanjangkan hayat politiknya, kerusi yang paling sesuai ialah parlimen Yan.
“Saya katakan Yan kerana masih ramai pengikutnya di kawasan itu. Lagipun beliau pernah menjadi ahli parlimen Yan pada tahun 1999.
“Orang Yan akan menyokong Nasharuddin dan kami sedih dengan nasib yang berlaku ke atas Naharuddin,” kata seorang bekas ahli PAS diYan yang mahu dikenali sebagai Wahab.
Menurutnya, sejak dahulu lagi masyarakat di Yan memberikan sokongan kepada Nasharuddin meskipun beliau telah berhijrah ke negeri lain.
Karier politik Nasharuddin bermula di Yan apabila beliau memenangi kerusi itu pada pilihanraya umum tahun 1999 sejurus melepaskan jawatan pensyarah undang-undang di Universiti Kebangsaan Malaysia.
‘Tidak berpura’
Bagaimanapun, pada pilihanraya umum 2004 beliau bertanding di parlimen Besut, Terengganu tetapi kalah kepada calon Barisan Nasional, Datuk Abdullah Mohd Zain.
Pada 2008, Nasharuddin bertanding di Bachok, Kelantan dan memenangi kerusi parlimen itu setelah mengalahkan Datuk Awang Adek Husin yang kini ketua Umno bahagian serta timbalan menteri kewangan 2.
Nasib Nasharuddin menjadi samar apabila dipecat dari jawatan Majlis Syura PAS minggu lalu.
Muryidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan Bachok tidak mencalon nama Nasharuddin dalam pilihanraya umum akan datang.
“Kita mengalu-alukan Nasharuddin untuk kembali bertanding di Yan tidak kira atas tiket apa sekalipun. Masyarakat Yan masih sayangkan beliau.
“Walaupun Nasharuddin bukan seperti pemimpin-pemimoin PAS yang lain yang kononnya berpakaian imej Islam tetapi Nasharuddin lebih sayangkan Islam.
“Nasharuddin tidak berpura-pura walaupun di bukan lulusan sekolah pondok,” tambahnya lagi.
Usaha untuk menghubungi Nasharuddin bagi mendapatkan perkembangan terbaru beliau gagal. -FMT
Gambar Terbaru - Hassan Ali Dan Ust Nasha Bergabung
Selangor Bubar DUN Selepas Tahun Baru Cina
Kerajaan negeri Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri DUN Selangor selepas Chap Goh Meh jika Putrajaya masih enggan memberi sebarang petunjuk untuk membubarkan Parlimen.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri bagaimanapun akan berbincang dengan majlis pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat PR berkenaan perkara ini.
“Sekiranya Federal tidak memberi sebarang petunjuk untuk membubarkan Parlimen, kerajaan negeri bercadang untuk berbincang dengan majlis pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk kita bubarkan DUN dengan lebih awal iaitu selepas Chap Goh Meh ” kata Khalid dalam sidang media di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah kemarin.
Menurut Khalid, sebelum ini beliau enggan membubarkan DUN serentak dengan Putrajaya jika pembubaran berlangsung pada Jun tahun lalu kerana mahu menguruskan bajet tahunan kerajaan negeri yang masih belum selesai.
“Tetapi kita rasa kita perlu bubar lebih awal sekiranya Pusat masih belum bubar sebelum Chap Goh Mei, kita memikirkan untuk pembubaran lebih awal untuk mandat baru untuk kepentingan rakyat ” kata Khalid yang dipetik The Malaysian Insider.
Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Khalid itu sendiri hairan dengan tindak tandur MB Selangor itu.
Katanya, dulu tidak mahu cepat, sekarang hendak cepat pulak.
“Kerajaan negeri memang ada hak bubar DUN bila-bila masa dengan perkenan sultan, tetapi tarikh pilihanraya hanya SPR yang boleh tentukan” katanya.
