Wednesday, February 13, 2013

Caiii Pembangkang Meroyan Sebab Video Ni - PSY Penang - Najib Are you Ready for BN?? YES!!!!

pissst video ini tidak disiarkan di Harakah kah kah!

Gagal... Usaha Pakatan Haram menghantar sekumpulan pencacainya untuk sabotaj Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang di Padang Sekolah Tinggi Han Chiang, kelmarin dilihat gagal. Malah spin dari puak pakatan juga tidak benar...

Yang sebenarnya hanya segelintir kumpulan melaungkan perkataan ‘No’ ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanyakan kepada orang ramai ‘Are you ready for BN’ dan mereka adalah kumpulan dihantar untuk merosakkan majlis.

Bukan semua yang hadir melaungkan 'No'. Di bawah rakaman video yang menunjukkan sebahagian besar pengunjung melaungkan 'YAS!!!' apabila perdana menteri bertanyakan soalan itu beberapa kali.

Patut la... puak pencacai Pakatan Haram meroyan tak tentu pasal... Video URL : http://youtu.be/2Ipbt4ju-dc

PRU-13 Undi PAS HARAM!

Ambik ko!!

Kalau dulu PAS melabelkan Undi UMNO kafir dan Haram kerana berkompromi dengan MCA dan MIC.

Hari ini PAS menerima tamparan hebat apabila PRU-13 UNDI PAS pula haram kerana memberi UNDI pada PAS bererti kita menyokong pemimpin-pemimpin putar alam... cakap tak serupa bikin.

TUMPAT - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan bahawa memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah haram.

Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan bahawa perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Sehubungan itu, kesemua NGO berkenaan yang diwakili pemimpin masing-masing berjanji akan menyediakan satu dokumen lengkap berhubung pengisytiharan tersebut untuk diberikan kepada raja-raja Melayu dan Majlis Fatwa Kebangsaan agar dapat dibincangkan dan menyelesaikan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Pas selama ini.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah yang juga Penasihat Minda Pondok berkata, kegagalan Pas mempertahankan Islam terutama penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan sama sekali, malah demi politik para pemimpin Pas seolah-olah jahil agama.

“Membiarkan kalimah Allah digunakan seperti itu berdosa dalam hukum. Maknanya kita mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam, dalam pilihan raya umum kita mahu perdana menteri dan timbalannya orang Islam maka di sinilah kita berjihad, kita jangan undi Pas.

“Saya bercakap mempertahankan kalimah Allah, saya rujuk empat kitab mazhab, kitab tafsir, kitab fekah dan banyak lagi rujukan. Boleh dikatakan menyeluruh kitab saya rujuk tetapi mereka tuduh saya jahil.

“Kesemua kitab ini menyebut bahawa kalimah Allah tidak boleh disekutukan, tidak boleh digunakan selain untuk agama Islam dan untuk mendaulatkan Islam. Ia adalah kalimah suci jadi kenapa kata saya jahil,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Abdullah, Pas juga perlu ditolak kerana menyatakan sokongan padu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyokong hasrat DAP meskipun bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.

“Orang seperti Anwar ini kami orang pondok tidak boleh terima kerana terlalu nyata kepada kami satu daripada itu (perjuangan Anwar) adalah membenarkan kalimah Allah (digunakan oleh bukan Islam),” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, kerjasama Pas dalam pakatan pembangkang yang kononnya atas nama tahaluf siyasi sebenarnya pada nama semata-mata, sebaliknya apa yang berlaku adalah Pas hanya kuda tunggangan DAP.

“Tahaluf siyasi Pas adalah haram maka wajib kita menolak mereka atas beberapa fakta antaranya Pas bukan parti dominan dalam pakatan dan kerajasama itu dibuat dengan parti DAP yang kita tahu menolak penubuhan kerajaan Islam.

“Sebelum bertahaluf siyasi, perjuangan Pas adalah menubuhkan negara Islam, ingin melaksanakan hudud, persaudaraan sesama Islam tetapi selepas itu matlamat mereka berubah iaitu mahu kerajaan berkebajikan, hudud bukan lagi agenda utama dan mendoakan kemusnahan sesama Islam.

“Tahaluf siyasi yang sebenar telah jelas kita lihat dalam Barisan Nasional (BN) iaitu UMNO adalah ‘imam’ manakala MIC dan MCA adalah ‘makmum’ yang akan bersama-sama berjuang atas arahan imam,” tegasnya.

Ahli Jawatankuasa Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK), Mohd. Zawawi Awang pula berkata, permintaan DAP supaya kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam sama seperti yang berlaku di Indonesia apabila ramai masyarakat Islam negara itu menyokong pemikiran sekular.

Beliau memberikan contoh sebuah video yang dimasukkan ke dalam laman Youtube bertajuk ‘Bible dalam bahasa Arab’ yang dirakam di Institut Teologi Kalimatullah di Jakarta tentang bagaimana seorang pelajar Kristian membaca Bible dalam bahasa Arab di sebuah gereja.

“Gerakan ini sebenarnya sudah bermula berpuluh tahun dulu dan perkara sama kini cuba dibawa masuk ke Malaysia secara senyap-senyap tanpa kita sedari.

“Gerakan ini berjaya di Indonesia yang rakyatnya kira-kira 300 juta orang, jadi bayangkanlah jika kita membiarkan mereka bergerak di Malaysia pasti lebih mudah kerana rakyat kita cuma kira-kira 28 juta,” tambahnya – Utusan

Diantara PSY-Gangnam RM2 Juta... Dengan Konsert Arak DAP RM3 Juta... Mana Lagi Hebat?


Kalau DAP buat semuanya OK! Semua tutup mulut...

Angguk-angguk geleng-geleng
Tunduk-tunduk ikut tunjuk
Iya iya saya saya kiri kanan ikut saja

Kita tunduk pabila diketuk
Biarkan terhantuk tak usah dipujuk
Relakan dipatuk ingat pesan atuk
Sabar sabar sabar sabar!

Tak apa tak kisah tak rugi
Tak mati tak ambil peduli
Berserah dan pasrah
Biar dada didabik adat pasang turun naik


Didera dijajah terus kita dipenjara
Jadi hamba jadi kuli
Jadi batu diam diri
Kita tunggu kita lihat
Kita nanti kita perhati
Jangan merungut biar bertangguh
Diam akur kita mesti patuh

Acuh tak acuh endah tak endah
Buat lawak bodoh selamba
Biar kita melopong biar kita menganga
Biar mereka buat apa mereka suka
Biar

Jangan melawan jangan membantah
Janganlah degil kena ikut perintah
Kena banyak diam biar apa orang kata
Kita tawa dalam duka
Kecut takut kalut kolot terkunci mulut
Terkatup tertutup
Kalah sabung menang sorak
Senduk nasi tinggal kerak

Pok Nik tak komen pulak bab 'her' aurat yang buat persembahan 
di konsert Arak DAP... Hipokrit

konsert arak di Penang

emmm dah la.. malas nak layan Pok Nik...

Bezakan gambar persembahan PSY dengan konsert arak di Penang...

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata persembahan megastar dari Korea Selatan, PSY, pada majlis rumah terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina tidak melibatkan wang rakyat.

Perdana menteri juga berkata orang ramai tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menonton persembahan artis itu yang popular dengan lagu hit ‘Gangnam Style’.

Puak Pakatan Haram dok spin RM2 Juta untuk persembahan PSY... yang DAP punya konsert RM3 Juta melibatkan duit rakyat... apa cite beb? cer cita... cer cita...

Laporan sinar Akhbar Sinar Harian dalam artikelnya bertarikh 11 November....





Konsert ada kelulusan MPPP
WARTAWAN SINAR HARIAN
11 November 2012

GEOREGTOWN - Konsert yang menjadi tanda tanya dalam kalangan penduduk setempat di Batu Feringghi di sini, semalam, sudah mendapat lesen sementara daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Awam Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ong Ah Teong berkata, perkara itu dimaklumkan seorang pegawai MPPP kepadanya.

Menurutnya, lesen sementara itu membenarkan pihak penganjur mengadakan konsert di tempat awam sehingga jam 3 pagi.

“Ini bukan anjuran MPPP sebaliknya ia satu program bersama Kerajaan Negeri, sementara syarikat arak itu adalah penaja mereka.

“Saya juga difahamkan seorang Exco terlibat turut menyertai konsert ini kerana sebahagian daripada aktiviti pelancongan, kalau boleh anda (wartawan) boleh minta komen daripada dia (Exco),” katanya.