Nizar Samakan Kematian Adik William Dengan 'Bangkai'
Si Penderhaka Nizar Jamaluddin ADUN PAS Pasir Panjang membuktikan betapa jijiknya dan bodohnya pemimpin pembangkang apabila menggunakan perkataan ‘bangkai’ bagi merujuk kes adik William Yau Zhen Zhong yang mayatnya ditemui baru-baru ini.
Petikan di twitter @mbnizar – The CARCASS GATHERERS: BN politicians rush to cash in on William’s death
Maksudnya - @mbnizar - PENGUMPUL BANGKAI: Pemimpin BN berlumba-lumba dapatkan nama atas kematian William.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika diminta mengulas menyifatkan ianya suatu ayat pelik yang digunakan oleh seorang yang berperangai dan bersifat pelik.
“Ini merupakan satu perkara yang pelik daripada manusia yang amat pelik,” katanya merujuk kepada perkataan ‘CARCASS GATHERERS’ yang digunakan Nizar.
Katanya carcass membawa maksud bangkai dan ia biasanya merujuk kepada binatang mati yang juga merupakan makanan burung hering (vultures).
“Terkejut saya dia boleh gunankan perkataan sebegini. Apakah dia tidak mempunyai sebarang jiwa kemanusian dan rasa simpati terhadap keluarga mangsa.
Mengapa dia boleh hina mayat adik William. Tidakkah dia terfikir apa perasaan ibu bapa adik William,” katanya yang ternyata amat kecewa apabila dimaklumkan mengenai twit Nizar itu.
Sambil menyifatkan perkataan yang digunakan Nizar amat keterlaluan, beliau kecewa dengan perkataan yang dipamerkan Nizar walaupun dia dikatakan sebagai seorang yang berpendidikan agama tinggi.
Berita terdahulu : Lim Kit Siang mengheret kematian William ke dalam politik merupakan langkah yang paling bodoh, Hipokrit!
Peneroka Kesedar Bantah Kerajaan Pas Kelantan
GUA MUSANG: Kira-kira 100 peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT ) di kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Lebir hari ini mengadakan bantahan secara aman bagi mendesak Kerajaan PAS Kelantan agar tidak menjadi jaguh dengan tampil menyelesaikan kemelut hak milik tanah di kawasan berkenaan.
Bantahan tersebut diadakan di Jalan Utama menghala ke Kesedar Lebir di sini yang menjadi laluan utama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Majlis Penyampaian Geran Tanah Hak Milik Tapak Rumah kepada 82 peneroka kawasan tersebut.
Bagaimanapun keadaan menjadi kecoh apabila dua buah kereta pacuan empat roda yang mengetuai rombongan Menteri Besar itu telah bertindak menghalang peserta bantahan yang berkumpul di kawasan itu.
Tindakan tersebut dilakukan bagi menghalang hasrat para peserta yang berkumpul itu daripada bertemu Nik Abdul Aziz yang tiba menaiki kenderaan jenis Mercedes Benz dan terus memecut laju tanpa menghiraukan mereka.
Ketua Peneroka Kesedar Lebir, Abdul Aziz Rahman mendakwa, RKT berkenaan telah sekian lama diuruskan oleh Kesedar dengan cukup sempurna dan mengapa tiba-tiba Kerajaan Pas cuba berlagak 'hero' kononnya ingin membela rakyat dengan bertindak demikian.
Dakwanya, sebelum ini seramai 195 peneroka di kawasan berkenaan begitu berterima kasih dengan kesungguhan dan bantuan yang diberikan oleh pihak Kesedar dalam menyediakan segala kemudahan diperlukan sejak kawasan itu dibuka pada tahun 1981.
"Bagaimanapun keharmonian kami selama ini telah diancam apabila kerajaan negeri tiba-tiba tampil dan berlagak seperti hero untuk menyelesaikan masalah hak milik tanah di sini.
"Apa yang saya tahu Kesedar sudah membayar premium tanah seluas lebih 4,000 hektar ini dan sudah tentu segala masalah yang berlaku di sini perlu diselesaikan oleh Kesedar tanpa perlu campur tangan pihak lain," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)