Terdahulu Sinar Harian semalam melaporkan heboh diperkatakan dalam kalangan masyarakat setempat dan juga kakitangan hotel berhampiran mengenai sebuah konsert arak yang bernilai RM3 juta di Batu Feringghi.

Konsert berkenaan sebelum ini sudah digembar-gemburkan melalui laman sosial Facebook syarikat arak berkenaan dengan mengadakan pertandingan ‘Teka di mana konsert akan diadakan’.

Malah secara terbuka di dalam laman sosial itu penganjur mendedahkan akan mengadakan parti terbuka secara besar-besaran iaitu dengan promosi ‘What do you think of a massive party on the beach?’.

Menurut sumber, konsert itu diperkatakan beberapa kakitangan hotel berdekatan dan menjadi bualan hangat sejak minggu lalu.

Konsert itu bukan anjuran mana-mana hotel kerana ia tidak terletak dalam premis hotel, sebaliknya pentas utama konsert didirikan di pantai awam secara terbuka.

Bukan sahaja penduduk, malah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Batu Feringghi juga memberitahu langsung tidak tahu mengenai konsert berkenaan.

Malah ada antara ahli kariah masjid yang sudah membuat aduan, sementara NGO Pantai turut melahirkan rasa kecewa gara-gara konsert bermotifkan arak itu diadakan di tempat pantai awam.

Difahamkan juga, konsert yang dikatakan tertutup tetapi dibuat di tempat awam itu turut mengundang artis Korea popular.

Kesahihan berkenaan diperoleh apabila artis berkenaan turut membuat persembahan raptai pada petang, semalam.

Penduduk di situ juga melahirkan rasa tidak puas hati kerana bunyi muzik dari konsert boleh didengari sehingga dua kilometer jauhnya sehingga melepasi kawasan Masjid Batu Feringghi.

dah baca lu pikiiiiiirr la sendiri.....

Lagu ini ditujukan khas buat puak Angguk Angguk Geleng Geleng http://youtu.be/dKyHsyKTJuc

PSY-Gangnam Style Tidak Guna Duit Rakyat


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata persembahan megastar dari Korea Selatan, PSY, pada majlis rumah terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina tidak melibatkan wang rakyat.

Perdana menteri juga berkata orang ramai tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menonton persembahan artis itu yang popular dengan lagu hit 'Gangnam Style'.

"Sekadar untuk mengulangi, persembahan PSY langsung tidak melibatkan wang rakyat. Orang ramai juga tidak dikenakan bayaran untuk menonton," kata beliau menerusi mesej Twitter, Selasa.

Persembahan PSY adalah antara kemuncak majlis yang dihadiri lebih 80,000 orang anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang di Kolej Han Chiang, George Town.

Gambar Najib Dan Zambry Disimbah Cat Merah




Siri-siri sabotaj pihak tidak bertanggungjawab nyata menunjukkan perbuatan khianat mereka semakin terdesak!

Tiga papan iklan yang memaparkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Manjung di sini ditemui disimbah dengan cat merah pada pagi Isnin.

Satu papan iklan di persimpangan Jalan Lumut-Jalan Iskandar yang memaparkan Dr Zambry dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan moto “Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir, telah disimbah dengan cat merah yang menutupi gambar Dr Zambry.

Dua papan iklan yang turut disimbah dengan cat merah hanya memaparkan wajah Dr Zambry, yang didirikan oleh Majlis Perbandaran Manjung.

Satu ditempatkan di hadapan bangunan majlis perbandaran dan satu lagi di Jalan Sitiawan, dekat Taman Paya Bakau Manjung.

Laporan polis telah dibuat oleh Pemuda UMNO Cawangan Pusing, Pusat Khidmat Masyarakat dari Regrouping Area Lahat Perak, Persiaran Puncak Jelapang 6 Taman Puncak Jelapang Maju, Ipoh, dan Padu Batu Gajah dari Jalan Sri Wangsa 10 Taman Sri Wangsa.

Laporan dibuat pada pukul 2.30 petang di Balai Polis Pusing semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Shaharon Anuar Abdul Latif dalam satu kenyataan berkata, siasatan dibuat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Beliau berkata siasatan awal di tempat kejadian berhampiran Taman BG Perdana Batu turut menjumpai sepasang sarung tangan.